Friday, May 30, 2008

UMNO dan Ezam

Salam bloggers...terima kasih atas teguran ejaan yang silap. Terima kasih banyak banyak. Tahinah Ezam kerana telah kembali ke pangkuan UMNO. Selamat berjuang untuk agama bangsa dan tanah air.Di pohon jasa baik Sdr Ezam menceritakan pengalaman beliau yang berharga untuk kami kongsi bersama. Saya tidak berhasrat memperlekehkan PKR tetapi sekurang kurangnya rakyat tahu ke mana hala tuju PKR dalam agenda bangsa dan agama. Ini yang penting.

Saya tidak pernah kenal dengan rapat Sdr Ezam. Tetapi daripada cerita yang saya dengar daripada teman rapat beliau, Sdr Ezam seorang yang berprinsip. Beliau tidak mudah menggadai prinsipnya. Saya difahamkan prinsipnya yang utama ialah perjuangan agama dan bangsa. Saya dapat mengagak bahawa Sdr Ezam Keluar PKR kerana prinsip dan hala tuju parti tersebut untuk agama dan bangsa kabur dan tidak jelas. Sama ada betul atau tidak agakan saya, hanya Allah dan Ezam sahaja yang tahu.

Tambahan pula, gelagat ahli ahli PKR dalam parlimen hari ini menampakkan belang mereka yang sebenarnya. Mereka nampaknya cuba memperjuangkan perkauman masing-masing. Ini akan mewujudkan budaya yang tidak sihat kepada Malaysia tercinta ini. Kesannya kita dapat perhatikan PAS telah agak 'lenient' dan toleran di Parlimen.

Petang tadi saya di hubungi oleh rakan wartawan BH minta saya komen tentang trend kemasukan ahli PKR ke dalam UMNO. Pada mulanya saya tidak suka untuk komen. Tetapi apabila ditanya berkali kali saya hanya mengatakan bahawa saya 'husnu zann'... berprasangka baik. Dan saya yakin kembalinya Ezam kepada UMNO akan dapat menguatkan lagi parti keramat ini. Ada yang berpendapat bahawa kemasukan Ezam dan rakan rakan adalah satu strategi Anwar untuk memporak perandakan UMNO dari dalam... Nauzubillah...

Saya berharap agar kemasukan Ezam ini dilakukan dengan penuh sedar dan jujur demi agama, bangsa dan tanah air. Bagi orang Melayu bersatulah...Ini sahaja senjata kekuatan kita. Bagi pemimpin... jujurlah dalam melaksanakan amanah Allah ini..Saya petik kata kata keramat Abu Bakr Warraq yang di sms oleh seorang sahabat kepada saya untuk renungan kita bersama;...
'Apabila nafsu berkuasa, gelaplah hati...bila hati gelap sempitlah dada...bila adab sempit, buruklah laku....bila buruk laku, ia dibenci oleh semua makhluk'...Nauzubillah...
Fikir fikirkanlah....

6 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

Ezam masuk UMNO tutup cerita Tun Mahathir keluar UMNO. Dato' pula lepas jawatan, boleh cerita sedikit. Dato' tak pernah jawab dan berlaku adil dengan soalan dan pertanyaan saya. kenapa?

pkrpasdap.blogspot.com

Mat Yie said...

Saya kira kembalinya ezam satu perkara yg agak menarik di kala situasi politik negara yg cukup padat dan sendat dgn kejutan sekarang..
Harap ezam kembali kerana maruah,kembali kerana bangsa dan agama,kembali kerana sedar dan kembali kerana tahu akan perjuangan UMNO. Terimalah mereka seadanya. Dan semoga sedikit sebanyak mereka mampu memberi atau berkongsi cerita dan sejarah sepanjang berada dalam PKR.

Nyna's Hus said...

Dato'

At the beginning sebagai anak Terengganu di perantantauan saya bangga Dato' ada blog sendiri, saya juga almost everyday masuk sini, dan bagi komen yg kritikal dan membina, tapi Dato' tak publish atau hanya nak put komen yg Dato rasa pro-dato'. I am dissapointed, I am not opposition member, I am supportive of goverment but i also say what i dont like abt goverment!! SO if Dato' just want to publish or give way to YES MAN comment, I am disspointed!

smallville said...

Salam Dato'

Saya berpendapat isu ini memang sudah menjadi asam garam politik. Pendapat peribadi saya Ezam lebih kepada berkepentingan pada masa hadapan, mungkin sekarang dia tak kan bertanding dalam apa-apa jawatan tapi saya pasti lepas ini bila keadaan kembali normal dia akan bertanding sebab apa yang saya lihat UMNO sudah kekurangan pemimpin. Buktinya apabila muka-muka lama yang berpuluh tahun keluar kabinet kini digunapakai semula. Dan rasional dari pelantikan Dato' Ahmad Shaberi Cheek menjadi menteri penuh setelah keluar UMNO dan menyertai S46 suatu ketika dulu tak mustahil perkara itu akan berlaku kepada Ezam. Bukan niat saya untuk menidakkan kewibawaan mana-mana pihak tapi jika dibandingkan dengan kesetiaan ahli-ahli lain dalam UMNO, apa istimewanya Ezam sehinggakan Pak Lah sendiri yang menerima borang kemudian diadakan siaran langsung dalam tv dan diwawancara sambil mengutuk kepimpinan Anwar padahal suatu ketika dulu dia berada di kanan Anwar, dan mengutuk kepimpinan UMNO ketika itu dan Pak Lah merupakan Timbalan Presiden. Adakah UMNO sekarang sudah begitu lemah, takut kehilangan sokongan, sehinggakan satu demi satu tindakan diambil tak munasabah. Bermula dengan kekalahan lima negeri dalam PRU12, lepas itu permohonan maaf Datuk Seri Hishamuddin sebab keris, kemudian video skandal perlantikan hakim, permohonan maaf terhadap hakim yang dipecat, Tun Mahathir keluar parti dan pelbagai skandal lain. Itu tidak termasuk menteri-menteri dan ahli parlimen dalam parti yang bertelagah sesama sendiri. Jadi ahli UMNO sekelian fikirlah, jangan sampai UMNO keramat ini terkubur sekali lagi.

Anonymous said...

Natang, baru ku perasan natang derhaka ni dah ada blog.

smallville said...

Pada saya tak ada apa yang dato perlu dato jelaskan dan dari apa yang saya dengar dr orang Tganu sendiri dah cukup....
Tapi hairan saya dari undian yang dato buat sapa yang diundi jadi MB Tganu, peratus tertinggi Hj. Hadi.