Friday, May 23, 2008

UMNO oh UMNO

Salam bloggers....NST hari ini memaparkan konflik antara pemimpin dan bekas pemimpin. 'Front page'. Pada saya ia sesuatu yang amat tidak sihat untuk dijadikan teladan kepada generasi pelapis. Apakata kalau isu isu berkaitan keluarga UMNO ini diselesaikan secara keluarga dan musyawarah kerana pada saya menang atau kalah tidak memberi apa maknapun kepada perjuangan ini. Menang jadi arang, kalah jadi abu.

UMNO bukan sahaja satu parti yang teragung di bumi Melayu ini malah ia lebih daripada itu. Ia adalah airmata, budi dan jiwa, darah dan daging orang Melayu. Perjuangan untuk mengangkat martabat Melayu sejak 62 tahun lalu dimakbulkan oleh Allah swt. Terima kasih UMNO. Setuju atau tidak kita terpaksa terima bahawa UMNO telah banyak berbudi dan berbakti kepada orang Melayu. Setuju atau tidak kita terpaksa terima bahawa apa yang kita miliki hari ini sedikit sebanyak hasil sumbangan parti keramayt ini....Lantaran itu bersyukurlah kepada Allah dan berterima kasihlah kepada pemimpin yang telah berbudi dan berjasa...

Saya bangga menjadi MELAYU kerana UMNO. Saya yakin semua ini telah menjadi ketentuan Allah dan tersurat di Luh Mahfuz bahawa UMNO ditakdirkan mencemerlangkan MELAYU....Kepada generasi muda jadikanlah polemik kepemimpinan yang melanda sekarang sebagai satu sempadan yang tidak mungkin akan berulang pada masa mendatang InsyaAllah. Hidup Melayu. Hidup UMNO. Fikir fikirkanlah

5 comments:

org bukitdiman said...

Dato

Saya rasa tak payah la Dato tulis mengenai UMNO lagi, dah tak relevan dah.
Sekarang ni pasal duit 3 billion untuk rakyat Terengganu, pimpinan negeri kata tak tahu, baik MB sekarang atau bekas MB.
Apa komen Dato? Ke Dato pun 'tak tahu" sama dengan jawapan bekas MB dulu. Ni bukan isu kecil. Duit untuk rakyat, bukan duit untuk golongan tertentu... jadi rakyat berhak mendapat jawapan yang sewajarnya.
Harap Dato beri ulasan yang bernas...

Wasalam

Anonymous said...

Assalamualaikum
Dato
Selamat Datang Ke Dunia Maya
Selain Dato dan YB Seberang Takir siapa lagi YB
Terengganu Yang ada Bolg?
Harap semua YB teutama Exco & MB kena ada bolg
Supaya senang Rakyat Terengganu di seluruh Dunia berkomunikasi
Dgn YB mereka
Yang penting sekai jangan lah siar yg mengampu saja
Selamat berjuang untuk rakat
DAPAT KAN ROYALTI MINYAK UTK TRG

Anonymous said...

Assalamualaikum
Dato
Kenapa kita marah sangat kat Kapral Sing.Sedangkan Kapra Sing belajar belajar dari UMNO ( Dato dan rakan - rakan )
SPR kata Pak Lah & The Geng yang batal guna Dakwatkekal masa gundi .Pak Lah kata SPR
Mana satu yang betul . Yang Pasti salah seorang tu penipu
Wassalam

Anonymous said...

UMNO bukan sekadar parti, tetapi ia adalah lambang perpaduan orang Melayu dan pemimpin bagi parti-parti berbagai-bagai kaum di negara ini. Dalam kedudukannya yang begitu, UMNO mesti kuat dan sentiasa berada di hadapan.Goyah UMNO bererti goyah seluruh bahagian di bawahnya. Orang melihat Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. Jika UMNO lemah dan berpecah, orang ramai akan melihat itu adalah kelemahan dan perpecahan orang Melayu. Sebab itu UMNO tiada pilihan lain selain menjadikan dirinya kukuh dan diperkukuhkan oleh ahli-ahlinya.Ini memerlukan pengorbanan dan masa.

abe MIE 'TERJAH' said...

SALAM...

Kalau UMNO tiada, PAS dan PKR langsung tidak berminat nak bela dan jaga orang Melayu.

apakah dasar PAS untuk kayakan melayu dalam bidang bisnes? Burukkan orang Melayu, tanam sifat dengki, kafirkan orang, bersekongkol dengan syaitan dan sanggup nak lantik PM aljubori.

DAP tidak pernah tunduk kehendak PAS betul tak? DAP menolah mentah-mentah agenda PAS- menjadi penaung pemerintahan dan Hudud. PAS diam dan tidak berani.

http://pkrpasdap.blogspot.com