Friday, May 2, 2008
Alim Ulamak
Terima kasih sdr blogger esp ibnu wahab...Untuk makluman sdr, Masjid tidak semestinya berkubah dan Alim tidak semestinya berjubah,Kita sedia maklum bahawa mereka yang membuat masjid akan peroleh ganjaran InsyaAllah dan jangan lupa mereka yang membina jalan ke masjid juga akan mendapat ganjaran...Sebaik baik manusia di sisi ALLAH ialah mereka yang bertaqwa(maksud ayat).Dalam kehidupan umat Islam hari ini rata rata kita tidak samaratakan pemberatan dalam ilmu fardu dan dan fardhu kifayah..Lantaran itu kita terus menjadi bangsa pengguna daripada mencipta,menadah daripada menghulur...Fikir fikirkan..Moga kita terus dianugerahkan keberkatan oleh Yang Maha Esa..InsyaALLAH.Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam YB Rosol.
Pada hemah saya, setiap Masjid yang didirikan adalah bertujuan untuk mengajak manusia agar menyembah Allah dan melaksanakan segala titah perintah-NYA dan menjauhi segala larangan-NYA.
Akan tetapi saya amat tertarik dengan senario pembinaan Masjid di negara kita terutama sekali di Terengganu. Masjid banyak dibina tetapi yang datang solat hanyalah di kalangan warga emas. Sedangkan masjid untuk semua yang ingin menunaikan solat secara berjemaah.
Tiada gunanya kuantiti jika tiada kualiti. Betul tak YB ? Sebagai contoh, apa gunanya ada anak ramai jika semua anak yang ramai itu menjadi penagih dadah dan sampah masyarakat. Cuba YB fikir-fikirkan. Saya tidak mahu menyentuh mengenai kebanggaan atau sumbangan kerajaan kepada rakyat. Tetapi cuba YB halusi objektif sebenar pembinaan mana-mana masjid. Bukan kuantiti yang kita mahukan tetapi kualiti yang kita mahukan. Rakyat tidak mahu masjid yang banyak tetapi tiada kualitinya. Rakyat mahu masjid yang berkualiti biarpun sedikit.
Ini hanyalah point of view dari saya sebagai rakyat yang mendambakan pembangunan yang seimbang, adil, telus, jujur dan amanah.
[ Penulis lebih suka solat di surau yang ramai orang berbanding masjid yang tiada orang biarpun masjid itu besar dan canggih. :-) ]
~ Al-Farabi
Post a Comment