Salam bloggers...terima aksih kepada kekawan yang masih setia dengan blog ini.Pandangan dan luahan rasa abgmie dan kulaan amat disanjungi. Yang baik saya jadikan teladan dan sebaliknya saya akan jadikan sempadan dalam meneruskan perjuangan agama bangsa dan negara.
Betul kata pujangga... pemimpin silih berganti...patah kan tumbuh, hilang akan berganti.. Tetapi yang tumbuh itu adakah sama dengan yang patah? Begitu juga halnya dengan yang berganti. Kalau sama nilai dan kualitinya...Alhamdulillah... Kalau tak sama... Nauzubillah.
Isu Dr M keluar UMNO adalah isu yang besar. Isu yang menjadi polemik sama ada di kalangan orang politik atau rakyat biasa. Persoalannya sampai bila kita harus berpolemik tentang isu ini sehingga kita lupa tugas dan agenda umat yang lebih besar. Kita lupa status dan kedudukan umat kita berbanding dengan umat lain di bumi bertuah ini.
Lantaran itu, saya berpendapat pemimpin di peringkat mana sekalipun perlu tahu hal-hal keutamaan... paling utama, utama dan kurang utama. Mengetahui 'PRIORITY'...
PRU 12... Pernah terfikirkah kepada kita bahawa bukan Melayu tidak memberi undi kepada BN? Mustahilkah satu ketika nanti 'mereka' akan cipta satu parti baru gabungan sesama mereka? Its not imposible...kerana bagi mereka bangsa adalah segala galanya.
Pemimpin Melayu bersatulah,Ikhlaslah dalam tindakan bertawakkallah dan saya yakin jika kita ikhlas dan luhur dalam perjuangan ini pasti kita diberi petunjuk dan hidayah olehNYA. Sebagai pemimpin atau ketua kita jangan jadi Kakaktua.... yang hanya pandai berkata-kata sahaja...Fikir fikirkan...
Thursday, May 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Dato':
Bercakap soal bersatu ni,mmg dari dulu kita patut bersatu. Tapi bagaimana dan dari mana harus bermulanya PERSATUAN itu sendiri. saya dapat melihat,pemimpin di peringkat bawahan sekali pun kadang-kadang lupa untuk menerapkan nilai BERSATU itu sendiri.
Sebagai mengambil contoh (1):,ada Pengerusi JKKK yg tidak pernah hiraukan masalah yg dihadapi oleh penduduk kampung yg menyokong pembangkang,dan ada penduduk yg menyokong pembangkang hanya kerana benci sikap pemimpin masayarakat setempat,saya kira perkara-perkara remeh seperti ini harus di pandang serius.Kerana in mungkin menjadi punca ketidakbersatuan itu sendiri.
Contoh 2: Pembahagian wang ehsan.
Ada penerima wang ehsan yang datang mengambil wang ehsan dengan menaiki PAJERO,MERC,HONDA dan sebagainya. Sebalik ada golongan yg boleh dikategorikan susah kononnya menyokong pembangkang tidak mendapat wang ehsan,maksud saya bukanlah susah sampai tak boleh makan,tapi dari segi bilangan ahli keluarga dan anak-anak yg masih bersekolah. Kadang-kadang dato',perkara seperti ni kita lihat sebagai perkara yg amat remeh.tapi percayalah ini boleh memberi undi golongan muda kepada pembangkang. Saya bercakap kerana saya mendengar luahan hati kawan-kawan saya sendiri.
3) Soal kepimpinan.
Hari ini setiap mesyuarat UMNO di peringkat cawangan seolah-olah dihadiri oleh kroni-kroni individu tertentu.Kehadiran ahli hanyalah dari satu generasi,seperti tidak ada generasi pelapis.Dalam setiap mesyuarat dilantik Pengerusi,Naib,Ketua Pemuda dan sebagainya. Tapi benarkah mereka ini menjalankan tanggungjawab sebagaimana jawatan yg diamanahkan kepada mereka.Sepanjang saya menjadi pengikut politik,tidak pernah saya tgk ada apa-apa aktiviti yg dianjurkan oleh UMNO cawangan untuk golongan belia mahupun masyarakat kampung.Bila tiba musim pilihanraya masing-masing sibuk meraih undi. Jika hanya Pengerusi dan dua tiga kerat sahaja yg berkerja keras hinggakan memegang jawatan itu ini diperingkat cawangan mahupun bahagian,saya pikir..UMNO hanya biasa,tiada yg lebihnya. UMNO seharusnya kuat dari akar umbi,dari peringkat cawangan. Tapi Alhamdulillah,kg saya masih setia dengan UMNO,tapi saya kira ramai juga golongan belia yg beralih arah kerana masalah-masalah yg saya sebutkan tadi.
Dato',jika tidak dari sekarang anak-anak muda ini didedahkan dengan politik mahu pun kepimpinan,bila lagi..politik Malaysia menuju ke arena global.
Berbalik soal bersatu tadi dato', saya pernah terpikir sesuatu, setiap mesyuarat yg diadakan untuk kepentingan kampung dan masyarakat,apalah salahnya kita menjemput wakil pembangkang untuk memberikan cadangan atau pendapat yg mungkin memberikan sedikit ruang di hati mereka untuk bersatu demi bangsa MELAYU.
sudahlah berbelas belas.........
pilihanraya sudah berlalu.
tiba masanya untuk dato berkhidmat untuk rakyat.siapa lagi kakitangan kerajaan yang dato nak dera dengan tukar mereka jauh jauh??
dato sendiri tidak berupaya menarik orang pembangkang dengan cara berhikmah,melainkan ugutan itu dan ini. Ya... ini lah sikap pemimpin pendendam.
salamualaikum..apa yg perlu umno lakukan sekarang adalah mendekati generasi baru dengan cara yg lebih efektif..ini kerana ada yg ingin mendaftarkan diri sebagi ahli umno tetapi ditolak tanpa alasan yg munasabah..diharap dato'dapat melihat isu ini dengan lebih telus.ini kerana generasi baru inilah yang akan menetukan siapa yang akan mentadbir negara ini pada masa akan datang...
salamualaikum...Dato'mempunyai prospek yg tinggi untuk menjadi pemimpin yg baik....tetapi nampaknya umno terengganu sudah berpecah kepada beberapa kumpulan...umno terengganu perlu membuktikan yg parti ini masih relevan untuk dipangkah oleh rakyat..perkara ini akan menjadi satu peluang keemasan oleh pihak haji hadi untuk terus memperlekehkan umno terengganu..
Post a Comment