Salam bloggers...terima kasih lilin api yang prihatin dan cakna...bersatu pada saya bermula dari diri masing-masing. Kita jangan harap orang lain memulakannya kita yang sewajar memulakannya.Isu dan masalah JKKK yang pilih kasih...saya tidak mahu menyebelahi mana mana pihak tetapi jangan menggigit tangan yang menyuap nasi...Kerana pulut santan binasa.
Satu pengalaman saya....Satu ketika dahulu saya membantu seorang hamba Allah... Malangnya apabila hamba Allah tersebut dapat apa yang diinginkan dia mula bercakap dengan kata kata yang tidak sewajarnya. Bercakap di kedai kopi, di wakaf di mana sahaja bahawa ''Aku walaupun kuat membangkang tetapi mendapat lebih daripada penyokong kerajaan". Ini mengguris hati dan perasaan penyokong penyokong saya. Jadi tidak hairanlah jika JKKK bertindak demikian.
Sebab itu saya sering mengatakan kita perlu bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit, bunga dipetik perdu ditendang itu tandanya bangsa yang malang... Berdosakah kita jika kita bersyukur?...fikir fikirkan....

4 comments:
Dato':
Pertama sekali,saya minta maaf jika ada pandangan saya tadi tidak kena dgn cara dan praktikalnya. Saya cuma mampu memberi pandangan dato',ini kerana saya tidak mampu suarakan hal ini kapada cawangan mungkin,saya sendiri tidak tahu status saya sebagai ahli UMNO yg sah atau tidak,kerana saya cuma mendaftarkan diri sebagai ahli melalui online setelah dua tiga kali saya cube mendapatkan borang dari AJK UMNO dan mereka jawab,borang keahlian sudah habis dan saya perlu ke pejabat Dato' untuk mengambil borang. Maaf dato' sebab hingga sekarang belom ada kelapangan untuk saya ke pejabat dato' sekaligus bertemu dato' sendiri. Hakikatnya kita kerap bertemu sebelum ini.
Apa yg ingin saya sampaikan tadi dato' adalah,saya ingin tahu bagaimana caranya saya sebagai individu, boleh menyatukan penduduk melalui saya sendiri sebagai individu,bukannya persatuan atau satu badan pertubuhan? Benar saya ingin mulakan perpaduan,tapi bagaimana? Apa yg mampu saya buat sekarang melalui persatuan sukan yg saya ada sekarang.Tapi saya kira itu tidak cukup.Saya harap dato' dapat membantu saya dari segi idea atau buah fikiran. Benar masyarakat kg di Terengganu khususnya tidak pernah bersengketa selepas pilihanraya. Tapi sewaktu pilihanraya mereka boleh bertumbuk hanya kerana sebatang bendera.
Saya benar-benar sayangkan parti ini dato',tidak rela saya lihat lagi bumi Terengganu ini jatuh ke tangan pembangkang.Apatah lagi bumi Malaysia tercinta ini.
alah YB Rosol pun same..
Cakap orang!
Takkan satu kes dah melenting bro....
pihak yang bercakap besar itu mungkin dahlama tersepit, dan eloklah dia meluahkan perasaan...takkan tu pun tak boleh!
Itulah pilihan kita, hanya satu-bersatu dan berpadu. Kita sudah terlalu letih untuk berpecah lagi. Saiz kita sudah lama mengecil disebabkan perbezaan aliran, mazhab, ideologi, isme, parti, halaqat dan fahaman yang kita bangunkan sendiri. Kita tiada pilihan lain selain kembali kepada yang asal dan ori yang pernah menjadi milik kita. Kita patut kembali kepada Islam sebagai agama, UMNO sebagai parti dan budaya Melayu sebagai budaya kita.Jika kita terpaksa berbeza pun hanya pada perkara-perkara kecil yang tidak menjejaskan keutuhan bangsa dan agama kita. Dan apabila kita terpaksa berbeza jangan sampai kita berpecah.
Post a Comment