Friday, May 2, 2008

BN dan UMNO masih disayangi

Sdr bloggers.... especially Budakua, terima kasih kerana surfing blog saya. Saya yakin sdr adalah pengundi saya. Dan mungkin telah memberi satu undi penting untuk saya dalam 3 pilihanraya yang lalu.Saya yakin sdr akan terus menyokong dan mengundi BN untuk PRU 13 dan selama lamanya. Alasan saya mudah iaitu sepanjang 4 tahun PAS perintah Terengganu, berapa batang jalan dan berapa jambatan dibina di Kg Kua. Yang saya tahu satu jambatan rosak teruk kerana digunakan oleh treler ambik balak sehingga menyusahkan org kua utk keluarkan buah sawit.

Satu lagi...'Fitnah lebih bahaya daripada membunuh'....Dosa kita dengan Allah insyaAllah...Allah maha pemurah lagi pengasihani...Tetapi Dosa sesama insan, kita MESTI memohon kemaafan drp mereka...Fikir fikirkan...

Rakyat yang mengundi dan menyokong BN.Kemenangan saya dalam 3 piliharaya yang lalu bukan kerana kekuatan peribadi dan body saya tetapi;
1.Kekuatan UMNO dan BN di Hulu Terengganu
2.Rakyat dan pengundi di sini tahu bersyukur dan berterima kasih sbgmana disuruh oleh Islam
3.Kehebatan kepimpinan cawangan, peti undi dan bahagian.
4.Pengalaman 4 tahun di bawah PAS satu pengajaran penting.
5.Rakyat yakin dengan ketidakanmampuan pembangkang.'Cakap tidak serupa bikin'

Lantaran itu, saya yakin walau siapapun yang bertanding di Ajil, K berang dan Telemong dalam piliharaya akan datang, InsyaAllah akan mendapat kejayaan...Saya berjanji akan meninggalkan sebuah parti yang kuat kpd pengganti saya di DUN Ajil.

Terima kasih kerana mempastikan kesinambungan dan kekuatan UMNO dan BN H Terengganu terus cemerlang...
Terima kasih...wassalam.

3 comments:

dermawan budiman said...

YB, tahniah atas inisiatif untuk memulakan blog ini. Memahami keperluan YB, silalah layari URL blog http://suterasemai.blogspot.com

Ibnu Wahab said...

hello,setelah bergelar YB untuk kali ketiga,apa peranan saudara untuk memartabatkan Islam di kawasan Ajil yang dilihat masih ketinggalan.Saya ingin tahu berapa ramai penduduk Ajil yang alim agama.

gadeng said...

Salam. YB
tahniah atas sifat keterbukaan YB dan berani meredah dunia blog.namun YB kena tahan keperitan bahasa pengguna blog..pada saya seorang tidak harus mengucapkan "Hello" sebagai pendahuluan...maaf jika saya tak pandai menegur.if he is looking for org alim di Ajil..i assume he is more alim..wassalam.