Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan rakan bloggers sekalian....Syukur dan terima saya ucapkan kepada semua rakan dan sahabat yang tak jemu jemu menjenguk blog saya. Alhamdulillah sekarang tidak ada lagi kata kata kesat dan keji...Sebagaimana harapan saya dulu, saya berharap kata kata kesat dan keji itu adalah kata kata yang terakhir dihamburkan dan saya adalah mangsa terakhir.Moga selepas ini tiada lagi kata kata sebegitu sama ada kepada saya atau kepada makhluk yang lain daripada insan yang sama..InsyaAllah.
Sepanjang sidang DUN yang berlangsung selama 4 hari, banyak perkara yang dapat diperhatikan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Speaker baru YBM Dato Tg Putera yang mampu mengendalikan sidang dengan baik. Tiada suasana panas dan kata kata kesat dilontarkan..Alhamdulillah.
Pujian juga patut diberikan kepada DS Hj Hadi dengan pandangan membina kepada kerajaan dalam usaha membantu golongan petani dan nelayan.Satu pandangan yang baik.Cara dan penyampaian yang tak pernah saya lihat di dalam sidang sidang yang lalu. Terima kasih dan tahniah DS.
Tetapi kepada dua YB PAS yang baru iaitu wakil Bukit Payung dan Ladang,saya berpandangan mereka perlu banyak belajar. Wakil Ladang membangkitkan isu Kiblat Masjid Kristal yang dikatakan bercanggah dengan arah kiblat yang terdapat pada jam kawan beliau. Beliau lebih percaya dan yakin dengan arah kiblat jam tangan kawannya.
Rakan rakan bloggers boleh menilai sendiri YB Ladang dan tidak hairanlah beliau memilih untuk bersara awal.
Begitu juga halnya dengan YB Bukit Payung. Bercakap macam memberi kuliah di Masjid Telaga K Berang.Mungkin kerana kuliah beliaulah satu pasangan bercerai akibat isteri menyokong BN pada pilihanraya yang lalu. Beliau menyatakan seolah olah Islam Hadhari sesat dan menyesatkan dan membaca petikan kata kata Mufti Perlis. Kata kata tersebut dibaca sebahagian sahaja kerana keuntungan politik beliau. Saya ingin nasihatkan kepada YB Bukit Payung, kalau kita tak mampu untuk menjadi garam untuk mengawet ikan, jangan pula menjadi Langau yang merosakkan ikan tersebut. Fikir fikirkan
Friday, May 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
way to go ADUN bukit Payong baru!
assalamualaikum...
sebenarnya saya sebagai rakyat yang beragama Islam sendiri tidak suka "Islam" itu dirangkaikan dengan perkataan lain.
bagi saya, Islam adalah Islam. tiada tokok tambah. tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. yang penting ikut.. kalau tak ikut tu yang ramai tergelincir.. bukan takat tergelincir dari segi perbuatan, malah juga akidah Islamiah.
wallahu'alam...
"Wakil rakyat cap ayam"?
www.penawarrindu.blogspot.com
Penawar rindu..tak baik kita menyindir kat orang. saya faham maksud awak kata Yb cap ayam?. Blog awak saya baca tetapi tidak saya nak komen apa awak kata, walaupun komen awak berat sebelah. Awak nampak baik sebelah awak je, yg bagus. the other side tidak bagus. Bagi saya yg duduk tengah2 ada kekuatan dan ada kelemahan di sebelah kerajaan dan pembangkang. Saya menghormat pendapat tetapi saya tidak menyindir pun.
ALLAHUAKHBAR
Assalamualaikum DR,
Syabas dan tahniah buat YBM Dato' Ku Tera. Sama2lah belajar drpd kekhilafan2 yang lalu, insya Allah sejahtera negeri kita. It should a win-win situation, friendship should prevail here and hereafter. Banyok2 sejid di tranung, sejid Telaga jadi contoh yer!!!
harap sidang DUN kali ini tidak menjadi medan perang mulut dan medan perbincangan isu yg tidak memberi sedikit pun perkembangan fikiran rakyat negeri. ayuh wakil PAS!!! usulkan isu yg menjadi tuntutan rakyat!! Bukan membangkang projek2 kerajaan!!!
Kalau pandai sangat,Bg buah pikiran ape yg perlu kerajaan buat untuk bangunkan quality hidup rakyat..bukannya dengan isu royalti,maksiat,keganasan sahaja.. kita akui itu terjadi,tapi TOLONG BAGI IDEA DAN PENDAPAT,MACAM MANA NAK TANGANI MASALAH INI!!!
Post a Comment