Thursday, May 29, 2008

PERLETAKAN JAWATAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO

Tahniah dan syabas diucapkan kepada YB DS Idris dan terima kasih kepada bloggers yang menunggu nunggu keputusan DS Idris. Inilah sms dan email yang saya terima daripada pejuang pejuang UMNO Terengganu adan seluruh negara apabila menerima berita tersebut. Kepada mereka yang sayangkan DS Idris...ini sesuatu yang amat berat diterima,tetapi bagi mereka yang sebaliknya...ini waktu yang ditunggu tunggu.

Keputusan yang diambil ini tidak mengejutkan kerana DS Idris telah maklumkan kepada saya beberapa hari yang lalu. Saya tidak memberi sebarang komen... cuma saya berpendapat bahawa adalah baik hal tersebut dibincang dengan Presiden terlebih dahulu. Lantas DS telah membuat pertemuan dengan Presiden pada petang 28hb Mei dan dimaklumkan bahawa Presiden bersetuju dengan cadangan DS Idris itu... Alhamdulillah

Sebenarnya hal ini telah lama dibayangkan kepada saya. iaitu sejak keputusan MT yang mengiktiraf YAB Ahmad Said. Kerana dalam negeri dan parti tidak wajar wujud 2 nakhoda. Tiada guna kita memegang kuasa tetapi parti semakin sehari semakin lemah kerana kekuatan kita adalah kekuatan parti. Tanpa parti siapalah kita.

Diantara alasan yang dpat saya cungkil DS Idris ingin memberi ruang kepada YAB Ahmad Said agar kerja kerja parti dan pentadbiran negeri dapat diselaraskan dan ini memungkin UMNO akan kuat. Selain itu keputusan ini adalah tanda menghormati keputusan MT yang lalu. Yang penting bagi UMNO dan rakyat Terengganu DS Idris telah meninggalkan satu 'legacy' yang cukup berkesan kepada negeri dan UMNO. Tahniah dan terima DS. Hanhya Allah sahaja yang akan membalasnya.

Saya selaku SU UMNO Perhubungan juga dengan suci hati melepaskan jawatan yang saya sandang sejak 2004 yang lalu. Berkuatkuasa serta merta. Terima kasih DS Idris kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membantu DS dan saya memohon kemaafan jika sepanjang saya memikul amanah tersebut terdapat sesuatu yang tidak menyenangkan. Itu saja yang terbaik, mampu saya lakukan untuk UMNO, Melayu dan Negeri Terengganu. Juga Terima kasih dan kemaafan kepada seluruh warga UMNO Perhubungan Negeri terutama Sdr Razali Bidin (SUKerja dan rakan rakan). Jasa dan budi kalian hanya Allah sahaja yang akan membalasnya. Terima kasih semua...dan minta maaf kepada semua.

Sepatah kata DS Idris; 'Jika kuasa yang dipegang ini menjadikan Parti lemah, maka relakanlah pengunduran ini'...Salam perjuangan.

11 comments:

Anonymous said...

saya terharu dengan perletakkan DSI & DR. Satu gandingan yang baik & telah menunjuk prestasi yang cemerlang. terima kasih kpd DSI & DR. Jasa mu dikenang.

Lawyer Kampung said...

Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Yang penting adalah khidmat, bukannya pangkat. Tahniah saya ucapkan kepada Dato dan mantan MB.

Anonymous said...

Kalau itu menjadi cara yang dapat melicinkan pengurusan UMNO Terengganu, mengapa tidak. Yang akan menggantikannya pun adalah orang Terengganu dari parti UMNO, bukan orang dari negeri lain dan dari parti lain. Kalau ia diukur untuk parti dan rakyat Terengganu sesiapa pun tidak rugi.Jangan ada rasa kerugian atau kehilangan dengan tindakan tersebut. Itu yang terbaik bagi melicinkan perjalanan UMNO negeri.Win win Situation harus berlaku.

gadeng said...

salam..tahniah diatas keberanian dan pengorbanan dato berdua. Perjuangan boleh diteruskan dimana2. saya masih mempercayai dan menyokong dato, mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terengganu.

gadeng said...

salam.
tahniah diatas pengorbanan dan keberanian dato berdua. perjuanagn boleh diteruskan dimana2.selamat majujaya..saya masih percaya dan menaruh harapan kepada ketokohan anda.

Anonymous said...

tolong betulkan ejaan perletakan. Bendahari UMNO negeri sepatut meletak jawatan supaya Ketua UMNO baru dapat melantik orang yg baru pulak. Jika baca kenyataan Bendahari dlm Sinarharian macam tak mahu behenti je malah cuba bodek Mat said & mempelekeh Dato idris & Dato Rosol. Ingat kekalahan di DUN Ladang atas kelemahan diri sendiri bukan kerana kekuatan PAS. Calonnya tidak popular.

Anonymous said...

syabas, perletakan ini menunjukan KEIKHLASAN dalam perjuangan UMNO. Bukan jawatan yang dikejar tapi untuk berkhidmat. Amalan cah keting wajar dijadikan sempadan. Rakyat BANGGA mempunyai pemimpin seperti ini. saya kagum dengan DS IDRIS DAN DATO" , dan saya jangka jika kita UMNO bersatu padu PAS memang tiada harapan untuk ambil alih negeri ini. BIARLA PENGALAMAN PAHIT 1999 DIBAWAH PAS JADI PENGAJARAN..

Mat Yie said...

Dato':
Saya setuju dgan raja siber,gandingan dato' berdua cukup hebat sehingga membawa Terengganu gah di mata dunia,malaysia khususnya.Hari ini ramai ingin mengenali Terengganu kerana pembangunannya. walaupun dato' berdua sudah berundur,saya pasti khidmat nasihat dan pandangan dato berdua pasti terus di tagih. Dato berdua masih ahli UMNo,dan in pastinya bukanlah suatu yg patut diperbesarkan bg saya. yang penting dato,teruskan perjuangan untuk memajukan kawasan kita AJIL tercinta.

Anonymous said...

betulllllllll... bekas wakil rakyat ladang memang tak popular & tak dok bakat & kaliber jadi wakil rakyat. Lain kali jgn letak dia utk lawan ku hassan. cari sekarang calon wakil rakyat ladang & bagi dia buat kerja awal.

kulaan said...

Kenaikan harga minyak telah menyebakan keadaan panik bagi rakyat biasa..peletakan jawatan oleh dato dan ds Idris sepatutnya lagi awal2 apabila tahu bahawa bukan pilihan Sultan dan cari apa sebabnya kenapa ia terjadi....wang ringgit la jawapannya selama ini dipersoalkan semasa dsi dulu.
harap dato fikirlan sendiri dan minta dato memperjuangkan nasib rakyat bukan hanya jawap YES BOSS dan ini perlu disampaikan kepada pucuk peminpin kita.

Anonymous said...

itu lah dia resam hidup ini. kalau selalu sangat kata ke orang cap ayam, lalat hijau, akhir nya tahi ayam akan terpalit ke muka sendiri.. tahniah dan takziah..