Kita pasti tertarik dengan gambar pelajar-pelajar sekolah yang begitu serius menonton siaran langsung Dewan Rakyat di muka utama Utusan Malaysia kelmarin (1hb Mei 2008)
Pastinya disepanjang lawatan sambil belajar tersebut mereka akan berasa terpegun dan kagum dengan bangunan Parlimen yang serba indah serta mempunyai infrastruktur kelas pertama.Aura bangunan Parlimen sebagai mercu tanda sistem terunggul negara Malaysia itu juga pastinya menimbulkan persepsi pelajar-pelajar tersebut bahawa wakil rakyat adalah seperti guru besar sekolah mereka iaitu seorang yang berdisiplin, dihormati, berhemah, tinggi budi bahasa dan perwatakannya.
Kita tentu tidak tahu apa yang terlintas di benak fikiran mereka itu tapi penulis tersenyum apabila membaca komentar daripada pelajar-pelajar sekolah yang innocent itu. Semua terkejut dan ada yang ketawa melihat tingkah laku ahli-ahli Parlimen.Bayangkan jika pelajar-pelajar yang masih mentah pengalaman mereka itu telah dapat menilai sikap-sikap orang-orang dewasa yang bergelar wakil rakyat.
Dan apabila Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek turut melahirkan rasa kecewa dan mengatakan tingkah laku ahli Parlimen, khususnya daripada parti pembangkang sebagai ahli Parlimen kelas ketiga, apakah kita, rakyat jelata akan berdiam diri sahaja dan tidak bersuara untuk turut melahirkan rasa kecewa terhadap sikap wakil-wakil kita itu?Realitinya, apakah wakil-wakil rakyat yang mempunyai sikap kelas ketiga ini layak untuk berada di bangunan Parlimen yang mempunyai prasarana kelas pertama?Ketika pelancaran Kod Etika Bagi Ahli Parlimen di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara pada 19hb April 2004, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahamd Badawi telah menggariskan tujuan, kewajipan serta tata laku yang perlu diikuti oleh setiap ahli parlimen.
Di antaranya :-
i) Ahli Parlimen hendaklah memahami dan mematuhi Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat atau Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dengan lebih berkesan dalam persidangan Parlimen;
ii) Ahli Parlimen hendaklah bertanggungjawab kepada Parlimen melalui peranan aktif, objektif, positif dan bijaksana dalam perbahasan di Parlimen;
iii) Ahli Parlimen hendaklah menghadiri setiap mesyuarat Parlimen yang diadakan pada waktu yang ditetapkan; dan
iv) Ahli Parlimen hendaklah pada setiap masa berkelakuan yang boleh meningkatkan kepercayaan rakyat kepada integriti Parlimen.
Dalam topik ‘Tata laku secara am’ pula, beliau menggariskan :-
i) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa adil, amanah dan bijaksana;
ii) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa berintegriti dan mempamerkan akhlak yang terpuji;
iii) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menghindar diri dari kegiatan yang boleh mendedahkan mereka kepada rasuah;
iv) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menunjukkan tata laku dan keperibadian yang terpuji dan boleh dicontohi baik dalam kapasiti rasmi mahupun dalam kapasiti persendirian;
v) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa bertanggungjawab (accountable) atas segala tindakannya; dan
vi) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa mengamalkan gaya hidup mengikut kemampuan masing-masing
Makanya, hari ini rakyat perlu bangkit untuk menilai dengan serius, bersuara dan menegur wakil-wakil rakyat yang sedia ada. Wakil-wakil rakyat perlu diingati bahawa mereka di pilih untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan bukannya berdebat mengenai perkara-perkara yang remeh temeh.Walau bagaimana pun, penulis tidak bersetuju jika slot siaran langsung sidang Dewan Rakyat diberhentikan. Tindakan memberhentikan siaran itu secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan kerajaan terhadap tahap intelektual rakyat.
Biarlah rakyat yang menilai keperibadian dan tahap profesionalisme wakil-wakil rakyat.
Jika kita dapati wakil-wakil rakyat itu tidak berhemah, kebudak-budakkan dan tidak menyumbang ke arah kesejahteraan dan kehendak rakyat, kita akan menempuh Pilihanraya umum ke-13 pada tahun 2012.Dan ketika itu, wakil-wakil rakyat yang tidak berkualiti, tidak berbudi bahasa, pandai memalukan serta menjatuhkan maruah orang lain di dalam dewan yang mulia itu akan menerima padahnya. Mereka pasti tidak akan diterima oleh rakyat, tidak kira pegangan politik mereka.
Friday, May 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Askum
Tahniah Dato kerana buat blog.
Saya fikir di zaman ini sekiranya
pemimpin tidak buat dan tidak update blog maka pemimpin tersebut dikira pemimpin yang ketinggalan zaman.
Walau hampir dua bulan pilihanraya umum berlalu saya secara personal masih sedih kerana dato yeh tidak dipilih untuk dilantik semula sebagai MB Terengganu. Begitu juga saya sedih kerana Shahidan yang agresif seperti dato yeh juga tidak dilantik sebagai MB Perlis.
Saya org Kelantan dan jika Dato Yeh jadi MB saya anggap Kelantan akan turut cepat membangun kerana besut bersempadan dgn Kelantan.
Apa pun terima dululah ketentuan Ilahi dan mudah-mudahan terengganu kekal di tangan BN.
Ramai orang mencemuh dato berikutan isiden tempoh hari di luar istana tetamu Terengganu tetapi saya beranggapan dato meletakkan di mana langit dijunjung di situ bumi di pijak.
Selagi Pas Terengganu dikawal oleh ustaz-ustaz cap ayam BN tak perlu risau dan bimbang. Mereka hanya mampu berkokok dan bila diperu apas nyor mereka akan mematuk kepala sesama sendiri berebut apas nyor.
Sebab tu Pas kalah tahun 2004 dan tahun 2008 di terengganu.
wak hamad
YB Dato, seperti yang Dato katakan, etika adalah sesuatu yg penting kerana MPs are selected by the people and should behave accordingly to represent the people. Budaya memanggil nama binatang bukanlah mengambarkan budaya orang kita. Layari http://suterasemai.blogspot.com
Post a Comment