Friday, May 16, 2008

Royalti.

Saya ingin memberi respon berkaitan dengan wang royalti petronas sebanyak 5% kepada Kerajaan Negeri Terengganu 2004 - 2008.Walaupun isu tersebut bukan dibawah bidang kuasa saya selaku exco Islam Hadari.Setelah Terengganu berjaya merampas balik daripada pemerintahan PAS 1999-2004, Kerajaan Persekutuan telah memberi balik wang royalti kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran Dato Seri Idris Jusoh.

Namun begitu,kerajaan negeri juga tidak pernah diberi sebarang maklumat mengenai baki atau jumlah sebenar wang ehsan yang dibelanjakan untuk pelbagai pembangunan projek di negeri ini.Walaupun 80 peratus bajet kerajaan negeri adalah daripada wang ehsan ini, jumlah sebenar perbelanjaan di luar pengetahuan kita. Kenyataan perbelanjaan seperti yang diumumkan juga di luar pengetahuan kerajaan negeri.Pada 2004 sebanyak RM285 juta wang royalti dimasukkan ke dalam bajet, 2005 (RM1.14 bilion), 2006 (RM1.41 bilion), 2007 (RM1 bilion) dan 2008 (RM500 juta).

Saya berharap saudara bloggers tidak perlu membuat sebarang spekulasi yang tidak betul dan menyalahkan 100% kepada YB Dato Seri Idris Jusoh sewaktu beliau menjadi Menteri Besar.Mengenai tuntutan YAB Dato Ahmad Said yang agar pengurusan wang royalti diuruskan oleh kerajaan negeri, saya tidak dapat memberi sebarang komen dan ia masih menjadi kes mahkamah.Saya turut bersetuju agar wang tersebut dapat diurus tadbir sendiri oleh kerajaan negeri demi masa depan & pembangunan akan datang di negeri Terengganu.

Apa yang menarik perhatian saudara sekalian, kerajaan pusat juga memberi RM 432juta semasa pemerintahan PAS 1999-2004 dan ditarik balik ekoran kegagalan PAS mentadbir urus wang tersebut.Namun, RM432 juta tidak tahu dibelanja ke arah mana.Sejak mentadbir terengganu, tiada pembangunan yang dibuat sehinggalah BN mengambil alih semula mentadbir terengganu.Banyak anak-anak syarikat kerajaan yang wujud semasa Tan Sri Wan Mohktar Ahmad memerintah terpaksa ditutup.Persoalannya, adakah PAS berjaya mentadbir ?Jangan kita memberi alasan kerana wang royalti ditarik balik walhal kerajaan Kelantan boleh kekal sehingga hari ini tanpa royalti minyak.Tetapi sedikit sebanyak kerajaan pusat jugak menghulur bantuan dlm mengurus tadbir negeri.Banyak jugak projek2 dlm RMK 9 dikhususkan di negeri Kelantan walaupun berlainan ideologi.

Saya rasa ini sahaja yang dapat memberi respon.Jika tersalah mohon maaf.

3 comments:

Ahmadi Abdul Latif said...

Dato',

terima kasih atas penerangan yg diberi. kerajaan pusat harus membentangan secara teliti sagala perbelanjaan wang tersebut atau pun menerangkan mengapa terdapat perbezaan antara angka yg dikemukakan didalam parlimen dan angka yg di berikan oleh kerajaan negeri.
Saya berpendapat blog ini akan menjadi dwifungsi iaitu dimana Dato' blh mendapatkan info dr rakyat dan rakyat juga blh mendapat info dr Dato'. Dato' sebagai org yg berpengalaman luas dlm bidang pentadbiran negeri serta juga ahli politik kanan Tranu sangat sesuai utk menerangkan sesuatu isu berkaitan negeri Tranu.

Unknown said...

Masa PAS menerintah Terengganu 1999-2004 tiada pembangunan dibuat, yang siap masa pemerentahan PAS adalah projek yang telah dibuat semasa kerajaan UMNO sebelum 1999 & siap pada masa PAS Memerintah. Pas hanya berjaya menyiapkan sebuah masjid pengadang baru & mengecat warna hijau di pasar kedai payang. Alasan kerana tidak dapat mebuat pembangunan royalti disekat tetapi kerajaan kelantan boleh membangun kelantan tanpa royalti minyak. camana pulak tu...

smallville said...

Salam Dato'

Seperti yang saya agak jawapan dato akan lebih menjurus kepada penafian dan kritikan kepada pemerintahan Pas yang lalu. Maklumat tentang 3 Billion yang hilang tidak pula dato terangkan secara langsung sebaliknya hanya dato bangkitkan 500 juta wang ehsan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri pada tahun lepas.
Memang saya tidak nafikan semasa kerajaan Pas memerintah saya tidak nampak apa-apa pembangunan kalau nak dibandingkan dengan Kelantan. Tapi kerajaan Pas Kelantan sudah lama memerintah. Apa yang saya ingin dapat perjelasan adalah kemana wang royalti 7.3 billion dibelanjakan, kalau betul ia disalurkan. Kalau nak kata pembinaan Masjid Kristal dan replika masjid lain takkan sampai 7 Billion. Kalau nak kata Monsoon Cup KBS yang keluarkan duit, Terengganu hanya tuan rumah. Atau mungkin dato ingin betulkan fakta saya?

TQ