Hari ini merupakan hari pertama bagi penggal ke 12 perbahasan sidang undangan negeri Terengganu.Persidangan negeri berjalan dengan lancar dan teratur seperti mana yang ditetapkan.Saya tidak mengambil bahagian dalam perbahasan ini, hanya memberi peluang kepada ahli-ahli YB baru samada dari pihak kerajaan mahupun dari pembangkang.
Saya ingin mengambil satu isu yang dibangkit oleh pihak pembangkang.Wakil Dun Bukit Payong membangkitkan mengenai Islam Hadari.Beliau menyatakan bahwa islam hadari adalah sesat dan agama baru.Sedangkan beliau sendiri tidak tahu apakah konsep islam hadari yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.Islam hadari bukan agama baru seperti mana yang dilaung-laungkan oleh Pembangkang.Ini adalah pendekatan.Kita tidak sesekali mengubah apa yang terkandung di dalam Al-Quran & Sunnah.Cuba anda perhatikan dimana salah silapnya konsep yang digunakan pakai?Saya berharap saudara-saudari perhati apa yang terkandung di dalam konsep islam hadari, bukan islam baru seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.
Sekiranya saudara masih ingat semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau juga memperkenalkan konsep iaitu Islam Madani.Adakah waktu itu konsep Islam Madani agama baru ?Cukuplah wahai kepimpinan pembangkang menipu rakyat.Janganlah menggunakan islam untuk meraih sokongan.Di sini saya sertakan isi Prinsip Islam Hadari.Baca dan fahamilah prinsip tersebut.CArilah dimana silapnya.
Prinsip 1 : KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH
i. Keimanan yang mantap
ii. Ketaqwaan yang menyeluruh
iii. Pegangan agama yang kukuh
iv. Pengalaman kolektif nilai-nilai murni
v. Masyarakat yang "beragama" berteraskan prinsip Rukun Negara
Prinsip 2 : KERAJAAN YANG ADIL DAN BERAMANAH
i. Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat
ii. Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan bertanggungjawab
iii. Kebajikan rakyat terpelihara
iv. Berjimat cermat - mengelak pembaziran
Prinsip 3 : RAKYAT BERJIWA MERDEKA
i. Semangat jati diri
ii. Berfikiran terbuka
iii. Tidak dibelenggu kesan penjajah
iv. Kreatif dan Inovatif
v. Mampu bersaing
vi. Berdaya maju
vii. Berdikari
viii. Berusaha menerima perubahan
ix. Tidak taksub dengan budaya lama yang melemahkan
Prinsip 4 : PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN
i. Umat yang cinta akan ilmu
ii. Menjadi bangsa peneroka ilmu
iii. Mendalami ilmu fardhu ain
iv. Menguasai semua bidang ilmu kifayah
v. Bersedia meninggalkan "ilmu-ilmu" negatif yang boleh merosakkan akidah dan membinasakan masyarakat
vi. Memantapkan integrasi ilmu
Prinsip 5 : PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF
i. Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah dalam bidang ekonomi
ii. Umat yang maju dalam bidang ekonomi
iii. Negara yang maju dan barakah
iv. Mengelakkan pembaziran dalam aktiviti ekonomi
v. Mengutamakan golongan kurang berkemampuan
vi. Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal
vii. Keseimbangan ekonomi antara bandar dan luar bandar
viii. Kerjasama kondusif antara sektor awam dan swasta
ix. Memberi keutamaan kepada ekonomi yang berkait dengan keperluan asasi rakyat
x. Mengelakkan penindasan dalam aktiviti ekonomi
Prinsip 6 : KEHIDUPAN BERKUALITI
i. Tempat tinggal yang selesa
ii. Persekitaran yang selamat
iii. Kehidupan yang sihat
iv. Keluarga yang harmoni
v. Pemakanan yang berkualiti
vi. Masyarakat yang penyayang
vii. Prasarana yang lengkap dan sempurna
viii. Menjadi ibadat asas kehidupan berkualiti
Prinsip 7 : PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA
i. Memberi perhatian kepada kumpulan etnik dan minoriti
ii. Memberi perhatian kepada bekas-bekas banduan, bekas penagih dadah, bekas tahanan rumah perlindungan akhlak dsb.
iii. Memberi keadilan yang sewajarnya kepada kaum wanita
iv. Memberi perhatian kepada ibu tunggal
v. Memberi perhatian kepada Orang Kurang Upaya (OKU)
Prinsip 8 : KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL
i. Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama
ii. Membangunkan moral masyarakat berdasarkan nilai-nilai murni
iii. Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat
Prinsip 9 : PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI
i. Kesedaran dan bertanggungjawab manusia sebagai khalifah
ii. Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan
iii. Pembangunan yang seimbang dan terancang
iv. Memanfaatkan sumber alam untuk perkara kebaikan
v. Mengelak pembaziran sumber alam
vi. Mengekalkan keindahan alam
vii. Memelihara sumber air dan udara yang berkualiti
viii. Melindungi habitat kehidupan fauna
Prinsip 10 : KEKUATAN PERTAHANAN
i. Membina ketahanan melalui modal insan (mental dan spiritual)
ii. Menyemarakkan semangat patriotik dan cinta akan negara
iii. Memiliki sistem pertahanan terbaik dan disegani
iv. Membangun kekuatan pertahanan berasaskan teknologi
Tidak dapat dinafikan bahwa kita selalu pandai mencari kesalahan dan kesilapan orang.Namun, kesilapan terhadap diri sendiri dinafikan.Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri adakah kita mampu membuat sesuatu lebih baik daripada orang yang kita cakap salah.?kalau tidak perbaiki dahulu diri sendiri sebelum mengkritik membuat tuli pada orang walaupun kita pandai membaca Al-Quran,Tafsir dan sebagai tapi kita tidak mengamalkan apa yg terkandung di dalamnya.
Fikirlah ...
Wednesday, May 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Assalamualaikum wbt YB Dato',
majlis fatwa kebangsaan pernah mengeluarkan fatwa atau ruling bahawa islam hadhari tidak menyesatkan seperti dakwaan sesetengah pihak. mungkin Dato' boleh mengeluarkan kenyataan majlis fatwa kebangsaan tentang hal tersebut supaya boleh ditatap oleh pengunjung blog Dato'. lagipun, jika diteliti dan diperhalusi, tidak ada satu pun prinsip islam hadhari yg bertindan/redundant dengan hukum Islam, ataupun mengeluarkan hukum baru etc etc..siapakah ADUN bukit payong tersebut jika hendak dibandingkan dengan ahli majlis fatwa? usahkan hendak duduk semeja, berdiri pun tidak sama tinggi.
mungkin juga YB Dato' boleh mengeluarkan isu YB Shah Alam yg telah memberikan perkenannya, ataupun gave his blessings dalam tuntutan gereja utk menggunakan perkataan "Allah". Tidakkah ini akan menjadi sesuatu yg cukup mengelirukan bagi umat Islam di Malaysia?
wallahua'lam.
Assalamualaikum Dato',
Saya telah mula melayari blog Dato' apabila saya dapat tahu Dato' telah mengadakan blog. Tahniah diucapkan. Saya adalah seorang anak Terengganu. Namun begitu, saya merasakan banyak lagi yang boleh dibuat untuk memajukan Terengganu. Usaha kerajaan negeri BN dalam memajukan Terengganu khususnya dalam bidang pendidikan sangatlah terpuji dan sememangnya dianggap dan diakui oleh negeri-negeri lain yang Terengganu sememangnya adalah negeri yang paling ke hadapan dan leader dalam bidang pendidikan serta aktif dalam membangunkan modal insan yang seterusnya membantu dalam meningkatkan pembangunan negeri khusunya dan negara amnya. Namun begitu, apa yang saya harapkan agar segala usaha pendidikan sentiasa diteruskan oleh kerajaan negeri baru yang ditunjangi BN. Pembangunan TATIUC, TESDEC, Sekolah Elit dan Premier, TSTC, UMT dan lain-lain seharusnya sentiasa diteruskan agar institusi-institusi ini dapat melahirkan modal insan yang terbaik dalam segala aspek bagi memenuhi aspirasi kerajaan walaupun tulang belakang di sebalik kejayaan ini telah dicantas semasa PRU yang lepas. Saya sedih dan sayang bagi Terengganu kehilangan EXCO Pendidikan yang sangat berkaliber disebabkan politik jahat golongan tertentu. Moga Allah jua yang membalasnya.
assalamualikum datuk.....
saya harap datuk terus membawa pembangunan untuk rakyat trg khususnya, n rakyat ajil khasnya....
Dato, islam hadhari memang dia sengaja buat tak faham sbb dia takut dengan pendekatan BN gunakan. Masa Dato jadi Exco pun, perkara ini diterangkan secara detail dalam sidang DUN. Sedangkan rakyat trg amat faham dengan konsep islam hadhari. Jika tak faham sangat suruh YB Toh terangkan kepadanya.
Tak heran jika PAS tak faham, kerana markas PAS Bujal dikatakan masjid Bujal.
Dato';
Jangan kita hiraukan sangat satu pandangan sempit seorang "MANUSIA" yg mengaku dari golongan ulamak ini.secara prinsipnya :
RUKUN ISLAM 5 PERKARA
1)mengucap dua kalimah shahadah
2)menunaikan solat 5 waktu
3)berpuasa di bulan ramadhan
4)menunaikan zakat
5)menunaikan haji bg yg mampu
Islam Hadhari tidak pernah merubah Rukun ini,tidak pernah melanggar Rukun ini.Apa yg di bawa oleh islam Hadhari adalah mengembalikan akhlak dan cara hidup umat2 islam yg diredhai oleh Allah s.w.t yang terdahulu dan mengembalikan zaman kegemilangam islam dan saya yakin serta percaya, JIKA BENAR KEWUJUDAN TAMAN TAMADUN ISLAM DI TERENGGANU BAKAL MENJADI SATU DARI 8 PERKARA AJAIB DI DUNIA SATU HARI NANTI,INI AKAN MAMBAWA KEPADA PERUBAHAN BESAR KEPADA DUNIA ISLAM DI DUNIA DAN DI MALAYSIA KHUSUSNYA.
Post a Comment