Monday, May 26, 2008

Malang Nasibmu UMNO

Salam bloggers...Saya teringat untuk menyambung rasa kesayuan ketika berada di negeri yang dikuasai pembangkang. Saya bercampur terkilan... Di mana silap dan kekurangan. Apakah hikmat Allah disebalik segala kejadian yang menimpa. Saya yakin Allah tidak menjadi sesuatu itu sia-sia. Bersabarlah sesungguhnya sabar sebahagian daripada iman. Dan pasti kita akan beroleh kebajikan.

Boleh dikatakan semua tersedia di WP, Selangor, Perak... Bangunan pencakar langit, infra first class standard, IPTA dan IPTS segala galanya...Tetapi kenapa dan mengapa UMNO dan BN tidak mampu bertahan? Apakah rakyat hanya akan menyokong BN ketika susah? Ketika jalan berdebu, ketika guna air perigi, ketika menggunakan lampu/pelita minyak tanah? Dengan kata lain rakyat bersama UMNO ketika kesempitan dan ketika semua sejahtera....kereta 2/3 buah sebuah rumah, memiliki TV 29inci, jalan bertar di tepi tangga... ketika itu UMNO dilupakan? Malang nasibmu UMNO.

Ada rakan rakan akademik berpendapat...Rakyat yang memiliki segalanya galanya terutama di bandar merasakan mereka tidak perlu lagi rasa bergantung kepada parti. Tidak seperti hal yang terjadi di luar bandar yang masih dependant dengan parti. Di bandar atau kawasan maju sama ada rakyat bersama kerajaan atau tidak, kerajaan akan tetap membina infra. Kalu begitulah corak aliran pemikiran kebnaykan rakyat... sekali lagi Malang nasibmu UMNO.

Ada juga yang mengatakan bahawa semua ini terjadi kerana penerangan yang jelas dan mantap tidak diwarwar kepada rakyat. Apakah tujuan dan objektif sesuatu program atau rancangan di lancarkan. Apakah kesannya kepada bangsa Malaysia dan bangsa Melayu dalam jangkamasa pendek dan panjang. Dan ditambah lagi media arus perdana dilabelkan sebagai pembodek dan berbagai bagai alasan lagi.

Apa yang realitinya ialah kita berada dalam keadaan yang cukup sejahtera. Hari ini orang miskin dibantu oleh kerajaan dengan pelbagai program sama menggunakan saluran JKM, Jabatan Agama(Zakat), dan badan badan NGO's yang mana semua ini tidak wujud 10/20 tahun dahulu. Orang miskin dulu makan nasi berlauk garam...tetapi orang miskin hari ini makan maggi. Dulu mereka tidak bersekolah kerana miskin, sekarang tidak bersekolah kerana malas begitulah bezanya dulu dan sekarang.

Satu kesimpulan yang mantap...kata Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu... semua ini berlaku kerana pemimpin /ketua tidak tahu menjaga hati pengundi... Betul ke? fikir fikirkanlah..

8 comments:

Anonymous said...

Salam Semua...
Umno bernasib malang jika kita terlalu taksub pada seorang peminpin yang gah tetapi tiada taring seperti kita ini tiada peminpin yang boleh mememinpin lagi kita perlu kihat pada perjuangan rasullah walapun baginda tiada tetapi semua umat Islam adalah perjuang yang wajib mempertahankan Agama Islam.
Umno dilanda ribut kerana kita masih lagi di takuk lama iaitu YES BOSS setiap peminpin yang pergi pasti ada pengganti dan biar ia cuba bergerak.

Telage Gurl said...

Bila baca artikel Dato' kali ini, saya sendiri berasa sebak.. Kadang-kadang saya sendiri pun keliru.. Apa sebenarnya yang diharapkan dari kalangan mereka yang membesar dengan bantuan kerajaan sepenuhnya tapi, menyokong pembangkang. Waktu belajar, harapkan bantuan kerajaan. Waktu kerja, jadi kakitangan kerajaan. Tapi, bila diminta sokongan untuk mempertahankan kerajaan, parti pembangkang jua yang menjadi pilihan.

Anonymous said...

assalamualaikum dato'

nak tau kenapa orang tolak UMNO sekarang? jawapannya orang benci Pak Lah Flip Flop dan beruk itam KJ..tunggulah PRU akan datang..mungkin Terengganu akan menerima nasib yang sama..bacalah blog TDM..sedarlah nasib MALANG UMNO dan negara kita MALAYSIA TERCINTA akan bertambah malang JIKA pm yang ada sekarang terus berkuasa...Wahai UMNO Terengganu ...berentilah jadi penjilat Pak Lah..

Anonymous said...

Yang menjadikannya malang adalah kita.Lebih tepat lagi tangan-tangan kita yang rakus. Kita hanya mengambil keuntungan daripadanya. Dan apabila dia sudah jatuh "sakit" ada di kalangan kita lari daripadanya.Sebahagiannya berkata, "dia sudah sakit, siapa yang menyebabkan dia sakit hah?". Tetapi yang kuat dan setia dengannya tetap akan bersamanya.Sambil merawat, sambil memberikannya semangat. UMNO tetap satu: Dahulu, Kini dan Selamanya.

smallville said...

Salam dato'

Sekarang UMNO memang sudah semakin parah. Dengan parti komponen lain yang celaru, UMNO sendiri dikritik oleh mantan presiden. Keadaan ini memang dah menjelikkan saya yang saban hari mengikuti berita sama ada tentang politik atau gelagat wakil rakyat dalam parlimen. Masing-masing cuba nak naik nama tak kira pembangkang atau kerajaan. Kalau ada yang menanya penuh dengan sindiran dan kalau yang menjawab penuh dengan prejudis. Dalam UMNO di Terengganu sendiripun begitu juga, satu negeri ada dua ketua, satu untuk parti satu lagi untuk negeri... ada ke begitu? Jadi apa-apa hal tentang parti tanya orang lain, kalau tentang negeri, orang lain. Nanti kalau ada apa-apa masalah mereka akan jawab, itu bukan tanggungjawab saya, tanya dia tu... sampai akhirnya pecah belah dek keangkuhan. Kalau betul-betul sayang cubalah mana-mana pihak bertolak ansur, bulat air sebab pembentung, bulat manusia biar muafakat...

Mohd Nadzri Kamsin said...

Dato',
Apabila bercakap tentang pengundi bandar, perlu dingatkan bahawa tidak semua di bandar itu hidup mewah. Mereka yang tidak berpendapatan tinggi terasa sungguh tertekan dengan kenaikan harga barang yang nampaknya 'tidak terkawal. Semua menerima realiti bahawa harga memang akan naik. Tetapi yang membuatkan orang marah ialah kenaikan yang melampaui batas dan tiada kawalan atau penguasaan. Ini salah satu punca penduduk bandar marahkan BN. Banyak lagi faktor yang menyumbang....

Azuan wan said...

akm...
Malang nasib mung UMNO...
Masyarakat melayu dan umno tidak boleh dipisahkan...
Kalau tak percaya tanya makcik jual cucur pisang tepi jalan..apa agaknya komen beliau..
kita jgn tanya org atas kita tanya org bawah cth makcik goreng pisang macik pi pasar,makcik yg tak tau apa itu politik yang dia tau org suruh mengundi dia pi undi org tanya nak pangkah pa dulu dia kata nak mahathir org SPR tunjuk kat dia pangkah dacing lani ni makcik ni dah ubah bila org SPR tanya nak undi pa..yang lain dari Paklah ada ka dak..ada makcik tapi bulan la..boleh ka..boleh asal bukan paklah..sebab pa makcik tak boh..jalan tar paklah beri,tangki najis paklah beri,bantuan JKM paklah beri,tambang cucu paklah beri,masjid baru paklah beri,pokok getah paklah beri..benda apa yang paklah tak beri tapi mokcik ndak undi bulan ni...Makcik nak bagi depa rasa sikit...depa dok hina sangat mahathir tu jasa dia banyak kalau tak dak dia kita org melayu tak senang macam hari ni..anak makcik tak pakai kereta protong tu....anak makcik tak keja diputrajaya..kami dulu susah..kami takut anak cucu kami akan merasa susah gak..tapi kami dulu susah ada bendang ada padi boleh gak makan nasi..lani semua nak harap kedai ah-seng kalau ahseng balik tongsan mati kebulur anak makcik...makcik nak ada perubahan..tu macik nak bagi depa rasa sikit...

Anonymous said...

La Tahzan Dato', hidup ini ibarat roda kadang di atas kadang dibawah...kekalahan umno (or kurang menang) dlm pr12 harus diambil iktibar. Rakyat perlu perubahan bukan hanya cakap2 kosong sahaja... di KL, selangor dan lain2 negeri pantai barat rakyatnya lebih bermaklumat sebab itulah berlaku tsunami dlm PR yg lalu... rakyat t'ganu pada pendapat saya rata-rata masih 'ignorant' kerana maklumat sebenar ttg perjalanan politik tanah air masih belum mereka ketahui. Sebab itu umno masih boleh bertahan.

Zack - anak terengganu di perantauan