Thursday, June 5, 2008

Jawatan Bukan Untuk Dikejar

Terima kasih sahabat blogger terutamanya abg mie dan kulaan...Maaf untuk abg mie kerana saya tidak melayan secara langsung soalan dan pertanyaan yang diajukan. Maaf kepada semua rakan bloggers yang meninjau ke blog saya akhir akhir ini. Ini di sebabkan saya tidak up date blog ini hampir 4 hari. Sebabnya ialah saya membawa anak anak bercuti sempena cuti sekolah dan ke duanya laptop saya ada masalah sedikit. Maaf banyak banyak.

Abg Mie ada bertanya kenapa saya lepas jawatan SU Perhubungan dan kulaan ada mencadangkan agar jawatan itu dilepaskan awal awal lagi. Untuk makluman semua rakan bloggers... jawatan SU Perhubungan adalah lantikan pengerusi Perhubungan. Tahun 2004, DS Idris berbincang dan maklum kepada saya untuk melantik saya sebagai SU. Pada mulanya saya menolak atas alasan saya bukan calon terbaik untuk jawatan penting itu. Saya juga tiada pengalaman dan lebih penting guru guru saya menasihati saya JANGAN KEJAR JAWATAN/PANGKAT kerana Nabi saw tak menggemarinya... DS Idris memberi beberapa alasan kenapa beliau memilih saya antaranya ialah saya salah seorang YB yang menang zaman kekalahan 1999. Dan saya dapat bergaul baik dengan golongan muda dan veteran. Di samping saya antara yang termuda di kalangan YB ketika itu. Oleh kerana kesungguhan DS, saya terpaksa menerima dengan beberapa syarat. Antaranya ialah;

i. Kalau saya rasa tak mampu untuk jawatan ini, saya akan mengundur diri dan DS jangan terasa terkilan.
ii. Kalau DS tengok saya tak mampu, DS jangan segan untuk maklum kepada saya dan saya akan berundur.

Alhamdulillah...kedua-dua syarat tersebut diterima baik oleh DS Idris. Maka terlantiklah saya sebagai SU Perhubungan UMNO Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah termimpi oleh saya sebelum ini. Sama ada saya berjaya atau tidak, sepanjang menjadi SU... saya tidak dapat menilainya. Itu sahaja yang terbaik yang termampu saya hadiahkan kepada UMNO Terengganu.

Sebaik sahaja kemelut perlantikan MB Terengganu selesai, hasrat dan kehendak melepas jawatan ini saya bincang dengan teman teman rapat. Ramai yang membantah dengan alasan takkan nak biarkan DS Idris berseorangan dalam kegawatan. Ini khianat namanya. Saya tidak mahu dituduh sebegitu...Kerana masyhur kata kata pujangga ''Teman menangis sukar dicari"....

Lantas kesempatan terbaik saya ambil apabila DS Idris menyatakan hasratnya untuk berundur kepada saya beberapa hari sebelum bertemu Presiden dan saya menyokong, cuma saya minta DS maklum kepada Presiden terlebih dahulu... Alhamdulillah.. Presiden bersetuju.. dan sehari sebelum pengunduran DS Idris, saya mengundurkan diri sebagai SU UMNO Perhubungan Terengganu. Alasannya... saya dilantik oleh DS dan apabila DS berundur maka saya pun turut serta...Mudah sahaja...Sebenarnya tidak ada yang komplikated dalam hidup ini.

'"Permudahkanlah...Jangan menyusahkan"....Maksud Alhadis... Fikir fikirklah...

9 comments:

Anonymous said...

Bendahari UMNO liat sungguh nak behenti. Itulah lumrah dunia, Setiausaha yang disukai oleh ahli UMNO meletak jawatan tanpa disuruh tapi bendahari tidak disukai oleh ahli UMNO, liat nak behenti. kena suruh baru behenti agaklahnya. ganas sikit pecat je.

smallville said...

Pada saya dato nak berenti ke tidak bukan isunya lagi, memang saya tidak nafikan dato adalah orang kuat DS Idris. Jadi tak kan dato nak kekal dengan jawatan itu. Saya nak tanya tentang pendapat dato tentang harga minyak yang naik, dan implikasi terhadap penduduk miskin seluruhnya, tentu lepas ni harga barang akan naik mendadak kan.

Unknown said...

Saya nak komen ckit smallville, minyak dah naik jadi tak payah la nak kecoh-kecoh lagi. Yang buat pilihan hari tu pun kita jugak so, tak payah bising-bising terima saja la...

Anonymous said...

hidop ameno

hadiah istimewa untuk rakyat.....

minyok naik

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

terima kasih kerana dato menjawab soalan saya dan selamat bercuti saya ucapkan. Tapi tugas kembali selepas bercuti.

'smallville' tanya pasal harga minyak. semua orang naik minyak. biasalah. pak lah ada caranya. pembangkang tahu kutuk sahaja.

di selangor sehingga kini air free 20 meter pertama belum buat. banyak lagi janji manisnya.

pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

salam dato.
tak banyak yang saya ingin perkatakan cuma Allah menyaksikan segalanya. Jika tuan ikhlas menjalankan tugas dan tanggungjawab dato semoga Allah jua membalasnya tapi jika sebaliknya tuan menzalimi diri tuan sendiri dan apa yang terjadi juga atas kealpaan tuan sebagai insan yang kerdil dalam segala apa..seperti saya jua..kembalilah kepada yang Hak, tiada yang kekal di dunia yang fana ini kecuali Dia

Syed Roslan Jaafar said...

salam dato,

perletakan jawatan sbg SU BPUNT bukan isunya, tapi apakah perubahan mahupun kebaikan yg telah dibawa oleh dato selaku SU sepanjang memegang jawatan tersebut. Klimaks pd pencapaian dato dpt dilihat hasilnya pd mac 2008 yg lalu. Sama ada ia baik atau tidak, terpulanglah pd persepsi masing2. Namun bg saya,selaku SU BPUNT, dato gagal menjadi "pendamai" antara pimpinan UMNO trg. Tiada jln tengah yg dibina semenjak nama calon diumumkan. Matlamat undi popular 66% gagal dicapai. Ini semua terhasil krn gerak kerja yang tidak kemas, tersusun dr peringkat BPUNT sendiri. Bahagian2 dibiarkan spt gantung tidak bertali dlm pengurusan pilihanraya. Malahan ramai calon2 muda gagal dibimbing utk menawan hati ahli umno dan rakyat.
sebagaimana sabda dato yg popular "CAP AYAM" gok!

Wassalam.

syed roslan

Syed Roslan Jaafar said...

salam dato,

perletakan jawatan sbg SU BPUNT bukan isunya, tapi apakah perubahan mahupun kebaikan yg telah dibawa oleh dato selaku SU sepanjang memegang jawatan tersebut. Klimaks pd pencapaian dato dpt dilihat hasilnya pd mac 2008 yg lalu. Sama ada ia baik atau tidak, terpulanglah pd persepsi masing2. Namun bg saya,selaku SU BPUNT, dato gagal menjadi "pendamai" antara pimpinan UMNO trg. Tiada jln tengah yg dibina semenjak nama calon diumumkan. Matlamat undi popular 66% gagal dicapai. Ini semua terhasil krn gerak kerja yang tidak kemas, tersusun dr peringkat BPUNT sendiri. Bahagian2 dibiarkan spt gantung tidak bertali dlm pengurusan pilihanraya. Malahan ramai calon2 muda gagal dibimbing utk menawan hati ahli umno dan rakyat.
sebagaimana sabda dato yg popular "CAP AYAM" gok!

Wassalam.

syed roslan

MANIR MAYA said...

ASSALAMUALAIKUM..

YB Datuk..maafkan saya..sedikit respon suasana pemilihan UMNO Hulu Terengganu.Saya pohonkan sedikit ruang masa untuk YB Datuk meneliti sedikit senario politik UMNO Manir semasa pilihanraya ke 12 dan pemilihan UMNO Manir pada hari ini. Kekeruhan UMNO sudah tidak dapat dibendung lagi berikutan ada tangan-tangan rahsia yang pada perkiraan saya tidak lagi rahsia dan YB Datuk sendiri maklum.Umumnya tahu apa yang berlaku di Manir. Saya sebagai ahli UMNO teramatlah sayu dan menitiskan air mata dik ada segelintir ahli UMNO yang saya sendiri sangsi pendirian mereka terhadap wadah dan matlamat perjuangan UMNO mereka.Dan saya lihat UMNO dijadikan tunggangan semata-mata. Bukan lagi untuk UMNO dan orang Manir khususnya.Pada mereka ini perjuangan untuk UMNO telah diletakan ditempat entah keberapa. Hari ini mereka bertindak diluar kewarasan sebagai jatidiri ahli UMNO dan berselindung disebalik UMNO dengan berbagai kepura-puraan. Saya pohonkan pandangan, nasihat dan kalau boleh agar YB Datuk buatlah sesuatu. Manir seolah-olah telah dijadikan kambing hitam dimasa kesempitan yang selama ini diabaikan. Please Datuk. YB Datuk disegani di Manir.

Wassalam.
MANIR MAYA