Tuesday, June 10, 2008

SUKMA 12...Tahniah Darul Iman.

Salam bloggers... Terengganu telah membuktikan kecemerlangannya dalam menganjurkan SUKMA ke 12 yang berakhir malam tadi. Syabas kepada pihak kerajaan, jurulatih, atlit-atlit guru-guru dan pelajar-pelajar yang berkerja keras mempastikan kecemerlangan ini. Johan keseluruahn di tambah dengan kemenangan 5 berbalas satu bola sepak sesuatu yang mencatat sejarah mencipta tamaddun. Alhamdulillah...

Ini membuktikan kita hebat. Kehebatan ini diserlahkan dalam semua aspek di negeri ini. Aspek kebersihan, pendidikan dan juga politik. InsyaAllah didoakan agar kehebatan ini berterusan selama-lamanya... Dalam pendidikan memang tidak dapat dinafikan kecemerlangan anak-anak kita. Dalam bidang kebersihan ramai rakan-rakan daripada luar mengangkat ibu jari memuji . Begitu juga dalam politik... Kita masih cemerlang. Kerana dalam PRU 12 baru-baru ini rakan pembangkang cukup yakin untuk menawan semula Darul Iman...Alhamdulillah Allah masih sayangkan UMNO di Terengganu.

Dalam Retreat UMNO baru-baru ini, nama negeri Terengganu yang cemerlang dalam pencapaian PRU 12 mendapat pujian semua yang hadir. Mereka ingin tahu dan ingin berkongsi pengalaman kejayaan tersebut. InsyaAllah Terengganu akan sentiasa membantu untuk kecemerlangan UMNO dan Melayu di negara ini.

Berkaitan dengan cadangan PAS untuk membuka keahlian kepada Bukan Islam... Ini isu lapuk yang didendangkan semula. Saya tidak mahu komen banyak tentang hal ini. Mereka mula menyedari bahawa untuk berkuasa di negara ini, mereka perlu kongsi kuasa. Cuma persoalannya ialah bagaimana dengan Fatwa... bersahabat dengan orang kafir akan menjadi kafir yang pernah dikeluarkan oleh pimpinan mereka. Fikir fikirkanlah....

Kata pujangga; 'Kita boleh menipu orang dalam satu masa tetapi kita tidak mampu untuk menipu sepanjang masa...'

4 comments:

Anonymous said...

" Dalam bidang kebersihan ramai rakan rakan daripada luar mengangkat ibu jari memuji "

rasa nak ketawa sampai tergolek-golek baca ayat kat atas tu...jenguklah sekejap kat tandas awam dan tandas di masjid dan surau di sekitar kuala terengganu sahaja....apa yang ada????
sayang dato'.. muah, muah, muahahaha....

Anonymous said...

it's good that u have blog.. but it's not so wise of you if people commented in your blog, and u didn't publish it. it's kinda one way communication. and it's really BN government style of doing things.

although you won't publish this comment, but I am 100% sure you can read this. People will respect you if you do your job accordingly (esp as a Muslim). Politicians? Yes, you can say you win with more majority and people likes you. But in politics anything can happen. Beli undi, kasik duit, semua lah, anything can happen. Especially nowadays.. just look at our PM, he also won the election with so-called more majority, but what happen to him nowadays? Everywhere and anywhere you can find rakyat angry/mad/curse (you name it) at him. Why? I guess you know the answer better.

Nway, happy working to you and hopefully this comment will be published. I have commented at this website before and you never publish it until now.

kata pujangga: Nikmat diturunkan Allah wajarlah disyukuri dan diinsafi sebelum Dia Yang Maha Berkuasa, menarik balik nikmat tersebut.

-pinkwatch-

ghani said...

Sya masuk jarang-jarang blog saudar. Blog sdra nampak beremosi, tidak seperti blog mat taib. Apa background pendidikan saudara? Cikgu sekolah? Mungkin mat taib pemimpin besar, sdra hanya adun.

Tingkatkan tahap rasional sdra.

Abd Bashid Harun said...

Tahniah kepada seluruh warga Darul Iman atas kejayaan mengungguli SUKMA ke-12. Pencapaian ini menggambarkan yang Terengganu Boleh!