Wednesday, June 11, 2008

Kebersihan Darul Iman

Salam bloggers...maaf jika komen sdr anonymous tak tersiarkan....setakat yang saya tahu semua komen telah saya publish. Walau bagaimanapun kemaafan saya pinta jika ada yang tidak terpublish.

Saya ingin respon tentang kebersihan. Saya akui kita bukan terbaik. Tetapi kita kena akui bahawa kita lebih baik berbanding 4 atau 5 tahun dahulu. Jalan raya semakin bersih dan indah. Dan kebersihan ini bukan tanggungjawab pekerja pihak berkuasa tempatan semata-mata. Ia melibatkan peranan semua pihak. Jika kita semua prihatin dengan permasalahan ini saya yakin isu tandas di masjid dan surau tidak akan terjadi.

Antara langkah yang pernah diambil untuk menangani isu ini ialah memberi peruntukan khusus kepada masjid masjid seluruh negeri terutama yang berlokasi di tepi jalan banyak membantu kebersihan dan keceriaan masjid. Kita peruntukkan RM400 sebulan kepada masjid-masjid tersebut. Alhamdulillah ini sumbangan pemerintah. Bagaimana pula sumbangan saudara rakan rakan bloggers sekalian.

Kebersihan sesuatu yang pertama dan utama dalam Islam. Bab Taharah ada bab pertama dalam mana-mana kitab Fikah yang masyhur. Tetapi banyak kalangan kita memandang sepi perkara ini. Amat memalukan jika tandas dan kawasan rumah ibadat Islam menjadi contoh kekotoran dan pencemaran... Nauzubillah...

Lebih ironis lagi apabila saya melihat kekotoran dan sampah sarap bertaburan di tepi jalan di tempat tempat belajar /mendengar kuliah hari Jumaat. Maaf jika saya sebutkan perkara ini berlaku di Merbau Patah dan Rusila. Siapa yang perlu dipersalahkan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu ke arah kebaikan dan kecemerlangan Darul Iman. Kita diharap tidak sekadar mengkritik tetapi yang lebih penting mengemukakan cadangan membina untuk kebaikan bersama.

Kata pujangga Islam; 'Ku lihat Islam tanpa umat di Barat, dan Ku Lihat umat Islam tanpa Islam di Timur''....Fikir fikirkanlah...

5 comments:

MaMiN said...

Assalamualaikum. Dato, comment saya ni tidak ada kena mengena dengan entry Dato' mengenai kebersihan ni. Saya merasakan adalah sangat rugi bagi negeri Terengganu kerana kehilangan pemimpin yang sangat berkarisma, yang sanggup meninggalkan dunia akademik dan intelek, membabitkan diri dalam arena politik dengan satu tujuan - untuk menyumbang membangunkan negeri Terengganu. Tetapi, beliau telah dicantas dengan cara yang sangat jahat sekali oleh pemimpin UMNO yang berkuasa di Terengganu. Antara pemimpin yang dikenalpasti mencantas bekas wakil rakyat ini adalah bekas MB Terengganu - DS Idris Jusoh. Oleh kerana selepas PRU ke-11 tahun 2004, DS Idris menghadapi masalah untuk dilantik menjadi MB disebabkan tentangan pihak Istana yang mahukan bekas wakil rakyat ini menjadi MB pada waktu itu (sememangnya kerana bekas wakil rakyat ini jauh lebih layak daripada DS IDris) sehinggakan Pak LAH terpaksa masuk campur, bagi memastikan perkara sebegini tidak lagi berlaku pada tahun 2008 ini, DS Idris terus mencantas bekas wakil rakyat ini (yang juga bekas EXCO) dari menjadi calon. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya dengan membalas secara "cash" - hasil daripada krisis MB Terengganu baru-baru ini. Antara pemimpin UMNO yang juga dikenalpasti mencantas adalah Ketua UMNO Bahagian Marang - Dato' Man Bakar. Beliau yang hanya menang 8 undi untuk pertandingan Ketua UMNO Bahagian pada tahun 2004 sudah dapat membaca bahawa sekiranya bekas wakil rakyat ini bertanding lagi, sudah tentu bekas wakil rakyat ini akan dilantik menjadi MB, maka akan terkuburlah hasratnya untuk menonjolkan dirinya lagi -jadi menteri mungkin? Layak ke? Cakap English pun kelam kabut. Maka, Dato' Man Bakar selaku Ketua Bahagian tidak memasukkan nama bekas wakil rakyat ini ke dalam senarai calon di dalam Parlimen Marang. Allah Maha Kaya - Dengan Dato' Man Bakar sekali tidak dicalonkan. Sekali lagi Allah Maha Besar dan sesungguhnya doa orang-orang yang teraniaya dimakbulkan. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang - Alias Abdullah juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk menggugurkan bekas wakil rakyat ini. Beliau tahu sekiranya bekas wakil rakyat ini dicalonkan sekali lagi dan menang dan menjadi EXCO, maka peluangnya untuk menjadi EXCO akan terkubur kerana amalan lazimnya hanya akan memilih seorang ADUN daripada sesuatu parlimen di Terengganu. Oleh sebab itu, beliau bertindak mempengaruhi DS Idris agar menggugurkan bekas wakil rakyat ini. Sekali lagi Allah membayar secara tunai - walaupun bekas wakil rakyat tersebut digugurkan, dan Alias Abdullah menang, akhirnya MB baru Terengganu memilih Yahya Khatib sebagai EXCO daripada parlimen Marang. Seorang lagi pemimpin yang dikenalpasti juga adalah orang kanan UMNO Terengganu. Beliau menggunakan kedudukannya di UMNO Terengganu agar bekas wakil rakyat ini digugurkan daripoda bertanding, malahan beliau pernah memberitahu orang ramai yang bertanya kenapa bekas wakil rakyat ini digugurkan - beliau memberitahu bahawa bekas wakil rakyat ini terbabit dengan rasuah. Percayalah - tidak selamat bagi orang yang membuat fitnah kepada orang lain yang langsung tak bersalah. Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil - Krisis MB Terengganu telah menunjukkan sikap beliau yang sebenar dan telah memalukan UMNO serta orang melayu dan akhirnya beliau telah digugurkan daripada senarai EXCO Terengganu. Dato', Allah Maha Besar.

Nyna's Hus said...

Dato'

1.Harap Dato' dpt panjangkan keadaan parking bertingkat di Pasar Kedai Payang. Bila hujan, kenapa air hujan masuk dan bertakung di lantai parking macam kubang kerbau! Macam mana sistem saliran dan design dinding? Macam mana air hujan tak mengalir keluar? Pihak Majlis Bandaraya KT perlu atasi masalah ini.

2. Apa salahnya pihak kerajaan negeri juga dpt membantu bagi menyediakan faciliti pelupusan sampah di kawasan masjid rusila dan merbau patah. Tak salah kan dato'? Bila dah dibagi kemudahan, kalau mereka kotorkan jugak, boleh ckp tak payah dengar kuliah lah!!

3. Dato', ada wakil rakyat UMNO hanya betulkan longkang dlm kampung dia! Longkang dr kampung lain walaupun dlm kawasan dia tak dibersihkan!! Kampung lain tuan rumah kena bersih sendiri parit dpt rumah, tapi kampung dia bawak lori MBKT bersihkan, kenapa jadi macam ni?

MaMiN said...

Assalamualaikum. Dato, comment saya ni tidak ada kena mengena dengan entry Dato' mengenai kebersihan ni. Saya merasakan adalah sangat rugi bagi negeri Terengganu kerana kehilangan pemimpin yang sangat berkarisma, yang sanggup meninggalkan dunia akademik dan intelek, membabitkan diri dalam arena politik dengan satu tujuan - untuk menyumbang membangunkan negeri Terengganu. Tetapi, beliau telah dicantas dengan cara yang sangat jahat sekali oleh pemimpin UMNO yang berkuasa di Terengganu. Antara pemimpin yang dikenalpasti mencantas bekas wakil rakyat ini adalah bekas MB Terengganu - DS Idris Jusoh. Oleh kerana selepas PRU ke-11 tahun 2004, DS Idris menghadapi masalah untuk dilantik menjadi MB disebabkan tentangan pihak Istana yang mahukan bekas wakil rakyat ini menjadi MB pada waktu itu (sememangnya kerana bekas wakil rakyat ini jauh lebih layak daripada DS IDris) sehinggakan Pak LAH terpaksa masuk campur, bagi memastikan perkara sebegini tidak lagi berlaku pada tahun 2008 ini, DS Idris terus mencantas bekas wakil rakyat ini (yang juga bekas EXCO) dari menjadi calon. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya dengan membalas secara "cash" - hasil daripada krisis MB Terengganu baru-baru ini. Antara pemimpin UMNO yang juga dikenalpasti mencantas adalah Ketua UMNO Bahagian Marang - Dato' Man Bakar. Beliau yang hanya menang 8 undi untuk pertandingan Ketua UMNO Bahagian pada tahun 2004 sudah dapat membaca bahawa sekiranya bekas wakil rakyat ini bertanding lagi, sudah tentu bekas wakil rakyat ini akan dilantik menjadi MB, maka akan terkuburlah hasratnya untuk menonjolkan dirinya lagi -jadi menteri mungkin? Layak ke? Cakap English pun kelam kabut. Maka, Dato' Man Bakar selaku Ketua Bahagian tidak memasukkan nama bekas wakil rakyat ini ke dalam senarai calon di dalam Parlimen Marang. Allah Maha Kaya - Dengan Dato' Man Bakar sekali tidak dicalonkan. Sekali lagi Allah Maha Besar dan sesungguhnya doa orang-orang yang teraniaya dimakbulkan. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang - Alias Abdullah juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk menggugurkan bekas wakil rakyat ini. Beliau tahu sekiranya bekas wakil rakyat ini dicalonkan sekali lagi dan menang dan menjadi EXCO, maka peluangnya untuk menjadi EXCO akan terkubur kerana amalan lazimnya hanya akan memilih seorang ADUN daripada sesuatu parlimen di Terengganu. Oleh sebab itu, beliau bertindak mempengaruhi DS Idris agar menggugurkan bekas wakil rakyat ini. Sekali lagi Allah membayar secara tunai - walaupun bekas wakil rakyat tersebut digugurkan, dan Alias Abdullah menang, akhirnya MB baru Terengganu memilih Yahya Khatib sebagai EXCO daripada parlimen Marang. Seorang lagi pemimpin yang dikenalpasti juga adalah orang kanan UMNO Terengganu. Beliau menggunakan kedudukannya di UMNO Terengganu agar bekas wakil rakyat ini digugurkan daripoda bertanding, malahan beliau pernah memberitahu orang ramai yang bertanya kenapa bekas wakil rakyat ini digugurkan - beliau memberitahu bahawa bekas wakil rakyat ini terbabit dengan rasuah. Percayalah - tidak selamat bagi orang yang membuat fitnah kepada orang lain yang langsung tak bersalah. Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil - Krisis MB Terengganu telah menunjukkan sikap beliau yang sebenar dan telah memalukan UMNO serta orang melayu dan akhirnya beliau telah digugurkan daripada senarai EXCO Terengganu. Dato', Allah Maha Besar.

Zaki said...

Dato'
Satu soalan saya nak tanya.... kenapa t'ganu masih kekal antara negeri termiskin di m'sia walaupun telah menerima duit royalti sejak tahun 70an. kalau nak kira drp dulu hingga sekarang sudah berpuluh2 billion hasil minyak diperolehi. 4-5 tahun lagi minyak akan habis dan tiada lagi duit minyak... bayangkan apa akan jadi selepas itu.. dimana nak dptkan utk support budget tahunan.
Jgn silap faham ini bukan soalan politik utk mencari kesilapan kerajaan atau sesiapa cuma inginkan jawapan ikhlas drp dato' yg berada dlm pentadbiran kerajaan....
adakah kerana rakyat t'ganu malas or kurang rajin, kurang berpendidikan tak ramai lulusan univ, masalah mentaliti, pemimpin yang rasuah, politik yg tidak membina kearah kemajuan... or lain2 faktor..
Terengganu - Negeri Kaya Rakyat Miskin .... alangkah pilunya sebagai rakyat t'ganu mendengar ungkapan ini.

Anak terengganu di perantauan

Unknown said...

Salam

Saya berpendapat rata-rata rakyat Malaysia masih kurang kesedaran hal-hal kebersihan tempat awam. Lihatlah di kawasan-kawasan rekreasi, pasar malam dan mana tempat tumpuan ramai, selepas habis aktiviti cuba perhatikan sampah-sarapnya yang 'indah melata'. Jika tidak kerana PBT memikul tanggungjawab, maka semakin kotorlah tempat itu. Kita terlalu memandang hina pada tong sampah hinggakan tak sanggup buang sampah dalam tong sampah. Kita lebih rela buang sampah di luar tong sampah.