Friday, June 6, 2008

Minyak oh Minyak...5% Sumbangan Saya

Salam bloggers...terima kasih kerana rakan rakan masih sudi surf blog saya. Saya terharu dan berterima kasih kepada sahabat taulan yang memberi pandangan dan pendapat agar blog ini ditambah baik lagi.

Berita tergempar sekarang ialah tentang harga minyak yang meningkat lebih 40%. Kenaikan 78 sen seliter adalah satu kenaikan yang menggusarkan masyarakat terutama orang kampung. PM telah merasakan bahawa tindakan ini memang amat tidak popular tetapi apa boleh buat. Keadaan dunia yang mendorong semua ini berlaku. Kesian Pak Lah... Akhir akhir ini Paklah memang kurang bernasib baik.. Apa puncanya Wallahu A'lam... Bermula dengan krisis MB Perlis, diikuti dengan krisis di Terengganu, begitu juga krisis Batu Putih dan sekarang krisis minyak... semuanya tidak menyebelahi Pak Lah dan kerajaan. Malang nasib Pak Lah...Apakah ini takdir? Sebagai YB , agak sukar untuk menjelaskan fenomena terbaru ini kepada rakyat...

Ekoran daripada krisis minyak ini, pihak pembangkang mengambil peluang dan kesempatan untuk menjadi popular. Mereka menganjurkan bantahan jalanan. Saya berpendapat tindakan ini cuma sekadar mengeruhkan suasana dan mencari populariti sahaja. Tidak lebih dari itu. Mereka cuba mengguk di air keruh. Adalah lebih baik pihak pembangkang mencari jalan dan memberi cadangan kepada kerajaan bagaimana untuk tidak menaikkan harga minyak daripada mengapi apikan rakyat. Yang kesannya tiada siapa yang untung. Kata orang tua tua; kalau langit timpa kepala semua akan terkena, tidak terkecuali.

Ekoran kenaikan harga minyak ini saya menerima beberapa sms dari rakan rakan....Terima kasih UMNO kerana menaikkan harga minyak....Hadiah pertama kerajaan kerana mengundi BN....Nasib baik undi BN dapat naik harga minyak dan banyak lagi sms yang berbentuk sindiran dan perli. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan yang sms kepada saya. Saya yakin ketika mereka sms itu, mereka cukup emosi. Mungkin mereka sedang berbaris panjang untuk mengisi minyak

Ada rakan rakan mencadangkan beberapa langkah bagaimana untuk tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi. Antara cadangannya ialah menaikkan cukai rokok dan arak dan cukai korporat. Saya tidak pasti cadangan tersebut viable atau tidak. Di samping itu ada juga cadangan agar projek projek mega di kurangkan atau dibekukan... Fikir fikirkanlah.

Melalui TV3 malam tadi, ada cadangan agar gaji PM dan TPM di potong... Saya ingin nyatakan disini bahawa saya selaku ADUN Ajil bersedia memotong elaun saya sebanyak 5% setiap bulan untuk diisi ke dalam mana mana tabung yang dapat membantu meringankan beban rakyat dalam krisis minyak ini. Dan saya juga meminta agar rakan rakan lain termasuk pembangkang agar melakukan hal yang sama. Jangan sekadar pandai memprotes dan berarak sahaja.

Walaupun harga minyak naik mendadak, kita juga perlu bersyukur kerana harga komoditi kita masih tinggi... Alhamdulillah. Ini banyak rakyat kita lupa. Manusia merasakan bahawa sesuatu ujian Allah itu adalah kesusahan.. Jarang yang insaf bahawa kesenangan dan kesejahteraan juga adalah ujian Tuhan.

'Tangan yang di atas, lebih baik daripada tangan yang di bawah'; maksud hadis...Fikir fikirkanlah...

9 comments:

pk said...

setakat nak potong 5% elaun tu apalah sgt wahai dato? Mengapa tak potong 41%? Kadar kenaikan harga minyak pn 41%, jadi amat sesuai semua menteri2 dan ADUN2 BN potong gaji dan elaun mereka sbyk 41% sebelum menyuruh rakyat berjimat dan ubah cara hidup. Kenapa tak berani mulakan dahulu sebelum meyuruh org lain??

Jika berani, siarkan komen saya ini.

pk said...

setakat nak potong 5% elaun tu apalah sgt wahai dato? Mengapa tak potong 41%? Kadar kenaikan harga minyak pn 41%, jadi amat sesuai semua menteri2 dan ADUN2 BN potong gaji dan elaun mereka sbyk 41% sebelum menyuruh rakyat berjimat dan ubah cara hidup. Kenapa tak berani mulakan dahulu sebelum meyuruh org lain??

Jika berani, siarkan komen saya ini.

org bukitdiman said...

Dato

Senario sekarang menunjukkan bahawa kerajaan kita tak berupaya untuk mentadbir Malaysia. Apa yang berlaku sekarang menunjukkan bahawa kecelaruan dan malapetaka yang disebabkan kerajaan yang lemah.
Isu minyak menunujukkan lagi bukti keadaan sekarang. Rakyat sekarang bukan bodoh, pemimpin suruh ubah cara hidup. Cakap senang le....Suruh makan ubi kayu kerana harga beras naik....
Kata Hamid Albar, perkara yang berlaku sekarang hendaklah di bawa berbincang. Satu kenyataan yang bodoh. Selama ini adakah sebelum semua tindakan yang dilakukan kerajaan, pimpinan ada tanya pendapat rakyat? Ada Dato sebagai YB Ajil turun bertanya rakyat di kawasan Dato mengenai sesuatu tindakan yang hendak dilakukan oleh kerajaan? Dato sebagai wakil rakyat, dibayar gaji oleh duit rakyat pun susah nak jumpa, inikan pula Hamid Albar, seorang menteri.
Dato, janganlah nak pertahankan tindakan pimpinan sekarang tu betul. Rakyat dah lama cukup bersabar. Tindakan untuk membandingkan harga minyak dengan negara jiran pun satu lagi tindakan untuk membodohkan rakyat. Harga minyak dibanding, tapi taraf hidup tak nak dibanding....
Dato, kalau segala apa yang berlaku di negara lain, iaitu kerajaan menyatakan tiada cara lain untuk mengelak keadaan kenaikan minyak, tapi ada pihak lain pula membuat kenyataan boleh memulihkan keadaan tersebut, sudah tentu pimpinan kerajaan tersebut dituntut oleh rakyat negara supaya meletak jawatan dan beri peluang kepada pihak satu lagi. Tapi ini semua tidak berlaku di Malaysia kerana semau pihak dalam pimpinan kerajaan mempunyai agenda peribadi masing-masing.
Dato, kalau Dato jujur, harapan saya agar komen saya ni Dato publishkan daam blog Dato. Apa yang saya sedar sekarang ni, Dato hanya menyiarkan komen yang tidak mengecam Dato atau kerajaan. Sebelum ada 2 komen saya yang agak mengecam Dato pun tidak disiarkan. Tak payah la Dato buat blog kalu takut menrima kritkan daripada rakyat. Nak didengar semua benda positif sahaja. Kritikan yang saya hanyalah melihat sikap Dato sahaja. Saya terkilan kerana sikap Dato ini. seorang pemimpin sepatutnya tidak tajut untuk meneriam kritikan. Kalua takut letak jawatan la. Secara peribadi, selama ni saya hormati Dato. Daripada kecil saya kenal Dato sebagai seorang insan contoh, tapi sekarang selepas apa segala tindakan Dato sebelum ini, saya rasa Dato ada sedikit terpesong. Saya ingin melihat Dato menjadi Dato yang dulu... WASALAM ....Orang kampung Dato sendiri.....

malayneum said...

salam Dato',

memang ramai rakyat 'naik minyak' bila 'minyak naik'. namun apa boleh buat. cadangan saya :

- mantapkan sistem pengangkutan awam, terutamanya di ibu kota. saya lihat skarang ni public transport contohnya bas dan LRT cukup nazak. bagaimana hendak galakkan rakyat naik bas bila bas sendiri pun tiba bukan on-time, bagaimana rakyat hendak guna LRT kalau LRT pun padat macam tin sardin. kita patut contohi Singapura yang public transport nya mmg kelas A. dengan cara ni kita boleh kurangkan pergantungan terhadap minyak.

sekian,
wassalam.

http://melayu-neum.blogspot.com/

budakua said...

untuk makluman dato' ADUN dan MP PAS dah potong 20% sejak zaman kirun lagi
sila rujuk
http://penawarrinduku.blogspot.com/

Akar Umbi said...

YB Dato'

1. Secara peibadi saya merakam penghargaan diatas kerelaan Dato' untuk dipotong elaun sebanyak 5%.
2. Dilema Dato' sebagai rakyat memang berat dalam konteks menjelaskan kepada rakyat berhubung dengan kenaikan harga minyak. Kalau dah YB sendiri sukar nak jawab, apatah lagi pemimpin-pemimpin akar umbi!
3. Seorang pemimpin yang baik ialah seorang yang boleh menangani krisis. Lantaran itu, seseorang pemimpin haruslah mempunyai 'skill' dalam pembendungan (proaktif) dan penyelesaian (reaktif) masalah. Disamping itu, skill untuk berinteraksi, konsultasi dan diplomasi harus ada, jika tidak maka satu demi satu masalah akan timbul.
3. Pemimpin juga mesti dihormati dan laku segala cakapnya. Ambil contoh di kampung, seorang Ketua Kampung beri surat kepada anak buahnya dan berkata "Hang bawa surat aku ni, pergi jumpa D.O untuk luluskan". Malangnya, surat itu tak diendah sebaliknya anak buah yang lain di kampung yang sama, diberikan kelulusan. Maka melilaulah anak buah yang gagal permohonannya itu, mencari ketua kampung. Ketua kampung pula mula lari-lari dan tak ada usaha pula tu nak pergi jumpa D.O untuk maklumkan yang anak buah pertama lebih layak. Apa punya jenis ketua ni?
4. Kenaikan harga minyak akan membentuk reaksi berantai, malah meliputi semua aspek yang akan mendedahkan negara kepada krisis politik, ekonomi dan mungkin juga sosial.
5. Saya hairan, mengapa pengalaman yang lalu tidak diambil iktibar? Sebenarnya kita telah lalui kemelesetan ekonomi (dekad 80an)dan kegawatan ekonomi (dekad 90an). Malangnya, di era milinium satu lagi krisis ekonomi berlaku. Itu belum campur lagi cerita krisis politik. Seharusnya, setelah melalui banyak dan onak duri dan kebanyakan pemimpin di atas majoritinya orang-orang yang sama, masih tidak tercari-carikah jalan penyelesaiannya?
6. Entahlah Dato', kalau orang-orang di atas kata 'Mahatirisme' dan berakhir dan tak relevan, saya di akar umbi ni nak kata apa. Sementelah pula TDM kelulusan 'local', orang-orang sekarang ni dari Oxford, Cambridge dan Havard, macamana nak terlawan.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

setakat hari ini ramai orang bermasam muka apabila hendak mengisi minyak. yang kena kutuk ialah pemimpin negara.

kita senyum beruk apabila ada langkah pemberian subsidi baru tetapi kenapa kita akan mendapatkan wang kita kembali semasa menghidupkan roadtax sahaja? kenapa tidak sekarang? kemukakan geran atau apa-apa bukti menunjukkan kita adalah pengguna kepada kenderaan ini.

pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

sokong BN, sokong Barang Naik. Hidup Melayu..!

Nyna's Hus said...

Dato'

Kalau dikira balik berapa banyak kerajaan kena belanja melalui rebet tahunan tu, kenapa tak gunakann duit tu utk teruskan maintain subsidi harga lama minyak? Kenapa kerajaan tak teruskan cadangan asal control minyak drp dibeli oleh orang luar? Subsidi tu utk rakyat Malaysia, kenapa susah sangat nak limitkan kpd rakyat malaysia, and NOT to be used by Singaporean and Thai? Adakah kerana kerajaan tahu enforcement kita lemah? Atau ditekan oleh taukeh taukeh minyak di Johor? Negara kita pengeluar minyak, jgn compare harge minyak dgn negara pengimport minyak spt Singapore & Thailand! Bandingkan harga minyak di negara pengeluar minyak, minyak kita antara yg termahal. Zaman Tun Mahathir, boleh control, Pak Lah jadi PM a few years only, tapi minyak dah naik berlipat kali ganda.

Dato' rasa apa yg dapat 5% tu boleh buat? Terima kasih tapi rasanya Dato bagi kat masjid lagi banyak dpt pahala. Atau dato' cuma nak cari publisiti?

Pak Lah tidak membantu menyelesaikan masalah imej buruk UMNO sekarang! He is destroying UMNO! Even today SNAP pun condemn this decision, dont expect pembangkang to stand with him!

TPM Najib said no price increase, Dato Shahrir said no price increase before August, but what happen now? SIAPA TIPU SIAPA?!!!!!