Saturday, May 17, 2008

SEKALI CIKGU SELAMANYA CIKGU.

SELAMAT HARI GURU...Rakan bloggers sekalian, terima kasih kerana masih setia dengan blog saya. Saya amat menghargainya. Khilaf akan membawa kepada rahmat. Kita tidak mahu kekhilafan membawa kepada kemudaratan...Sebab itu dalam Islam ada mazhab.. Mereka saling hormat menghormati. Kata pendita...'Kerja paling senang ialah menyalahkan orang lain sebagai alasan untuk menyelamatkan diri'.

Setiap 16 Mei, kita akan menyambut hari guru. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik sama ada di bandar atau di mana sahaja..Jasa Kalilan terlalu agung, budi kalian tak terhitung bakti kalian sentiasa disanjung.

Kemerdekaan bumi bertuah ini terhasil dari titik peluh guru yang berada di ceruk rantau Tanah Melayu menanam rasa patriotik dan nasionalis Melayu kepada anak anak sekolah hingga kepada seluruh Masyarakat. Mereka menggunakan Parti keramat Melayu iaitu UMNO. Alhamdulillah... berkat usaha, doa dan tawakkal mereka maka 1957 kita merdeka dan guru mendapat tempat di dalam UMNO. Mereka menjadi ketua cawangan dan ketua kaum ibu di kampung-kampung. Mereka dihormati kerana ilmu dan keikhlasan. Mereka mampu mengetuai mesyuarat, menyelesai maslah orang kampung, menaip surat dan segala-galanya. Semuanya bergantung kepada cikgu....ertinya... kata orang Terengganu'....'ATAS CIKGU BELAKE'...

Saya bangkitkan nostalgia ini bukan di sebabkan saya bekas guru, tetapi hakikatnya, Guru adalah mereka yang ikhlas dalam tindakan, prihatin ketika kesukaran,dan matang dalam tindakan. Mereka tidak mengharap pujian tetapi kejayaan cemerlang anak didik adalah hadiah yang tidak terhitungkan...

Ketika UMNO telah establish...dan ramai yang menggerumuni UMNO, UMNO telah menjadi seperti 'gula'....banyak semut datang menghurungi...ketika itu guru dikesampingkan... Ditambah lagi untuk memegang jawatan, kepandaian dan keikhlasan bukan ukuran...Kerana Ikhlas tak nampak dipandang...maka terjadilah politik wang...Alhamdulillah, di Terengganu UMNO cuba untuk memberi ruang untuk guru...Nampaknya rakyat Terengganu pandai memilih...Cuma calon Bukit Tunggal sahaja yang masih belum menang....Allhamdulillah.

Politik cantas bukan cara politik seorang guru. Falsafah guru yang utama ialah gembira melihat muridnya berjaya. Ada rakan bloggers yang tuduh saya mengamalkan politik corak tersebut kerana saya ingin menjadi EXCO kanan, saya rasa satu tanggapan yang kurang tepat. Kerana pada saya tiada istimewanya EXCO kanan atau tidak kanan. Yang penting anda YB ...Yang Bekhidmat...Dan jawatan exco kanan tidak wujudpun dalam enakmen negeri. Tidak pernah ada sifat seorang guru untuk naik memijak kepala lawan... kalaupun wujud...Ia bukan cikgu sejati..... SELAMAT HARI GURU...

5 comments:

Ahmadi Abdul Latif said...

Dato,

Setelah membaca beberapa artikal Dato' saya merasakan yg Dato' masih lagi dlm sessi 'warm up'. Tulisan dan ulasan Dato' masih mendatar.Saya berharap agar Dato' cepat 'panas'.

SAIFULLOHULMASLUL said...

tahniah datuk dah ade blog.. cuma satu soklan dari sy.. bila nak letak jawatan macam datik cakap dulu?.. maaf sekadar pertanyaan..

Mat Yie said...

Dato'

Selamat Hari Guru sya ucapkan,guru sememangnya satu profesion yg seperti kata dato',terlalu agung. tanpa guru,tiada doktor.. tanpa guru tiada arkitek..tanpa guru tiada engineer.. tiada guru,tiada semua... ayah saya juga seorang guru,dan saya berharap guru-guru di malaysia terus cemerlang mendidik anak bangsa agar mengenang budi pejuang-pejuang bangsa dan tanah air satu ketika dulu.
tapi apa yg dapat saya lihat dato',guru sekarang hanya ada kuasa untuk menegur anak-anak bangsa di dalam sekolah sahaja.di luar murid-murid tidak lagi mahu mendengar kata guru,tapi kalu cakap TOK GURU saya tak tahulah. pelajar sekarang jd begitu kerana sikap ibu bapa,percayalah dari sekarang jika ibu bapa masih menangkan anak, profesion guru tidak lama lagi jd sekadar profesion,bukan tanggungjawab atau kewajiban.

MaMiN said...

Dato',
Sememangnya memang tak wujud jawatan EXCO Kanan dalam enakmen kerajaan negeri, tapi adakah Dato' nafikan bahawa sememangnya Dato' adalah salah seorang daripada dua EXCO Kanan dalam kerajaan negeri Terengganu yang lepas? Alhamdulillah sekiranya Dato' bukan dari jenis orang yang suka mencantas kerana sesungguhnya bahawa orang yang mencatas orang lain itu sememangnya seorang buruk dan busuk hati. Itulah penyakit UMNO Dato', pemimpin bertelagah sesama sendiri, mencantas sesama sendiri. Tidak perlu kita melihat rumah "teres" orang lain, tengoklah dalam banglo kita sendiri. Dato', adakah Dato' nafikan bahawa UMNO Terengganu sendiri ada cantas mencantas? Kalau tiada budaya sebegini, saya yakin dan saya pasti orang Terengganu yang tidak buta akan yakin bahawa sememangnya ada orang lain yang lebih layak menjadi MB Terengganu, malah jauh lebuh layak dari DS Idris Jusoh sendiri. Inilah Dato', permainan politik daripada pemimpin UMNO yang pentingkan diri sendiri, dan jadilah apa yang telah jadi hari ini. Dato', saya seorang ahli UMNO. Tapi saya beranggapan bahawa tidak perlu kita besarkan isu Karpal Singh menghina Sultan kerana kita (UMNO) sendiri yang telah memulakannya, mungkin Dato' ingat siapa yang mulakan - Jurucakap 21 orang Adun Terengganu. Nampak sangat ini telah memalukan UMNO itu sendiri. Dato', fikir-fikirkanlah apa yang terjadi dan apa sebab terjaDI SEbegitu.Wallahualam.

Telage Gurl said...

Dato',
Harap masih tak terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI GURU. Jasa Dato' mengajar saya dulu tak akan saya lupa. Dulu panggil "Cikgu" tapi skrg dah kena ubah panggilan.. DATO".
SELAMAT HARI GURU!!