Sunday, May 4, 2008

Masjid Tanpa Makmum

Assalamualikum dan salam sejahtera bloggers semua.Terima kasih wak hamad dari kelantan yang memahami erti sebuag perjuangan.Shukran...Juga penghargaan kepada Al Farabi tentang isu masjid yang berkualiti.Saya bersetuju dengan pandangan Al Farabi yang dapat saya simpulkan bahawa masjid sekarang tidak dimakmurkan oleh jemaah walaupun ianya kelihatan cantik dan canggih.

Apakah cadangan sdr untuk menarik minat masyarakat agar berduyun duyun ke masjid sebagaimana fenomena yang dimiliki oleh Masjidil Haram di Mekah. Di sana setiap kali masuk waktu sembahyang, para makmum berlari lari menuju ke Masjidilharam untuk menunaikan sembahyang.Alangkah bertuahnya kalaulah keadaan dan situasi sebegitu dapat diaplikasikan di masjid-masjid di negeri Darul iman ini.

Saya berpendapat tugas membina masjid adalah tanggungjawab kerajaan. Kerana kerajaan berkemampuan.Tetapi tugas mengimarahkan masjid tugas rakyat dan Ummah.Pemerintah telah melaksanakan pelbagai program untuk tujuan tersebut tetapi malangnya tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan.Antaranya elaun imam dan bilal telah dimartabatkan.Diwujudkan jawatan utk jurucuci masjid dll.

Marilah kita sama sama fikirkan cara dan jalan yang terbaik untuk mempastikan rumah Allah sentiasa dimakmurkan di negeri Darul Iman ini khususnya dan di Malaysia tercinta ini umumnya.Saya yakin jika majoriti ummah dapat mengamalkannya InsyaAllah negara ini akan lebih makmur,dan rezeki Allah akan melimpah dari sumber yang tidak pernah termimpi oleh kita. InsyaAllah.Terima kasih.Wassalam

5 comments:

sribuat said...

a'kum dato',
tahniah kerana dh berjaya jadi bloggers. Mungkin ini di atas kesedaran kerana media alternatif mempunyai pengaruh yang agak kuat berbanding akhbar arus perdana maupun stesen tv yg ada di negara ini.
Saya tidak ingin menyentuh tentang tajuk tulisan dato' ini tetapi ingin memberi pandangan tentang cara menulis untuk menarik orang yang menentang boleh membaca tulisan dato'.
Kenapa media alternatif mampu menarik minat orang mengikutinya. Ini kerana orang yang tidak suka BN tidak suka membaca media kerajaan kerana berita yang berat sebelah, mengampu yang keterlaluan membuatkan orang muak kecuali penyokong totok BN.
Bagi orang macam saya yang kiri ok kanan pun ok, ahli parti kerajaan tidak pembangkang pun tidak, lebih senang atas pagar,isu yg dimainkan oleh media arus perdana amat memualkan dan uatkan saya meluat.
Jadi saya beralih kepada media alternatif.
Jadi, untuk menarik orang terhadap kita, cara menulis yang lebih menarik adalah perlu.
Penulis jangan mengutuk terus pembangkang sbb orang dah meluat.
Cuba baca blog ahli parlimen kota belud. cara dia terangkan keperibadian ketua pemuda pas bila masuk parlimen, tak ada mengutuk. so bila penyokong ats pagar baca, nampak keperibadian MP tersebut.
Tapi bila baca blog dato', tafsiran saya, dato' seorang pendendam, suka mengata orang, dan terikut rentak sesetengah pembangkang yang kutuk orang. Orang atas pagar tak suka begini. Sbg contoh, saya menghormati Ust Badrulamin, ahli PKR. Tapi bila dalam Youtube dia kata mufti perlis syaitan, hilang rasa hormat sya padanya sbb dia keterlaluan.
Dato', mata pena lebih tajam daripada mata pedang. dengn pena kita boleh buat orang hormat kita. lihat Allahyarham Rustam A Sani, walau pembangkang, tetapi baca tulisannya.
So, Dato', kalau di media arus perdana orang atas pagar x suka baca, sama juga dalam blog ini. Sya baca blog MP kota belud, Khir toya, Ali rustam, mohd taib, tun mahathir, DSAI, kuda kepang, kelembai, kesimpulannya, orang atas pagar suka pada liputan yang lebih adil.
Actually, saya pernah kenal dato' sebagai seorang yg baik sebelum bergelar YB, sbb itu sya harap dato terus survive dlam arena politgik ini. bahkan sya pernah berharap, dato' yang jadi MB trg, ganti idris jusoh dan bukannya Ahmad Said.
so, dato' tulisan dato' tidak mengutuk mana-mana pihak, mana-mana parti lebih baik. dato perlu lebih jujur dan kritis dalam UMNO berbanding terus mengutuk pembangkang yang pada pandangan sya orang atas pagar sebagai pelarian untuk alih masalah dalam UMNO kepada pembangkang.
Jangan banding kemakmuran zaman UMNO memerintah terengganu dengan zaman PAS memerintah terengganu sbg contoh. sbb org tau, kalau PAS dapat duit royalti minyak tu, dia org boleh buat seperti yang UMNO bina tu spt masjid kristal.
So bandingan zaman pemerintahan menambah ketidaksukaan org atas pagar sbb kita tau apa masalah pas semasa memerintah dan kita tau UMNO ada duit masa memerintah.

Sekian, wassalam.

sribuat@yahoo.com

Cg. Sukri said...

Dato'...

Masjid adlh institusi penting pembinaan roh bg manusia..yang paling penting ianya perlu diimarahkan bukan setakat rakyat...bahkan pemimpin. Lebih elok jika pemimpin boleh menjadi IMAM dimasjid @ surau, boleh memberi kuliah & khutbah.

Tugas pemerintah bukan setakat membina masjid, memberi elaun bilal dan mewujudkan tukang cuci...tetapi perlu untuk membawa rakyat kepada kesedaran mentaati Allah & Rasul. Bukannya membawa hiburan yg melalaikan kepada rakyat...

Lebih baik masjid kayu yang diimarahkan dari masjid berjutaan ringgit tetapi sepi...

Sebolehnya, sekolah agama rakyat di perhebatkan di Terengganu utk membina roh rakyat Ganu sedari Kecil lagi...pendidikan agama perlu diterap dr kecil, dan disini dibinanya insan2 yang boleh mendekati masjid dan menjadi Imam,bilal,pengkuliah dah orang yg alim...

Hidup agama rakyat itu menjadi tanggungjawab pemerintah jua yang lebih berkuasa...Jika agama yang dipentingkan pemerintah, rakyat akan condong ke arah itu...

Moga kegiatan agama di Masjid kawasan Ajil sentiasa makmur, Dato'
perlu bertanggung jawab ke arah itu...

budakua said...

Sudah diketahui umum , sekiranya ada orang2 besar ke Masjid maka berduyung-duyunglah penduduk kampung menuju ke masjid.Oleh suka saya cadangkan agar Dato' Menetapkan setiap malam ke masjid kecuali ada program lain.
Dato' Gilirkan masjid, mulakan dengan Masjid Bukit Diman dan seterusnya masjid yang lain.Saya yakin JKKK dan ahli umno pasti akan ke masjid bila ada orang besar terutama wakil Rakyat macam Dato'- Dimana ada gula di situ ada semut.Bukan kah mereka semua adalah pengundi Dato'.Mereka mesti akan bersama dato' kemasjid.

wak hamad said...

Walau x jadi exco Yb jangan give up. Teruslah bersama rakyat kerana
tanpa rakyat tiada wakil rakyat.

Saya masih ingat bagaimana ADUN BN dikeji khasnya YB sepanjang tahun 1999-2004.

Akhirnya Tuhan Takdirkan YB jadi EXCO.

Sekarang YB jadi YB biasa tetapi luar biasa pengalaman YB. Harap YB dapat nukilkan pengalaman yang ada dalam bentuk buku kerana itulah peninggalan yang dapat bertahan kepada generasi akan datang apabila kita tiada du dunia fana.

Saya kira dengan ketiadaan beban sbg EXCO masa YB dapat diperuntukkan untuk menjadi penulis memoir.

Terima kasih.

WAK HAMAD

Anonymous said...

Asalaimulaikum Dato'. sehingga ini org PAS maseh mengganggapkan markas PAS di belukar pohon kemunting di kg bujal di kijal adalah masjid. Pada masa markas PAS diroboh kerana dibina secara haram, saya berada disitu. sekiranya betul2 masjid, saya akan terus menentang & menghalang orang cuba meroboh masjid itu. Tetapi malangnya bangunan itu adalah tempat orang PAS berkumpul & bila masuk waktu mereka bersembahyang jemaah. Macam surau di pejabat, kita akan bersembayang berjemaah bila dah ada 2 - 3 orang makmun.

Tetapi dia guna isu ini untuk menunjuk kerajaan BN jahat & zalim.Sedangkan kerajaan membina 62 masjid selama 3 tahun.

Allahu Akhbar