Monday, May 19, 2008

Dr M dan UMNO

Berita yang menggemparkan...tetapi itulah hakikat yang kita kena terima.Kenapa dan mengapa terjadi demikian hanya Dr M sahaja yang tahu. Beliau berhak memilih jalan yang pada pandangan beliau jalan terbaik.

Saya yakin, tragedi ini (kalau boleh saya istilahkan demikian) akan membuatkan parti pembangkang tersenyum senang. Walaupun begitu saya yakin Dr M tidak akan dipergunakan oleh mana mana pihak kerana beliau seorang yang berpendirian.

Mungkin sehari dua lagi kita akan dapat jawaban yang tepat mengapa Dr M mengambil tindakan sedemikian rupa. Pun begitu akan timbul pelbagai spekulasi dan tanggapan positif mahupun negatif. Memang lumrah alam.

Kepada pucuk pimpinan, terima lah apa yang berlaku ini sebagai Qada dan Qadar Allah. Pasti ada hikmat. Sebagai pemimpin parti terbesar kita perlu muhasabah di dalam diri kita sendiri. Saya bimbang nasib parti besar yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara akan berkubur seperti LDP di Jepun dan Kuomintang di China. Nauzubillah...

Moga ALLAH selamatkan UMNO... Amin

7 comments:

Ahmadi Abdul Latif said...

Dato',

Cepat reaksi Dato'. Tahniah atas kepekaan Dato'.Tentang tindakan TDM itu saya percaya yg beliau mengetahui sesuatu yg kita tidak tahu. tetapi sebagai ahli umno saya merasa sedih dgn apa yg pucuk pimpinan UMNO lakukan pada TDM. Sangat menghinakan. Ia ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Pak Lah bagaikan tiada kemampuan dr segi intellectual bg menghadapi serangan/kritikan dr TDM. Lagak pemimpin umno lain yg terus menyerang TDM sgt melampau. Suka atau tidak TDM masih mempunyai pengaruh dlm UMNO. jadi kita harus bijak dlm menangani permasaalahan ini. kata-kata pemimpin UMNO harus di susun bijak. Ini tidak...berbagai kata-kata kesat secara direct/indirect ditujukan pada TDM bahkan kata-kata yg sekesat itu pun tiada dihamburkan kepada pemimpin pembangkan. adakah pemimpin pembangkan kebih mulia dr TDM?
Pak lah sekarang hanya melakukan apa yg minoriti mahukan. bagaikan menjadi pemimpin bg pihak pembangkang.Sepatutnya beliau sibuk membicangkan apa arah tuju ahli-ahli UMNO di Perak...Selangor dan Kedah. Mereka terkapai-kapai kerana tidak pernah menjadi rakyat di negeri yg di kuasai pembangkang.Dapat ke tidak dia org cari mkn?

Telage Gurl said...

Moga kedudukan UMNO lebih kukuh & apa yg berlaku di Jepun tak akan berlaku di negara kita. InsyaAllah.
Inilah masa untuk memikirkan jalan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti.
HIDUP UMNO!

azrain.adnan said...

Salam Dato.

jadi apa pendapat Dato?

wan azrain adnan
pemuda UMNO bhg kemaman
http://azrain-adnan.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' said...

MAHATHIR BUAT 'FILEM' TERBAHARU

Kenapa Tun Dr. Mahathir (TDM) keluar UMNO dengan tergesa-gesa? dan kenapa TDM tidak berminat hendak menyertai PAS, PKR atau DAP? atau TDM menubuhkan parti bebas?

TDM lebih berminat mahu menubuhkan 'parti diri bebas' iaitu bebas daripada kutukan, kritikan, pembicaraan ataupun dia sebenarnya mempunyai skandal lain yang menyebabkan dia keluar UMNO untuk 'sementara waktu'?

Ada 6 sebab kenana TDM berbuat sedemikian.

1. TDM adalah PAKAR PELAKON DAN PAKAR PENGARAH POLITIK. TDM seorang genuis dan bijak serta benar-benar berbakat berlakon terutamanya dalam telemovie 'POLITIK AIR MATA' atau 'POLITIK BELASAH ORANG'.

Dulu sebelum Pak Lah jadi PM, dia selalu menangis sebab sudah mahu letak jawatan semasa persidangan UMNO. Orang suruh dia tarik, tapi dia tarik balik dan jadi PM serta Presiden UMNO.

Masa jadi PM, 22 tahun lamanya, dia pernah membunuh musuh politiknya, antaranya TUN MUSA HITAM, TENGKU RAZALEIGH, GHAFAR BABA, dan ANWAR IBRAHIM.

Kita sebagai rakyat Malaysia berjuta-juta nyawa hanya mampu mwnunjukkaan kemarahan sahaja. Tapi apabila TDM seorang marah, tidak semena-mena kita beranggapan dia mewakili jutaan nyawa? BIARLAH si luncai (TDM) dengan labu-labunya.

2. SURUH PAK LAH TARIK BALIK ATAU TIDAK MENERUSKAN 'PEMBERSIHAN' penyalahgunaan kuasa, politik wang dan penindasan ke atas TDM.

TDM dikenali sebagai BAPA MUKHRIZ yang sah, digelar bapa pembangunan Malaysia, dipanggil Bapa kezaliman, dituduh Bapa Penipuan, Bapa Politik Lawyar Buruk, Bapa ketidakadilan, Bapa Bangsa Mamat dan bapa UMNO. Tetapi dia seorang bapa yang suka minum todi dan arak sehingga mabuk. memukul mama- layak digelar 'papajahat'. Jadi apa gunanya gelaran bapa diberikan hanya sekadar untuk dirinya sahaja.

Andaikata TUN MUSA HITAM, TENGKU RAZALEIGH dan GHAFAR BABA menewaskan TDM, sudah tentu masalah rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berjaya diatasi ataupun dikurangkan ke tahap minimum.

3. TDM HENDAK MENGUJI POPULARITI. Macam artis, sekejap timbul sekejap sembunyi. Bila ada masalah, dia menghilangkan diri dan timbul pula beberapa tahun kemudian sebagai hero berpengalaman. Misalnya, kejadian tidak baik berlaku kepada Ning Baizura, Mamat Exist, Jamal Abdillah, Amy Search, Saleem iklim dan ramai lagi. Artis berkenaan berdiam diri tetapi dalam jangkamasa tertentu mereka kembali ke arena hiburan kita.

Kalau tidak percaya lihat lah sekarang bagaimana orang UMNO memujuknya supaya kembali ke UMNO.

4. TDM adalah MELAYU MUDAH LUPA. Dia lupa dengan kata-katanya 'parti diutamakan berbanding individu dan perjuangan parti mengatasi perjuangan individu.

Dia pernah menggelarkan orang Melayu sebagai bangsa PEMALAS. Tidak pula menggelarkan India sebagai pembelit dan penipu, dan Cina sebagai pengecut dan penipu!!! Dia juga tidak pernah membela nasib pekerja kerajaan bawahan selama menerajui Malaysia.

5. TDM SEORANG PENDENDAM dan akan melakukan apa sahaja untuk dirinya. Pada pilihanraya lepas (2008), TDM bukan main mengutuk Pak Lah dan apabila dia berjaya- dia kutuk lagi Pak Lah. TDM mahukan semua orang 'ikut' telunjuk bawah ketiaknya. Dia mahu Pak Lah letak jawatan dan gantikan dengan Najib, itu semua mainan politiknya untuk menjaga kepentingan kronisnya sahaja.

6. TDM MEMANG PERLU LETAK JAWATAN dan buat apa ditangiskan. Dia perlu berehat dan berdiam diri. Sepatutnya dah lama TDM berbuat sedemikian. Ramai orang dalam UMNO sudahpun berbuat sedemikian, meletak jawatan kerana tidak bersefahaman dengan pucuk pimpinan dan tidak mematuhi kehendak perlembagaan parti. TDM dah berbuat apa yang perlu dia lakukan.

Yang abe MIE hairan, apabila TDM meletak jawatan, kenapa parti pembangkang beria-ria sangat? Kan mereka sudah lama mahukan TDM berbuat sedemikian.

Kena ingat, TDM bukannya Nabi atau Rasulullah atau Jesus atau Gautama Buddha atau dewa Krtisnan yang mana mereka semua ini adalah penyelamat agama dan bangsa masing-masing. TDM adalah pemimpin negara seperti PM yang terdahulunya. Kita mengenali mereka kerana sumbangan dan jasa-jasa serta pengorbanan mereka.

Abe Mie rasakan, kiranya TDM dari dahulu lagi berdiam diri dan menyerahkan kepimpinan negara pada Pak Lah dan orang lain, sudah tentu BN tidak perlu menerima 'se-kalah' ini.

Dia boleh menikmati masa pencen dengan tenang atau menjadi penasihat kepada Petronas, Proton dan sebagainya tanpa diganggu oleh orang politik dan diserang kiri-kanan.

http://pkrpasdap.blogspot.com

Mat Yie said...

Dato'

Dr. M dan UMNO, secara jujurnya Dr. M adalah merupakan seorang tokoh yg paling saya kagumi dan saya percaya segala tindakan beliau ada sebabnya.Kita tidak tahu kenapa dan apa sebabnya beliau mengambil keputusan ini. Saya sendiri sebagai seorang yg benar-benar sayangkan parti ini berasa amat rugi dan terkejut dgn tindakkan beliau. Ada benarnya kata abg mie,satu ketika dulu pernah kita menangis sewaktu beliau ingin mengundur diri dari kancah politik tanah air. Dan saya masih ingat,seumur hidup saya,saya hanya dapat menyaksikan tangisan beliau apabila mengenangkan nasib MELAYU.
Harus diingat,Dr.M merupakan ahli UMNO seumur hidup dan perkara ini tidak perlu kita sangkalkan lagi,perletakan jawatan sebagai ahli UMNO oleh Dr.M bagi saya bukanlah sesuatu yg dinanti-nantikan oleh PEMBANGKANG saya kira,mungkin memberi sedikit kesan kepada UMNO namun belum mampu untuk mengubah peratusan undi popular di kalangan rakyat malaysia kepada PEMBANGKANG. Saya kira ini adalah keputusan yg bersifat peribadi,Dato' sendiri mungkin lebih mengenali beliau,tahu cara beliau dan tahu apa yg beliau perjuangkan untuk rakyat malaysia,melayu khususnya.
Sewajarnya pemimpin di Malaysia ini sentiasa memikirkan perpaduan antara kaum.Biar kita kembali kepada asal perjuangan untuk meMERDEKAkan Malaya sekitar tahun 50-an dulu. asasnya adalah perkongsian kuasa antara kaum,persefahaman antara kaum dan kebajikan kepada semua kaum. saya kira ini adalah antara apa yg diperjuangkan oleh TUN DR.M satu ketika dulu. sepanjang penlibatan kerier DR.M,kita tahu beliau sendiri pernah mencipta pelbagai kontrovesi sehinggga pernah dipecat dari UMNO kerana kelantangan suara beliau menegur pucuk pimpinan parti,pernah ditahan di bawah ISA dan bermacam-macam lagi yg beliau sendiri alami sebelum bergelar Perdana Menteri. Tapi semangat untuk tidak kecewa itulah yg seharusnya kita contohi agar kita tidak lari dari landasan sebenar perjuangan parti.Saya tidak tahu sejauh mana kejujuran Dr.M ketika memerintah negara ini,tapi apa yg dapat kita lihat, di era Dr.M,beliau berjaya membuka mata dunia untuk melihat negara kecil ini sebagai mampu untuk menjadi tulang belakang kepada asia tenggara. ini bukan perkara mudah. Dan harus diingat juga, sebelum beliau menjadi perdana menteri lagi beliau sudah berjaya mendapat undi kedua antara 50 individu yg plg berkuasa di dunia oleh majalah asiaweek pada tahun 1977.
Jadi,apa yg ingin saya simpulkan disini,setiap keputusan yg beliau buat,pasti ada hikmah,pro dan kontranya.Sebagai ahli yg benar-benar sayngkan UMNO Jangan kita panik,kita harus bertenang dan jgn timbulkan sebarang spekulasi yg tidak sihat di dalam UMNO.

HIDUP UMNO!HIDUP UMNO!! HIDUP UMNO !!

smallville said...

Salam Dato,

Ini merupakan satu lagi pukulan berat yg BN terima sejak PRI12. Tapi tengok pada sudut positif, Dr. M dah tak ada, jadi Pak Lah boleh buat apa saja tanpa sebarang halangan lagi. Macam kata Tun Musa Hitam, duri dah tercabut, mungkin jalan kita akan makin elok, tak kan capek macam dulu. Cuma nasihat saya jika UMNO mau dengar, jangan salah langkah lagi dengan mencalonkan orang yang rakyat tidak suka. Ambil pedoman kekalahan UMNO di Tganu sndiri, ada kerusi yang kalah sebab calon yang rakyat tak suka...MB dan sekutu je yang suka. Akhirnya kalah...

Mungkin ramalan anwar tentang penaklukan 16 sept. nanti akan jadi nyata. Moga-moga dato dapat lakukan sesuatu, jika anwar berkuasa kelak kemungkinan Melayu akan hilang kuasa.

Anonymous said...

bagi saya, TDM keluar UMNO ada perkara biasa dalam politik. Dato onn keluar UMNO, Tuanku & dato hussin onn pernah keluar parti. Biarlah ahli UMNO yg menilainya. Moga UMNO terus teguh & bersatu kerana UMNO maseh lagi releven.