Tuesday, May 20, 2008

Apakah UMNO masih relevan

Sebagaimana yang saya jangkakan, bahawa tragedi yang menimpa UMNO telah dilihat dari pelbagai perspektif...Ada yang menyokong dan tidak kurang yang kecewa. Tetapi yang pasti saya berpandangan keputusan yang dibuat oleh mantan Presiden itu sedikit sebanyak menggoyahkan UMNO.

Kenapa saya beranggapan demikian? Jawabnya ialah alasan dan ulasan yang diberikan oleh Dr M ada logik dan boleh diterima oleh khalayak. Cuma yang saya bimbang, apakah keputusan Dr M itu kerana cabaran daripada floor speaker atau lahir dari hatinya yang ikhlas untuk melihat bangsa dan negara ini lebih cemerlang. Hanya Allah saja yang tahu.

Kalaulah tindakan keluar parti dibuat dek kerana cabaran seseorang, saya rasa ia satu tindakan yang tidak bijak tetapi jika lahir dari hatinya yang luhur maka ia adalah tindakan yang tepat. Masalahnya ialah kita tidak pernah tahu nawaitu seseorang.

Walau apapun pandangan...yang penting kedudukan dan perpaduan Melayu perlu diutamakan.Apa yang pasti sehingga saat dan detik ini orang Melayu terutama di luar bandar masih mengharap parti keramat ini untuk perjuangan ke arah kecemerlangan. Dengan kata lain parti ini masih tetap relevan dengan mereka.

UMNO tidak pernah berdosa, tetapi pelaku-pelaku UMNO perlu muhasabah kendiri...Pemimpin perlu akan pendirian dan ketegasan serta keberanian dalam tindakan demi agama, bangsa dan negara. Rakyat dan masyarakat hari ini cukup bijak menilai dan mentafsir perlakuan pemimpin, sama ada pemimpin bawahan atau atasan.Mereka boleh bezakan antara realiti dan fantasi.

Pemimpin kuat rakyat hebat; Pemimpin lemah rakyat musnah. Fikir fikirkanlah....

11 comments:

smallville said...

Salam Dato'

Tajuk dato seolah-olah dato dah putus asa dengan UMNO, secara peribadi saya masih katakan UMNO tetap relevan dalam Malaysia, walaupun mungkin pemimpin sekarang tidak agresif, pasif dan hanya mengambil sikap tunggu dan lihat tidak kurang juga yang bersikap menangguk di air keruh, UMNO tetap disitu. Seperti yang dato katakan pemimpin datang dan pergi, yang tinggal hanya nama baik atau buruk. MB Ahmad Said dah nyatakan pendirian bersama PM dan menghormati Dr. M. Apa pula sikap dato? adakah dato hanya tunggu dan lihat pemimpin-pemimpin lain menyatakan pendirian baru dato akan mengikuti suara ramai? atau seikhlasnya dato boleh berikan komen sendiri.

Telage Gurl said...

Dato',
Saya sangat setuju dengan Dato' bahawa tindakan TDM membuatkan kedudukan parti menjadi lebih teruk. Sekarang ni pun dah ada beberapa orang yang mengikut jejak beliau termasuklah seorang pemuda UMNO di bahagian Kemaman.
inikah yang dimaksudkan kesetiaan kpd parti? tidakkah mereka fikir apakah kesan tindakan mereka yang akan memburukkan lagi keadaan? Pada saat yg genting ni sepatutnya kite memikirkan jalan untuk mengukuhkan kedudukan parti.. tidakkah mereka risau perpecahan orang Melayu dapat mengurangkan kuasa Melayu dan dpt memberi ruang kpd kaum lain untuk memerintah?

Mat Yie said...

Dato':

UMNO RELEVAN,MASIH RELEVAN DAN AKAN TERUS RELEVAN. Saya sayangkan UMNO dan saya tahu mmg ramai yg sayangkan UMNO.Dan kita semua berharap pemimpin-pemimpin besar di negara ini akan terus sayangkan UMNO.
UMNO seolah-olah nyawa kepada bangsa melayu di Malaysia,apa salah UMNO? Apa salah BN? saya kira asas penubuhan parti dan perjuangan parti masih kekal seperti dulu,tidak pernah berubah untuk memartabatkan Bangsa Melayu. "Pemergian" Dr.M saya kira..ya mungkin memberi kesan kepada UMNO,tetapi tidak sepatutnya ada pemimpin di peringkat bawahan parti keluar dari UMNO semata-mata ingin menunjukkan tanda protes terhadap pucuk pimpinan yg sedia ada,ini akan menambah lagi luka pada kesan "duri" di dalam UMNO. Perginya Dr.M jika diambil dari sudut positf,mungkin sudah masanya beliau bersara dari kancah politik,tapi apakan daya kita.. kenyataan yg di buat oleh mantan perdana menteri itu,cukup berbisa.
Namun jika diamati,tanda protes ini adalah untuk pucuk pimpinan parti,bukan untuk parti. Dr.M akan kembali kepada parti setelah apa yg dihajati tercapai,ini bermakna..UMNO masih relevan.
Benar kata Dato' pemimpin UMNO harus muhasabah kendiri,sedar akan naiknya nama mereka di mata rakyat,dan rakyat tidak pernah lalai untuk menilai mereka.

Raja Bersiung said...

Dato'
Saya dapati semua masih relevan. Yang tak relevan ialah Pak Lah. Majoriti ahli bawahan sudah tidak mahu Pak Lah.

Adakah kita nak menjaga UMNO atau hendak menjaga Pak Lah? Dialah punca segala kemelut ini, bukannya TUN. Pak Lah ada self interest sebaliknya TUN tiada dan hanya ahli biasa. Jadi siapa sebenarnya yg bermasalah?

Anonymous said...

Kata Musa hitam "terkeluar duri dari daging" ini bermakna masalah tikaman dalaman sudah tiada tapi ingat tikaman dari luar lagi sedap. maka kritikan TDM terhadap akan dibalas oleh ahli UMNO. Walaupun Onn Jaafar, Tuanku & Hussin Onn keluar dari UMNO, UMNO tetap kukuh. Maka bila TDM keluar maka UMNO terus relevan buat dulu, kini & selamanya.

kulaan said...

Salam Dato'

Tindakan Tun Dr.M keluar kerana ketidakpuasan hati kepada Pak Lah tidak dapat dipertikaikan.Mengapa dahulu Tun menyerah kuasa semasa ramai rakyat mahu Tun meminpin negara dan sekarang baru rasa menyesal bak pepatah berkata terlajak perahu boleh undur terlajak perbuatan atau kata buruk padahnya.
Dato' sendiri pun menampakkan ketidak yakinan terhadap diri sendiri . Sebab Dato' sendiri dulu pun tidak dapat menerima bahawa Terengganu mendapat MB baru masih lagi dengan fikiran kuno,adakah Dato sedar bahawa zaman IT ini ramai orang dapat mengetahui perkara yang sebenarnya,dulu kita hanya mampu lihat di surat kabar atau TV tetapi sekarang manusia telah maju dan tahu apa yang betul atau tidak.
Berbalik kepada tindakan Tun Dr.M mungkin bagi setengah pendapat orang tentu bahawa beliau sebenarnya seperti orang-orang tua yang lanjut usia atau nyayuk seperti kata-kata beliau kepada Tunku Abdul Rahman dulu.Kita perlu sedar bahawa bumi ini spera dan setiap kejadian akan berulang kembali tetapi berbeza caranya mengikut keadaan zaman.
Jika orang itu menggunakan akal fikiran waras kita tidak akan tiru seperti si Lincai dengan Labunya,hanya orang yang lemah dan putus asa saja akan mengaku kalah.Kepada mereka yang berani tidak akan terikut-ikut rentak seorang itu tanpa berfikir panjang dan bagi saya ia hanya satu tindakan yang membuang masa terutama bagi kami akar umbi yang berasa kesan ini hanya melibatkan peminpin saja dan kami tetap begini mengerah tulang empat kerat dalam keaadan yang semakin mencabar dengan kenaikan harga barang.
Sepatutnya peminpin memikirkan masalah rakyat terutama orang melayu atau bumiputra yang masih lagi dalam dilema terutama golongan muda.

Pak Malau said...

Salam Dato',
Saya antara yang menyaksikan kegigihan UMNO Terengganu mengembalikan negeri kepada BN setelah berlaku perubahan politik dipantai Timur yang membawa kepada pemerintahan PAS. Namun kegigihan itu tiada maknanya jika Umno Terengganu turut mengiakan saja mesej rakya yang menolak Paklah. Sampaikanlah mesej kepada paklah dengan apa cara sekalipun, cara terengganu atau cara Tun, yang penting jangan mengiakan sesuatu yang tidak betul. Perjuangan yang paling hebat adalah melawan kejahatan dalaman. Itulah perjuangan sebenar.

Perjuangan Umno terengganu sepatut5nya menentang penjahanam umno yang berada didalam Umno iaitu paklah, anak menantu, patrick badawi, dan kabinet mengangguk saya sokong.

Adakah Dato berani buat kenyataan sebagaimana Dato membuat kenyataan terhadap Sultan Terengganu beberapa bulan lalu? Saya rasa dato' mempunyai keberanian itu, namun ianya mungkin terlewat. Gunakan secepat mungkin, demi agama bangsa dan negara.

org bukitdiman said...

Salam Dato

Saya setuju dengan pendapat Dato, pelaku-pelaku dalam UMNO yang membuatkan soal UMNO masih relevan menjadi tanda tanya.
Benar kata Dato' pemimpin UMNO harus muhasabah kendiri,sedar akan naiknya nama mereka di mata rakyat,dan rakyat tidak pernah lalai untuk menilai mereka.
Di mata rakyat, semua pemimpin dalam UMNO yang berjawatan baik dalam parti atau kerajaan hanya ingin menjaga kedudukan masing-masing, hanya mengikut dan bersikap mengiyakan apa-apa sahaja keputusan pimpinan tertinggi UMNO. Sikap ini yang menjadikan UMNO semakin menuju kepada kehancuran. Yang berani mengkritik ialah yang telah bersara atau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti atau kerajaan.
Dato ada menyatakan bahawa rakyat di luar bandar/kampung masih mengharapkan parti keramat ini, dulu mungkin ya, tetapi sekarang dengan segala macam yang berlaku kepada UMNO, soal itu pun menjadi tanda-tanya.

Hamdillah said...

Assalammualaikum wmt dan Salam Sejahtera,

Negara sedang dikejutkan dengan pengumuman Tun Dr. Tun Dr. Mahathir yang mahu ‘cuti sementara’ dari menjadi ahli UMNO. Macam-macam komen dan pendapat yang kita dengar. Ada yang negatif dan tidak kurang juga yang positif. Yang jelas, Tun bertindak demikian kerana dah tak sanggup melihat kepimpinan Pak Lah (orang yg diserahkannya kuasa lima tahun lalu) bertindak mengenepikan dasar dan perjuangan UMNO dari segi membela nasib orang Melayu. Walau pun perlbagai tekanan dan sanggahan oleh Tun sendiri dan rakyat melalui PRU-12, Pak Lah masih tidak mahu undur dan terus berusaha mengekalkan kuasa.

Kenapa pak Lah jadi begitu? Kenapa tiada yg terfikir kenapa Pak Lah sangat takut meninggalkan kerusi Perdana Menteri? Untuk itu saya cuba bertanya pendapat dari kalangan pemerhati politik dan tokoh veteran yang mengenali Pak Lah sejak lama.

Apa yang dapat saya simpulkan, mereka berpendapat bahawa Pak Lah takut berhenti kerana ada tekanan terhadap keluarga dan dirinya oleh ‘kuasa asing’ yang mahu menundukkan negara ini dibawah telunjuk mereka. Dah tentu kuasa itu ialah Amerika Syarikat yang dikuasai Yahudi/Zionis.

Pak Lah dikatakan diugut supaya terus mengekalkan kuasa dan ikut telunjuk mereka. Dia diugut akan diambil tindakan kerana ada kes dalam isu ‘Oil for food’ di Iraq dan anaknya Kamaluddin akan didakwa diperingkat antarabangsa kerana memiliki sebuah syarikat yang mengeluar dan membekalkan peralatan senjata nuklear kepada Libya. Sekarang syarikat tu dah tutup. Kononnya, jika Pak Lah tak ikut telunjuk mereka, PBB akan ambil tindakan. Menurut sumber itu lagi, itulah sebabnya pada peringkat awal kekuasaannya Pak Lah pergi jumpa Bush (Presiden Amerika Syarikat) sampai empat kali setahun. Dan perjumpaan-perjumpaan itu khusus mengenai isu berkenaan.

Benar atau tidak saya tak pasti. Tetapi kalau melihatkan kepada para 11 tulisan Tun dalam chedet.com bertajuk Lobby, macam ada sesuatu mengenai apa yang dijelaskan ini. Menurut sumber itu lagi Dato’ Ruhaine Ahmad tahu banyak mengenai perkara ini dan beliau pernah tulis dalam blognya dulu. Saya tak baca dan terlepas pandang.

Begitu juga dengan apa yang disuarakan Mukhris di Parlimen mengenai seorang warga asing yang ditahan dibawah ISA, ada kaitannya dengan apa yang dikatakan itu.

Saya kurang paasti dan tidak banyak sumber seperti itu. Sesiapa yang tahu cuba jelaskan sikit. Supaya kitaa semua tahu apa sebab Pak Lah begitu takut berhenti jadi PM.

Maklumat ini penting untuk ahli UMNO yang bakal mengadakan mesyaurat agong tak lama lagi. Dan kalaulah benar Pak Lah dalam keadaan ketakutan akibat ugutan ‘kuasa asing’, kita kena tolong dia. Dia mungkin malu nak minta tolong rakyat.
wallahualam

Azuan wan said...

akm..
Kalau kita mendapati tok imam kita salah atau pon melakukan perbuatan yang salah dan kita telah mengambil tanggungjawab menegur tok imam tersebut tapi dia tetap mentulikan telinganya,tidak membuat sebarang tindakan dan mengatakan kita pulak salah sedangkan kita pon dulu pernah menjadi imam....adakah patut kalau kita mengikut imam tersebut...
Saya teringat kisah adik saya di tabika tidak mahu pegi sekolah kerana tak puas hati dgn cikgu,tapi dia tak mahu tukar ke sekolah lain kerana sayangkan sekolah..

kulaan said...

Assalamualaikum...
Tindakan Tun memang ditunggu terutama Anwar Ibrahim kerana apa yang berlaku selama 6 tahun dalam jel amat perit bagi beliau yang berpegang pada kata Lawan Tetap Lawan.Sekarang beliau berkata bahawa beliau telah berjaya menewaskan Tun di dalam politik dengan membongkarkan kisah lampau kerana bagi beliau ,Tun tidak lagi berpayung dibawah UMNO.
Walaupun Tun telah berjaya memajukan negara tetapi Tun perlu ingat bahawa manusia zaman ini bukan maksum dan apa berlaku sekarang juga akibat tindakan Tun juga kerana mengapa Tun melepas kuasa jika Tun tahu bahawa Pak Lah tidak berupaya.
Walaupun ada orang mengikut tindakan Tun keluar Umno tetapi perlu ingat bahawa kebanyakan golongan muda sekarang tidak condong terhadap wadah perjuangan bangsa melayu.Tindakan anak Tun mengikut jejak Tun bukan ukuran dan ada yang masih berdendam kerana ketidakadilan serta kecewaan semasa era Tun dahulu yang kehilangan pekerjaan akibat tindakan anak-anak Tun atau tindakan undang-undang seperti ISA dan sebagainya.Kelemahan orang kita adalah mudah berbudi walaupun kita tahu ia memulangkan racun berbisa.Sekarang kita perlu bangun memperkuatkan bangsa terutama melayu atau bumiputra bukan terikut-ikut dengan tindakan peminpin-peminpin yang telah mengcapi kesenangan duniawi.
Orang melayu masih bertelagahan sesama sendiri sedangkan bukan melayu bergerak ke hadapan demi kemajuan dan teknologi.Harap dato' memikirkan halatuju bangsa melayu samada mahu proaktif atau seperti katak dibawah tempurung.
Kita telah dipecah belah dari dahulu sehingga sekarang tanpa kita memikirkan apa akan jadi kepada generasi akan datang.Umno memerlukan orang yang punyai keberanian untu melakukan perubahan bukan menikam dari belakang.
Apa yang penting sekarang segala persengketaan kita letak ketepi dan bangun demi kemajuaan negara.Ugut-ugutan yang cuba dilakukan oleh setengah peminpin kita patut diambil tindakan.