Saturday, December 27, 2008

Salam Maal Hijrah-Berhijrahkah Kita

Salam bloggers...Hijrah disambut lagi. Hijrah datang lagi...tetapi sekadar perarakan, syarahan dan ceramah...selepas itu semangatnya terus hilang dibawa angin lalu sehingga tiba tahun hijrah yang akan datang. Tiba lagi, kita sambut lagi....'mediocrity' orang Terengganu sebut ..'Hok Tu Le'...'Ketulaan'...Nasib umat masih tetap sama dari segi pencapaian dalam semua bidang...masih tertinggal berbanding dengan umat lain. Kenapa dan mengapa malangnya nasib umat kita hari ini? Di mana silapnya? Semangat hijrah Rasulullah saw cuma tinggal semangat sahaja tanpa dihayati oleh umat. Kita cuma berbangga dengan pencapaian gemilang Rasulullah dan para sahabi. Tetapi bilakah kita mampu berbangga dengan pencapaian gemilang kita sebagai umat Nabi saw?. Satu persoalan kita perlu jawab bersama.

Satu hari saya berdiri di hadapan Berjaya Time Square di KL. Terdetik dalam hati saya betapa berjayanya tuan punya bangunan tersergam indah itu. Terfikir dalam benak saya bilakah orang Melayu Islam di bumi bertuah ini mampu untuk memiliki bangunan sebesar itu. Tidak adakah makhluk Melayu yang mampu membina dan memilikinya selepas lebih 50 tahun merdeka. Satu persoalan yang sukar untuk saya mencari jawapannya. Ini kerana dengan segala kemudahan, keistimewaan dan pelbagai fasiliti yang kita miliki dan diberi oleh kerajaan kenapa masih belum wujud Melayu yang cemerlang seperti pemilik bangunan tersebut? Yang pasti saya beranggapan mesti ada 'something wrong some where'...

Begitu juga halnya dalam politik. UMNO telah berjaya menjadikan orang Melayu terbela. Bangsa yang dulunya merempat dan dihina oleh penjajah, hari ini alhamdulillah telah mampu untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain walaupun dalam sesetengah perkara kita masih terkebelakang. Tetapi jasa UMNO terhadap bangsa Melayu tidak dapat dinafikan. Pemimpin dulu bercakap dan bertindak untuk pembelaan agama,bangsa dan tanah air (Alif, Ba, Ta). Lantaran itu hasil perjuangan mereka kita kecapi sekarang. Kerana itulah UMNO dihormati dan disanjung tinggi...Kenapa UMNO semakin dipandang sepi sekarang?...Jawab seorang rakan ..kerana UMNO hari ini telah terpesong dari perjuangan asal. Perjuangan Alif, Ba, Ta...Niat masuk dan berjuang dalam UMNO untuk diri sendiri. Sejauh mana jawaban itu benar...nilai-nilailah sendiri.

Saya tertarik dengan satu cerita tukang baiki basikal berbangsa cina...apek tua. Umur lebih kurang 60 tahun. Sentiasa berseluar pendek dan berbaju pagoda...Tiba-tiba sebuah kereta BMW 5 series berhenti dihadapan bengkel basikal apek tadi. Pemandu BMW itu adalah anaknya. Apabila diajukan persoalan kepada Apek tadi kenapa dia masih berseluar pendek dan berpagoda sedanglkan anaknya memiliki kereta mewah...Apek menjawab selamba..."Wa anak olang miskin, itu sebab wa pakai ini macam wo... wa punya anak, dia anak olang kaya itu pasai dia bawak itu keleta wo"Barangkali inilah nasib UMNO....Fikir-fikirkanlah

Monday, December 22, 2008

Enam Puluh Persen Calon...

Salam bloggers...Calon P36 Kuala Terengganu telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO. Biasalah...selepas sahaja diumumkan pelbagai spekulasi dan komen dari pelapor sukarela di kedai kopi, bus stand dan wakaf-wakaf. Ada yang kata bagus dan terbaik dan ada yang kata sebaliknya. Masing-masing mempunyai alasan dan rasionalnya yang tersendiri. Sekarang kita sedang menanti-nanti siapakah calon yang akan dibawa oleh pembangkang sama ada PAS, ADIL atau DAP...Yang pasti Pakatan Rakyat akan menempatkan calonnya. Bagi mereka ini adalah pertandingan maruah. Begitu juga dengan UMNO...Maruah UMNO, Maruah Pengerusi Perhubungan dan maruah Timbalan Presiden....

Oleh kerana ia melibatkan maruah maka saya meramalkan pilihanraya ini akan menjadi medan yang panas bagi kedua-dua parti yang akan bertanding. Walaupun ia akan panas, saya menyeru agar ia ada had dan limit. Jangan kerana perjuangan atau pertandingan, calon yang disokong menang tetapi kita dimasukkan ke dalam lokap...tak pasal-pasal. Saya dengar-dengar bahawa pembangkang akan menggunakan Stadium Negeri untuk pengumuman calon mereka. Betul atau tidak...wallahu alam...Kalau betul alhamdulillah kerana sikap terbuka kerajaan negeri tetapi kalau tak betul...Aana minta maaf...

Bercakap tentang calon PAS, nampaknya mereka juga menghadapi masalah. Seorang sahabat saya penyokong PAS...mengatakan bahawa terdapat 2 nama yang hangat diperkatakan sekarang. Sorang doktor dan seorang lagi ahli politik veteran. Menurut beliau...kepimpinan PAS berada dalam keadaan yang sukar sekarang...kerana peluang menang mudah jika doktor menjadi calon berbanding dengan yang veteran itu.Masalahnya kedua-duanya nampak berminat, kerana kata mereka peluang cerah...Kita cuma tunggu dan lihat sahajaapa akan berlaku pada 1 Jan 2009 akan datang. Saya difahamkan pada tarikh tersebut Presiden PAS akan umumkan calon mereka. Dan kawan saya menambah...'kalau lawyer tu lagi, tobat... katok mampus aku dok pakoh dia doh'...wallahu alam...

Saya berpendapat bahawa berjaya atau gagal dalam pilihanraya kecil ini bergantung kepada 60% calon dan 40% sokongan dan kerjakuat jentera. Ertinya penampilan calon, down to earth calon dan apa-apa sahaja yang berkait dengan calon adalah aset utama kemenangan piliharaya...

...kata Bestari...manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal untuk merancang...Fikir-fikirkalan.

Tuesday, December 16, 2008

Patah Tumbuh, Hilang Berganti

Salam bloggers...terima kasih kepada rakan-rakan yang masih setia dengan blog saya. Walaupun kelemahan saya dari segi mengemaskini blog ini agak 'leree...' kata orang Terengganu, tetapi rakan-rakan masih setia melayarinya. Terima kasih dengan pandangan Ahmad yang mencadangkan bekas Exco dari Bukit Payung untuk calon Parlimen Kuala Terengganu. Satu cadangan yang baik. Dan saya rasa kepimpinan UMNO Pusat lebih arif dan lebih maklum. Hanya Jauhari saja yang mengenali Maknikam. Lantaran itu saya rasa kita terima siapa sahaja yang akan dipilih untuk calon Kuala Terengganu.

Rakyat Kuala Terengganu khususnya dan orang Terengganu umumnya ternanti-nanti siapakah calon yang akan bertanding...Sama ada calon BN atau calon pembangkang. Saya baru sahaja bersama dengan YB PAS semasa rehat minum pagi di Dewan Undangan Negeri. Beliau mengatakan bahawa pihak PAS hanya menunggu siapakah calon BN...selepas itu mereka akan umumkan calon mereka. Beliau menyatakan bahawa jika seorang daripada calon yang disebut-sebut itu bertanding, maka tugas PAS akan jadi mudah. Alasannya ialah calon tersebut hanya popular di kalangan orang UMNO sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat. YB PAS tersebut mengakui kehebatan dan kredibiliti Allahyarham Dato Razali Ismail. Kehilangan dan pemergiannya adalah suatu kehilangan kepada negeri dan negara. Moga rohnya dicucuri rahmat...Amin

Walau siapa pun calon yang akan bertanding, saya yakin bahawa calon BN yang akan bertanding adalah calon yang terbaik di kalangan yang terbaik. 'Best among the best'...Itu harapan kita. Jika tersalah pilih maka buruklah padahnya. Pertandingan ini adalah pertandingan mengangkat dan membaiki imej...imej TPM, imej Pengerusi Perhubungan Terengganu, dan imej UMNO dan BN. Kekuatan parti adalah aset penting penentu kemenangan. Penentu kekuatan adalah perpaduan. Berpadukah kita sekarang?

...Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah...Fikir-fikirkanlah

Sunday, December 14, 2008

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu-Bagaimana?

Salam bloggers...nampaknya ramai yang sensitif dengan isu babi di Kedah dan Selangor. Dan menyatakan bahawa projek tersebut bermula sejak kerajaan terdahulu. Persoalannya kenapa tidak dibatalkan sahaja jika ia tidak Islamik? Atau adakah projek ini amat Islamik? Saya difahamkan banyak projek yang dirancang oleh kerajaan terdahulu sama ada di Perak atau Selangor atau Kedah tidak diteruskan. Betul atau tidak, kena tanya YAB MB negeri-negeri tersebut. Berkata benarlah walaupun pahit... maksud hadis.

Isu ini akan terus dimainkan oleh pembangkang tidak lama lagi. Akan dimainkan setelah gendang pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu dimulakan. Dan tak mustahil banyak lagi isu-isu lain yang akan direka oleh pembangkang untuk mempastikan Parlimen Kuala Terengganu menjadi milik mereka. Mereka akan menghalalkan sebarang cara untuk mancapai matlamat. Itu cara mereka. Memang fesyen mereka. semua orang tahu.

Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menjadi medan mengukur prestasi BN dan Pembangkang. Kalau Permatang Pauh dikatakan tempat yang tidak tepat untuk menjadi kayu pengukur kekuatan BN dan Pembangkang....sekarang saya merasakan bahawa Kuala Terengganu adalah tempat yang terbaik dan saksama sebagai kayu pengukur kekuatan masing-masing. Parti-parti yang bertanding akan berkerja bermati-matian untuk menang. Saya meramalkan keadaan akan lebih sengit berbanding dengan Permatang Pauh. Walau bagaimanapun saya amat berharap agar pertandingan ini berlangsung dalam keadaan yang harmoni. Jangan kita gadaikan keharmonian dan keamanan yang dikecapi sekarang. Jangan untung secupak tetapi kita rugi segantang. Fikir-fikirkanlah.

Monday, December 1, 2008

Balasungkawa YB Dato Razali.- AlFatihah

Salam bloggers...Terperanjat apabila mendapat berita tentang pemergian seorang tokoh pendidik dan ahli politik yang berwibawa Arwah Dato' Razali Ismail. Asal orang Hulu Terengganu. Ertinya Hulu Terengganu tidak 'komang'... Pada saya Allahyarham seorang tokoh yang hebat. Motivasinya menyentuh kalbu. Kesungguhannya dalam semua bidang yang dilakukan memang mengancam. Setiap kali selepas jumaat, beliau tidak lupa berucap 10 ke 20 minit memberi motivasi kepada jemaah. Beliau seorang yang mudah didekati, cepat mesra dan komited. Saya bercakap dengan seorang rakan parlimen... diakui diantara MP yang dapat menjawab soalan dewan dengan fakta dan mengesankan. Pada saya kita terutamanya negeri Terengganu kehilangan sebutir bintang yang sedang bersinar...Yang pasti kematian ada satu kepastian. Kita akan tunggu giliran kita pula....Untuk itu perbanyakkan bekal kerana dunia adalah jambatan ke akhirat...Takziah untuk keluarga dan saudara mara Allahyarham...moga rohnya bersama para anbia dan salihiin... Amin.

Untuk bekalan akhirat kita kena ikut sabda nabi yang bermaksud...'Manusia yang terbaik ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lain'....Marilah kita berpakat untuk membanyakkan manfaat bukan mencipta mudarat. Meramaikan kawan bukan mencipta lawan...Peristiwa berdarah di Mumbai amat menyayat hati kita. Nampaknya masih ada lagi golongan yang masih memahami Islam dengan cara yang terpesong. Menghalalkan sebarang cara untuk mencapai matlamat. Kesannya mereka yang tidak berdosa ramai yang terkorban. Lebih malang lagi apabila nama Malaysia dikaitkan.. Dan tidak mustahil ada agenda asing dalam hal ini.Harap-harap kaitan negara dalam hal ini tidak benar. InsyaAllah... Benar atau tidak ia bergantung kepada 'interogation' dan siasatan pihak berkuasa India terhadap yang tertangkap.

Siasatan juga dibuat di Terengganu....bukan siasatan jenayah tetapi siasatan untuk mencari siapa bakal calon BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Dengar cerita ramai yang sedang berkira-kira dan meneka-meneka. Ada yang berangan-angan...Pada saya siapa pun calon tidak penting sangat...tetapi yang lebih penting ialah 'winning candidate' untuk mengekalkan kerusi BN. Ini bukan kerja yang mudah dengan suasana dan cuaca politik negara masa ini. Ramai akan berkampung di Kuala Terengganu nanti. Berkampung dengan niat untuk pastikan kemenangan BN jangan berkampung untuk berkempen pemilihan UMNO Mac nanti.
...Menjadi juara lebih mudah daripada mengekalkan kejuaraan...Fikir-fikirkanlah

Monday, November 24, 2008

Kedah dan Khinzir

Salam bloggers...kita di Terengganu dikejutkan dengan 2 berita yang belum terjadi di sini... kisah bunuh diri atau cubaan bunuh diri dalam masa seminggu. Alhamdulillah kedua-dua kes ini tidak mencapai matlamatnya. Tahniah dan terima kasih setinggi-tinggi kepada mereka yang terlibat menyelesaikan problem ini terutama pasukan polis, bomba dan lain-lain...Jasa kalian semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Mereka yang berjasa ini patut dan wajar diberi anugerah atas khidmat mereka.



Menyebut pasal BOMBA, saya menghadiri satu majlis ...Bomba bersama Masyarakat di Felda Bukit Bading pada 25hb yang lalu. Kehadiran memberangsangkan walaupun terpaksa berhujan. Dan perkara yang membanggakan saya ialah kemampuan Persatuan Belia Bukit Bading dengan kerjasama JKKK, UMNO dan Pengurusan Felda mengendalikan majlis yang cukup meriah itu. Banyak ilmu dapat ditimba dan demo memadamkam api cukup menarik perhatian hadirin....sekali lagi sekalung tahniah kepada Bomba dan semua yang terlibat. Masyarakat hari ini mengetahui bahawa Bomba bukan sahaja dikaitkan dengan api tetapi sebagai penyelamat juga.



Api...semasa kecil menjadi kawan dan bila besar menjadi lawan...yang paling bahaya ialah api dalam sekam...kewujudannya tidak kelihatan...ini yang dibimbangi oleh semua orang. Saya difahamkan keadaan sebegini telah mula terjadi di Kedah Darul Aman. Keadaan tidak 'aman' lagi apabila timbul isu menternak Khinzir...Kerajaan negeri nampaknya begitu serius dan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan juga projek ini. Persoalannya apakah kebaikan yang wujud disebalik projek ini. Mungkinkah penduduk bukan Islam telah melebihi Islam di Darul Aman? Atau mungkinkah ini projek politik untuk menarik bukan Islam menyokong parti mereka? Atau juga untuk menunjukkan tahap toleransi kepada agama lain oleh Parti Islam?....atau...atau... seribu atau yang bermain difikiran saya...Wallahu 'Alam. Hanya MB Kedah sahaja yang tahu jawapannya....Yang pasti ramai penyokong dan pendukung PAS yang tidak gembira projek ini.



Di Terengganu Darul Iman, haiwan ini amat sensitif dengan orang Melayu Islam. Sebut sahaja namanya timbul satu perasaan jijik dalam diri kita. Orang Terengganu sebut...'se'eel..sebab kita di sini diasuh tentang kejijikannya sejak kecil...Saya kurang pasti orang Melayu Islam Kedah sebab saya jarang ke kedah. Jadilah kita seperti ikan dilautan yang tidak masin walaupun berada dalam air masin... Fikir-fikirkanlah

Monday, November 17, 2008

Tahniah Cikgu dan UMNO Kemaman

Salam bloggers...terima kasih Kulaan dengan komen yang membina dan penuh semangat. Banyak isu baru yang mampu dikongsikan. Juga terima kasih kepada rakan-rakan yang lain... Abg Mie, Kesidang dan ramai lagi. Terima kasih daun keladi... next time tulis dan komen lagi.

Juga tahniah dan syabas kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang cemerlang dalam UPSR yang lalu. Bagi mereka yang mempunyai anak yang kurang cemerlang... bersabar... perjuangan masih jauh... Ini sekadar Ujian.... Ujian Penilaian.... selepas ini ada lagi Penilaian... Penilaian Menengah Rendah.... dan yang paling penting ialah Sijil Pelajaran Malaysia... inilah penentu untuk anak-anak kita. Saya katakan demikian kerana saya dapat satu berita yang agak ekstrim.... seorang ibu juga seorang guru yang amat kecewa dengan keputusan anaknya 1A 4B... saya tidak tahu apa yang akan dilakukan kepada anaknya itu sehingga menyebabkan anaknya tidur di rumah kawan-kawan kerana tidak berani pulang ke rumah. Saya tidak mahu komen... sama ada langkah itu betul atau tidak.

Tahniah juga kepada guru-guru dan pelajar-pelajar Hulu Terengganu. Rakan-rakan Guru... Anda telah menghasilkan yang terbaik... dengan 13.2% di belakang Besut, Kuala Terengganu dan Dungun. Saya dapat rasakan kegembiraan rakan-rakan guru. InsyaAllah saya , YB Parlimen dan YB Kuala Berang akan lakukan sesuatu untuk bersama rakan-rakan selepas ini. Nampaknya Hulu sekarang tidak semacam Hulu dulu.... Kita ke arah mencipta Hulubalang Terengganu. Terima kasih rakan-rakan... Jasa dan budi kalian hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.

Tahniah juga kepada UMNO Kemaman... yang telah dapat meyelesaikan kemelut pemilihan dengan cara yang terbaik. Saya kurang pasti kemelut sebenarnya... tetapi saya difahamkan bahawa.. terdapat kertas undi yang terlebih... dan terdapat lebih seratus undi yang tidak terbilang... Betul atau tidak kena tanya orang UMNO Kemaman... Cuma satu penyelesaian yang baik telah dilaksanakan.... dimana undi yang lebih itu diagihkan secara 'average' kepada mereka yang bertanding. Syabas dan tahniah....

....Kata pendeta... Kepuasan terletak pada usaha, bukan pada hasil.. Usaha dengan keras adalah kemenangan yang hakiki... Fikir-fikirkanlah

Wednesday, November 12, 2008

GENERASI EMPAT TAPANG

Salam bloggers... selamat menghadapi peperiksaan SPM dan STPM kepada adik-adik dan anak-anak kita. Kita mendoakan agar mereka diberi ketenangan dan kesejahteraan semasa menduduki peperiksaan yang penting ini. Dan tidak lama lagi keputusan UPSR akan diumumkan... Situasi ini membuatkan pelajar, ibu bapa dan guru berada dalam keadaan yang berdebar... Bagi mereka yang mempunyai anak yang menduduki peperiksaan, debaran mereka berkaitan dengan kemampuan anak-anak mereka... 'mampukah anak aku jawab soalan?'... Bagi yang bakal mengetahui keputusan UPSR... 'Apakah anak aku atau murid aku mencapai target yang diimpikan?'

Walau apapun debaran, yang pasti matlamat dan objektif adalah sama iaitu mengidamkan sebuah kejayaan cemerlang... InsyaAllah. Perlu diingat bahawa kecemerlangan tidak datang bergolek. Usaha yang luar biasa akan membuahkan hasil yang luarbiasa. Ini adalah hukum dan lumrah alam. Tetapi kalau kerja dan usaha luarbiasa tetapi hasilnya biasa-biasa sahaja... pasti ada sesuatu yang tidak kena. Belanja ratusan ribu tetapi pulangannya 18 point sahaja... Mungkin strategi tidak betul atau niat tidak ikhlas. Dan lebih parah lagi jika usaha kita tidak diberkati Allah. Nauzubillah...

Begitulah juga halnya dengan senario Darul Iman pada hari ini. Saya tidak tahu dimana silapnya.. Ramai rakan saya yang menelefon saya memberi komen terhadap perasmian W€orld Endurance Championship 2008. Yang ketara ialah 'speech' semasa majlis perasmian... Saya tidak mahu komen kerana mungkin saya bias... Tambahan pulak, kebetulan saya tidak menonton siaran langsung tersebut... Jadi saya tidak mampu memberi apa-apa ulasan. Dan siapalah saya untuk memberi ulasan dan komentar.

Saya adalah seorang insan yang mahu melihat satu kecemerlangan bangsa dalam semua aspek di bumi bertuah ini. Bagaimana cara dan kaedah tidak penting asalkan mendapat keredhaan Allah. Kecemerlangan bangsa tidak dapat lari dan mempunyai kaitan rapat dengan ILMU. Tahniah MRSM Kota Putera yang memulakan langkah berani dengan memasukkan program Ulul Albab untuk sessi akan datang. Ini adalah satu usaha murni untuk mempastikan satu hari nanti akan lahir satu generasi Islam Cemerlang... sepatah kata orang Terengganu...CUKUP EMPAT TAPANG... yang dapat menandingi kehebatan pemenang 'Noble Laurette'... yang sehingga kita dimonopoli oleh orang orang Yahudi... Dan kita mendoakan ianya terjadi di Bumi Darul Iman ini.... Amin...

...Kejayaan sesuatu pelayaran bergantung kepada kebijaksaan Nakhodanya... Fikir-fikirkanlah...

Monday, November 10, 2008

Kejutan demi kejutan

Salam bloggers...terima kasih kepada semua pelawat dan rakan-rakan yang memberi respon kepada blog saya ini... Satu kejutan mungkin akan berlaku dan semua telah sedia maklum.. Ini kisah di Bahagian Marang. Tunggu dan lihat.

Satu lagi kejutan telah dan akan berlaku berterusan di dalam UMNO Bahagian-bahagian yang baru menghabiskan mesyuarat agung... Tahniah YB Dato' Nasir Ibrahim Fikri dan barisan kepimpinannya yang menang di Kuala Nerus... Dan Tahniah kepada Pak Chang yang menang tanpa bertanding... sepatah kata orang putih... You're great..

Di Hulu Terengganu... tahniah kepada rakan-rakan yang dilantik menduduki JK Bahagian dan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu saya sepanjang menjadi Timbalan Ketua Bahagian... Budi dan jasa kalian hanya Allah sahaja yang akan membalasnya... Untuk orang Ajil InsyaAllah saya berjanji untuk berkhidmat dengan kadar terbaik. Sehingga khidmat saya tidak diperlukan lagi. kalau itulah keadaannya saya kan berundur cara terhormat. Tak mengapa saya tewas... tetapi amat malang kalau UMNO tewas.

Sekarang saya dapat beri tumpuan lebih sedikit untuk DUN Ajil. Begitu juga saya rasa dengan ADUN Kuala Berang. Bagaimana dengan MP?... Saya juga penuh yakin MP akan lebih memfokuskan kepada kerja-kerja Parlimen kerana kerja parti dipikul oleh orang lain. Kebetulan kami bertiga adalah bekas guru... kata orang putih.. 'Once you 're a teacher, always a teacher'. Cuma saya agak terkejut apabila MP Hulu Terengganu dipanggil oleh Badan Disiplin UMNO Malaysia... Ini juga satu kejutan kepada saya.

Nampaknya bumi Darul Iman ini tak akan sunyi daripada kejutan demi kejutan... bermula dengan krisis jawatan MB, disambung dengan isu perlantikan EXCO, isu Mercedess dan Perdana, isu Pemecatan Pengerusi GLC's.. sehingga sekarang masih ada lagi yang kosong, Tuduhan projek membazir dan banyak lagi... Dan saya yakin akan banyak lagi kejutan akan berlaku... Tunggu dan lihat...

Saya sebagai seorang Islam tidak pernah kecewa dengan apa yang berlaku. Dan saya juga yakin bahawa yang benar pasti ditunjuk kebenarannya oleh Allah swt... Cuma faktor masa sahaja... Dan kata-kata saya sepanjang bertemu rakan-rakan semasa pemilihan bahagian yang lalu... 'Saya rela kalah seandainya kemenangan ini mendapat kemurkaan Allah'... dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi.

Alhamdulillah... antaranya ialah saya lebih selesa sekarang kerana tiada lagi kunjungan ke rumah saya sehingga pukul 3 pagi... saya dapat mengenali siapa sahabat sejati dan sahabat yang tahu membalas budi... tepat kata pendita ... teman ketawa ramai sekali...Fikir-fikirkanlah...

Monday, November 3, 2008

Malangkah Bahagian Marang?

Salam bloggers... Kepada bakal-bakal haji yang akan ke Baitullah pada tahun ini... didoakan agar semuanya mendapat haji yang mabrur... Doakan kesejahteraan untuk negeri dan negara tercinta ini di hadapan Rumah Allah... Saya dan keluarga juga mendoakan agar semua tetamu Allah tahun ini mendapat kesejahteraan dan selamat pergi dan kembali... InsyaAllah. Dan doakan juga agar politik negeri dan negara tidak terus bergolak. Kerana inilah tanah tumpah darah kita... Menyayangi watan sebahagian daripada iman.

Muktamad dan 'confirm'...itulah 2 perkataan yang boleh saya simpulkan dalam kemelut YB Yahya Khatib. Malam tadi 2hb saya difahamkan satu mesyuarat tergempar diadakan untuk membincang isu ini. Dan cakap-cakap yang saya dengar bahawa MB akan mengambil tindakan tegas sebagaimana yang dijanjikan... tunggu dan lihat... Dan saya mendapat tahu bahawa YB Yahya bersedia dengan apa sahaja tindakan yang bakal dianugerahkan kepada beliau.

Episod seterusnya ialah siapa yang bakal menggantikan tempat beliau... juga tunggu dan lihat. Dalam hal ini saya tidak menyalah YAB MB... tetapi mungkin beliau terlalu mendengar nasihat orang-orang kanan beliau yang terlalu takut dalam pertandingan merebut jawatan. Kerana takut kepada bayang-bayang maka mereka menggunaka nama Pengerusi Badan Perhubungan untuk memberi amaran agar jawatan tersebut tidak dipertanding. Alasan yang diberi ialah untuk mengelak perpecahan dalam UMNO.

Persoalannya ialah kenapa jawatan Ketua sahaja dilarang untuk dipertandingkan? Apakah jawatan tersebut sahaja yang mampu memecahkan perpaduan UMNO. Atau mungkin jawatan-jawatan lain seperti Timbalan dan Naib... tidak dilarang dipertandingkan kerana jawatan tersebut tidak penting? Atau kerana proksi beliau untuk jawatan tersebut telah confirm boleh menang?.. Ini antara soalan-soalan yang berlegar dalam benak fikiran rakyat dan ahli UMNO.

Walau apapun alasan yang diberi.. rakyat Marang amat tidak berpuashati dengan senario yang berlaku. Lagipun EXCO mereka telah menang dengan bergaya dalam pertandingan yang lalu. Dan saya berpendapat bahawa tindakan ini bukan menguatkan UMNO tetapi semakin melemahkan parti keramat ini. Dan keadaan bertambah kronik jika pengganti YB Yahya dilantik dari bahagian lain. Bukan bahagian Marang. Apa kata orang Marang nanti... Tunggu dan lihat.

....Orang yang bijak, berfikir sebelum berkata manakala orang yang kurang bijak mereka berfikir selepas berkata...Fikir-fikirkalnah

Saturday, November 1, 2008

MB vs PM

Salam bloggers...Hangat, panas dan sensasi...itulah kata kawan-kawan saya terhadap isu YB Yahya Khatib. Sebenarnya saya kenal siapa YB Yahya... Orang yang boleh pegang tongkat khutbah... Dalam isu ini ramai rakan-rakan yang mengucapkan tahniah dan terima kasih dengan kenyataan saya... Ertinya ramai yang kurang setuju dengan tindakan yang bakal diambil oleh YAB MB. Kerana tindakan ini akan membawa padah kepada UMNO.

Dalam memberi pendapat dan pandangan saya merasakan saya dipihak yang benar. Walaupun MB ada mengatakan bahawa beliau berkuasa untuk memecat seseorang EXCO dengan alasan beliau yang melantiknya... Betul, benar dan tepat sekali alasan tersebut... Cuma beliau perlu diberi ingat bahawa tanpa wakil rakyat BN beliau tidak mampu berada ditampuk sekarang. Walaupun kami sedar bahawa jasa kami YB-YB tidak besar di sisi MB tetapi kami bukan melukut ditepi gantang.

Keadaan semakin kronik apabila PM juga nampaknya tidak bersetuju dengan tindakan MB Terengganu ini... Saya tidak tahu apa jawapan MB terhadap pandangan PM. Apakah sama jawapannya kepada YB Ajil...Hanya tunggu, lihat dan dengarlah nanti.

Kepada sahabat saya YB Yahya...sabar banyak-banyak.. Rezeki di mana-mana.. kepada rakan-rakan YB yang lain... jangan ambil kesempatan di atas kejatuhan sahabat-sahabat kita... InsyaAllah Allah akan beri petunjuk dan hidayah untuk jalan yang lurus... yang penting dalam perjuangan ialah... IKHLAS dan SETIAKAWAN...Fikir-fikirkanlah...

http://cetusanidea.blogspot.com/

Friday, October 31, 2008

Pecat Exco-Janji MB Terengganu

Salam blogers...terima kasih sekalung budi kepada rakan taulan yang masih setia dengan blog saya. Satu lagi berita tergempar akan muncul di Terengganu. Pasal kenyataan MB yang akan meminta Exco melepaskan jawatan kerana ingkar dengan arahan jangan bertanding dalam Bahagian. Tetapi malangnya arahan tersebut nampaknya tidak diendahkan oleh Exco-exco yang terlibat. Ini menggambarkan bahawa air liur Pengerusi Perhubungan Terengganu tidak masin lagi. Nampaknya MB terpaksa mengotakan segala janji yang dilafazkannya dulu. Kita tunggu dan lihat nanti kalau panjang umur.

Saya tidak pasti siapa yang akan menggantikan Exco yang akan dipecat. Saya difahamkan 3 orang yang terlibat. Dan saya yakin jawatan tersebut akan dilelong kepada YB yang lain. Dan kita akan dapat melihat satu senario baru dalam politik Terengganu iaitu YB-YB yang akan menyambut lelongan tersebut...akan wujud jawatan baru..EXCO LELONG..harap-harap tidak sampai jadi begitu. Jika tiada YB yang akan menyambut lelongan ini apakah tidak mustahil jawatan tersebut akan ditawar kepada pembangkang? Tunggu dan lihat..kerana suasana akan menjadi lebih panas, hangat dan sensasi...

Idea memecat EXCO bukan idea MB kerana saya yakin MB seorang yang rasional. Ini mungkin idea penasihat MB..terutama penasihat-penasihat yang bimbang kecundang dalam Pemilihan Bahagian. Jadi untuk menang mudah mereka menggunakan cara ini dan mengkudakan MB...Inilah yang dikatakan 'Harapkan sokong...Sokong membawa rebah...'Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, October 29, 2008

Para Perwakilan...Terima Kasih

Salam bloggers...empat bahagian yang bersidang pada 25hb Oktober yang lalu telah dapat keputusan masing-masing. Bahagian-bahagian tersebut ialah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kuala Terengganu. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada yang menang...dan bagi mereka yang belum menang...usaha lagi untuk pemilihan yang akan datang jika dipanjangkan usia dan minat masih ada.

Yang pasti dalam sesuatu pertandingan mesti ada yang terasa dan yang berasa. Maaf dipinta kerana dalam usaha untuk menawar diri dalam parti keramat ini perselisihan ibarat carik-carik bulu ayam...akhirnya bertangkup semula. Ada bloggers yang mengatakan bahawa saya pernah terlibat dengan politik wang semasa mula mendaki puncak politik...Mungkin yang mengatakan itu sahabat yang tidak pernah mengenali saya. Sebenarnya saya tidak pernah terlibat dalam pertandingan merebut jawatan dalam UMNO. Saya cuma berpengalaman bertanding melawan calon PAS sahaja.

Pengalaman pertandingan dalam UMNO pada 25hb yang lalu adalah pengalaman pertama saya. Jadi tidak hairanlah saya tidak menang... lagipun pencabar saya seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan...Saya terima keputusan ini dengan hati terbuka dan penuh keredhaan... kerana saya berprinsip .."Jika kemenangan saya dimurkai ALLAH maka lebih baik saya tewas"...sebab itu saya tidak gundah gulana dengan keputusan ini.

Saya juga penuh yakin bahawa ada kebaikan dan hikmat yang agung yang tersembunyi di sebalik keputusan pemilihan yang lalu. Yang pasti saya dapat mengenali siapa saya yang sebenarnya... siapa sahabat sejati dan siapa sahabat yang suka kita mati.... Juga dapat membezakan antara beruk dengan kera... antara tuak dengan cuka dan antara batu dengan permata.

...seorang sahabat saya dari Kuala Terengganu menghantar sms berbunyi...'Rupa-rupanya dalam alaf baru ini wang (kepala agung) mampu menenggelamkan segala budi dan bakti...' Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, October 22, 2008

Adakah UMNO untuk Orang Kaya Sahaja

Salam bloggers...terima kasih setinggi-tingginya kepada rakan-rakan yang setia bersama blog ini. Dan terima kasih kepada rakan rakan yang menulis komen untuk saya. Saya akan cuba up date blog ini sekerap mungkin. Up date bukan sahaja isinya tetapi sistemnya juga.

Saya baru sahaja meneliti blog chedet. Yang penting segala pandangan yang diberi hendaklah diterima dengan ikhlas tanpa prejudis....kerana kekuatan UMNO perlu dipertahankan sampai bila-bila... Matlamat kita dalam berparti politik ialah untuk menang dalam pilihanraya. Tidak guna bagi kita... jika kita menang Ketua UMNO Bahagian tetapi kita memnjadi Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri. Sebab itu dalam pemilihan UMNO ini para perwakilan hendaklah BIJAK memilih...Undilah dan Sokonglah mereka yang berkerja kuat dalam Pilihanraya yang lalu.

Saya cukup bimbang bahawa sekarang mereka yang berduit dan kaya berusaha sedaya upaya untuk pegang jawatan tertinggi Bahagian. Mereka mengguna BROKERS untuk berjumpa dengan perwakilan... Biasanya Brokers atau orang tengah ini yang selalunya kenyang. Macammana tidak kenyang... Duit yang diberi calon untuk disampaikan kepada perwakilan RM300.00 seorang...tup tup yang sampai ke tangan perwakilan ...berbagai-bagai...ada yang dapat RM50.00 seorang , RM100.00 seorang ...ertinya brokers sapu RM250.00 dan RM150 seorang... dan begitulah seterus dan seterusnya...Bayangkan berapa banyak yang brokers sapu di tengah jalan kalau perwakilan 600 orang? Di sini berlaku 2 penipuan...Pertama... Calon ditipu dan kedua para perwakilan tertipu. Sanggupkah kita semua ditipu dan tertipu? Yang malangnya rakyat mendapat pemimpin PENIPU dan PERASUAH... Nauzubillah

Semua orang mahu duit dan wang.. hatta orang gila pun dapat bezakan antara duit dan kertas biasa...Tetapi jika kita sebagai pejuang parti tidak tahu membezakan antara duit lacuran politik dan duit yang diberkati... maka itu tandanya parti kita telah berada dihujung nyawa. Dan kitalah penyumbang kepada kematian UMNO...Nauzubillah....

Saya berharap dan mendoakan agar semua perwakilan diberi petunjuk dan hidayah ALLAH...Marilah kita sama-sama pastikan bahawa mereka yang menghulur duit yang banyak dalam pemilihan kali ini tidak semestinya menang... Amiiin...

....Duit bukan segala-galanya...Fikir-fikirkanlah...

Saturday, October 18, 2008

Pengunduran Pak Lah dan Mesyuarat Agung Bahagian

Salam bloggers...Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia dan masih mampu untuk menilai dan mendengar apa sahaja yang datang kepada kita. Syukur. Syukur juga saya ucapkan atas ketulusan Pak Lah yang mengumumkan untuk tidak mempertahankan Jawatan Presiden dalam pemilihan yang akan datang. Satu pengumuman yang ditunggu-tunggu bukan sahaja ahli UMNO tetapi sekalian rakyat jelata. Kita mendoakan agar DS Najib akan menjadi pemimpin kita yang lebih baik dan berdaya maju InsyaAllah. Dan kita tahu bahawa DS Najib tak mampu untuk membuat kerja secara solo...tanpa bantuan dan sokongan kita semua.

Sekarang proses pemilihan kepimpinan Bahagian sudah bermula. Ramai yang mahu jadi ketua dan yang ingin mempertahankan jawatan tersebut nampaknya tidak duduk diam. Ada yang macam ibu ayam kehilangan anak. Ke sana kemari tidak menentu. Bagi mereka yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik...'cool' sahaja. Tetapi bagi mereka yang kurang berkesan ...kelihatan mula resah. Walau apa pun yang penting ialah kita mahu pilih pemimpin masa depan. Bukan memilih siapa yang hulur lebih. Jika kita salah pilih percayalah umur UMNO tidak akan panjang. Parti keramat ini akan hilang daulatnya. Kuasa di tangan para perwakilan. Andalah penentu masa depan UMNO.

Saya yakin bahawa perwakilan UMNO telah matang dalam membuat pemilihan. Dan saya juga yakin bahawa wang dan duit ringgit bukan penentu kejayaan. Tahun ini InsyaAllah kita akan dapat melihat mereka yang menggunakan duit untuk pangkat dan kedudukan akan kecewa. Penentuan sama ada mereka kecewa atau berjaya terletak sepenuhnya di tangan perwakilan UMNO. Kalau selama ini kita digambarkan bahawa mereka yang menggunakan duit yang banyak akan pasti menang..maka pada kali ini marilah kita berpakat untuk menafikan perbuatan pelacur -pelacur politik ini kerana kita berjuang untuk mendapatkan keberkatan Allah.

Sebab itu saya sering mengatakan bahawa jika kemenangan saya untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian Hulu Terengganu dimurkai Allah...maka saya redha untuk tidak menang. Ini prinsip perjuangan saya. Saya hairan kerana orang orang UMNO sanggup berhabis untuk menang jawatan dan pertandingan dalam parti. Sebaliknya mereka tidak sanggup bekerja kuat dan berbelanja untuk menang pilihanraya... sesuatu yang pelik tetapi benar. Lebih malang lagi mereka menggunakan sebarang cara untuk menang...Matlamat menghalalkan cara...

Ada yang menggunakan zat MB, Menteri dan sebagainya untuk pastikan kemenangan...Saya tertanya-tanya kenapa begitu bersungguh-sungguh untuk menang? Dan saya bandingkan dengan jawatan Pengerusi PIBG yang sangat tidak diminati? Jawabannya mungkin rakan-rakan bloggers mampu untuk menekanya dengan tepat...Fikir-fikirkanlah..

.....'Sesuatu jawatan itu jangan diberi kepada mereka yang sungguh-sungguh mahukannya'...maksud Hadis

Tuesday, October 7, 2008

Pengunduran, Hindraf dan Gambar Anwar

Salam bloggers....Tidak lama lagi kita akan mengetahui sesuatu yang amat penting dalam penerusan kesinambungan perjuangan parti. Titik penting tersebut ialah pengumuman Presiden sama ada mahu pertahan atau serahkan kepada Timbalan Presiden. Ramai rakan-rakan membuat andaian awal bahawa Pak Lah tidak akan undur kerana sambutan rumah terbuka beliau dihadiri begitu ramai pengunjung. Mungkin ini sekadar spekulasi sahaja...Wallahu A'lam.. Tetapi yang penting UMNO perlu diperkuatkan dan perubahan drastik perlu dilaksanakan secepat mungkin. Saya bimbang nasib parti-parti hebat seperti Golkar dan Kongres menjangkiti UMNO...Nauzubillah...

Kerana kelemahan UMNO dan kepimpinan maka golongan yang memperkenalkan diri mereka sebagai Hindraf berani untuk mengganggu majlis Hari Raya Perdana Menteri dan Menteri Kabinet. Saya merasakan perbuatan itu sesuatu yang tidak bertamaddun...Majlis yang sepatutnya kita bermaaf-maafan dicemari dengan kata-kata dan sepanduk yang tidak manis didengar. Mereka perlu menghormati majlis orang untuk orang menghormati kita. Dan lebih malang lagi tindakan tersebut disokong oleh pemimpin PAS. Memang PAS akan menyokong....Kita tidak perlu hairan... Kita akan hairan sekiranya PAS TIDAK MENYOKONG.... Kerana pada saya PAS umpama sejenis serangga yang terbang... orang Terengganu panggil 'Barri'... Kegemaran serangga Barri ini ialah menghurung tempat-tempat luka dan kudis-kudis buta. Jangan hairan dengan sikap mereka ini...Memang fesyen dia... dulu, kini dan selamanya.

Kita juga mendengar gambar penasihat PKR yang tingginya hampir sama dengan dewa Hindu di Batu Cave. Juga kita tidak perlu hairan kerana saya difahamkan idea penubuhan Hindraf juga adalah daripada PKR. Betul atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu. Kita tahu Penasihat PKR memang licik. Kita tidak perlu lupa isu Arsenik, isu suntikan HIV dan macam-macam lagi yang kesannya rakyat membenci kerajaan. Lantaran itu kita perlu cerdik dan bijaksana menangani seribu lagi isu yang bakal dicipta. Moga Allah memberi kekuatan kepada UMNO, Orang Melayu dan pemimpin kita....InsyaAllah.

...Kata pujangga "jadilah kamu seperti pokok buah-buahan dipinggir jalan, dilontar dengan batu dibalas dengan buah"...Fikir-fikirkanlah...

Sunday, October 5, 2008

SELAMAT HARI RAYA dan PERWAKILAN

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf zahir batin...Saya menyusun sepuluh jari sempena hari baik bulan baik ini kepada semua rakan taulan, saya tahu bahawa saya sama ada secara sengaja atau tidak telah melakukan kesalahan dan kesilapan. Sebagaimana yang yang saya nyatakan sentiasa bahawa saya adalah Rosol yang tidak maksum...sekali lagi maaf dipinta.

Hari ini kita beraya untuk hari kelima. Banyak rumah terbuka diadakan untuk meraikan sahabat dan bakal sahabat dan yang lebih penting meraikan perwakilan. Masing-masing menunggu tarikh keramat 9 Oktober.. Pengumuman daripada Presiden sama ada terus pertahan jawatan atau melepaskannya kepada Timbalan Presiden. Sama-sama lah kita tunggu tarikh dan masa 9 Oktober.

Saya yakin menjelang pemilihan bahagian yang akan berlangsung tidak lama lagi, maka semakin banyak rumah terbuka akan diadakan... dan selepas ini mereka yang akan bertanding MT juga akan turut 'track' yang sama.... Saya bimbang mungkin ramai yang akan obesiti dan terkena penyakit terlebih makan. Cuma saya nasihatkan buatlah yang terbaik untuk UMNO dan orang Melayu serta rakyat Malaysia.

Sama-samalah kita mendoakan agar Presiden mengumumkan sesuatu yang terbaik untuk UMNO, BN dan Rakyat Malaysia pada 9 Oktober nanti..InsyaAllah...

....Kata Tun Mahathir...'In order to grow big we must think big'....Fikir-fikirlah...

Friday, September 26, 2008

Pemilihan UMNO dan Politik Rasuah

Salam blogers...salam Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang ...Terima kasih kepada sahabat dan rakan taulan yang masih setia dengan blog saya. Saya amat terhutang budi dengan kawan-kawan semua. Sebab itu semua komen saya siarkan untuk renungan dan penilaian semua pembaca...Terima kasih sekali lagi.


Hari ini 26 September, Presiden parti memanggil mesyuarat MT kali kedua dalam masa 7 hari. Dikatakan ada sesuatu yang tergempar yang mahu diumumkan. Semua rakyat terutama ahli UMNO menunggu-nunggu apakah perkhabaran tersebut. Lewat tengah hari, dimaklumkan bahawa keputusan MT tersebut ialah....Tarikh Persidangan Perwakilan Bahagian tidak berganjak tetapi perwakilan dan Perhimpunan Agung ditangguh ke Mac 2009. Dan Presiden akan mengumumkan samada bertanding atau tidak sebelum mesyuarat peringkat bahagian diadakan. Satu lagi keadaan suspen akan ditunggu-tunggu oleh ahli UMNO dan rakyat Malaysia.

Pada saya penangguhan Perhimpunan Agung ke bulan Mac 2009 ada baik dan tidak baiknya. Baiknya ialah memberi masa yang lebih selesa kepada mereka yang ingin bertanding dalam pemilihan kali ini. Masa yang panjang ini akan membawa calon-calon lebih mendasari akar umbi daripada mengharapkan orang suruhan atau 'runners' berjumpa perwakilan. Masa yang panjang juga memberi ruang kepada para perwakilan untuk membuat pemilihan yang tepat siapa yang patut dipilih.

Yang tidak baiknya ialah masa yang panjang ini menimbulkan masalah kepada calon yang tidak mempunyai stamina yang mencukupi. Problem kepada mereka yang kekurangan gas yang mana mereka akan cepat mengah dan terus tumbang sebelum sampai ke garisan penamat. Yang paling dibimbangi ialah akan bertambahnya Politik Rasuah. Saya lebih suka menggunakan Politik Rasuah berbanding Politik Wang. Yang berduit akan mampu untuk meraih jawatan, yang kurang mampu selamanya akan jadi pengikut. Yang lebih malang lagi apabila ada pemimpin yang menasihati agar menghindari Politik Rasuah tetapi ia jua mempraktikkannya. Harap-harap tiada pemimpin sedemikian.

Jika dihulur maka ada 'perjuangan'...tidak dihulur maka balik awallah jawabnya....orang Terengganu kata....'Subuh kaloh doh....

...Maksud hadis...pemberi rasuah dan penerima rasuah kedua-duanya dalam neraka...Nauzubillah....Fikir-fikirkanlah

Saturday, September 20, 2008

Puasa,Lepas Jawatan dan Tukar Kementerian

Salam bloggers...dan salam Ramadhan...Tiga hari lalu kita menyambut ulangtahun kelahiran atau turunnya AlQuran, kitab suci umat Islam. Hari ini 20 Ramadhan bererti kita telah berpuasa kerana Allah selama 20 hari. InsyaAllah jika dipanjangkan usia kita mampu untuk menamatkan ibadat kita ini...sama-sama kita doakan. Dan InsyaAllah kita berharap 10 hari terakhir ini kita akan ditemukan dengan malam Lailatul Qadr...malam yang lebih baik daripada 1000 bulan dari segi ganjarannya. Umat Islam adalah umat yang hebat..Itu janji Allah...Orang Melayu adalah orang Islam...ertinya Melayu juga hebat... ISLAM=MELAYU=HEBAT ....betul ke?

Hebatkah Melayu kalau sekadar digertak telah mula gelabah. Atau kita hanya cakap berdegar-degar dan ekornya penuh dengan....Minggu lepas banyak peristiwa besar terjadi...isu ketua Bahagian Bukit Bendera, penangkapan ISA, 16 September, perletakan jawatan Zaid Ibrahim yang awalnya tidak diterima, dan yang terakhir peralihan kementerian antara PM dan TPM. Rakyat di bawah terpingga-pingga dengan apa yang terjadi. Mereka memikirkan apakah strategi dan kaedah pemimpin negara sedang laksanakan. Apakah tujuan peralihan tersebut. Hanya Allah sahaja yang tahu. Atau peralihan tersebut sekadar peralihan perse...

16 September telah berlalu dan sekarang Anwar gemburkan 23 September...rakyat dan malangnya pemimpin tertinggi nampaknya terpengaruh dengan mainan ini. Di mana silapnya?Jawapannya ialah kita tidak mempunyai keyakinan diri yang kuat. Di tambah kita tidak mempunyai seorang ketua yanbg disegani. Kalau ketua kita disegani sudah pasti GERAKAN dan SAPP tidak bertindak sebagaimana senario sekarang. Cuma kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dan selamat berbakti kepada TPM dengan tugas dan tanggungjawab yang baru...Saya yakin DS Najib BOLEH!

......Setiap kita ada tanggungjawab dan kita akan dipersoalkan tentang amanah dan tanggungjawab kita itu kelak...(maksud Hadis)...Fikir-fikirkanlah

Tuesday, September 9, 2008

Patriotik atau Racist

Salam bloggers...selamat berpuasa kepada rakan-rakan muslim. Polemik Ketua Bahagian Bukit Bendera dengan Gerakan semakin hangat. Keadaan ini memaksa Presiden dan Timbalan Presiden tampil untuk merungkai kekusutan yang terjadi. Ada yang mengatakan bahawa isu ini terlalu kecil untuk mengheret Presiden dan Timbalan Presiden mencampurinya. Ada rakan-rakan memberi pendapat bahawa Gerakan sekadar mencari alasan dan sebab untuk menunjukkan belangnya. Ada yang bersetuju dengan Ketua Bahagian itu kerana ia adalah satu fakta sejarah yang tidak mampu dinafikan. Semua orang bebas memberi pendapat dan pandangan. Ada pandangan yang mengatakan Ketua Bahagian itu patriotik dan ada rakan-rakan berpendapat ianya Racist...

Pada saya semua pandangan perlu diterima, diteliti dan dihormati. Cuma saya menyimpulkan...inilah kesan dan bahananya apabila kita tidak kuat...Apabila Melayu berpecah. Kata pendita Melayu; ' Pokok yang tumbang bukan sahaja kambing, ayam dan manusia mudah untuk memanjatnya malah kura-kura pun mampu untuk sama-sama menelusuri batangnya... ' Fikir-fikirkanlah...

Apa yang lebih malang bagi Malaysia ialah peristiwa ini terjadi selepas beberapa hari kita menyambut kemerdekaan yang ke 51. Apakah ini cabaran pertama negara selepas 50 tahun merdeka? Harap-harap ini yang pertama dan terakhir... InsyaAllah. Didoakan kehebatan kedua-dua pemimpin tertinggi kita mampu untuk menarik rambut dari dalam tepung. Kita tidak mahu rambut putus dan tepung bersepah. Kita perlu berhikmah dalam tindakan. Berhikmah dalam erti kata bijak laksana...sesuai dengan keadaan dan masa kerana pesan orang tua-tua...'Tunduk kita jangan sampai dipijak dan lembut kita jangan sampai disudu'...

Kadang-kadang kita terlalu menjaga hati dan perasaan orang sehingga kita terkorban. Mungkin inilah sifat semulajadi Melayu. Kita sanggup berkorban dan sanggup terkorban. Berkorban dan bertolak ansur adalah sifat yang mulia tetapi kalau melampaui batas...ia bakal mengundang padah...sebab itu; 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'...tetapi ada rakan saya yang nakal mencipta peribahasa baru....'Buat baik berpada-pada...buat jahat jangan sekali sahaja'...Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, September 2, 2008

Merdeka dan Puasa

Selamat menyambut Kemerdekaan ke 51 dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita diberkati dan diberi segala bentuk pertolongan olehNya InsyaAllah. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menghantar sms mengucapkan selamat menyambut Kemerdekaan dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...sama-samalah kita membuka malam seribu bulan iaitu Lailatul Qadr.Dan masih belum terlambat untuk ucapkan syabas dan tahniah kepada DS Idris yang dilantik sebagai Pengerusi MARA dan Pro Canselor UniKL...

Sambutan Kemerdekaan kali ini nampaknya tidak berapa meriah...Tiada kibaran bendera di kereta, tiada pengagihan bendera dan tiada program sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Apakah ini terjadi di Darul Iman sahaja ataupun berlaku diseluruh negara. Saya kurang pasti. Dan rungutan daripada rakan-rakan juga ialah sambutan yang dibuat di Kemaman...Masing masing mengadu bahawa ia tidak praktikal. Alasannya, lokasinya yang tidak strategik kerana jauh ke selatan membuatkan rakyat dan mereka yang mengambil bahagian sukar untuk ke sana...Kekurangan logistik, masalah penggunaan masa...masa untuk sampai....masa untuk rehearsal...masalah mobiliti dan banyak lagi...Dikatakan ramai yang rebah semasa perbarisan dikatakan kerana kekurangan tidur dll...saya cuma menjadi pendengar sahaja tanpa sebarang komen...Cuma saya berharap jadikan ini satu pengalaman yang berguna untuk masa depan.

Kebimbangan saya dengan sambutan yang kurang meriah ini...adakah menunjukkan bahawa kita mula menurun selepas 50 tahun merdeka? Atau kita masih bersedih dengan kekalahan Permatang Pauh? Atau pemimpin-pemimpin kita bimbang dengan tarikh 16 September...? Atau kita kekurangan daya kreativiti di kalangan pemimpin? Atau kita mahu mengelakkan pembaziran?....Atau inikah gambaran parti kita kurang kuat sekarang? Pada hal kita baru sahaja mendengar pembentangan budget 2009. Dimana silap?

Saya amat bersetuju dengan pandangan TS Muhyiddin...bahawa BN perlu dijenamakan semula...Parti parti komponen perlu menjalankan kajian terperinci dan ikhlas tentang kemerosotan sokongan. Kita bimbang...jika trend ini berterusan...pilihanraya ke 13 merupakan tarikh malang parti BN....Saya bertanya golongan muda Melayu di Universiti...kenapa mereka memandang sinis pada UMNO dan BN...jawabnya mudah...saya sayang UMNO dan BN tapi saya tidak selesa dengan pemimpin-pemimpin yang menampakkan keegoaan...eksyen dan menampakkan kepentingan diri dan berbalah sesama sendiri...sejauhmana benar tanggapan tersebut..sama sama kita fikirkan.

Hal ini saya luahkan kepada rakan rakan pemimpin...mereka hanya menyalahkan golongan muda ini yang dikatakan tidak berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan segala kemudahan untuk mereka...kemudahan Universiti, Infra dan banyak lagi...Jawaban yang diberi oleh golongan muda ialah...itu tugas dan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat. Dan semua kerajaan akan melakukan apa yang BN buat... dan kata mereka mungkin lebih baik lagi barangkali...Cuma pada saya kita jangan emosional dalam hal ini. Kerana yang penting kita mencari jalan agar parti keramat ini akan terus berkuasa dan berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara InsyaAllah.

Sempena dengan bulan mulia ini, marilah kita bermuhasabah untuk parti kita bukan untuk individu atau diri kita...Salam Merdeka dan Salam Ramadhan....

....dikatakan Dinosour pupus kerana spesis ini tidak mampu berubah mengikut zaman...betul atau tidak...fikir-fikirkanlah....

Wednesday, August 27, 2008

Salam bloggers....Kita telah tahu keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh. Dan saya yakin keputusan itu telah diduga oleh ramai pemerhati politik. Dengan majoriti 15671... pada saya satu angka yang besar. Tahniah kepada DS Anwar. Saya bersetuju dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri... DS Najib bahawa demokrasi masih subur di Malaysia. Keputusan pilihanraya ini membuktikan bahawa pembangkang masih mempunyai ruang dan peluang untuk menang dalam mana-mana pilihanraya di Negara ini. Dengan secara tidak langsung menafikan tuduhan pembangkang bahawa kerajaan campurtangan dalam proses demokrasi.

Bagi UMNO dan Barisan Nasional...kita perlu merenung ke dalam diri kita sendiri. Dimana kesilapan kita sehingga keputusan pilihanraya akhir-akhir ini tidak menyebelahi kita. Kita semua kena bermuhasabah diri. Sekarang bukan masanya menuduh orang lain dalam kemelut ini. Para pemimpin kena merenung ke dalam diri masing-masing. Begitu juga dengan pejuang parti di peringkat bawah. Sekarang masa untuk bertindak bukan masa untuk bercakap dan berpolemik. Jika tidak dibaiki daripada sekarang saya bimbang ia menjadi parah...umpama barah.

Isyarat demi isyarat dari rakyat telah banyak kita terima. Parti kita menjadi semakin tidak popular akhir-akhir ini. Kita ketepikan perebutan jawatan dalam parti kerana ia tidak menguntungkan kita dan parti ...kalau parti kita kalah dalam pilihan raya. Kita tidak mahu kita hanya menang sorak dan...kampung dan negara tergadai...Tiada maknanya kepada agama, bangsa dan negara kita.

...mungkin sejarah Pak kadok akan berulang...fikir-fikirkanlah...

Friday, August 22, 2008

Harta, Wanita dan Takhta

Salam bloggers...Kita dikejutkan lagi dengan berita penahanan Exco Perak. Dalam kesibukan kempen pilihanraya di Permatang Pauh....Isu Jurugambar dipukul dan isu adik Nurin dan macam-macam lagi...Tiba-tiba muncul penahanan orang politik oleh BPR. Mengikut laporan 6 ditahan termasuk 2 Exco Perak.

Berikutan peristiwa tersebut, saya dihubungi oleh rakan-rakan parti pembangkang yang membuat tanggapan bahawa penahanan tersebut bermotif politik. Penahanan tersebut untuk mencemarkan imej PKR dan dengan itu akan mengurangkan reputasi PKR dalam pilihanraya kecil pada 26hb nanti.

Saya secara spontan cuma mampu menjawab...begitulah pandangan mereka yang tidak selari dengan kerajaan... Apa yang dibuat oleh pemerintah selalunya dipandang sinis, pesimis dan negatif. Tetapi saya menghormati pandangan dan pendapat mereka. Mereka adalah kawan-kawan saya.

Tetapi saya yakin bahawa BPR bekerja secara profesional... kerana ada di kalangan mereka yang dituduh sebelum ini adalah ahli politik parti kerajaan yang memerintah. Jadi kalau dikatakan bahawa BPR bekerja untuk menjatuhkan populariti sesebuah parti adalah satu tuduhan melulu dan tidak berasas.

Kita semua tahu dan maklum bahawa 3 perkara yang mampu menjatuhkan seseorang ialah Harta, Wanita dan Takhta tanpa mengira parti, bangsa atau agama....Fikir-fikirkan...

Wednesday, August 20, 2008

Olimpik oh Olimpik

Salam bloggers...terima kasih rakan-rakan... terutama yang setia menghantar dan memberi pandangan terhadap tulisan saya. Terima kasih tidak terhingga. Olimpik telah sampai ke penghujung. Bagaima dengan pencapaian atlit kita? Satu soalan yang rasa semua telah tahu jawapannya. Ada yang mengatakan bahawa kerajaan telah banyak menyumbang...tetapi hasilnya tetap sama. Ada yang lebih parah...mengatakan lebih baik duit tersebut dibelanjakan untuk program lain. Sama-samalah kita fikirkan.

Semasa saya remaja, dan saya yakin rakan yang sebaya dengan saya bersetuju dengan pandangan saya ini. Kita mempunyai bintang bola sepak yang hebat dan terkenal. Apabila disebut sahaja pasukan bolasepak terbayang dalam fikiran kita barisan pemain daripada penjaga gol...Arumugam, Santokh Singh, Yahya Jusoh, Dan sememangnya Mokhtar Dahari (moga Allah mencucuri rahmatNya)

Malangnya sekarang... apabila disebut sahaja pasukan Malaysia, kita tidak tahu siapa pemain pasukan nasional kita. Sebabnya ialah setiap masa pemain kita berubah-ubah. Dulu kita ada pasukan Harimau. Kemudian dibubarkan....Hari ini anak harimau pun tidak wujud. Apakah kita tidak mempunyai perancangan yang rapi dengan belanja yang mencukupi. Susah saya untuk menjawab soalan ini.

Walau bagaimanapun, tahniah kepada Lee Chong Wei yang telah membawa balik Perak dalam sukan badminton ...sukan Olimpik Beijing. Bukan sesuatu yang mudah...Tetapi tidak mustahil. Tahniah juga kepada jurulatih dan semua yang terlibat untuk membawa kemenangan ini. Cuma kebimbangan saya ialah kita semakin terhakis sukan yang pernah kita kuasai satu ketika dahulu...Malang sekali....Tetapi kita masih belum terlambat...

.....'Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dan 'Nothing impossible...'Fikir-fikirkanlah

Sunday, August 17, 2008

Sumpah oh Sumpah

Salam blogger...terima kasih kepada semua rakan rakan bloggers... Nampaknya masih ramai rakan rakan yang setia dengan blog saya...Terima kasih daun keladi. Alhamdulillah... hari penamaan calon Permatang Pauh berjalan lancar. Tiada insiden buruk berlaku. Tahniah kepada semua pihak yang telah menggambarkan kita sebagai rakyat yang matang dalam sebuah negara demokrasi. Maaf kepada rakan-rakan terutama UMNO Pulau Pinang kerana saya tidak dapat bersama pada hari yang penting itu.

Dan kita dikejutkan juga dengan sumpah oleh Saiful Bukhari di masjid Wilayah Persekutuan. Saya daripada kecil diajar oleh keluarga, orang tua dan ustaz serta guru-guru saya agar jangan bermain dengan sumpah. Kerana bahananya cukup besar dan berat. Saya tidak dmaklumkan apa bahananya tetapi semua memberitahu saya bahawa bahananya akan dapat dilihat didunia ini. Saya amat berharap mereka yang ingin mengambil tindakan bersumpah ini haruslah berfikir banyak kali...mungkin beribu ribu kali.

Apakah komen rakan-rakan saya tentang tindakan Saiful ini? Ada yang kata amat patut dan ada yang kata amat tidak patut. Saya terima kedua dua pandangan tersebut kerana masing-masing ada alasan yang tersendiri. Ada rakan saya yang mengatakan tidak sah sumpah tersebut kerana Saiful memegang alQuran dengan tangan kiri.... Saya tiada jawapan kerana saya tidak mendalami 'rukun sumpah'....Cuma spontan saya menjawab....Kalau begitu kita tunggu pulak Sdr DS Anwar bersumpah menafikannya...InsyaAllah...Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, August 13, 2008

Permatang Pauh...Oh Permatang Pauh

Salam bloggers... terima kasih kepada rakan rakan yang setia dengan blog saya. Pada saya semua pandangan anda adalah positif dan ini meransang saya untuk terus menulis di sini. Terima kasih kepada Hamdillah, Zaki, Alvin dan Mat Yie... Anda memberi pandangan dari perspektif yang berbeza. Rambut sama hitam hati lain lain...kata pepatah Melayu. Alhamdulillah semua pandangan yang diberi akan saya publishkan... InsyaAllah.

Tidak lama lagi akan tiba Hari Penamaan Calon di Permatang Pauh. Saya yakin ramai penyokong dari parti parti yang bertanding dan pemerhati akan memenuhi kawasan tersebut. Dan saya amat yakin bahawa rakyat seluruh negara akan menunggu-nunggu keputusan pilihanraya yang pada saya amat penting untuk UMNO dan Barisan Nasional. Yang pasti calon PKR tidak lain tidak bukan DS Anwar, manakala calon BN... setahu saya masih belum diputuskan lagi. Tetapi yang pasti ialah calon daripada UMNO.

Inilah pilihanraya kecil yang pertama selepas pilihanaraya umum yang lalu. Pilihanraya yang akan malang bagi Barisan Nasional kerana tidak dapat meraih 2/3 majoriti di Parlimen. Dan diharap pilihanraya kecil ini tidak sebagaimana pilihanraya umum yang lalu...mudah-mudahan.
Pilihanraya adalah wadah untuk mencari calon yang terbaik sebagai wakil rakyat....wakil kepada rakyat...wakil yang mampu menyuarakan hasrat, pandangan dan kebaikan kepada rakyat yang diwakili. Dan yang paling penting pandangan dan hasrat rakyat dapat dipenuhi. Kita tidak mahu wakil yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu mengotakan apa yang diucapkan...cakap tidak serupa bikin. Lantaran itu persepsi rakyat kepada calon adalah sesuatu yang maha penting yang akan menjadi penentu kepada menang atau kalah dalam pilihanraya.

Dalam pilihanraya kecil ini, kita perlu tahu bahawa rata-rata pengundi adalah mereka yang 'bijak dan pandai' membuat pilihan... dengan kata lain mereka terdidik. Mereka mampu mendapat maklumat daripada pelbagai sumber. Mereka mampu access internet untuk membandingkan berita yang mereka dapat daripada media perdana dan mereka membuat analisis dan sintesis. Kadang-kadang berita yang kurang tepat tetapi disampaikan dalam bentuk yang menyakinkan mampu mempengaruhi kepada pembaca. Ini yang dibimbangkan. Memang menjadi adat manusia....perkara atau suasana yang paling suka ditonton ialah peristiwa kemalangan atau perlanggaran dalam sesuatu perlumbaan F1 dan kadang-kadang kita tidak mahu tahu sangat siapa juara.

Oleh itu kepada pengundi Permatang Pauh..Selamat Mengundi dan pilihlah calon yang terbaik untuk masa depan anda. Moga anda diberkati... InsyaAllah.

'..Pak Kaduk.... Menang sorak, kampung tergadai....' Fikir-fikirkanlah

Wednesday, August 6, 2008

Melayu Dan Perpaduan

Salam blogers... Sekarang heboh tentang perpecahan Melayu. Seorang rakan wartawan menelefon saya, bertanyakan pandangan tentang perpaduan Melayu. Dengan kata lain perpaduan antara UMNO dan PAS. Saya secara spontan bersetuju dengan usaha tersebut. Alasannya ialah ISLAM mahukan umatnya bersatu dan berpadu. Sejarah telah banyak mengajar kita bahawa kejatuhan empayar besar Islam, empayar yang hebat dan kuat kerana masalah dan berpunca daripada perpecahan dan perbalahan sesama sendiri. Kepentingan peribadi melebihi segala-galanya.

Beliau bertanya lagi apa pandangan saya tentang pendapat Presiden PAS yang tidak mahu dan tidak bersetuju dengan rancangan ini. Saya langsung memberi respon bahwa itu hak PAS. Kita dan UMNO tidak boleh memaksa beliau dan PAS dalam hal ini. Beliau mempunyai alasan dan reason tersendiri. Kita hormati keputusan Parti beliau. Cuma apa yang perlu difikirkan panjang lebar ialah kekuatan bangsa kita dalam keadaan masyarakat lain sedang hangat mempersoalkan tentang Hak Istimewa Orang Melayu. Mereka mempersoalkan tentang biasiswa JPA, Subsidi dan banyak lagi.

Barangkali telah tiba masanya untuk kita mengajar pelajar kita tentang sejarah dan kontrak sosial dalam sukatan pelajaran kita. Kita telah tidak mengajar anak anak kita tentang peristiwa 13 Mei. Yang pada saya amat significant dengan kontrak sosial. Saya yakin jika semua rakyat memahami isu ini, nescaya kita akan hidup lebih aman dan harmoni terutama kepada generasi muda kita....

'Sejarah perlu dianalisa bukan sahaja dijadikan tontonan di Muzium'...Fikir fikirkanlah...

Monday, July 28, 2008

Mercedes Oh Mercedes

Salam blogers....Terengganu buat heboh lagi. Kali ini heboh dengan kereta mewah Mercedes yang telah digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan. Masalah ini sehingga melibatkan keputusan kabinet. Saya tidak mahu komen banyak pasal perkara ini kerana bimbang nanti saya bias atau cemburu.

Sememangnya semua orang tahu bahawa Mercedes walau macamana keadaan pun semestinya lebih baik dan lebih canggih daripada Kereta Perdana. Orang kampung saya kata padanlah dengan harga. Harga Merc melebihi RM200K berbanding dengan Perdana hanya RM100k sahaja. Kalau nak banding dari segi apa sekalipun...Merc pasti lebih baik. Saya yakin kalau diberi pilihan...tidak ada orang yang akan menggunakan Perdana.

Tetapi dasar kerajaan amat jelas dalam perkara ini. TPM mengatakan bahawa beliau dan PM pun guna Perdana sebagai kereta rasmi. Saya tidak tahu apa akan terjadi kepada kereta Merc itu. Aakan dijual atau dilelong atau....Wallahu alam..

Dalam kemelut ini apa yang kurang bijak ialah YAB MB mengaitkan dengan beberapa fakta yang kurang tepat dan memalukan kerajaan dan sahabat. Seperti mengaitkan nama mantan MB yang kononnya selenggara V6 tertinggi, kemudian kaitkan dengan pegawai dan ahli politik lain yang dikatakan tidak berani suarakan tentang kelemahan V6....Kaitkan menteri guna heli dan menteri yang mempunyai merc dalam garaj di rumah....Pada saya semua ini tidak kena pada tempatnya. Mengaitkan isu dan orang lain agar terjebak sama dalam problem yang dihadapi.

Yang lebih ironi lagi peristiwa ini terjadi dalam keadaan negara ingin berjimat dengan perbelanjaan yang berhemah. Kata-kata MB bahawa beliau ingin menjaga duit rakyat agar tidak dibazirkan adalah satu janji yang baik. Cuma kurang sesuai ialah kata kata itu dilafazkan di sebuah hotel 5 bintang di Kuala Lumpur selepas mesyuarat Exco. Fikir fikirkanlah...

Wednesday, July 16, 2008

Debat Anwar dan Shabery

Salam bloggers....Tahniah kepada kedua pemimpin Melayu yang telah membuka dimensi baru dalam arena politik Malaysia. Seorang rakan saya telah sms kepada saya selepas debat tersebut bahawa dia seolah-olah berada di USA. Pada saya siapa menang dan siapa kalah tak penting. Bagi saya sebagai rakyat Terengganu, saya berbangga dengan YB Ahmad Shabery Cheek. Sekali lagi sekalung tahniah kepada kedua pemimpin ini.

Isu pertandingan Bahagian-Bahagian UMNO juga semakin hangat diperkatakan. Pandangan saya yang disiarkan di muka depan Sinar Harian telah mendapat pelbagai tanggapan. Saya tidak berhasrat membangkang apa yang dicadangkan oleh YAB Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Pandangan saya dan apa yang saya luahkan adalah apa yang terkandung di dalam perlembagaan UMNO. Kalau cawangan-cawangan bersetuju agar tidak ada pertandingan.... maka tamat cerita. Yang paling penting, buatlah yang terbaik untuk UMNO. Ada sahabat yang melaporkan bahawa di kalangan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding ini tidak berkhidmat pun untuk pilihanraya baru-baru ini. Tup-tup tawarkan diri untuk bertanding. Ini yang membuatkan mereka di cawangan merasa terkilan dan tidak puas hati.

Satu lagi isu yang perlu disegerakan ialah isu minyak subsidi. Minyak petrol dan diesel untuk pemilik kereta sewa terutama di Terengganu.. Saya baru sahaja selesai merasmikan Kursus Asas Keusahawanan dan Peningkatan Imej Pemandu Kereta Sewa Negeri Terengganu. Kursus ini dianjurkan oleh LPKP Negeri Terengganu. Syabas Encik Kahar Latif Pengarah LPKP Terengganu. Keluhan pemilik kereta sewa ini ialah tentang kelembapan Kementerian HEP dalam membantu mereka. Hari ini minyak naik, spare parts naik semua naik tetapi tambang kereta sewa tidak naik. Kesian mereka menunggu subsidi minyak.. apa penantian ini umpama menanti buah yang tidak akan gugur? Sudah 2 bulan mereka suffer....Malang nasib mereka. Diharap pihak kementerian pandang-pandanglah golongan daif ini.

Satu lagi permintaan mereka ialah agar Petronas atau mana-mana stesen minyak di negeri ini agar menyegerakan pembukaan pam gas NGV untuk teksi dan kereta sewa. Sekonyong konyongnya akan meringan sedikit beban mereka. InsyaAllah. Saya sekadar memberi pandangan dan pendapat agar golongan pemandu kereta sewa dan golongan daif tidak dipinggirkan.....

Jangan sedih kerana anda tidak memiliki kasut sebelum anda melihat mereka yang tak punya kaki...Fikir fikirkanlah....

Monday, July 14, 2008

UMNO dan Pemilihan

Salam bloggers....Maaf kerana lama tidak kemaskini blog ini. Ramai rakan taulan tertanya-tanya. Ditambah lagi dengan beberapa isu hangat masa kini. Isu pelan peralihan kuasa dan isu pemilihan UMNO cawangan dan bahagian yang tidak berapa lama lagi akan bersidang. Tentang isu perallihan kuasa...ramai yang bersetuju dan lebih ramai lagi yang mengeluh...Mereka mengatakan masa dua tahun terlalu lama untuk ditunggu. Ramai juga yang bimbang kalau-kalau PM terlupa dengan pelan peralihan kuasa ini oleh kerana masa yang terlalu lama. Cuma apa yang boleh saya katakan bersabarlah... Sabar itu sebahagian daripada iman. Kalau sudah tersurat bahawa TPM akan menjadi PM... InsyaAllah... Rezeki tidak kemana.

Tidak lama lagi seluruh warga UMNO akan berhimpun di Balai raya atau tempat-tempat yang sesuai untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ahli yang membayar yuran. Mesyuarat Agung Cawangan akan bermula. Tahun ini dijangka akan lebih meriah kerana pemilihan ketua cawangan dan jawatankuasa akan diadakan. Ada yang ingin pertahankan jawatan dan ada yang akan menawarkan diri untuk jawatan tertentu. Ini perkara biasa dalam UMNO. Cuma nasihat saya bertandinglah dengan sihat dan penuh semangat setiakawan. Adat dan adab jangan dikesampingkan. Pemilihan ini adalah untuk mencari yang terbaik untuk parti keramat UMNO. Saya tidak akan bertanding mana-mana jawatan di Hulu Terengganu. Saya cuma mempertahankan jawatan yang saya diamanahkan sahaja...InsyaAllah.

Berkenaan pemilihan bahagian pula, saya dimaklumkan bahawa Pengerusi UMNO Terengganu mencadangkan agar jawatan ketua bahagian tidak direbut. Ada yang setuju dan ramai juga yang kurang setuju. Mana-mana Exco yang bercadang untuk bertanding jawatan tersebut akan diambil tindakan. Sejauhmana benar berita ini wallahu A'lam...Saya harap ia bukan satu berita benar, kerana saya difahamkan ada Exco yang akan menawarkan diri untuk jawatan ketua bahagian. Kalau amaran ini benar maka kempunanlah rakan-rakan kita itu. Bertandinglah dengan nawaitu untuk memperkasakan UMNO...Jangan menang jadi abu dan kalah jadi arang...Fikir fikirkanlah...

Friday, July 4, 2008

Anwar Oh Anwar

Salam bloggers....Isu terkini dan hangat ialah isu liwat mantan Timbalan Perdana Menteri. Isu laporan polis oleh seorang pembantu Anwar terhadap bosnya. Saya baru sahaja kembali dari ibu negara. Semasa di sana saya berkesempatan berbual bersama seorang pemandu teksi. Sekadar ingin tahu pandangan dan pendapat beliau tentang isu terkini dan hangat ini. Jawapan yang diberikan oleh pemandu teksi ini ialah..Beliau tidak percaya dengan tuduhan dan report itu. Dan beliau mengatakan bahawa berita tersebut telah dimaklumkan oleh orang Anwar sebelum laporan polis itu dibuat. Saya perhatikan beliau sangat taksub pada Anwar.

Cuma apabila saya bertanya kenapa UMNO dikaitkan dengan problem ini....Beliau tidak dapat menjawab. Saya tambah lagi, secara logiknya ialah mereka yang menjadi pembantu peribadi mestilah orang yang diyakini seratus persen. Apakah ini yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi.

Persoalan saya yang kedua ialah kenapa US amat berminat untuk campurtangan dalam isu ini? Sehingga saya difahamkan bahawa US telah memberi kata dua kepada kerajaan agar berhati- hati dalam menangani isu ini. Apakah isu ini sama hebatnya dengan isu Iraq, atau isu Palestine atau isu kenaikan harga minyak global? Yang akan menggugat US atau US mempunyai udang di sebalik batu dalam isu ini? Wallahu'alam.

Persoalan saya yang ketiga ialah kenapa kedutaan Turki menjadi tempat kunjungan Anwar? Tidak kedutaan lain seperti Indonesia atau Arab Saudi dll? Kemudian riuh denagn suaka politik... Apakah tujuan suaka politik ini? Sedangkan duta Turki menjelaskan bahawa kunjungan Anwar sekadar ziarah biasa sahaja.

Persoalan saya yang keempat ialah kenapa ugutan bunuh tidak dilaporkan kepada polis? Adakah beliau tidak yakin dengan kehebatan polis Malaysia? Adalah sesuatu yang pelik apabila menerima ugutan bunuh, beberapa hari selepas itu beliau muncul di khalayak ramai.

Biarlah Polis dan pihak berkuasa yang memutuskan hal ini. Negara kita mempunyai undang-undang. Tetapi saya yakin jika laporan polis dan pakar kesihatan tidak menyebelahi Anwar, pasti beliau akan mencari dan mereka alasan lain untuk menyakini penyokong dan pengikutnya; mungkin mengatakan ada konspirasi atau pakatan memalsukan bukti dll...harap-harap tidak begitu. InsyaAllah

Pada saya sama ada betul atau tidak apa yang berlaku itu hanya Allah sahaja yang tahu. Cuma sebagai hamba Allah saya suka mencadangkan agar kedua-dua yang terlibat ini, tampil dan bersumpah dengan nama Allah di hadapan khalayak. Ini pun kalau tidak menjadi kesalahan dari segi syariah. Dengan itu akan selesailah kemelut yang mengaibkan ini. Yang mengaibkan bangsa dan agama kita yang maha suci. Saya masih ingat lagi... janji Anwar untuk bersumpah dengan AlQuran di sebuah masjid satu ketika dulu ...saya dan rakan rakan tertunggu-tunggu...Malang sehingga kini tidak dilaksanakan. Atau mungkin sumpah itu dilaksanakan tanpa pengetahuan umum. ...Wallahu 'Alam

Kata pujangga; 'Kita mudah tertipu dengan mereka yang nampak berwatak baik daripada orang yang berperawakan ganas dan kasar'... Fikir-fikirkanlah

Friday, June 27, 2008

Jangan Bebani Rakyat

Salam bloggers...terima kasih kerana masih setia dengan blog saya.abang mie, alvin, orang bukitdiman, zaki dan lain lain yang tak mampu saya sebut satu persatu. Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan rakan. Orang bukitdiman terutama nya yang memberi cadangan yang cukup baik. Bagi rakan -rakan yang mengenali saya dan orang politik di Hulu Terengganu, mereka tidak mudah menerima segala tuduhan dan fitnah yang dilontarkan kepada kami semua. Rata-rata mengetahui bahawa kami tidak ambitious dalam mengejar cita-cita politik. Kami redha dengan apa yang ada. Alhamdulillah...

Isu terima kasih...sebagaimana yang ditulis dalam ruangan yang lalu ia hanya pandangan dan pendapat saya semata-mata. Ini disebabkan tiada sebarang nas yang Qat'ie yang mengharamkan perbuatan bersyukur dan berterima kasih setakat yang saya tahu. Kalau rakan-rakan mempunyai nas-nas tersebut boleh berkongsi dengan saya.

Isu SAPP, menjadi hangat. Alhamdulillah, setakat ini tidak menjadi kenyataan. Saya doakan agar hasrat tersebut tidak akan menjadi realiti InsyaAllah. Saya berpendapat bahawa pandangan atau tindakan SAPP adalah satu tindakan menangguk di air keruh. Inilah bahana jika kita tidak kuat di Parlimen. Semua pihak akan mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita. Saya amat bersetuju dengan saranan Raja Muda Perak. Melayu perlu kuat untuk memperjuangkan nasib bangsa. Untuk kuat kita kena bersatu. Pengalaman di Perak sesungguhnya menjadi pengajaran yang paling berharga kepada kita semua.

Kepimpinan UMNO di peringkat atasan juga kena muhasabah diri masing-masing. Kenapa suasana dan keadaan ini berlaku? Saya berpendapat ia bukan sahaja berpunca daripada bawahan tetapi juga melibatkan atasan. Sama-samalah kita bermuhasabah diri.

Tahniah kepada bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu yang diberi mandat baru. Mandat untuk memulihkan UMNO. Saya yakin DS mampu untuk melaksanakan amanah bangsa ini dengan baik dan cemerlang. Ini berdasarkan reputasi DS Idris dalam menjalankan tugas di Terengganu Darul Iman.

Kepada menteri yang baru...sebarang kenyataan media hendaklah memahami hati dan nurani rakyat. Jangan katakan beras tidak naik harga tetapi rakyat membeli dengan harga yang begitu tinggi. Seolah olah mereka tidak mengetahui apa yang berlaku di kalangan rakyat. Begitu juga isu Batu Putih. Rakyat bersunggut apakah yang dikatakan 'win win?'....Wallahu 'Alam....
Begitu juga isu tali pinggang belakang Kereta....Rakyat yang sedang 'panas' dengan isu minyak...jangan ditambah lagi dengan bebanan baru kepada rakyat kita... Berhati-hatilah...

'Sesaat berfikir kemudian bertindak adalah lebih baik daripada sepuluh kali bertindak kemudian berfikir'....Fikir-fikirkanlah

Sunday, June 22, 2008

BERDOSAKAH KITA BERTERIMA KASIH

Salam bloggers...terima kasih kawan-kawan yang tidak jemu melayari blog saya. Saya amat terhutang budi. Semua komen yang diberi saya publishkan. Terima kasih Sdri Faridah yang yang menasihati saya agar meneliti ejaan yang tertera. Maaf kepada pejuang-pejuang bahasa akibat kesalahan bahasa yang saya lakukan. Ini semua berlaku dengan tidak disengajakan... 'dok sengeleng'... kata orang Terengganu.

Budakkua memberi pandangan membina tentang pertandingan Bahagian Hulu Terengganu. Dan melemparkan pandangan bahawa saya dan beberapa rakan dalam Bahagian UMNO sekarang tidak sekata. Dengan kata lain kami bermusuhan. Itu satu tuduhan yang berat untuk diterima. Kalau saya tidak hadir mesyuarat kerana tidak mahu berjumpa dengan Ketua Bahagian dan YB Rozi.. amat tidak betul dan penuh dengan prasangka. Minggu lepas kami semua hadir mesyuarat Bahagian Hulu Terengganu. Alhamdulillah semua lancar dan harmoni. Boleh dikatakan setiap malam kami minum air bersama-sama. Oleh itu saya ingin mohon jasa baik Budakkua agar jangan dengar cakap orang ...Firman Allah...bermaksud....
'Jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita hendaklah kamu siasat terlebih dahulu berita tersebut sebelum menerimanya.'

Saya bertanya tentang maksud ORANG FASIK dalam ayat tersebut kepada seorang ustaz...Kerana masalah yang orang Melayu dan masyarakat Islam sedang hadapi sekarang ialah pembawa berita-berita palsu dan fitnah ini kelihatan baik dan warak, alim dan nampak berilmu. Lantas menyukarkan kita untuk menilai yang mana berita betul dan yang mana palsu, yang mana kaca dan yang mana batu...

Jawapan yang diberikan kepada saya ialah;
1. Cara yang pertama ialah kita kena siasat siapa pembawa berita tersebut. Jika kita maklum bahawa pembawa berita tersebut seorang yang Fasik, maka berita yang dibawa hendaklah disiasat...untuk mengetahui benar atau tidak berita tersebut. Jika benar, terima lah dan jika tidak benar, maka tolaklah.

2. Cara kedua ialah menilai isi berita yang dibawa itu. Jika isi berita itu membawa kebaikan,maka terima lah dan jika membawa keburukan maka tolaklah.

Semoga pendapat ini akan menjadi alat untuk kita menerima atau menolak sesuatu berita yang kita terima.

Bagi sahabat saya Orang Bukitdiman...satu soalan yang ingin saya ajukan...Berdosakah kita jika kita berterima kasih?

Saya pernah bertanya kepada seorang Tok Guru iaitu wujudkah ayat atau hadis yang mengharamkan seseorang umat bersyukur dan berterima kasih. Malangnya sehingga sekarang saya masih belum menerima sebarang jawapan...

'Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, June 18, 2008

Ikon Baru Kuala Terengganu

Salam bloggers....syukur kerana kita masih dianugerah kesihatan yang baik dan rezeki yang murah. Alhamdulillah..Di Pejabat Pos saya masih nampak rakyat berbaris panjang untuk membuat tuntutan rebate. Ada yang dapat RM600++ dan ada yanga dapat RM100++..Syukurlah. Walaupun saban hari mengutuk dan menggigit tangan yang memberi rezeki tetapi masih sanggup beratur untuk mendapat nikmat...

Nyna's Hus mengutarakan masalah parking di Pasar Kedai Payang...Saya tahu dan saya mengalami sendiri masalah tersebut. Dahlah parking penuh, suasana gelap dan berair. Maklumat ini saya panjangkan kepada pihak MBKT...InsyaAllah akan dibaiki kerana Pasar Kedai Payang akan di baik pulih tidak berapa lama lagi. Suasana ini terjadi disebabkan oleh Pasar tersebut semakin menjadi tumpuan seluruh rakyat sama ada tempatan atau pelancong. Alhamdulillah.. Pasar Kraf tersergam indah di tepi Bukit Puteri. Satu Icon baru Kuala Terengganu. Saya memahami masalah dan problem rakyat. Walaupun saya pernah ada driver... saya juga sering memandu sendiri.

Satu ketika dulu, tempat parking di tingkat atas tidak digemari. Lagipun jumlah kenderaan tidak berapa banyak. Sekarang lain. Kereta bertambah dengan pesat. Orang Kuala Terengganu sekarang telah merasai bagaimana perasaan ketika jalan jem. Kawan saya memandu dari bulatan Batu Enam ke Kuala Terengganu melalui jambatan Duyung... mengambil masa 3 jam...Parah sekali.

Royalti minyak InsyaAllah akan menjadi milik Terengganu. Tahniah MB Terengganu kerana kejayaan tersebut. Sebagaimana yang diharapkan oleh rakan bloggers, saya jua mengharapkan agar duit ini dimanfaatkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat terutama golongan miskin. Saya yakin kerajaan mempunyai perancangan yang rapi ke arah itu. Cuma saya bimbang rakyat akan sentiasa menanti untuk disuap. Akan terus menjadi bangsa peminta. Tiada usaha untuk berdikari. Ini kebimbangan saya....

...Kata pujangga; 'Success or failure is caused by MENTAL ATTITUDES rather than MENTAL CAPACITIES'...Fikir fikirkanlah

Sunday, June 15, 2008

Terengganu Dan Kemiskinan

Salam bloggers...Terima kasih banyak banyak kepada rakan-rakan setia yang masih sudi menjenguk blog saya. Dan terima kasih dengan pandangan dan buah fikiran yang diberikan. Nampaknya isu minyak masih hangat diperkatakan. Kelmarin saya nampak ramai yang beratur di pejabat pos untuk claim rebate. Pos Malaysia melaporkan RM24.12 milion yang melibatkan 47,774 pemilik kenderaan telah mendapat rebate masing-masing. Alhamdulillah.

Seorang sahabat saya menyokong tindakan kerajaan berkaitan isu minyak ini. Alasannya ialah tindakan ini menguntungkan negara. Subsidi minyak ini sebenarnya dinikmati oleh semua orang yangh hidup di negara ini termasuk pendatang asing yang sah dan yang haram. Jadi dengan penarikan balik subsidi ini dan di beri rebate kepada rakyat Malaysia sahaja, maka ini akan memberi sedikit keuntungan kepada negara. Alasan ini ada logiknya. Sejauhmana alasan ini benar... Wallhu a'lam...

Ada sahabat bloggers yang pada saya masih tidak mengikuti perkembangan semasa di Terengganu. Mungkin mereka telah lama tidak kembali ke negeri ini setelah berada di luar negeri. Isu kemiskinan adalah isu yang paling sensitif dan dekat kepada rakyat. Kerajaan begitu prihatin tentang hal ini. Kata-kata seperti negeri kaya rakyat miskin sering saya dengar....Alhamdulillah sekarang setelah beberapa langkah telah kita laksanakan sejak 2004 hingga 2008, kadar kemiskinan dari 15% lebih telah turun menjadi 6% lebih. Ini satu kejayaan yang cukup baik dalam masa 4 tahun lebih. Dan kita bukan lagi negeri yang termiskin di negara ini. Saya yakin jika usaha berterusan diambil untuk menangani isu ini, Insya Allah kita akan diberkati.

Lantaran itu. sekarang tiada lagi kelihatan rumah-rumah beratap daun bertiang kayu bulat serta bergelegar batang nibung...Dalam usaha pembangunan insan...kita hantar anak-anak PPRT untuk kursus kelasi kapal, pembinaan bot fibre dan kursus-kursus yang 'Job Guarantee'....semuanya secara 'free of charge'...Tujuan tidak lain tidak bukan untuk mengeluarkan keluarga mereka daripada belenggu kemiskinan. Ini lah usaha kita. Kita Cakap dan kita Buat.

Ada rakan bloggers yang membandingkan saya dengan YB Tan Sri Mohd Taib...terima kasih..Beliau bukan tandingan saya. Bagi saya beliau seorang yang hebat... siapa saya untuk dibanding dengan beliau. Ada yang kata saya emosi...silap...saya bukan seorang yang emosional. Mungkin saudara silap faham...Berkenaan politik cantas mencantas... saya tiada agenda tersebut kerana sebagai bekas guru saya akan memberi yang terbaik untuk agama bangsa dan negara. Ini sahaja sekelumit bakti yang mampu saya hulurkan sementara hayat dikandung badan.

Kembali kepada isu kemiskinan...ia akan menjadi isu yang semakin hangat dengan kenaikan bahan api dan harga barang. Rumah PPRT yang dulunya RM15 ribu dinaikkan menjadi RM18 ribu dan hari ini saya yakin jumlah RM18 ribu telah tidak termampu untuk dibina.. Ini keluhan rakan-rakan kontraktor....Cuma didoakan agar kita tidak lagi menjadi negeri termiskin di bumi bertuah Darul Iman ini...InsyaAllah...

.....maksud hadis; Kemiskinan itu menghampirkan seseorang kepada kekufuran....Fikir fikirkanlah.

Wednesday, June 11, 2008

Kebersihan Darul Iman

Salam bloggers...maaf jika komen sdr anonymous tak tersiarkan....setakat yang saya tahu semua komen telah saya publish. Walau bagaimanapun kemaafan saya pinta jika ada yang tidak terpublish.

Saya ingin respon tentang kebersihan. Saya akui kita bukan terbaik. Tetapi kita kena akui bahawa kita lebih baik berbanding 4 atau 5 tahun dahulu. Jalan raya semakin bersih dan indah. Dan kebersihan ini bukan tanggungjawab pekerja pihak berkuasa tempatan semata-mata. Ia melibatkan peranan semua pihak. Jika kita semua prihatin dengan permasalahan ini saya yakin isu tandas di masjid dan surau tidak akan terjadi.

Antara langkah yang pernah diambil untuk menangani isu ini ialah memberi peruntukan khusus kepada masjid masjid seluruh negeri terutama yang berlokasi di tepi jalan banyak membantu kebersihan dan keceriaan masjid. Kita peruntukkan RM400 sebulan kepada masjid-masjid tersebut. Alhamdulillah ini sumbangan pemerintah. Bagaimana pula sumbangan saudara rakan rakan bloggers sekalian.

Kebersihan sesuatu yang pertama dan utama dalam Islam. Bab Taharah ada bab pertama dalam mana-mana kitab Fikah yang masyhur. Tetapi banyak kalangan kita memandang sepi perkara ini. Amat memalukan jika tandas dan kawasan rumah ibadat Islam menjadi contoh kekotoran dan pencemaran... Nauzubillah...

Lebih ironis lagi apabila saya melihat kekotoran dan sampah sarap bertaburan di tepi jalan di tempat tempat belajar /mendengar kuliah hari Jumaat. Maaf jika saya sebutkan perkara ini berlaku di Merbau Patah dan Rusila. Siapa yang perlu dipersalahkan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu ke arah kebaikan dan kecemerlangan Darul Iman. Kita diharap tidak sekadar mengkritik tetapi yang lebih penting mengemukakan cadangan membina untuk kebaikan bersama.

Kata pujangga Islam; 'Ku lihat Islam tanpa umat di Barat, dan Ku Lihat umat Islam tanpa Islam di Timur''....Fikir fikirkanlah...

Tuesday, June 10, 2008

SUKMA 12...Tahniah Darul Iman.

Salam bloggers... Terengganu telah membuktikan kecemerlangannya dalam menganjurkan SUKMA ke 12 yang berakhir malam tadi. Syabas kepada pihak kerajaan, jurulatih, atlit-atlit guru-guru dan pelajar-pelajar yang berkerja keras mempastikan kecemerlangan ini. Johan keseluruahn di tambah dengan kemenangan 5 berbalas satu bola sepak sesuatu yang mencatat sejarah mencipta tamaddun. Alhamdulillah...

Ini membuktikan kita hebat. Kehebatan ini diserlahkan dalam semua aspek di negeri ini. Aspek kebersihan, pendidikan dan juga politik. InsyaAllah didoakan agar kehebatan ini berterusan selama-lamanya... Dalam pendidikan memang tidak dapat dinafikan kecemerlangan anak-anak kita. Dalam bidang kebersihan ramai rakan-rakan daripada luar mengangkat ibu jari memuji . Begitu juga dalam politik... Kita masih cemerlang. Kerana dalam PRU 12 baru-baru ini rakan pembangkang cukup yakin untuk menawan semula Darul Iman...Alhamdulillah Allah masih sayangkan UMNO di Terengganu.

Dalam Retreat UMNO baru-baru ini, nama negeri Terengganu yang cemerlang dalam pencapaian PRU 12 mendapat pujian semua yang hadir. Mereka ingin tahu dan ingin berkongsi pengalaman kejayaan tersebut. InsyaAllah Terengganu akan sentiasa membantu untuk kecemerlangan UMNO dan Melayu di negara ini.

Berkaitan dengan cadangan PAS untuk membuka keahlian kepada Bukan Islam... Ini isu lapuk yang didendangkan semula. Saya tidak mahu komen banyak tentang hal ini. Mereka mula menyedari bahawa untuk berkuasa di negara ini, mereka perlu kongsi kuasa. Cuma persoalannya ialah bagaimana dengan Fatwa... bersahabat dengan orang kafir akan menjadi kafir yang pernah dikeluarkan oleh pimpinan mereka. Fikir fikirkanlah....

Kata pujangga; 'Kita boleh menipu orang dalam satu masa tetapi kita tidak mampu untuk menipu sepanjang masa...'

Monday, June 9, 2008

Berkubah dan Berjubah

Salam bloggers....Budakkua nampaknya masih belum berpuashati dengan maklumat yang saya beri. Begitu juga Orang Bukitdiman...Ini mungkin yang bercakap ini bukan seorang yang berserban dan berkopiah. Yang tidak pandai ayat Qur an dan Hadis...Jadi mereka lebih percaya orang yang berserban dan berjubah. Untuk makluman 'Alim tidak semestinya berjubah dan masjjid tidak semestinya berkubah'...

Guru saya mengatakan bahawa 'mereka yang berlagak baik lebih mudah untuk menipu orang berbanding mereka yang berlagak rugged'...Betul atau tidak...fikir fikirkanlah. Masalah zakat adalah masalah hukum. Walaupun resit dan bayar di MAIDAM bukan syarat sah zakat tetapi bukti apa yang boleh kita gunakan untuk menunjukkan kita melunaskan rukun Islam ini. Lagi pun ini arahan pemerintah... Ulil Amri... ini arahan Tuanku kerana Tuanku adalah Penguasa Agama di Negeri ini.

Dan kalau semua rakyat mengambil sikap sebagaimana saudara Budakkua ini maka akan pincanglah sistem zakat di negeri ini. Masing masing mengambil sikap melanggar arahan pemerintah. Inilah sikap pembangkang iaitu PAS. Hal yang sama terjadi dalam isu masjid. Apabila mereka tidak berkuasa lagi maka masjid yang dahulunya mereka berjemaah dikatakan haram. Menghukum sesuka hati. Hati mereka penuh dengan sikap prejudis dan Suu Zanni.

Berkenaan dengan isu Sekayu atas nama Yayasan Amal...maklumat yang saudara terima amat dangkal. YB Dr Hassan Ali memajak dengan PERCUMA kawasan tersebut semasa DS Hj Hadi jadi Ulil Amri. Sila tanya bagaimana nasib bekas DO H. Terengganu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Lagi satu, YB Dr Hassan menggunakan banyak kemudahan kerajaan negeri di samping itu datang ke Hulu Terengganu dengan mengmbil duit masyarakat kononnya untuk motivasi pelajar...betul seminar diadakan tetapi sebagai YB wajarkah duit rakyat diambil. Tetapi bagi orang PAS semua itu tiada masalah. Dahlah begitu pemajakan tersebut tiada sebarang dokumen yang ditandatangani... Bertuahnya Yayasan Amal... sekarang Yayasan Amal tidak beramal lagi. Sepupu saya salah seorang ALP Yayasan Amal.

Saya yakin dan percaya Allah maha Adil...Yang baik dibalas baik dan begitulah sebaliknya. Hari ini YB Dr Hassan berjanji macam macam dengan rakyat Selangor... air free...bantuan IPT RM1000 lah dll...Just wait n see.

OrgBukidiman...maaf kerana saya tidak dapat komen tentang isu perletakan jawatan kerana ia melibatkan golongan tertinggi dan sensitif, Jika berhajat benar boleh datang berjumpa saya. Lagipun kita sekampung. Saya akan terangkan secara satu persatu InsyaAllah...Begitu juga isu 3 Billion Royalti...saya tidak pernah mendengar jumlah ini. dan DS Idris tidak pernah berbincang tentang perkara ini. Cuma beliau pernah bersungut tentang projek yang datang dari kayangan yang tidak pernah maklum kepada negeri... Itu sahaja. Lagipun saya hanya jaga Kebajikan dan Islam Hadhari.

Itu sahaja penerangan yang termampu oleh saya. Pun kalau masih ada lagi prejudis kepada blog saya... Alhamdulillah saya terima dengan Redha.

Ustaz saya beritahu bahawa Iblis yang memperdaya Adam Dan Hawa semasa di Syurga berjubah, berserban, berjanggut dan bertasbih ditangan...Fikir fikirkanlah....

Saturday, June 7, 2008

Minyak oh Minyak...Bantu Sekadar Termampu

Salam bloggers...terima kasih dengan komen dan pandangan yang diberi. Ada yang kata saya hanya siarkan yang positif sahaja.. yang negatif saya buang. Tak betul. Saya baca semua tulisan rakan rakan. Ada yang positif dan tak kurang yang negatif. Yang baik saya jadikan teladan yang buruk saya jadikan sempadan. Budakua ada katakan bahawa YB PAS telah lama potong elaun mereka 20%... Betul ke?

Sepanjang yang saya tahu ada pemimpin PAS tak bayar zakat pun selepas kalah dalam PRU 2004. Saya katakan demikian kerana tiada rekod pembayaran zakat di MAIDAM. Ada yang potong gaji...tiba tiba apabila kalah 2004 mereka membatalkan potongan tersebut. Bukan mengata tetapi sekadar membetulkan fahaman dan tanggapan. Tanyalah YB Dr Hassan Ali...berapakah bayaran yang telah dilunaskan kepada kerajaan negeri dengan penyewaan Sekayu semasa pemerintahan PAS? Please check.

Org Bukitdiman kata saya terpesong... dimana bukti pemesongan saya... Wallhuallam.. Mungkin kalau saya terpesong dan tidak berkhidmat dengan baik, saya yakin..saya telah ditolak oleh rakyat Ajil...tetapi Alhamdulillah syukur saya kepada Allah dan terima kasih saya kepada orang Ajil yang memilih saya.... PRU 1999 saya hanya menadapat 125 undi majoriti. Tahun 2004 meningkat menjadi 3783...beribu kaliganda peningkatan dan dalam PRU 12 dalam suasana tsunami... undi untuk BN di Ajil meningkat lagi hampir 1000 majoriti. Alhamdulillahhh...Terima kasih penyokong dan pengundi BN di Ajil. Budi kalian tidak termampu saya membalasnya..Dan saya mengaku bahawa saya tidak mampu untuk memenuhi kehendak semua orang dalam satu masa. Maafkan saya.

Ada yang mengatakan bahawa 5% potongan yang saya cadangankan itu terlalu sedikit. Saya katakan dulu ...ini sahaja yang termampu untuk saya lakukan demi negara dan rakyat. Saya tidak tahu mereka yang katakan sedikit itu berapa persenkah kesanggupan mereka untuk sumbangan ini? Mungkin 100% daripada gajinya barangkali. Alhamdulillah...

Ada yang katakan bahawa 5% itu lebih baik diderma kepada masjid. Ini satu lagi salahfaham tentang agama. Mereka berpendapat hanya derma kepada masjid dan institusi agama sahaja yang akan dapat syurga. Derma dan sumbangan lain tidak dapat pahala...Silap....buat masjid dapat pahala insyaAllah dan buat jalan ke masjid juga dapat pahala...

Dalam menderma...jumlah banyak atau sedikit bukanlah perkara terpenting. Yang penting ialah ikhlas dan redha. Saya yakin dalam kekalutan harga minyak ini, jika semua rakyat merasa bertanggungjawab dan cintakan apa salahnya menyumbang sekadar termampu. Kemampuan saya sekadar 5% sahaja mungkin rakan rakan bloggers mampu menyumbang hingga 50%... sumbanglah... 'Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima'.

Kalau diibaratkan sekarang ini Ayah kita berada dalam kesukaran dan kesempitan wang. Maka kita sebagai anak anak yang berjaya, apa salahnya untuk menyumbang membantu meringankan beban ayah kita ini?

Dalam kehidupan ini, yang paling utama ialah ikhlas dalam berfikir, bercakap dan bertindak. Tetapi ia bukan sesuatu yang mudah. Ini bukan bermakna saya seorang yang paling ikhlas. Tetapi itulah yang saya cari selama ini....kerana saya tahu jika kita ikhlas InsyaAllah kita akan diberi petunjuk olehNYA dalam senang dan dalam sukar. Yakinlah.

Kata Punjangga; 'Ikhlas itu umpama seekor semut hitam, bergerak di atas batu hitam di malam yang gelita '....Fikir fikirkanlah

Friday, June 6, 2008

Minyak oh Minyak...5% Sumbangan Saya

Salam bloggers...terima kasih kerana rakan rakan masih sudi surf blog saya. Saya terharu dan berterima kasih kepada sahabat taulan yang memberi pandangan dan pendapat agar blog ini ditambah baik lagi.

Berita tergempar sekarang ialah tentang harga minyak yang meningkat lebih 40%. Kenaikan 78 sen seliter adalah satu kenaikan yang menggusarkan masyarakat terutama orang kampung. PM telah merasakan bahawa tindakan ini memang amat tidak popular tetapi apa boleh buat. Keadaan dunia yang mendorong semua ini berlaku. Kesian Pak Lah... Akhir akhir ini Paklah memang kurang bernasib baik.. Apa puncanya Wallahu A'lam... Bermula dengan krisis MB Perlis, diikuti dengan krisis di Terengganu, begitu juga krisis Batu Putih dan sekarang krisis minyak... semuanya tidak menyebelahi Pak Lah dan kerajaan. Malang nasib Pak Lah...Apakah ini takdir? Sebagai YB , agak sukar untuk menjelaskan fenomena terbaru ini kepada rakyat...

Ekoran daripada krisis minyak ini, pihak pembangkang mengambil peluang dan kesempatan untuk menjadi popular. Mereka menganjurkan bantahan jalanan. Saya berpendapat tindakan ini cuma sekadar mengeruhkan suasana dan mencari populariti sahaja. Tidak lebih dari itu. Mereka cuba mengguk di air keruh. Adalah lebih baik pihak pembangkang mencari jalan dan memberi cadangan kepada kerajaan bagaimana untuk tidak menaikkan harga minyak daripada mengapi apikan rakyat. Yang kesannya tiada siapa yang untung. Kata orang tua tua; kalau langit timpa kepala semua akan terkena, tidak terkecuali.

Ekoran kenaikan harga minyak ini saya menerima beberapa sms dari rakan rakan....Terima kasih UMNO kerana menaikkan harga minyak....Hadiah pertama kerajaan kerana mengundi BN....Nasib baik undi BN dapat naik harga minyak dan banyak lagi sms yang berbentuk sindiran dan perli. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan yang sms kepada saya. Saya yakin ketika mereka sms itu, mereka cukup emosi. Mungkin mereka sedang berbaris panjang untuk mengisi minyak

Ada rakan rakan mencadangkan beberapa langkah bagaimana untuk tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi. Antara cadangannya ialah menaikkan cukai rokok dan arak dan cukai korporat. Saya tidak pasti cadangan tersebut viable atau tidak. Di samping itu ada juga cadangan agar projek projek mega di kurangkan atau dibekukan... Fikir fikirkanlah.

Melalui TV3 malam tadi, ada cadangan agar gaji PM dan TPM di potong... Saya ingin nyatakan disini bahawa saya selaku ADUN Ajil bersedia memotong elaun saya sebanyak 5% setiap bulan untuk diisi ke dalam mana mana tabung yang dapat membantu meringankan beban rakyat dalam krisis minyak ini. Dan saya juga meminta agar rakan rakan lain termasuk pembangkang agar melakukan hal yang sama. Jangan sekadar pandai memprotes dan berarak sahaja.

Walaupun harga minyak naik mendadak, kita juga perlu bersyukur kerana harga komoditi kita masih tinggi... Alhamdulillah. Ini banyak rakyat kita lupa. Manusia merasakan bahawa sesuatu ujian Allah itu adalah kesusahan.. Jarang yang insaf bahawa kesenangan dan kesejahteraan juga adalah ujian Tuhan.

'Tangan yang di atas, lebih baik daripada tangan yang di bawah'; maksud hadis...Fikir fikirkanlah...

Thursday, June 5, 2008

Jawatan Bukan Untuk Dikejar

Terima kasih sahabat blogger terutamanya abg mie dan kulaan...Maaf untuk abg mie kerana saya tidak melayan secara langsung soalan dan pertanyaan yang diajukan. Maaf kepada semua rakan bloggers yang meninjau ke blog saya akhir akhir ini. Ini di sebabkan saya tidak up date blog ini hampir 4 hari. Sebabnya ialah saya membawa anak anak bercuti sempena cuti sekolah dan ke duanya laptop saya ada masalah sedikit. Maaf banyak banyak.

Abg Mie ada bertanya kenapa saya lepas jawatan SU Perhubungan dan kulaan ada mencadangkan agar jawatan itu dilepaskan awal awal lagi. Untuk makluman semua rakan bloggers... jawatan SU Perhubungan adalah lantikan pengerusi Perhubungan. Tahun 2004, DS Idris berbincang dan maklum kepada saya untuk melantik saya sebagai SU. Pada mulanya saya menolak atas alasan saya bukan calon terbaik untuk jawatan penting itu. Saya juga tiada pengalaman dan lebih penting guru guru saya menasihati saya JANGAN KEJAR JAWATAN/PANGKAT kerana Nabi saw tak menggemarinya... DS Idris memberi beberapa alasan kenapa beliau memilih saya antaranya ialah saya salah seorang YB yang menang zaman kekalahan 1999. Dan saya dapat bergaul baik dengan golongan muda dan veteran. Di samping saya antara yang termuda di kalangan YB ketika itu. Oleh kerana kesungguhan DS, saya terpaksa menerima dengan beberapa syarat. Antaranya ialah;

i. Kalau saya rasa tak mampu untuk jawatan ini, saya akan mengundur diri dan DS jangan terasa terkilan.
ii. Kalau DS tengok saya tak mampu, DS jangan segan untuk maklum kepada saya dan saya akan berundur.

Alhamdulillah...kedua-dua syarat tersebut diterima baik oleh DS Idris. Maka terlantiklah saya sebagai SU Perhubungan UMNO Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah termimpi oleh saya sebelum ini. Sama ada saya berjaya atau tidak, sepanjang menjadi SU... saya tidak dapat menilainya. Itu sahaja yang terbaik yang termampu saya hadiahkan kepada UMNO Terengganu.

Sebaik sahaja kemelut perlantikan MB Terengganu selesai, hasrat dan kehendak melepas jawatan ini saya bincang dengan teman teman rapat. Ramai yang membantah dengan alasan takkan nak biarkan DS Idris berseorangan dalam kegawatan. Ini khianat namanya. Saya tidak mahu dituduh sebegitu...Kerana masyhur kata kata pujangga ''Teman menangis sukar dicari"....

Lantas kesempatan terbaik saya ambil apabila DS Idris menyatakan hasratnya untuk berundur kepada saya beberapa hari sebelum bertemu Presiden dan saya menyokong, cuma saya minta DS maklum kepada Presiden terlebih dahulu... Alhamdulillah.. Presiden bersetuju.. dan sehari sebelum pengunduran DS Idris, saya mengundurkan diri sebagai SU UMNO Perhubungan Terengganu. Alasannya... saya dilantik oleh DS dan apabila DS berundur maka saya pun turut serta...Mudah sahaja...Sebenarnya tidak ada yang komplikated dalam hidup ini.

'"Permudahkanlah...Jangan menyusahkan"....Maksud Alhadis... Fikir fikirklah...

Friday, May 30, 2008

UMNO dan Ezam

Salam bloggers...terima kasih atas teguran ejaan yang silap. Terima kasih banyak banyak. Tahinah Ezam kerana telah kembali ke pangkuan UMNO. Selamat berjuang untuk agama bangsa dan tanah air.Di pohon jasa baik Sdr Ezam menceritakan pengalaman beliau yang berharga untuk kami kongsi bersama. Saya tidak berhasrat memperlekehkan PKR tetapi sekurang kurangnya rakyat tahu ke mana hala tuju PKR dalam agenda bangsa dan agama. Ini yang penting.

Saya tidak pernah kenal dengan rapat Sdr Ezam. Tetapi daripada cerita yang saya dengar daripada teman rapat beliau, Sdr Ezam seorang yang berprinsip. Beliau tidak mudah menggadai prinsipnya. Saya difahamkan prinsipnya yang utama ialah perjuangan agama dan bangsa. Saya dapat mengagak bahawa Sdr Ezam Keluar PKR kerana prinsip dan hala tuju parti tersebut untuk agama dan bangsa kabur dan tidak jelas. Sama ada betul atau tidak agakan saya, hanya Allah dan Ezam sahaja yang tahu.

Tambahan pula, gelagat ahli ahli PKR dalam parlimen hari ini menampakkan belang mereka yang sebenarnya. Mereka nampaknya cuba memperjuangkan perkauman masing-masing. Ini akan mewujudkan budaya yang tidak sihat kepada Malaysia tercinta ini. Kesannya kita dapat perhatikan PAS telah agak 'lenient' dan toleran di Parlimen.

Petang tadi saya di hubungi oleh rakan wartawan BH minta saya komen tentang trend kemasukan ahli PKR ke dalam UMNO. Pada mulanya saya tidak suka untuk komen. Tetapi apabila ditanya berkali kali saya hanya mengatakan bahawa saya 'husnu zann'... berprasangka baik. Dan saya yakin kembalinya Ezam kepada UMNO akan dapat menguatkan lagi parti keramat ini. Ada yang berpendapat bahawa kemasukan Ezam dan rakan rakan adalah satu strategi Anwar untuk memporak perandakan UMNO dari dalam... Nauzubillah...

Saya berharap agar kemasukan Ezam ini dilakukan dengan penuh sedar dan jujur demi agama, bangsa dan tanah air. Bagi orang Melayu bersatulah...Ini sahaja senjata kekuatan kita. Bagi pemimpin... jujurlah dalam melaksanakan amanah Allah ini..Saya petik kata kata keramat Abu Bakr Warraq yang di sms oleh seorang sahabat kepada saya untuk renungan kita bersama;...
'Apabila nafsu berkuasa, gelaplah hati...bila hati gelap sempitlah dada...bila adab sempit, buruklah laku....bila buruk laku, ia dibenci oleh semua makhluk'...Nauzubillah...
Fikir fikirkanlah....

Thursday, May 29, 2008

PERLETAKAN JAWATAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO

Tahniah dan syabas diucapkan kepada YB DS Idris dan terima kasih kepada bloggers yang menunggu nunggu keputusan DS Idris. Inilah sms dan email yang saya terima daripada pejuang pejuang UMNO Terengganu adan seluruh negara apabila menerima berita tersebut. Kepada mereka yang sayangkan DS Idris...ini sesuatu yang amat berat diterima,tetapi bagi mereka yang sebaliknya...ini waktu yang ditunggu tunggu.

Keputusan yang diambil ini tidak mengejutkan kerana DS Idris telah maklumkan kepada saya beberapa hari yang lalu. Saya tidak memberi sebarang komen... cuma saya berpendapat bahawa adalah baik hal tersebut dibincang dengan Presiden terlebih dahulu. Lantas DS telah membuat pertemuan dengan Presiden pada petang 28hb Mei dan dimaklumkan bahawa Presiden bersetuju dengan cadangan DS Idris itu... Alhamdulillah

Sebenarnya hal ini telah lama dibayangkan kepada saya. iaitu sejak keputusan MT yang mengiktiraf YAB Ahmad Said. Kerana dalam negeri dan parti tidak wajar wujud 2 nakhoda. Tiada guna kita memegang kuasa tetapi parti semakin sehari semakin lemah kerana kekuatan kita adalah kekuatan parti. Tanpa parti siapalah kita.

Diantara alasan yang dpat saya cungkil DS Idris ingin memberi ruang kepada YAB Ahmad Said agar kerja kerja parti dan pentadbiran negeri dapat diselaraskan dan ini memungkin UMNO akan kuat. Selain itu keputusan ini adalah tanda menghormati keputusan MT yang lalu. Yang penting bagi UMNO dan rakyat Terengganu DS Idris telah meninggalkan satu 'legacy' yang cukup berkesan kepada negeri dan UMNO. Tahniah dan terima DS. Hanhya Allah sahaja yang akan membalasnya.

Saya selaku SU UMNO Perhubungan juga dengan suci hati melepaskan jawatan yang saya sandang sejak 2004 yang lalu. Berkuatkuasa serta merta. Terima kasih DS Idris kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membantu DS dan saya memohon kemaafan jika sepanjang saya memikul amanah tersebut terdapat sesuatu yang tidak menyenangkan. Itu saja yang terbaik, mampu saya lakukan untuk UMNO, Melayu dan Negeri Terengganu. Juga Terima kasih dan kemaafan kepada seluruh warga UMNO Perhubungan Negeri terutama Sdr Razali Bidin (SUKerja dan rakan rakan). Jasa dan budi kalian hanya Allah sahaja yang akan membalasnya. Terima kasih semua...dan minta maaf kepada semua.

Sepatah kata DS Idris; 'Jika kuasa yang dipegang ini menjadikan Parti lemah, maka relakanlah pengunduran ini'...Salam perjuangan.