Friday, June 27, 2008

Jangan Bebani Rakyat

Salam bloggers...terima kasih kerana masih setia dengan blog saya.abang mie, alvin, orang bukitdiman, zaki dan lain lain yang tak mampu saya sebut satu persatu. Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan rakan. Orang bukitdiman terutama nya yang memberi cadangan yang cukup baik. Bagi rakan -rakan yang mengenali saya dan orang politik di Hulu Terengganu, mereka tidak mudah menerima segala tuduhan dan fitnah yang dilontarkan kepada kami semua. Rata-rata mengetahui bahawa kami tidak ambitious dalam mengejar cita-cita politik. Kami redha dengan apa yang ada. Alhamdulillah...

Isu terima kasih...sebagaimana yang ditulis dalam ruangan yang lalu ia hanya pandangan dan pendapat saya semata-mata. Ini disebabkan tiada sebarang nas yang Qat'ie yang mengharamkan perbuatan bersyukur dan berterima kasih setakat yang saya tahu. Kalau rakan-rakan mempunyai nas-nas tersebut boleh berkongsi dengan saya.

Isu SAPP, menjadi hangat. Alhamdulillah, setakat ini tidak menjadi kenyataan. Saya doakan agar hasrat tersebut tidak akan menjadi realiti InsyaAllah. Saya berpendapat bahawa pandangan atau tindakan SAPP adalah satu tindakan menangguk di air keruh. Inilah bahana jika kita tidak kuat di Parlimen. Semua pihak akan mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita. Saya amat bersetuju dengan saranan Raja Muda Perak. Melayu perlu kuat untuk memperjuangkan nasib bangsa. Untuk kuat kita kena bersatu. Pengalaman di Perak sesungguhnya menjadi pengajaran yang paling berharga kepada kita semua.

Kepimpinan UMNO di peringkat atasan juga kena muhasabah diri masing-masing. Kenapa suasana dan keadaan ini berlaku? Saya berpendapat ia bukan sahaja berpunca daripada bawahan tetapi juga melibatkan atasan. Sama-samalah kita bermuhasabah diri.

Tahniah kepada bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu yang diberi mandat baru. Mandat untuk memulihkan UMNO. Saya yakin DS mampu untuk melaksanakan amanah bangsa ini dengan baik dan cemerlang. Ini berdasarkan reputasi DS Idris dalam menjalankan tugas di Terengganu Darul Iman.

Kepada menteri yang baru...sebarang kenyataan media hendaklah memahami hati dan nurani rakyat. Jangan katakan beras tidak naik harga tetapi rakyat membeli dengan harga yang begitu tinggi. Seolah olah mereka tidak mengetahui apa yang berlaku di kalangan rakyat. Begitu juga isu Batu Putih. Rakyat bersunggut apakah yang dikatakan 'win win?'....Wallahu 'Alam....
Begitu juga isu tali pinggang belakang Kereta....Rakyat yang sedang 'panas' dengan isu minyak...jangan ditambah lagi dengan bebanan baru kepada rakyat kita... Berhati-hatilah...

'Sesaat berfikir kemudian bertindak adalah lebih baik daripada sepuluh kali bertindak kemudian berfikir'....Fikir-fikirkanlah

5 comments:

Hebatnyer Melayu said...

salam...........

Kenaikan minyak adalah isu global dan kita sbg negara kecil terpaksa mengikut arus kemajuan ekonomi. dalam keadaan sekarang masih ada yang hendak menaguk di air yang keroh. seharusnya dalam keadaan sebegini kesabaran itu lebih penting dari kita memaki atau berdemo kesana kesini.
sekian....

http://hebatnyermelayu.com/

Zaki said...

"...Inilah bahana jika kita tidak kuat di Parlimen. Semua pihak akan mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita. Saya..."

Dato',
Saya berpandangan keputusan PR lalu banyak membawa kebaikan kepada negara walaupun mungkin kuasa politik Melayu berkurang di Parlimen. Sekurang2 nya ia menjadi wake up call kepada pemimpin2 kerajaan supaya lebih mesra rakyat dan lebih terbuka kepada kehendak rakyat.
Life must go on.. yg penting kita kena pandai menganalisa perkembangan semasa dan mengambil peluang sebaiknya utk kepentingan rakyat... Bila MB Dato' Ahmad Said berani menyuarakan hak rakyat Trg ttg royalti minyak, kini kita lihat wang royalti kembali ke Trg... begitu juga bila ahli2 parlimen Sabah menyuarakan masalah mereka yg sekian lama tidak diperdulikan, now Sabah mendapat peruntukan tambahan segera RM1 bilion dan masalah2 lain dijanjikan utk diberi perhatian serious. The point is, kita kena berjuang mendapatkan hak kita, jgn harap org akan memberi kpd kita tanpa kita memperjuangkannya. Saya cukup kecewa dengan prestasi ahli2 parlimen Trg terutama dlm isu royalti minyak. Bila isu ini dibahaskan di Parlimen tak de sorangpon (tak dok sekor habok!! maaf cakap) yg bangun menyuarakan hak rakyat T'ganu ini, sedangkan ahli Parlimen drp negeri lain pula yg bersuara.. Harap kalau dato' jumpa mereka tolong kirim salam saya, katakan yg rakyat T'ganu memilih mereka bukan utk jadi pendengar dan penonton di Parlimen tapi sebagai wakil menyampaikan suara rakyat.
Wassallam

Pok Yah said...

Dari malaysiakini
Apa komen Dato
Idris-Ahmad bertembung di H. T'ganu

Muda Mohd Noor | Jul 2, 08 11:53am

Pertandingan ketua Umno bahagian Hulu Terengganu akan menyaksikan pertembungan antara penyokong bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh dengan penyokong menteri besar sekarang Datuk Ahmad Said.

Bekas exco kerajaan Datuk Rosol Wahid hampir pasti mencabar bekas timbalan menteri kewangan Datuk Tengku Putera Tengku Awang dalam pemilihan parti, September ini.

"Mereka akan berentap dalam pemilihan jawatan ketua bahagian kali ini kerana kedua-duanya amat memerlukan jawatan tersebut.

"Rosol memerlukan jawatan itu untuk masa depan politiknya setelah terpinggir berikutan ketuanya Idris tidak lagi menjadi menteri besar,” kata satu sumber Umno Hulu Terengganu kepada Malaysiakini hari ini.

"Manakala Tengku Putera digugurkan dari bertanding dalam pilihanraya umum lalu kini bergantung harap kepada jawatan ketua bahagian untuk menuruskan kerjaya politiknya."

Sumber itu berkata, persaingan antara mereka berdua sudah lama tetapi semakin menyerlah apabila Tengku Putera digugurkan daripada jawatan timbalan menteri kewangan pada 2006.

Ada pihak mendakwa itu semua, antaranya, permainan Rosol yang meminta Idris mencadangkan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Tengku Putera digugurkan daripada jawatan tersebut.

"Kemarahan Tengku Putera terhadap Rosol semakin bertambah apabila namanya tidak disenaraikan dalam pilihanraya umum lalu," kata sumber itu lagi.

Menurut sumber itu, pengguguran Tengku Putera adalah disebabkan oleh Rosol, waktu itu setiausaha badan perhubungan Umno, yang mahu mengangkat kawan baiknya Mohd Nor Awang bertanding di kerusi parlimen Hulu Terengganu.

Sementara itu, menurut sumber itu lagi, Tengku Putera telah merancang strategi menyingkirkan Rosol sebagai ahli dewan undangan negeri Ajil dalam pilihanraya umum akan datang dengan seorang muka baru.

Manakala Tengku Putera sendiri akan mengambil semula tapak lamanya di kerusi dewan undangan negeri Telemong, sekaligus akan menyaksikan exco pertanian negeri Rozi Mamat terpaksa berpindah ke kerusi parlimen.

pulutkuning

Yuzz said...

Dato' pertama sekali saya minta maaf kerana terpaksa memanggil dato' penderhaka sultan. Perasaan marah pada Dato' masih belum padam disebabkan kesombongan Dato' dengan loghat pekat teganu menghina dan mencabar keputusan sultan tidak melantik semula Dato' Idris. Harap2 Dato' insaf dan menumpukan usaha untuk membangunkan kawasan Dato. Sekian

Alvin Kassim said...

"Saya amat bersetuju dengan saranan Raja Muda Perak. Melayu perlu kuat untuk memperjuangkan nasib bangsa. Untuk kuat kita kena bersatu."

dato'..isu kekuatan melayu tidak akan selesai kerana pemikiran melayu sekarang terbalik terutama sekali pemikiran pemimpin kita..kita asyik saja bercakap pasal ketuanan melayu, kuasa politik melayu. memang benar melayu hanya ada kuasa politik dinegara ini, itu kenyataan.

sepatutnya kalau nak menguatkan melayu, kuatkan minda melayu dulu. melayu mesti menguasai ciri-ciri orang cina, bukan mata duitan tapi cara mereka berfikir untuk menguatkan posisi mereka dari segi ekonomi..bila ekonomi sudah dikuasai, barulah boleh bercakap pasal isu lain. tapi untuk menguasai sesuatu, melayu perlu disiplin. perkara asas perlu diperbaiki seperti disiplin, kemalasan dan berfikiran positif serta selangkah kehadapan (forward thinking).

ciri-ciri ini perlu diberi kepada anak-anak melayu diperingkat sekolah dan dirumah supaya apabila mereka membesar, bersaing dengan kaum lain adalah second nature. satu lagi adalah kesedaran bahawa anda tidak boleh membawa kekayaan ke kubur. ada had kepada perolehan wang. buatlah wang sebanyak yang mampu tapi berhenti pada had dan selebihnya buatlah untuk kebaikan rakyat, negara dan agama.