Sunday, June 22, 2008

BERDOSAKAH KITA BERTERIMA KASIH

Salam bloggers...terima kasih kawan-kawan yang tidak jemu melayari blog saya. Saya amat terhutang budi. Semua komen yang diberi saya publishkan. Terima kasih Sdri Faridah yang yang menasihati saya agar meneliti ejaan yang tertera. Maaf kepada pejuang-pejuang bahasa akibat kesalahan bahasa yang saya lakukan. Ini semua berlaku dengan tidak disengajakan... 'dok sengeleng'... kata orang Terengganu.

Budakkua memberi pandangan membina tentang pertandingan Bahagian Hulu Terengganu. Dan melemparkan pandangan bahawa saya dan beberapa rakan dalam Bahagian UMNO sekarang tidak sekata. Dengan kata lain kami bermusuhan. Itu satu tuduhan yang berat untuk diterima. Kalau saya tidak hadir mesyuarat kerana tidak mahu berjumpa dengan Ketua Bahagian dan YB Rozi.. amat tidak betul dan penuh dengan prasangka. Minggu lepas kami semua hadir mesyuarat Bahagian Hulu Terengganu. Alhamdulillah semua lancar dan harmoni. Boleh dikatakan setiap malam kami minum air bersama-sama. Oleh itu saya ingin mohon jasa baik Budakkua agar jangan dengar cakap orang ...Firman Allah...bermaksud....
'Jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita hendaklah kamu siasat terlebih dahulu berita tersebut sebelum menerimanya.'

Saya bertanya tentang maksud ORANG FASIK dalam ayat tersebut kepada seorang ustaz...Kerana masalah yang orang Melayu dan masyarakat Islam sedang hadapi sekarang ialah pembawa berita-berita palsu dan fitnah ini kelihatan baik dan warak, alim dan nampak berilmu. Lantas menyukarkan kita untuk menilai yang mana berita betul dan yang mana palsu, yang mana kaca dan yang mana batu...

Jawapan yang diberikan kepada saya ialah;
1. Cara yang pertama ialah kita kena siasat siapa pembawa berita tersebut. Jika kita maklum bahawa pembawa berita tersebut seorang yang Fasik, maka berita yang dibawa hendaklah disiasat...untuk mengetahui benar atau tidak berita tersebut. Jika benar, terima lah dan jika tidak benar, maka tolaklah.

2. Cara kedua ialah menilai isi berita yang dibawa itu. Jika isi berita itu membawa kebaikan,maka terima lah dan jika membawa keburukan maka tolaklah.

Semoga pendapat ini akan menjadi alat untuk kita menerima atau menolak sesuatu berita yang kita terima.

Bagi sahabat saya Orang Bukitdiman...satu soalan yang ingin saya ajukan...Berdosakah kita jika kita berterima kasih?

Saya pernah bertanya kepada seorang Tok Guru iaitu wujudkah ayat atau hadis yang mengharamkan seseorang umat bersyukur dan berterima kasih. Malangnya sehingga sekarang saya masih belum menerima sebarang jawapan...

'Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Fikir-fikirkanlah...

5 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

istilah terima kasih dalam bahasa melayu dan bersyukur- alhamdulillah (dalam bahasa arab) mempunyai pengertian sama. Kini kita lebih suka kepada ucapan- thank you. tak kisahlah. janji maksud yang hendak disampaikan tepat dan bermotifkan kebaikan.

soal dosa pahala kita tidak dapat tentukan sebab ia 'ditangan' tuhan. maha pencipta. tetap bagi orang PAS dosa pahala, syurga neraka mereka yang tentukan. Dato setuju ke tak, itulah yang berlaku sekrang.


pkrpasdap.blogspot.com

Zaki said...

Dato'
Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan terimakasih kpd Dato' kerana masih lagi belum give-up dalam melayani komen2 yg diberikan dlm blog Dato' ini. Memang susah nak cari blogger dari kalangan pemimpin yg menjawab soalan2 panas dan kadang2 remeh temeh.. terutamanya dari pemimpin2 negeri Terengganu, malah laman web kerajaan negeri pon tak ada ruang untuk pembaca memberi komen dan cadangan... apatah lagi utk menjawab segala persoalan.
Saya ada beberapa cadangan mengenai wang royalti yg khabarnya akan diuruskan sendiri oleh kerajaan T'ganu.
1. Kerajaan T'ganu perlu memberi tumpuan yang lebih kepada pembangunan modal insan. Banyakkan biasiswa kepada rakyat utk melanjutkan diperingkat tinggi terutama rakyat miskin di kg2, anak2 nelayan dll. Pada pendapat saya,bezanya rakyat t'ganu dengan rakyat kelantan adalah terletak pada tahap pendidikannya...Kelantan disebut negeri miskin rakyat kaya kerana dinamism rakyatnya yg dibekalkan dengan ilmu sejak begitu lama, samada ilmu agama atau duniawi. Di KL boleh dilihat ramainya org kelantan memegang jawatan2 penting dijabatan kerajaan atau swasta. Dimana org T'ganu?
2. Kurangkan projek2 gah yg memerlukan peruntukan besar.. cukuplah Taman Tamadun Islam yg tersergam indah di Pulau Wan Man, musium terbesar, kompleks sukan terbesar, taman ilmu yg akan dibina (harap2 dibatalkan jika belum terlambat)... jangan dibina lagi monumen2 seperti ini kalau hanya utk bermegah2 dan menunjukkan kita byk duit...Allah tidak menyukai org yg sombong dan bermegah2... tak pasti berapa byk peruntukan diperlukan setiap tahun utk mengurus monumen2 itu supaya tidak menjadi gajah putih. Dulu kita kata projek2 mega di T'ganu diputuskan oleh org2 di tingkat 4 Putrajaya, kita cuma menerima.. sekarang keputusan ditangan sendiri.. jgn pisang berbuah dua kali....
Agak pjg harap maaf Dato'krn gunakan byk bandwidth blog dato' ini..

org bukitdiman said...

Salam Dato,

Pertanyaan Dato terhadap saya, berdosakah jika kita berterima kasih? Rasanya tak payah la saya jawab kerana semua orang maklum apa jawapannya.

Dato...
Saya merasakan isi yang Dato tulis dalam blog Dato kurang ummpp...Saya berpendapat agar tulisan Dato lebih kepada apa yang berlaku dalam senario politik negara kita. Umpamanya pandangan Dato mengenai yang dibuat parti SAPP sekarang, isu kenaikan gaji CEO syarikat GLC, isu undi tidak percaya kepada PM, isu pemuda PAS membantah konsert artis sempena bolasepak Piala Sultan Selangor dan sebagainya. Dengan nukilan yang "in-line" dengan perkembangan terkini, diharapkan blog ini menjadi lebih umpp dan kaw....

Wasalam

Alvin Kassim said...

Dato'

Memang tidak berdosa berterima kasih, sepatutnya wajib. Tetapi bagi saya, kena tengok konteks. Kompas dalaman kurnia Tuhan adalah satu-satunya lampu suluh dalam gelap. Kompas ini adalah kebenaran dan tindakan untuk kebenaran. Susah saya nak translate dari perkataan Inggeris "Righteousness".

Bagi saya, kerajaan wujud untuk bertugas untuk rakyat. Kalau tak nak bertugas untuk rakyat, berhenti sahaja dan jadi rakyat supaya boleh ada kerajaan bertugas untuk anda. Kalau bertugas untuk rakyat, buat yang terbaik untuk rakyat dan negara. Be righteous. Kalau anda disuruh buat benda yang menguntungkan rakyat dan negara, kemudian anda dapat tanda penghargaan (Dato', duit, rumah, harta, etc) memang patut berterima kasih.

Kalau anda disuruh buat benda yang tidak menguntungkan rakyat dan negara, kemudian anda dapat tanda penghargaan (Dato', duit, rumah, harta, etc) dan anda berterima kasih, berdosa lah. Not righteous.

Mat Yie said...

Dato',

Yang pertama soal hubungan dato' sesama pemimpin UMNO Bahagian dikatakan renggang,biasalah dato', mereka tidak pernah nk kenal siapa dato dan apa yang dato buat,yang mereka tahu cume dgr kabar berita dari org-org yg seperti dato katakan,org yg fasik. saya sendiri pernah bersua dgn YB Rozi yg bertegur sapa dah bermanis muka dengan calon PKR telemong,inikan pula sahabat perjuangan sesama parti dan satu wadah perjuangan. mungkin mereka tidak tahu keakraban dato dgn yb2 lain. biarkan mereka terus dgn fitnah mereka.biarkan mereka terus hanyut di bawa arus tok guru mereka. biarkan mereka... biarkan siluncai terjun dgn labu-labunya.

Yang kedua soal berterima kasih.
Lakukan apa saja yang kerajaan mampu dato,jgn pedulikan mereka yg tidak mahu berterima kasih,mereka tidak akan berterima kasih selagi bukan tok guru yg memberi mereka keselesaan kepada mereka walhal mereka pernah merasai keperitan itu. Mereka sebenarnya takut,malas dan tidak mahu berusaha untuk mengubah cara hidup dan budaya mereka.meraka cuma mahukan kehidupan yg seperti dulu,tiada cabaran dan persaingan. manusia ini manusia lemah dan tidak beretika pada saya,tiada prinsip, tiada semangat kemelayuan asli.
Biarkan mereka dato',biarkan mereka..