Wednesday, June 18, 2008

Ikon Baru Kuala Terengganu

Salam bloggers....syukur kerana kita masih dianugerah kesihatan yang baik dan rezeki yang murah. Alhamdulillah..Di Pejabat Pos saya masih nampak rakyat berbaris panjang untuk membuat tuntutan rebate. Ada yang dapat RM600++ dan ada yanga dapat RM100++..Syukurlah. Walaupun saban hari mengutuk dan menggigit tangan yang memberi rezeki tetapi masih sanggup beratur untuk mendapat nikmat...

Nyna's Hus mengutarakan masalah parking di Pasar Kedai Payang...Saya tahu dan saya mengalami sendiri masalah tersebut. Dahlah parking penuh, suasana gelap dan berair. Maklumat ini saya panjangkan kepada pihak MBKT...InsyaAllah akan dibaiki kerana Pasar Kedai Payang akan di baik pulih tidak berapa lama lagi. Suasana ini terjadi disebabkan oleh Pasar tersebut semakin menjadi tumpuan seluruh rakyat sama ada tempatan atau pelancong. Alhamdulillah.. Pasar Kraf tersergam indah di tepi Bukit Puteri. Satu Icon baru Kuala Terengganu. Saya memahami masalah dan problem rakyat. Walaupun saya pernah ada driver... saya juga sering memandu sendiri.

Satu ketika dulu, tempat parking di tingkat atas tidak digemari. Lagipun jumlah kenderaan tidak berapa banyak. Sekarang lain. Kereta bertambah dengan pesat. Orang Kuala Terengganu sekarang telah merasai bagaimana perasaan ketika jalan jem. Kawan saya memandu dari bulatan Batu Enam ke Kuala Terengganu melalui jambatan Duyung... mengambil masa 3 jam...Parah sekali.

Royalti minyak InsyaAllah akan menjadi milik Terengganu. Tahniah MB Terengganu kerana kejayaan tersebut. Sebagaimana yang diharapkan oleh rakan bloggers, saya jua mengharapkan agar duit ini dimanfaatkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat terutama golongan miskin. Saya yakin kerajaan mempunyai perancangan yang rapi ke arah itu. Cuma saya bimbang rakyat akan sentiasa menanti untuk disuap. Akan terus menjadi bangsa peminta. Tiada usaha untuk berdikari. Ini kebimbangan saya....

...Kata pujangga; 'Success or failure is caused by MENTAL ATTITUDES rather than MENTAL CAPACITIES'...Fikir fikirkanlah

7 comments:

adli maaris said...

assalamualaikum dato, semoga sihat sejahtera.

isu kemiskinan memang sudah lama menjadi topik perbincangan. semamangnya kita tidak dapat menyelesaikannya 100 peratus, dan kita tidak dapat untuk menunaikan kehendak rakyat kesemuanya. tetapi apa yang telah dato lakukan selama ini amat saya kagumi. segala tindakan yang dato rancangkan adalah untuk keperluan rakyat.

walaubagaimanapun, seperti dato katakan, ditakuti rakyat hanya akan menunggu untuk disuap. saya percaya untuk mendapatkan sesuatu kita mesti berusaha. ini semua bermula dengan 'sikap' atau 'attitude' setiap insan. inilah yang perlu diperbaiki. untuk merubah sikap seseorang adalah amat sukar. tetapi jika kita mampu memperbaikinya, ianya dapat membantu menghasilkan satu generasi yang lebih mantap.

oleh itu saya berharap agar pihak kerajaan dapat membuka kedua dua mata untuk lebih memandang ke arah memperbaiki sikap masyarakat. bukan hanya sekadar memberi projek atau memberi kemudahan, kerana kemudahan yang canggih manapun jika tidak digunakan dengan betul, hanya akan merugikan semua. proses ini sememangnya satu usaha yang rumit, but we have to start with something. jika 10 tahun lalu masyarakat kita telah berubah, 10 tahun akan datang kita juga akan berubah. hanya setakat mana dan ke manakah perubahan itu akan pergi, semuanya terletak kepada diri sendiri dengan dorongan dan bantuan para pemimpin yang berdedikasi dan amanah.

p/s: bila boleh pi teh tarik dengan hisap paip sama sama dato'? lama tak dengar celoteh dato lah.

Yus said...

Alhamdulillah,..syukur kepadaNYA atas segala nikmat ini. Saya bersetuju dengan apa yang Dato' kata tu terutamanya perihal royalti yang dikembalikan utk diurus oleh kerajaan negeri Terengganu sendiri. Tahniah kepada usaha YAB MB kita. Yang menjadi cabaran kelak adalah untuk menaiktaraf minda orang kita yang sebahagian besarnya lebih suka disuap dan nanti disuap. Saya pasti pihak kerajaan ada kaedah agar orang kita ditala semula mindanya menjadi warganegara yang bukan sekadar menerima sahaja...berfikir dan bertindak untuk masa depan demi kesinambungan generasi. InsyaAllah.

A GOOD PLAN TODAY IS BETTER THAN A PERFECT PLAN TOMORROW.

YUS

taiko said...

xde org nak komen ke kat page ni?? hmmm.. dh x laku kot.. ksian2..

org bukitdiman said...

nSalam Dato...

Saya terpanggil untuk memberi komen saya mengenai isu rebate tunai bila Dato menulis ada orang saban hari mengutuk dan mengigit tangan yg memberi rezeki tp masih beratur utk mendapat nikmat... Saya ingin bertanya pada Datuk... adakah kerana kita mengutuk kezaliman dan kebodohan tindakan kerajaan sekarang, kita tidak layak mendapat rebate itu? Ini ke pandangan seorang wakil rakyat yang telah berkhidmat selama 3 penggal...
Semua orang sedia maklum bahawa dengan kenaikan harga minyak... semua rakyat merasa kesannya. Hidup semakin mencabar, kos hidup naik, harga barang naik dan macam lagi kenaikan...Dengan rebate yang sebanyak itu tidak boleh menampung kos kenaikan semua benda pada masa sekarang.
Sepatutnya sebagai wakil rakyat, Datuk harus mewakili rakyat bertanya kepada kerajaan..... ini ke apa yang rakyat dpt (minyak naik, harga brg naik dll) setelah memberi kemenangan kepada BN dlm pilihanraya lepas? Ibaratnya , diberi madu, dibalas tuba.
Saya juga ingin mengucapkan syabas pada kerajaan Terengganu pimpinan Dato Ahmad Said memngenai isu royalti. Cume terdetik di dlm hati kecil saya ini ... jikalau kerajaan Terengganu masih dipimpin oleh Idris Jusoh ..mungkin royalti masih dipegang oleh kerajaan pusat.
Disini juga saya mengucapkan terima kasih kepada Dato kerana menjemput saya utk bertemu Dato mengenai penjelasan isu MB dulu. Insyallah Dato, bila saya balik kampung saya cuba mencari masa bertemu Dato. Utk pengetahuan Dato, saya memang sekampung dgn Dato, cuma mencari rezeki di luar Terengganu.

Wasalam...

faridah said...

YB Dato',

Saya sangat berbesar hati jika ejaan dan tatabahasa disemak terlebih dahulu sebelum disiarkan. Ia melambangkan tahap ketelitian kita. Contohilah Tun M yang jarang dijumpai kesilapan ejaan di blognya.

RAJA SIBER said...

Dato,
semenjak harga minyak naik, barang lain turut naik. Ini membebankan rakyat kerana pendapatannya menjadi berkurangan. Di laman web saya, saya menerima email dari orang ramai termasuk peniaga kerana semenjak Kuala Terengganu menjadi Bandaraya mereka menerima saman dari MBKT. Mereka kata semasa bertaraf MPKT, Penguatkuasa banyak bertolak ansur sebelum menyaman. Biasanya mereka memberi amaran dulu, jika minggu depan tidak menurunkan signboard atau merobohkan barulah MPKT mengeluar saman. Maknanya Hanya orang yang degil saja yang kena saman. Tapi setelah dinaik taraf sebagai MBKT, penguatkuasa begitu efisyen sekali. salah sikit saman. Tak ada tolak ansur langsung. Mereka meminta saya menyampai masalah ini kepada Dato' supaya semua saman2 yang dikeluarkan termasuk parking kereta dihapuskan. Penghapusan ini dapat meringankan bebanan akibat kenaikan minyak. Cara begini kerajaan dapat membantu warga kota. Jangan kejar sangat untuk mendapat RM80 j setahun bagi memenuhi satus bandaraya sehingga negeri kita tergadai kepada pembangkang yang sedang menganga mulut.

budakua said...

dalam blog penawarrinduku kata cikgu Rosol akan di tentang oleh cikgu Ruzi, ku tera pulak dilawan oleh cikgu md noor@lias...benarkah?
Cikgu Awi pulak nak lawan Yusof Awang Hitam? ish..ish ...ish.....politik-politik- dulu kawan bukan main baik, sekarang ni macam kucing dgn anjing.
Pegawai MDHT kata cikgu rosol bila time mesyuarat selalu tanya siapa2 yg ada, kalau rozi ke Kutera ke tak ada baru Cikgu rosol pergi.Bila kedua -dua ada, cikgu tak pergi.Yang banyaknya cikgu rosol ponteng mesyuarat.Ingat cikgu amanah tu kena pergi mesyuarat..amanah...