Sunday, June 15, 2008

Terengganu Dan Kemiskinan

Salam bloggers...Terima kasih banyak banyak kepada rakan-rakan setia yang masih sudi menjenguk blog saya. Dan terima kasih dengan pandangan dan buah fikiran yang diberikan. Nampaknya isu minyak masih hangat diperkatakan. Kelmarin saya nampak ramai yang beratur di pejabat pos untuk claim rebate. Pos Malaysia melaporkan RM24.12 milion yang melibatkan 47,774 pemilik kenderaan telah mendapat rebate masing-masing. Alhamdulillah.

Seorang sahabat saya menyokong tindakan kerajaan berkaitan isu minyak ini. Alasannya ialah tindakan ini menguntungkan negara. Subsidi minyak ini sebenarnya dinikmati oleh semua orang yangh hidup di negara ini termasuk pendatang asing yang sah dan yang haram. Jadi dengan penarikan balik subsidi ini dan di beri rebate kepada rakyat Malaysia sahaja, maka ini akan memberi sedikit keuntungan kepada negara. Alasan ini ada logiknya. Sejauhmana alasan ini benar... Wallhu a'lam...

Ada sahabat bloggers yang pada saya masih tidak mengikuti perkembangan semasa di Terengganu. Mungkin mereka telah lama tidak kembali ke negeri ini setelah berada di luar negeri. Isu kemiskinan adalah isu yang paling sensitif dan dekat kepada rakyat. Kerajaan begitu prihatin tentang hal ini. Kata-kata seperti negeri kaya rakyat miskin sering saya dengar....Alhamdulillah sekarang setelah beberapa langkah telah kita laksanakan sejak 2004 hingga 2008, kadar kemiskinan dari 15% lebih telah turun menjadi 6% lebih. Ini satu kejayaan yang cukup baik dalam masa 4 tahun lebih. Dan kita bukan lagi negeri yang termiskin di negara ini. Saya yakin jika usaha berterusan diambil untuk menangani isu ini, Insya Allah kita akan diberkati.

Lantaran itu. sekarang tiada lagi kelihatan rumah-rumah beratap daun bertiang kayu bulat serta bergelegar batang nibung...Dalam usaha pembangunan insan...kita hantar anak-anak PPRT untuk kursus kelasi kapal, pembinaan bot fibre dan kursus-kursus yang 'Job Guarantee'....semuanya secara 'free of charge'...Tujuan tidak lain tidak bukan untuk mengeluarkan keluarga mereka daripada belenggu kemiskinan. Ini lah usaha kita. Kita Cakap dan kita Buat.

Ada rakan bloggers yang membandingkan saya dengan YB Tan Sri Mohd Taib...terima kasih..Beliau bukan tandingan saya. Bagi saya beliau seorang yang hebat... siapa saya untuk dibanding dengan beliau. Ada yang kata saya emosi...silap...saya bukan seorang yang emosional. Mungkin saudara silap faham...Berkenaan politik cantas mencantas... saya tiada agenda tersebut kerana sebagai bekas guru saya akan memberi yang terbaik untuk agama bangsa dan negara. Ini sahaja sekelumit bakti yang mampu saya hulurkan sementara hayat dikandung badan.

Kembali kepada isu kemiskinan...ia akan menjadi isu yang semakin hangat dengan kenaikan bahan api dan harga barang. Rumah PPRT yang dulunya RM15 ribu dinaikkan menjadi RM18 ribu dan hari ini saya yakin jumlah RM18 ribu telah tidak termampu untuk dibina.. Ini keluhan rakan-rakan kontraktor....Cuma didoakan agar kita tidak lagi menjadi negeri termiskin di bumi bertuah Darul Iman ini...InsyaAllah...

.....maksud hadis; Kemiskinan itu menghampirkan seseorang kepada kekufuran....Fikir fikirkanlah.

4 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah, kelmarin orang ramai telah berbaris ramai di Pejabat Pos untuk mendapat rebet tunai minyak sebanyak RM625 untuk kereta & Rm150 motorsikal. Ditangan mereka ada 3 keping borang & ada sekeping borang. Tetapi yang kelakar ada terdapat seorang itu yang ketahui selama ini mengutuk sekeras-kerasnya tindak kerajaan menaik harga minyak dengan mengatakan kerajaan zalim la, lemah la, tiba-tiba beratur sama untuk menerima rebet tunai.

Nyna's Hus said...

Dato'

Walaupun saya mencari makan di luar negara, saya mengikut keadaan politik & ekonomi negara. Saya sentiasa balik kampung tengok kampung!! Dan last month saya balik dan melihat keadaan parking bertingkat Pasar Kedai Payang masih macam kubang kerbau bila hujan.

Mungkin Dato' yg tak pernah parking kat situ, maklumlah naik kereta besar dgn driver, kalau dtg pasar pun driver drop dpn entrance, bukannya susah macam kami terpaksa naik 5 - 6 tingkat cari parking, bila hujan terpaksa harungi lopak air!!

Tengoklah keadaan rakyat Dato', jgn jadi macam Samy Vellu, tak pernah merasa bayar toll! Kerja dia cuma tahu naikkan toll aje! Bila rakyat komplen dia kata toll mana ada problem!! Dato' Shahrir bila terpaksa bersusah cari bas/teksi utk ke KL Central utk ambil ERL ke Putraja & KLIA, baru nak bawah issue tu kabinet, kami rakyat dah lama alami kesusahan masalah bas dan teksi di KL ini Dato'! Rakyat terpaksa meredah jam dan bayar toll dan parking, pemimpin mana merasa susah ni semua Dato'?

Kat Terengganu pun, Dato' pernah merasa ke tunggu bas 1jam? Ada ke sistem teratur jadual bas kat Terengganu dato'? Rakyat dah ramai ada kereta, mungkin rakyat dah agak kaya, Alhamdulillah, tapi sistem parking MBKT banyak problem!! MBKT saman pun pilih bulu, kereta besar, mercedes, no plat 2 angka tak berani saman, kereta rakyat biasa, cepat cepat keluar saman bila double parking kejap dpn Kedai Payang atau bangunan MBKT, adil ke Dato'?

Saya cakap ni sebab Dato' pernah jadi EXCO, yg bertanggungkawap urusan semua daerah negeri Terengganu, bukan Ajil shj. Masalah ni dah lama, bukan bila dato' dah tak jadi jadi EXCO.

Berpijak lah dibumi yg nyata Dato'.

Wassalam.

network5 @ semie said...

Moga-moga dengan royalti minyak yang diterima penurunan kadar kemiskinan akan menjadi agenda utama.

Dato' teruskan perjuangan untuk rakyat kebanyakan di kawasan hulu ganu yang masih kekurangan dari segi peluang pendidikan untu bersaing dengan rakan-rakan dibandar

Semoga perancangan yang lebih mantap dapat diaksanakan selepas menerima royalti minyak tanpa mengira darjat dan fahaman politik

mat_terab said...

Rajasiber kau memang bodoh...
yang mengutuk tindakan kerajaan menaikan harga minyak bukan saja pembangkan tapi umno pun ada....
Adalah menjadi hak mereka mengambil duit itu kerana mereka pembayar cukai yang selama ini kerajaan duk kutip...
dan kamu jangan ingat duit kerajaan tu duit BN maka yang kutuk tu tak boleh pegi ambik....
duit tu semua adalah duit rakyat selagi mereka bergelar warga negara malaysia maka mereka mempunyai hak...
dan jangan ingat dengan RM625 dan RM 150 tu cukup.....
isi minyak sebulan pun tak dapat nak tampung....
tapi mereka rakyat tak ada pilihan lagi kerana rata-rata rakyat susah maka terpaksa lah berebut-rebut nak mendapatkan duit rebat tu....
Aku tahu lah kamu umno banyak duit jangan lah nak kutuk rakyat yang susah begitu sekali....dan janganlah angkuh sangat......