Saturday, June 7, 2008

Minyak oh Minyak...Bantu Sekadar Termampu

Salam bloggers...terima kasih dengan komen dan pandangan yang diberi. Ada yang kata saya hanya siarkan yang positif sahaja.. yang negatif saya buang. Tak betul. Saya baca semua tulisan rakan rakan. Ada yang positif dan tak kurang yang negatif. Yang baik saya jadikan teladan yang buruk saya jadikan sempadan. Budakua ada katakan bahawa YB PAS telah lama potong elaun mereka 20%... Betul ke?

Sepanjang yang saya tahu ada pemimpin PAS tak bayar zakat pun selepas kalah dalam PRU 2004. Saya katakan demikian kerana tiada rekod pembayaran zakat di MAIDAM. Ada yang potong gaji...tiba tiba apabila kalah 2004 mereka membatalkan potongan tersebut. Bukan mengata tetapi sekadar membetulkan fahaman dan tanggapan. Tanyalah YB Dr Hassan Ali...berapakah bayaran yang telah dilunaskan kepada kerajaan negeri dengan penyewaan Sekayu semasa pemerintahan PAS? Please check.

Org Bukitdiman kata saya terpesong... dimana bukti pemesongan saya... Wallhuallam.. Mungkin kalau saya terpesong dan tidak berkhidmat dengan baik, saya yakin..saya telah ditolak oleh rakyat Ajil...tetapi Alhamdulillah syukur saya kepada Allah dan terima kasih saya kepada orang Ajil yang memilih saya.... PRU 1999 saya hanya menadapat 125 undi majoriti. Tahun 2004 meningkat menjadi 3783...beribu kaliganda peningkatan dan dalam PRU 12 dalam suasana tsunami... undi untuk BN di Ajil meningkat lagi hampir 1000 majoriti. Alhamdulillahhh...Terima kasih penyokong dan pengundi BN di Ajil. Budi kalian tidak termampu saya membalasnya..Dan saya mengaku bahawa saya tidak mampu untuk memenuhi kehendak semua orang dalam satu masa. Maafkan saya.

Ada yang mengatakan bahawa 5% potongan yang saya cadangankan itu terlalu sedikit. Saya katakan dulu ...ini sahaja yang termampu untuk saya lakukan demi negara dan rakyat. Saya tidak tahu mereka yang katakan sedikit itu berapa persenkah kesanggupan mereka untuk sumbangan ini? Mungkin 100% daripada gajinya barangkali. Alhamdulillah...

Ada yang katakan bahawa 5% itu lebih baik diderma kepada masjid. Ini satu lagi salahfaham tentang agama. Mereka berpendapat hanya derma kepada masjid dan institusi agama sahaja yang akan dapat syurga. Derma dan sumbangan lain tidak dapat pahala...Silap....buat masjid dapat pahala insyaAllah dan buat jalan ke masjid juga dapat pahala...

Dalam menderma...jumlah banyak atau sedikit bukanlah perkara terpenting. Yang penting ialah ikhlas dan redha. Saya yakin dalam kekalutan harga minyak ini, jika semua rakyat merasa bertanggungjawab dan cintakan apa salahnya menyumbang sekadar termampu. Kemampuan saya sekadar 5% sahaja mungkin rakan rakan bloggers mampu menyumbang hingga 50%... sumbanglah... 'Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima'.

Kalau diibaratkan sekarang ini Ayah kita berada dalam kesukaran dan kesempitan wang. Maka kita sebagai anak anak yang berjaya, apa salahnya untuk menyumbang membantu meringankan beban ayah kita ini?

Dalam kehidupan ini, yang paling utama ialah ikhlas dalam berfikir, bercakap dan bertindak. Tetapi ia bukan sesuatu yang mudah. Ini bukan bermakna saya seorang yang paling ikhlas. Tetapi itulah yang saya cari selama ini....kerana saya tahu jika kita ikhlas InsyaAllah kita akan diberi petunjuk olehNYA dalam senang dan dalam sukar. Yakinlah.

Kata Punjangga; 'Ikhlas itu umpama seekor semut hitam, bergerak di atas batu hitam di malam yang gelita '....Fikir fikirkanlah

11 comments:

SYAHAMIN said...

Ada blog pun mung natang!!!!

hingatkan takdok!!!

wei natang, aku nok royalti natang!!!!!

pk said...

"Ubah cara hidup!"...itulah kata2 TPM kpd rakyat masa minyak dinaikkan sebanyak 30sen dahulu. Kali ini PM kaki tidur plak mengulangi kata2 keramat "ubah cara hidup" kpd rakyat bila dia naikkan minyak sebanyak 78sen. Soalnya pernahkan pemimpin2 peringkat tertinggi ini ubah cara hidup mereka? Paklah menggunakan menghabiskan sebanyak 9juta utk ubahsuai kediamannya di Seri Perdana, membeli kapalterbang utk kegunaan PM sebanyak RM200juta. TPM dan menteri2 lain dilihat masih dgn gaya yg mewah berkereta, mesyuarat malah masa kempen PRU12 pn masih menggunakan jet utk turun berkempen. Tentunya menggunakan duit kerajaan ie duit cukai yg dibayar oleh rakyat. Pernahkah pemimpin2 ini mengubah cara hidup mereka? Atau apakah ada elaun2 mereka yg dipotong? Seingat saya elaun menteri2 ini baru di naikkan, bukan diturunkan! Cakap mmg mudah dato ditambah pula ckp mereka yg hidup dgn subsidi(elaun) kereta, elaun minyak, elaun pemandu, elaun rumah, elaun keraian dan pelbagai elaun lg. Saya amat berharap subsidi(elaun)pelbagai yg dinikmati oleh pemimpin dpt ditarik sebahagiannya utk membuktikan mereka ikhlas utk mengubah cara hidup. Bukan takat ckp suruh org je ubah cara hidup.

Nyna's Hus said...

Dato'

Walaupun Dato' tak nak publish, kalau Dato' dpt baca pun ok lah! Fikirkanlah....

TIME TUN DR MAHATHIR
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )

TIME DOLLAH BADAWI
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

Kepentingan siapakan yg perlu Dato' utamakan sekarang? Rakyat makin terasa peritnya. Semua dah naik!!

budakua said...

Dato' tidak pernah berubah cara berhujah, sejak 1999 hingga sekarang macam tu juga, dulu dato' masih budak,tentu tak matang, sekarang masih juga begitu, hujah lari tajuk.Soal bayar Zakat mesti bayar guna resit ke?banyak cara nak bayar zakat, resit tu syarat sah zakat ke? Soal elaun potong 20% dato' boleh semak di pejabat DUN Terengganu.Kalau yang dah tak jadi Adun, belum dapat pencen macamana nak buat potongan.
Soal sewa kem sekayu tu, projek itu hasan Ali Buat bersama Ismail Ali ( Bekas DO Hulu Trg) Kerajaan negeri ketika itu( wan Mokhtar) langgar perjanjian.Kalau kerajaan BN kuat, hebat, telus..elok saman Hj Hassan Ali hingga muflis dan gugur exco.sayang seribu kali sayang dato' tak banyak maklumat..

budakua said...

Dato' tidak pernah berubah cara berhujah, sejak 1999 hingga sekarang macam tu juga, dulu dato' masih budak,tentu tak matang, sekarang masih juga begitu, hujah lari tajuk.Soal bayar Zakat mesti bayar guna resit ke?banyak cara nak bayar zakat, resit tu syarat sah zakat ke? Soal elaun potong 20% dato' boleh semak di pejabat DUN Terengganu.Kalau yang dah tak jadi Adun, belum dapat pencen macamana nak buat potongan.
Soal sewa kem sekayu tu, projek itu hasan Ali Buat bersama Ismail Ali ( Bekas DO Hulu Trg) Kerajaan negeri ketika itu( wan Mokhtar) langgar perjanjian.Kalau kerajaan BN kuat, hebat, telus..elok saman Hj Hassan Ali hingga muflis dan gugur exco.sayang seribu kali sayang dato' tak banyak maklumat..

org bukitdiman said...

Salam Dato,

Dato bertanyakan bukti pemesongan yang dilakukan? Apa yang saya perkatakan ialah Dato telah terpesong sekarang kerana tindakan yang Dato lakukan sekarang tidak mencerminkan diri Dato yang saya kagumi dulu.
Kemuncaknya ialah sewaktu krisis Menteri Besar. Dato mengetuai 21 orang lagi kawan-kawan Dato untuk mempertahankan Idris Jusoh. Dengan bangganya membuat kenyataan untuk meletak jawatan, undi tidak percaya dan banner "kami nok derih natang" semata-mata untuk Idris Jusoh.
Pada waktu tersebut,kenyataan Idris Jusoh di dalam media menyatakan dia menerima apa sahaja keputusan istana, seolah-olah dia tidak terlibat, hanya Dato dan kawan-kawan Dato sahaja yang bermatian mempertahankan dia. Untuk makluman, rata-rata orang yang saya kenali dan temui berasa kesal kerana Dato sanggup dipergunakan oleh Idris Jusoh. Akhirnya tentangan tersebut sia-sia sahaja apabila Dato Ahmad Said menjadi MB.
Dimana janji Dato dan kawan-kawan untuk meletak jawatan? Untuk membela diri dan menunjukkan kononnya tidak bersalah, maka keluarlah kenyataan dari Dato bahawa semua tindakan mempertahankan Idris Jusoh ialah adalah perintah Presiden UMNO & PM, iaitu Datuk Seri Abdullah Badawi. Ibaratnya, kalau PM kata terjun longkang, maka Dato dan kawan-kawan pun terjun longkang la. Inilah yang menyebabkan rasa terkilan saya yang amat sangat terhadap diri Dato.
Bagi saya orang yang berani ialah orang yang sanngup mengotakan apa yang dikata. Bukan dipergunakan oleh orang lain.
Saya juga ada menghantar 2 komen pada Dato sebelum ini, untuk meminta Dato membuat ulasan mengenai kehilangan duit royalti berjumlah RM 3 bilion. Tapi sayangnya Dato tidak menyiarkan komen saya itu. Kenapa? Hanya Dato sahaja ada alasan tersendiri.
Dato menyiarkan statistik mengenai majoriti undi yang diperolehi dalam pilihanraya lalu. Itu dulu Dato, sebelum semua tindakan Dato sekarang. Kalau sekarang.....
Harapan saya agar Dato menyiarkan komen saya ini, kerana seorang pemimpin yang berani ialah seorang yang sanggup menerima kritikan dan pandangan.

Wasalam

Anonymous said...

salam dato'..

ikhlas nak potong gaji, itu bukan tindakan seorang pemimpin yang cerdiklah wahai dato'....saya maksudkan dalam keadaan sekarang..kita dipimpin oleh pemimpin yang lemah..yang suka tidur dalam majlis rasmi (bodoh punya pemimpin), yang ada latar belakang pendidikan ISLAM..tapi peluk pinggang artis cina sambil senyum bangga..yang cakap bohong kepada seluruh rakyat Malaysia..yang gadai negara kepada SINGAPURA, Batu Putih dah terlepas ke tangan Singapura, tak mustahil 50 tahun lagi Iskandar Malaysia pula akan tergadai..yang biarkan menantu campurtangan dalam urusan pentadbiran negara....KEPADA PEMIMPIN BEGINI dato' nak berkorban?..buang karan aje lah dato'.....

hai dato'..senang je nak cari semut hitam di atas batu hitam di malam gelita...maksudnya,cadangkan kepada semua UMNO cawangan HULU TERENGGANU, jangan calonkan PAKLAH jadi PRESIDEN dalam PAU akan datang,ya..kalau dato' berani buat itu baru tandanya IKHLASSSSSSSSS..sebab UMNO parti keramat ini telah dimusnahkan oleh orang "INI"...Fikir fikirkanlah kalau sayangkan agama dan bangsa MELAYU yang kerdil ini..

mobilememory said...

Assalamualaikum;

Saya bukan nak merendah-rendahkan niat dan hajat Dato' untuk membantu rakyat. Tetapi pada pendapat saya, Dato' tak perlu potong elaun Dato'.

1) Apabila Dato' sebut 5%, mari selalu puok-puok nun kata bakpe bukan 40%? 5% tu ciput je, kalu separuh baru betul. Doh berapa cukup? Dato' potong 100% pun masih tak cukup.

2) Dato' tak perlu ambik tanggungjawab untuk menjawab isu kenaikan minyak ini. Kenapa minyak naik? Kenapa naik 78 sen? Bakpe dok naik tahun depan? bla bla bla...Tapi Dato' patut fokus untuk memajukan kawasan Dato' supaya mereka tidak terasa beban kenaikan minyak. Sebab yang buat keputusan ialah pemimpin tertinggi. Dan pemimpin tertinggi pun caca marba sebelum Pak Lah umum harga baru dan tarikh kuatkuasa harga minyak baru. Saya bukan nak merendah-rendahkan Dato', tapi janganlah Dato' pulok jadi tempat orang maki hamun.

wallahualam

Mat Yie said...

Dato',
Terima kasih dan tahniah diatas keperihatinan dato terhadap rakyat..
yang membangkang jangan tahu bercakap saja. buat sesuatu untuk buktikan mereka benar-benar berjuang untuk rakyat. yang susah pasal harga minyak naik ni sebenarnya yang tak faham je dato'. yang tak tahu ekonomi di pasaran global dan tak pernah nak tahu pasaran ekonomi dunia. pemimpin2 pembangkang sebenarnya tahu,tapi sengaja buat tidak tahu kerana inilah masanya yg paling sesuai untuk menghasut rakyat sekaligus menjatuhkan kerajaan BN kerana memang sejak azali,senjata mereka hanyalah hasutan.
saya kira sepatutnya pembangkang sama-sama menterjemahkan masalah ini kepada rakyat agar rakyat berasa tenang dan tidak tertekan,tidak menimbulkan kekacauan sekaligus memaparkan kepada dunia bahawa rakyat malaysia benar-benar sudah merdeka setelah 50tahun tarikh keramat 31ogos 1957. Jika nisbah atau gandaan harga minyak dunia dengan kenaikan harga minyak di malaysia sudah tidak mampu mereka tafsirkan dengan rasional,apa lagi kerajaan mampu lakukan selain dari bersabar dan teruskan usaha melahirkan rakyat malaysia yg berdaya saing dan menterjemahkan kualiti jati diri pada bangsa melayu agar benar-benar berani mencabar kuasa dunia satu hari nanti.

Anonymous said...

"Sepanjang yang saya tahu ada pemimpin PAS tak bayar zakat pun selepas kalah dalam PRU 2004. Saya katakan demikian kerana tiada rekod pembayaran zakat di MAIDAM."

Wah... senang betul dato' menuduh tak bayar zakat. Ingat bayar zakat ni mesti ke pejabat zakat ker? Saya orang Kelantan yang bekerja di Selangor, tapi saya memilih bayar zakat di Kelantan sebab saya percaya kerajaan Kelantan lebih amanah sblm PRU-12. Dan sebahagiannya saya agih sendiri pada asnaf zakat.

Buat tuduhan begitu bahaya tu dato'. Dato' bertanggungjawab di akhirat kelak.

Anonymous said...

teringat muka dato' masa kat depan istana terengganu tu..kalau pru13 rasanya dato' kalah.tu ramalan saya


karim