Monday, December 22, 2008

Enam Puluh Persen Calon...

Salam bloggers...Calon P36 Kuala Terengganu telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO. Biasalah...selepas sahaja diumumkan pelbagai spekulasi dan komen dari pelapor sukarela di kedai kopi, bus stand dan wakaf-wakaf. Ada yang kata bagus dan terbaik dan ada yang kata sebaliknya. Masing-masing mempunyai alasan dan rasionalnya yang tersendiri. Sekarang kita sedang menanti-nanti siapakah calon yang akan dibawa oleh pembangkang sama ada PAS, ADIL atau DAP...Yang pasti Pakatan Rakyat akan menempatkan calonnya. Bagi mereka ini adalah pertandingan maruah. Begitu juga dengan UMNO...Maruah UMNO, Maruah Pengerusi Perhubungan dan maruah Timbalan Presiden....

Oleh kerana ia melibatkan maruah maka saya meramalkan pilihanraya ini akan menjadi medan yang panas bagi kedua-dua parti yang akan bertanding. Walaupun ia akan panas, saya menyeru agar ia ada had dan limit. Jangan kerana perjuangan atau pertandingan, calon yang disokong menang tetapi kita dimasukkan ke dalam lokap...tak pasal-pasal. Saya dengar-dengar bahawa pembangkang akan menggunakan Stadium Negeri untuk pengumuman calon mereka. Betul atau tidak...wallahu alam...Kalau betul alhamdulillah kerana sikap terbuka kerajaan negeri tetapi kalau tak betul...Aana minta maaf...

Bercakap tentang calon PAS, nampaknya mereka juga menghadapi masalah. Seorang sahabat saya penyokong PAS...mengatakan bahawa terdapat 2 nama yang hangat diperkatakan sekarang. Sorang doktor dan seorang lagi ahli politik veteran. Menurut beliau...kepimpinan PAS berada dalam keadaan yang sukar sekarang...kerana peluang menang mudah jika doktor menjadi calon berbanding dengan yang veteran itu.Masalahnya kedua-duanya nampak berminat, kerana kata mereka peluang cerah...Kita cuma tunggu dan lihat sahajaapa akan berlaku pada 1 Jan 2009 akan datang. Saya difahamkan pada tarikh tersebut Presiden PAS akan umumkan calon mereka. Dan kawan saya menambah...'kalau lawyer tu lagi, tobat... katok mampus aku dok pakoh dia doh'...wallahu alam...

Saya berpendapat bahawa berjaya atau gagal dalam pilihanraya kecil ini bergantung kepada 60% calon dan 40% sokongan dan kerjakuat jentera. Ertinya penampilan calon, down to earth calon dan apa-apa sahaja yang berkait dengan calon adalah aset utama kemenangan piliharaya...

...kata Bestari...manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal untuk merancang...Fikir-fikirkalan.

6 comments:

afiqsyahmir said...

Salam bloggers...

Saya bersetuju dengan pandangan Datuk bahawa pilihanraya kecil kali ini banyak bergantung kepada kekuatan calon masing-masing.

Calon UMNO & BN merupakan golongan elit Terengganu (Peguambela & Peguamcara) dan bergaul dengan golongan yang setaraf dengannya sahaja. Apabila terjun ke alam politik dan jadi calon pilihanraya biasa lah... anak raja pun pernah naik basikal! Ha3..... Apa pun ketokohan Wan Salleh - bekas mufti terengganu juga merit tambahan kepadanya jika dibandingkan dengan nasib abangnya Wan Hisham.

Sumber yang rapat dengan calon BN mengatakan Wan Farid tidak kedekut & berkira-kira jika dibandingkan dengan Wan Hisham.

Sama-sama kita saksikan pula siapa calon PAS kali ini.

Zaki said...

Salam semua,
Mungkin sapa yg menang atau kalah kali ini tidak penting, ini bukan pilihanraya umum, keputusannya tidak akan mengubah apa2.. setakat nak jaga maruah ahli2 politik tidak membawa apa2 keuntungan pada rakyat jelata.
Cuma satu hikmah p/raya kecil K.Trg ini Allah nak bagi rezeki bertambah bagi rakyat di musim tengkujuh ini... (apatah lagi acara Monsoon Cup yg baru lalu gagal menarik pengunjung.. dihari terakhir saya nampak lebih ramai menteri2 & VIP drp pengunjung) Seluruh negara akan tertumpu di KT, ramai penyokong2 parti akan berkumpul datang... kedai2 makan akan penuh, krepok lekor makin laris, hotel2 & rumah2 sewa juga akan penuh, peniaga2 di pasar kedai payang senyum lebar...rezeki rakyat akan bertambah insyaAllah.

Suluk Zorro said...

syabas datuk dengan komen yang berani dan terbuka...

kebenaran di dalam komen datuk memang boleh diterima dan alasan yg diberikan dr segi pemikiran politik adalah benar..

terpulang kepda kedua2 parti memikirkannya...

dr segi profesionalisma ahli politik...tak menyokong PAS dan tidak memburukkan pilihan parti BN...ttp PANDANGAN YG SEPATUTNYA di terimapakai oleh kedua2 parti..

erpulang kpd semua utk memberikan andaian masing2...dan terbuka utk diulas...Pro dan Kontra ..kedua2 boleh..

-Anak Jin-

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

datuk, pembangkang dah sebar dakyah dan keburukan wan farid.

banyak pic dia berkaraoker disebarkan sedangkan anwar ibrahim menjadi sanjungan mereka tidak kurang hebat.

saya hairan kenapa orang melayu sanggup burukkan orang melayu sedangkan PAS masih belum letak calon.

datuk, bagaimana persiapan BN sana? cerita sikit. saya dok kat selangor nak tahu juga.

Suluk Zorro said...

datuk...

jgn mncemar duli datuk...Ajil dah kira ok....jgnnnn datuk....biarlh KT hanya KT yg turun dn berkempenn...

datuk duk rilekkk je..

putrarahman said...

Dato' memang tidak dinafikan penerimaan calon oleh rakyat adalah salah satu penentu dikalangan pengundi, tetapi rasanya itu di tempat lain dan bukan di Terengganu. Setakat ni, Parti masih lagi menjadi pilihan rakyat Terengganu berbanding calon.Kalau PAS menang, bukan pasal calon BN tak diterima rakyat, tetapi Parti UMNO itu sendiri yang makin tidak diterima rakyat. Oleh itu, pilihanraya P36, amat penting untuk BN menang kerana mentaliti ataupun anggapan bahawa jika BN menang, yang menang bukan calon BN tetapi parti UMNO.

Kemasukan calon bebas yang merupakan serpihan PAS dilihat sebagai pengacau kepada undi PAS. Jika BN kalah juga dengan adanya pengacau undi ini, maka tandanya keadaan UMNO dan BN semakin serius.

Dato' siar komen saya ni, kerana ianya pandangan ikhlas dari saya.