Sunday, December 14, 2008

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu-Bagaimana?

Salam bloggers...nampaknya ramai yang sensitif dengan isu babi di Kedah dan Selangor. Dan menyatakan bahawa projek tersebut bermula sejak kerajaan terdahulu. Persoalannya kenapa tidak dibatalkan sahaja jika ia tidak Islamik? Atau adakah projek ini amat Islamik? Saya difahamkan banyak projek yang dirancang oleh kerajaan terdahulu sama ada di Perak atau Selangor atau Kedah tidak diteruskan. Betul atau tidak, kena tanya YAB MB negeri-negeri tersebut. Berkata benarlah walaupun pahit... maksud hadis.

Isu ini akan terus dimainkan oleh pembangkang tidak lama lagi. Akan dimainkan setelah gendang pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu dimulakan. Dan tak mustahil banyak lagi isu-isu lain yang akan direka oleh pembangkang untuk mempastikan Parlimen Kuala Terengganu menjadi milik mereka. Mereka akan menghalalkan sebarang cara untuk mancapai matlamat. Itu cara mereka. Memang fesyen mereka. semua orang tahu.

Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menjadi medan mengukur prestasi BN dan Pembangkang. Kalau Permatang Pauh dikatakan tempat yang tidak tepat untuk menjadi kayu pengukur kekuatan BN dan Pembangkang....sekarang saya merasakan bahawa Kuala Terengganu adalah tempat yang terbaik dan saksama sebagai kayu pengukur kekuatan masing-masing. Parti-parti yang bertanding akan berkerja bermati-matian untuk menang. Saya meramalkan keadaan akan lebih sengit berbanding dengan Permatang Pauh. Walau bagaimanapun saya amat berharap agar pertandingan ini berlangsung dalam keadaan yang harmoni. Jangan kita gadaikan keharmonian dan keamanan yang dikecapi sekarang. Jangan untung secupak tetapi kita rugi segantang. Fikir-fikirkanlah.

5 comments:

afiqsyahmir said...

www.afiqsyahmir.blogspot.com


YB Datuk,

PRK Parlimen Kuala Terengganu akan menentukan halatuju dan perjuangan UMNO & BN Terengganu. Inilah cabaran terbaik selepas isu menteri besar selesai.

Ha3... kali ini mungkin semua ADUN yang tidak menyokong Ahmad Said sebagai Menteri Besar dulu akan bersama-sama bergandingan bahu untuk kemenangan UMNO & BN. Secara jujurnya, ikhlaskah perjuangan ini ataupun demi kelangsungan kerjaya politik dimasa depan! Biasalah dalam politik, macam-macam boleh jadi. Air liur yang diludah boleh dijilat kembali... Jambatan yang dibakar dibina semula.

Kerjaya seorang ahli politik sentiasa indah... Matlamat menghalalkan cara.

Lu fikirlah sendiri.

Mat Yie said...

Salam Dato',
Benar K.Terengganu adalah medan sebenar untuk menguji kekuatan BN dan pembangkang,saya cukup risau kerana PRU lepas hanya DUN Bandar saja yang menjadi milik BN dan 3 lagi milik PAS,Namun Kita menang di kerusi Parlimen. ini satu bukti bahawa pengundi bukan memilih parti,tetapi calon. Diharap calon yang akan menggantikan Arwah adalah calon yang benar-benar dapat menarik minat pengundi di K.Trg.
Apa yang menarik perhatian saya adalah kemunculan 2 individu yang berkira-kira untuk menjadi calon BEBAS pada 17 Januari nanti.Seorang calon muda yang saya kira agak berpengaruh,dan semalam di berita tv3 seorang calon berpewatakan seorang ustaz. Calon muda tadi mengganggu saya. Percayalah,calon ini mampu menarik 1000 - 1500 pengundi terutama golongan belia.Dan yang seorang lagi tidaklah dapat kita kenalpasti.
Calon PAS pula ura-uranya adalah seorang lulusan PhD. Mungkin tak glamor macam mat Sabu,tapi pada pemerhatian saya,pengundi cina suka menguji calon yang mereka kira fresh.Wallahualam.

Hamdillah said...

salam dato`,saya bersetuju dengan pandangan dato mengatakan kuala terengganu akan menjadi pengukur sebenar bagi kekuatan BN khususnya BN Terengganu amnya Malaysia....
dengan beberapa insiden lepas atau peristiwa carik-carik bulu ayam dalam umno terengganu,mood pengundi sedikit tercalar dengan insiden2 tersebut....bercampur dengan team-team umno yang terbentuk rasanya agak sukar untuk BN menang selesa..
mungkin dengan kehadiran jentera-jentera seluruh malaysia boleh mengubah cuaca politik kuala terengganu ttp kena ingat pembangkang pun ada jentera 5 buah negeri...
apapun nujum pak belalang saya meramalkan keputusan permatang pauh mungkin boleh berlaku sekali lagi di kuala terengganu sebagai tamparan hebat kepada barisan kepimpinan baru negeri Terengganu..wallahualam

Zaki said...

Salam,
Kita harap duit RM400juta yg baru dapat tu tidak dibelanjakan untuk memenangkan calon BN ... itu duit rakyat T'ganu bukan hak mana2 parti.

MaMiN said...

Saya cadang BN letak Dato' Dr Abdul Latiff Awang - bekas ADUN Bukit Payong yang digugurkan pada PRU 12 yang lepas oleh Derih Jusoh yang takut kekuasaannya tergugat. Walaupun Dato' Dr Abdul Latiff Awang dalam PArlimen Marang tapi bukan menjadi masalah kerana DUN sebelah saje dengan Parlimen KT. Saya yakin beliau akan menang kerana sumbangan beliau yang sangat besar kepada Terengganu, malahan satu negeri kenal beliau yang sinonim dengan pendidikan dan pengajian tinggi di Terengganu. Calon-calon lain semuanya dah corrupted...Sabri Alwi?Wan Hisham?Wan Farid? semuanya hancur.