Tuesday, December 16, 2008

Patah Tumbuh, Hilang Berganti

Salam bloggers...terima kasih kepada rakan-rakan yang masih setia dengan blog saya. Walaupun kelemahan saya dari segi mengemaskini blog ini agak 'leree...' kata orang Terengganu, tetapi rakan-rakan masih setia melayarinya. Terima kasih dengan pandangan Ahmad yang mencadangkan bekas Exco dari Bukit Payung untuk calon Parlimen Kuala Terengganu. Satu cadangan yang baik. Dan saya rasa kepimpinan UMNO Pusat lebih arif dan lebih maklum. Hanya Jauhari saja yang mengenali Maknikam. Lantaran itu saya rasa kita terima siapa sahaja yang akan dipilih untuk calon Kuala Terengganu.

Rakyat Kuala Terengganu khususnya dan orang Terengganu umumnya ternanti-nanti siapakah calon yang akan bertanding...Sama ada calon BN atau calon pembangkang. Saya baru sahaja bersama dengan YB PAS semasa rehat minum pagi di Dewan Undangan Negeri. Beliau mengatakan bahawa pihak PAS hanya menunggu siapakah calon BN...selepas itu mereka akan umumkan calon mereka. Beliau menyatakan bahawa jika seorang daripada calon yang disebut-sebut itu bertanding, maka tugas PAS akan jadi mudah. Alasannya ialah calon tersebut hanya popular di kalangan orang UMNO sahaja tetapi tidak popular di kalangan rakyat. YB PAS tersebut mengakui kehebatan dan kredibiliti Allahyarham Dato Razali Ismail. Kehilangan dan pemergiannya adalah suatu kehilangan kepada negeri dan negara. Moga rohnya dicucuri rahmat...Amin

Walau siapa pun calon yang akan bertanding, saya yakin bahawa calon BN yang akan bertanding adalah calon yang terbaik di kalangan yang terbaik. 'Best among the best'...Itu harapan kita. Jika tersalah pilih maka buruklah padahnya. Pertandingan ini adalah pertandingan mengangkat dan membaiki imej...imej TPM, imej Pengerusi Perhubungan Terengganu, dan imej UMNO dan BN. Kekuatan parti adalah aset penting penentu kemenangan. Penentu kekuatan adalah perpaduan. Berpadukah kita sekarang?

...Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah...Fikir-fikirkanlah

6 comments:

Hamdillah said...

salam,berkenaan calon BN orang yang paling layak atas kertas ialah ketua Bahagian Kuala Terengganu sendiri,memandangkan beliau seorang tim.menteri yang biasanya di duduki oleh seorang ahli parlimen,ttp semenjak cemerlang,gemilang dan terbilangnya UMNO ,ramai menteri dan tim.menteri dilantik melalui jawatan senator,inilah waktu paling sesuai bagi ketua bahagian kt untuk menguji kedudukan beliau di mata rakyat Kuala terengganu bukan sahaja di mata- mata duitan di sekelilingnya...
seperti cerita Dato`,Pas sudah memahami masalah dalam UMNO Kuala Terengganu....
dengan jentera- jentera yang di miliki mungkin BN boleh menang ,InyaAllah

seazall.kampung said...

Assalamualaikum,
Saya juga bersetuju jika Dr Latiff menjadi calon BN dlm PRK nanti. Walaupun saya bukan pengundi untuk Parlimen Kuala Trg, namun terpanggil juga untuk berkongsi pandangan bagi kes pemilihan calon terbaik ini.

Mohd Sobri said...

akum..
1. Dah lama saya tak menulis untuk dato'..maaflah lantaran kesibukan dan kekangan masa. Namun diharapkan Dato' sekeluarga dilindungi dan di bawah rahman yang Esa Selalu.
2.Saya setuju dengan pandangan Dato' berkaitan dengan calon Parlimen Kuala Terengganu.
3.Jika pilihan tidak tepat akan menyebabkan kerusi itu boleh terlepas.
4.Saya benar-benar mengharapkan agar kepentingan parti dan rakyat diutamakan.
5.Jangan jadi pemimpin yang cakap tak serupa bikin.Parti ini akan hancur kalau dibiarkan.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

datuk,
kesian kat mat sabu. orang dah tak suka lagi. biasalah, kalah banyak kali. semasa dia jadi YB Kubang Kerian, kawasan saya selama 3 penggal, tak ada apa yg dia buat..tapi semua menang. bodoh betul org kubang kerian...

harap2 orang melayu terengganu tak ikut retak pak pandir dam mak mandir dengan percaya menyokong PAS masih still Islam.

afiqsyahmir said...

www.afiqsyahmir.blogspot.com

YB Datuk,

Datuk Ahmad Said nak saman TV3 ke? Bagus ler tu. Golden Pharos nak tutup betul ker? Balak-balak milikan Golden Pharos dah habis gold nya kot. Ha3....

Sememangnya patah tumbuh, hilang berganti. Yang pasti, jelas dan nyata bahawa kerusi timbalan menteri pendidikan tidak akan diisi oleh pemenang parlimen kuala terengganu! Percayalah....

Sama-sama kita saksikan...

YB Datuk menghilang kemana? Jom kita bersua di kuala terengganu!

PERSATUAN BELIA ( MBFM ) FELDA BUKIT BADING said...

Semoga BN mendapat kemenangan yang direstui dan diberkati ALLAH