Saturday, September 20, 2008

Puasa,Lepas Jawatan dan Tukar Kementerian

Salam bloggers...dan salam Ramadhan...Tiga hari lalu kita menyambut ulangtahun kelahiran atau turunnya AlQuran, kitab suci umat Islam. Hari ini 20 Ramadhan bererti kita telah berpuasa kerana Allah selama 20 hari. InsyaAllah jika dipanjangkan usia kita mampu untuk menamatkan ibadat kita ini...sama-sama kita doakan. Dan InsyaAllah kita berharap 10 hari terakhir ini kita akan ditemukan dengan malam Lailatul Qadr...malam yang lebih baik daripada 1000 bulan dari segi ganjarannya. Umat Islam adalah umat yang hebat..Itu janji Allah...Orang Melayu adalah orang Islam...ertinya Melayu juga hebat... ISLAM=MELAYU=HEBAT ....betul ke?

Hebatkah Melayu kalau sekadar digertak telah mula gelabah. Atau kita hanya cakap berdegar-degar dan ekornya penuh dengan....Minggu lepas banyak peristiwa besar terjadi...isu ketua Bahagian Bukit Bendera, penangkapan ISA, 16 September, perletakan jawatan Zaid Ibrahim yang awalnya tidak diterima, dan yang terakhir peralihan kementerian antara PM dan TPM. Rakyat di bawah terpingga-pingga dengan apa yang terjadi. Mereka memikirkan apakah strategi dan kaedah pemimpin negara sedang laksanakan. Apakah tujuan peralihan tersebut. Hanya Allah sahaja yang tahu. Atau peralihan tersebut sekadar peralihan perse...

16 September telah berlalu dan sekarang Anwar gemburkan 23 September...rakyat dan malangnya pemimpin tertinggi nampaknya terpengaruh dengan mainan ini. Di mana silapnya?Jawapannya ialah kita tidak mempunyai keyakinan diri yang kuat. Di tambah kita tidak mempunyai seorang ketua yanbg disegani. Kalau ketua kita disegani sudah pasti GERAKAN dan SAPP tidak bertindak sebagaimana senario sekarang. Cuma kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dan selamat berbakti kepada TPM dengan tugas dan tanggungjawab yang baru...Saya yakin DS Najib BOLEH!

......Setiap kita ada tanggungjawab dan kita akan dipersoalkan tentang amanah dan tanggungjawab kita itu kelak...(maksud Hadis)...Fikir-fikirkanlah

9 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Salam Dato Rosol..

Saya baru jumpa laman blog Dato :-)

Selamat berpuasa..
Dokyoh kabo lagilah pasal 16 september tu..



Ketua Pemuda UMNO ‘BERANI dan ‘MACHO’ ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

budakganu said...

Assalamualaikum.....

saya merasakan bahawa pemimpin2 BN telah digertak untuk sertai PR, walhal itu adalah Perang Psikologi yang dilancarkan oleh penasihat Parti Kelentong rakyat(PKR) yang cuba menggugat pemimpin BN sendiri. saya setuju dengan cgu bahawa pemimpin BN kurang mempunyai keyakinan diri dalam menangani isu tersebut. Kata Nik Aziz, orang yang melompat parti adalah Katak dan tidak bermoral, tetapi menarik balik kenyataan tersebut. Apakah PAS juga bermain tali dengan PKR. jawapannya, tepuk dada tanya selera.
kepada pemimpin tertinggi BN, janganlah takut sekiranya ada Yang lompat parti jika itu adalah takdir Allah akan berlaku, berlaku jua dan sebaliknya. setiap yang berlaku di dunia adalah KehendakNYA Yang Maha Esa.
oleh itu kepada pemimpin BN, berusahalah dan bersatu kerana perpaduan akan menjadikan BN kukuh. Bekerjalah untuk Rakyat dan salah satu caranya adalah bekerja untuk rakyat dan mencuba memenangi kembali hati rakyat. Pemimpin yang ikhlas dalam perjuangan InsyaAllah akan direstui oleh Allah. Amin Ya Rabbil Alamin. Hidup DUN Ajil dan BN.

rizal said...

Salam, saya bersetuju dengan pandangan Dato' berkaitan dengan keadaan dan senario politik negara... ketandusan pemimpin yang disegani menyebabkan keadaan negara mudah dipermainkan oleh pihak pembangkang... kita takkan dapat cari seorang pemimpin yang unggul seperti Rasulullah.... tapi jika kita dapat cari pemimpin yang disegani dan juga dihormati kepimpinannya sudah cukup bagus untuk kita... saya berdoa agar akan muncul semula pemimpin Melayu yang hebat untuk menyelamatkan negara, bangsa dan agama...

mastered said...

salam ramadhan...
saya cuma pemerhati disini...tidak menyebelai mana2 pihak..
sebagai anak jati negeri terenggganu dan berada di parlimen hulu terenggganu.. saya begitu sedih melihat "perlawanan sesama sendiri" dalam umno..dr dun hinggala ke cawangan..
dari kuala berang,bkt tok bat,sungai bajar..hinggalah ke ajil.. masing2 menjaga "periuk nasi" masing2.. seolah2.. ada pangkat, ada lah projeknye..
maaf, kalu ade yg terasa.. tp, itulah hakikat..
apa salah nya.. kite kembali ke umno dizaman kegemilangan dahulu? dimasa dato berada di "sekolah?'
umno/bn adalah 1 parti yg kuat... kalau dulu nya ade hanya 'segelintir' pembelot tp sekarang ribuan pembelot bangsa berada dalam pimpinan umno/bn.. menjaga periuk nasi masing2.
pemimpin yang ade sekarang..berundurlah.. bglah peluang ahli selamat kan umno..
berfikir biarlah berakal..

Oh Malaysiaku said...

Salam blogger, ...

UMNO sedang menuju kehancuran. Peliknya kita ialah kita sentiasa negatif dan sinis terhadap mereka yang benar-benar mahu memulihkan UMNO. Dan yang lebih pelik lagi, orang UMNO kini bagaikan terasa tidak bersalah untuk mempertahankan manusia yang tidak sepatutnya lagi dipertahankan. Insaflah.

Mohd Sobri said...

Salam Dato....

Selamat berpuasa dan tak lama lagi
menyambut syawal...adakah syawal
tahun ini semeriah tahun-tahun sudah...? Sama-sama kita tunggu..

Sejarah tidak boleh kita nafikan yang Islam tu adalah hebat dan melayu juga hebat..Hulubalang kita pernah tunjukkan satu masa dulu..

Tetapi apa terjadi dengan hulubalang kita sekarang..? adakah sehebat hulubalang dulu..? Yang saya nampak tak ubah macam pak kaduk 'menang sorak kampung tergadai'

Hulubalang kita hari ni sentiasa tertinggal keris..musuh tak 'gerun' tengok...

Parti komponen BN sendiri pun dah berani bercakap macam-macam dimedia, perkara ini tak pernah berlaku di zaman Dr. Mahathir.. tapi hari ni tengoklah apa yang berlaku.. mereka begitu berani mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pendirian kerajaan di media... tengok-temgoklah...

akulani said...

ds najib buleh,so pak lah mcmmana datuk?

Zaki said...

Salam & Selamat Berpuasa
Problemnya kerana kita merasakan BN/UMNO perlu memerintah negara selama-lamanya..dari dulu sejak merdeka hingga kiamat walaupon timbul byk masalah dalaman parti, org2 yg berkepentingan terlalu ramai dlm parti, tiada lagi semangat berjuang utk ummat dan bangsa. Bagi saya jln penyelesaiannya mudah... biarkan UMNO/BN jadi PEMBANGKANG. Bila dah tak pegang kuasa dan tiada lagi peruntukan yg boleh dibelanjakan utk kepentingan diri org2 ini akan lari drp UMNO macam cacing kepanasan.. dengan itu UMNO akan di 'FLUSH' drp anasir2 perosak ini.. lepas tu sapa2 yg ikhlas yg masih tinggal (kalau ada la) bolehlah membangunkan semula parti dan mendapat kepercayaan rakyat semula. Bagi rakyat macam saya ni mudah saja... parti mana yg DELIVER itu yg kita undi...forget about ketuanan melayu, islam Hadhari, DEB dan macam2 lagi slogan yg dicipta oleh parti pemerintah untuk kekal berkuasa dan menggemukkan poket masing2... at the end untuk rakyat habuk pon tara... Tidak ada masa yg lebih baik drp sekarang ini utk perubahan... Pak Lah perlu mengarahkan sidang parlimen secepat mungkin... kalau tak percaya lebih 30 org telah crossover kenapa perlu takut.. Wassallam

kakb said...

sengaja saya tempek di blog dato' supaya ada lebih ramai orang membaca komen tentang teresa kok..maaf..sebagai orang Islam dan mencintai Islam hanya inilah saja yang mampu saya buat supaya lebih ramai orang Islam yang buka mata jasad dan mata hatinya...komen ni saya petik dari email saya...


Date: Wednesday, 24 September, 2008, 10:23 AM

Nama :Teresa Kok Suh Sim Lahir :Mac31,1964 (44tahun).

Agama:Kristian Katholik (Berpegang Teguh).

Pendidikan:Ijazah USM (Perhubungan) .

Ijazah Lanjutan UM (Sains Politik).

Karier Politik: Setiausaha Politik Lim Kit Siang (1990 – 1995).

1995 - Bertanding di atas tiket DAP Kawasan Parlimen Ipoh Barat kalah pada calon MCA.

1999 - Menang kerusi Kawasan Parlimen Seputeh, Kuala Lumpur .

2008 – Kekalkan kerusi Parlimen dengan undi majority yang paling tinggi keseluruhan dalam semua kerusi parlimen yang dipertandingkan – 36,492.

Sebab-sebab kemungkinan dia ditahan dalam Akta Keselamatan Dalam Negri (ISA) pada Jumaat 12hb September 2008 dibawah section 73(1) .(yang membenarkan setiap induvidu boleh ditahan tanpa bicara selama 60 hari).

Dengar cerita, beliau telah menasihati atau pun mempengaruhi kaum bukan Islam lain untuk menghantar satu petisyen kepada Jawatankuasa Mesjid di Puchong melarang menggunakan pembesar suara untuk laungan Azan; tetapi beliau masih sangakal tuduhannya.Tetapi pada 14hb.September 2008 PPIM,PEWARIS dan Badan-badan Islam NGO’s telah buat satu lapuran polis dengan mengatakan Teresa Kok telah melarang menggunakan pembesar suara untuk laugan Azan di Mesjid-mesjid dan surau-surau disekitar Kota Damansara,Sri Serdang dan Pucung Jaya.

Kes ini adalah terpencil dari Teresa tetapi dimasa lampau banyak kali beliau telah lakukan penghinaan sengaja terhadap Institusi Agama Islam dan kerajaan di Negara ini.

1. Tahun 2002 – Telah menulis sebuah atikel di sebagai kolumnist surat khabar harian berbahasa Cina Sin Chew Jit Poh dengan lantang menyuarakan bantahan pakaian berunsur Islam untuk kakitangan Islam yang dianjurkan oleh kerajaan dalam kod etika pakaian rasmi.Dengan mengatakan pakaian Islam tidak berciri mesra-rakyat (people friendly).


2.Menuduh Biro Tatanegara mengamalkan dan menyebarkan pengajaran perkauman(racist) .

3.Bersifat sengaja memalukan Umat Islam dan Sistem Perbankan Islam dengan membentangkan usul perbahasan di Dewan Rakyat berkenaan kerugian Bank Islam pada tahun 2005.Teresa sebagai bukan Islam tidak perlu dan mengambil berat tentang perbankan Islam di mana ramai parti pembangkang yang beragama Islam boleh membawa usul ini.

4.Di Parlimen juga beliau kuat menyuarakan tentang hak ekuiti Melayu sasaran 30% telah tercapai dan kerajaan sengaja manipulasi fakta stastiknya.Telah lantang bersuara untuk hapuskan ekuiti 30% bangsa Melayu dan dasar DEB yang mana orang Melayu anggap ia adalah Hak Orang Melayu.

5.Dengan lantang membantah tindakan PDRM mewajibkan Polis Wanita mengenakan pakaian menutup aurat dan bertudung dengan berkata PDRM sengaja sekat hak- asasi wanita Islam.Sehingga datuk Nazri gelar Teresa Kok ini seorang ‘Anti-Islam’ di sesi Parlimen.

6.Memalukan pasukan Polis Di raja Malaysia dengan sebarkan mms kononnya pasukan Polis Negara tidak boleh dipercayai dan salah laku terhadap tahanan dalam lokap dengan mendera dan membogelkan wanita rakyat negeri Cina.Sehingga kerajaan pusat telah dipaksa memohon maaf dengan kerajaan Cina.Sengaja dan mempunyai niat jahat menjatuhkan imej Negara dan Polis Di Raja Malaysia di kaca mata dunia.Walau pun sumber fakta mma itu tidak tepat,berkenaan kerakyatan wanita tersebut tetapi beliau sengaja membesarkan kisah tersebut di media antarbangsa. Apabila identity wanita tersebut sebenarnya adalah wanita Melayu dan kerakyatan Malaysia beliau enggan mohon maaf pada keluarga wanita tersebut yang telah aibkan maruah melalui mms dan Pihak PDRM.

7.Berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan Negeri Selangor hub yang terbesar untuk membela babi secara moden didunia.

8. Membangkang penggunaan tulisan Jawi di papan tanda jalan raya di Seputeh.
Para pembaca menilaikan sendiri sikap wanita ini yang begitu radikal dan bahayanya kepada rakyat berbilang kaum yang sentiasa menghormati ugama,kebudayaan dan cara hidup kaum yang lain di Negara ini.Kita harap beliau akan memikirkan dan akan berubah selepas ini seperti Bosnya Mr.Kit dan yang diluar sana yang sentiasa eksplotasi agama kaum lain agar waspada dalam ucapan dan tindak-tanduk kalian!.

Kepada pengkagum Anwar, satu hari Anwar akan mati. Kepada pengkagum Mahathir, satu hari Mahathir akan mati. Kepada pengkagum Tok Guru Nik Aziz, satu hari tok guru akan mati. Kepada pengkagum Tok Guru Haji Hadi, satu hari tok guru akan mati. Kepda pengkagum Husam Musa, satu hari Husam Musa akan mati. Kepada pengkagum tuhan rabbul jalil, Allah tidak mati.