Friday, May 30, 2008

UMNO dan Ezam

Salam bloggers...terima kasih atas teguran ejaan yang silap. Terima kasih banyak banyak. Tahinah Ezam kerana telah kembali ke pangkuan UMNO. Selamat berjuang untuk agama bangsa dan tanah air.Di pohon jasa baik Sdr Ezam menceritakan pengalaman beliau yang berharga untuk kami kongsi bersama. Saya tidak berhasrat memperlekehkan PKR tetapi sekurang kurangnya rakyat tahu ke mana hala tuju PKR dalam agenda bangsa dan agama. Ini yang penting.

Saya tidak pernah kenal dengan rapat Sdr Ezam. Tetapi daripada cerita yang saya dengar daripada teman rapat beliau, Sdr Ezam seorang yang berprinsip. Beliau tidak mudah menggadai prinsipnya. Saya difahamkan prinsipnya yang utama ialah perjuangan agama dan bangsa. Saya dapat mengagak bahawa Sdr Ezam Keluar PKR kerana prinsip dan hala tuju parti tersebut untuk agama dan bangsa kabur dan tidak jelas. Sama ada betul atau tidak agakan saya, hanya Allah dan Ezam sahaja yang tahu.

Tambahan pula, gelagat ahli ahli PKR dalam parlimen hari ini menampakkan belang mereka yang sebenarnya. Mereka nampaknya cuba memperjuangkan perkauman masing-masing. Ini akan mewujudkan budaya yang tidak sihat kepada Malaysia tercinta ini. Kesannya kita dapat perhatikan PAS telah agak 'lenient' dan toleran di Parlimen.

Petang tadi saya di hubungi oleh rakan wartawan BH minta saya komen tentang trend kemasukan ahli PKR ke dalam UMNO. Pada mulanya saya tidak suka untuk komen. Tetapi apabila ditanya berkali kali saya hanya mengatakan bahawa saya 'husnu zann'... berprasangka baik. Dan saya yakin kembalinya Ezam kepada UMNO akan dapat menguatkan lagi parti keramat ini. Ada yang berpendapat bahawa kemasukan Ezam dan rakan rakan adalah satu strategi Anwar untuk memporak perandakan UMNO dari dalam... Nauzubillah...

Saya berharap agar kemasukan Ezam ini dilakukan dengan penuh sedar dan jujur demi agama, bangsa dan tanah air. Bagi orang Melayu bersatulah...Ini sahaja senjata kekuatan kita. Bagi pemimpin... jujurlah dalam melaksanakan amanah Allah ini..Saya petik kata kata keramat Abu Bakr Warraq yang di sms oleh seorang sahabat kepada saya untuk renungan kita bersama;...
'Apabila nafsu berkuasa, gelaplah hati...bila hati gelap sempitlah dada...bila adab sempit, buruklah laku....bila buruk laku, ia dibenci oleh semua makhluk'...Nauzubillah...
Fikir fikirkanlah....

Thursday, May 29, 2008

PERLETAKAN JAWATAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO

Tahniah dan syabas diucapkan kepada YB DS Idris dan terima kasih kepada bloggers yang menunggu nunggu keputusan DS Idris. Inilah sms dan email yang saya terima daripada pejuang pejuang UMNO Terengganu adan seluruh negara apabila menerima berita tersebut. Kepada mereka yang sayangkan DS Idris...ini sesuatu yang amat berat diterima,tetapi bagi mereka yang sebaliknya...ini waktu yang ditunggu tunggu.

Keputusan yang diambil ini tidak mengejutkan kerana DS Idris telah maklumkan kepada saya beberapa hari yang lalu. Saya tidak memberi sebarang komen... cuma saya berpendapat bahawa adalah baik hal tersebut dibincang dengan Presiden terlebih dahulu. Lantas DS telah membuat pertemuan dengan Presiden pada petang 28hb Mei dan dimaklumkan bahawa Presiden bersetuju dengan cadangan DS Idris itu... Alhamdulillah

Sebenarnya hal ini telah lama dibayangkan kepada saya. iaitu sejak keputusan MT yang mengiktiraf YAB Ahmad Said. Kerana dalam negeri dan parti tidak wajar wujud 2 nakhoda. Tiada guna kita memegang kuasa tetapi parti semakin sehari semakin lemah kerana kekuatan kita adalah kekuatan parti. Tanpa parti siapalah kita.

Diantara alasan yang dpat saya cungkil DS Idris ingin memberi ruang kepada YAB Ahmad Said agar kerja kerja parti dan pentadbiran negeri dapat diselaraskan dan ini memungkin UMNO akan kuat. Selain itu keputusan ini adalah tanda menghormati keputusan MT yang lalu. Yang penting bagi UMNO dan rakyat Terengganu DS Idris telah meninggalkan satu 'legacy' yang cukup berkesan kepada negeri dan UMNO. Tahniah dan terima DS. Hanhya Allah sahaja yang akan membalasnya.

Saya selaku SU UMNO Perhubungan juga dengan suci hati melepaskan jawatan yang saya sandang sejak 2004 yang lalu. Berkuatkuasa serta merta. Terima kasih DS Idris kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membantu DS dan saya memohon kemaafan jika sepanjang saya memikul amanah tersebut terdapat sesuatu yang tidak menyenangkan. Itu saja yang terbaik, mampu saya lakukan untuk UMNO, Melayu dan Negeri Terengganu. Juga Terima kasih dan kemaafan kepada seluruh warga UMNO Perhubungan Negeri terutama Sdr Razali Bidin (SUKerja dan rakan rakan). Jasa dan budi kalian hanya Allah sahaja yang akan membalasnya. Terima kasih semua...dan minta maaf kepada semua.

Sepatah kata DS Idris; 'Jika kuasa yang dipegang ini menjadikan Parti lemah, maka relakanlah pengunduran ini'...Salam perjuangan.

Monday, May 26, 2008

Misi Puteri Perak 2013


Ucapan bersemangat Pengerusi Perhubungan Terengganu



Bersama Setiausaha Perhubungan Perak




Puteri Perak bersemangat

Malang Nasibmu UMNO

Salam bloggers...Saya teringat untuk menyambung rasa kesayuan ketika berada di negeri yang dikuasai pembangkang. Saya bercampur terkilan... Di mana silap dan kekurangan. Apakah hikmat Allah disebalik segala kejadian yang menimpa. Saya yakin Allah tidak menjadi sesuatu itu sia-sia. Bersabarlah sesungguhnya sabar sebahagian daripada iman. Dan pasti kita akan beroleh kebajikan.

Boleh dikatakan semua tersedia di WP, Selangor, Perak... Bangunan pencakar langit, infra first class standard, IPTA dan IPTS segala galanya...Tetapi kenapa dan mengapa UMNO dan BN tidak mampu bertahan? Apakah rakyat hanya akan menyokong BN ketika susah? Ketika jalan berdebu, ketika guna air perigi, ketika menggunakan lampu/pelita minyak tanah? Dengan kata lain rakyat bersama UMNO ketika kesempitan dan ketika semua sejahtera....kereta 2/3 buah sebuah rumah, memiliki TV 29inci, jalan bertar di tepi tangga... ketika itu UMNO dilupakan? Malang nasibmu UMNO.

Ada rakan rakan akademik berpendapat...Rakyat yang memiliki segalanya galanya terutama di bandar merasakan mereka tidak perlu lagi rasa bergantung kepada parti. Tidak seperti hal yang terjadi di luar bandar yang masih dependant dengan parti. Di bandar atau kawasan maju sama ada rakyat bersama kerajaan atau tidak, kerajaan akan tetap membina infra. Kalu begitulah corak aliran pemikiran kebnaykan rakyat... sekali lagi Malang nasibmu UMNO.

Ada juga yang mengatakan bahawa semua ini terjadi kerana penerangan yang jelas dan mantap tidak diwarwar kepada rakyat. Apakah tujuan dan objektif sesuatu program atau rancangan di lancarkan. Apakah kesannya kepada bangsa Malaysia dan bangsa Melayu dalam jangkamasa pendek dan panjang. Dan ditambah lagi media arus perdana dilabelkan sebagai pembodek dan berbagai bagai alasan lagi.

Apa yang realitinya ialah kita berada dalam keadaan yang cukup sejahtera. Hari ini orang miskin dibantu oleh kerajaan dengan pelbagai program sama menggunakan saluran JKM, Jabatan Agama(Zakat), dan badan badan NGO's yang mana semua ini tidak wujud 10/20 tahun dahulu. Orang miskin dulu makan nasi berlauk garam...tetapi orang miskin hari ini makan maggi. Dulu mereka tidak bersekolah kerana miskin, sekarang tidak bersekolah kerana malas begitulah bezanya dulu dan sekarang.

Satu kesimpulan yang mantap...kata Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu... semua ini berlaku kerana pemimpin /ketua tidak tahu menjaga hati pengundi... Betul ke? fikir fikirkanlah..

Saturday, May 24, 2008

PUTERI PERAK

Sekalung tahniah diucapkan kepada Puteri Negeri Perak yang telah melaksanakan satu program bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu. Slogannya sungguh 'catchy'...Welcome to Revolution....Heart and Mind...Mereka mahu mendengar dan berkongsi pengalaman dengan UMNO Terengganu yang berpengalaman semasa di bawah pembangkang. Diharap sekelumit pengalaman Terengganu dapat dikongsikan dan diaplikasikan di Darul Ridzuan InsyaAllah.

Dua hari lepas saya dan kawan kawan ke negeri yang dikuasai pembangkang. Bermula di WP, Selangor, Perak dan kelantan. Terasa hiba dihati. Kekadang terfikir oleh saya apakah tindakan rakyat menyokong pembangkang adalah sesuatu yang tepat? Ada rakan rakan di Perak mengatakan bahawa rakyat bukan benci kepada BN tetapi mereka tidak sayang kepada pemimpin BN. Ada yang berkata PRU 12 Non Malay tidak bersama BN... Ada juga suara yang berpendapat bahawa mereka sekadar mahu mengajar BN dengan mengurangkan majoriti tetapi ibarat brek di atas salji...Brek tak 'makan'...kereta mengelunsur akibatnya.... 6 negeri lingkup. Dan ada rakan pembangkang katakan kepada saya bahawa mereka sendiripun tak sangka dengan kemenangan ini sebab itu mereka letakkan calon terdiri daripada 'penjual bundle' dan 'posman'...

Walau apapun andaian dan tanggapan...semua telah ditakdirkan Ilahi.Terimalah dengan Redha dan hati terbuka. Saya yakin Perak akan buat come back kerana kami di Terengganu hanya menang 4 daripada 32 kerusi DUN pada tahun 1999 berbanding Perak 28 daripada 59 kerusi. Yang penting nawaitu kena nbetul, strategi kena tepat, kemaskan ikatan perpaduan, ketepikan kepentingan diri dan utamakan parti dalam setiap tindakan, berdoa dan bertawakkal... InsyaAllah kemenangan akan menjadi kenyataan.

Saya tertarik dengan ucapan aluan DS Utama Tajol Rosli Ghazali Pengerusi perhubungan Perak. Beliau mengatakan bahawa selepas lebih 50tahun merdeka generasi sekarang berada dalam keadaan cukup selesa.. ibarat berada di dalam suasana cahaya yang terang benderang. Tiba-tiba lampu yang terang itu terpadam dalam PRU12 yang lalu...beliau berkata siapa yang padamkan lampu tak penting yang lebih penting dan utama ialah bagaimana untuk menghidupkan semula lampu tersebut dan langkah Puteri di bawah YB Dr Wan Norasyikin telah memulakan usaha untuk menghidupkan semula lampu yang terpadam... sekali lagi syabas dan tahniah kepada YB dan anak buah Puteri Perak.

UMNO Terengganu akan sentiasa bersama dalam usaha untuk memantapkan perjuangan Melayu di bumi bertuah ini.

Friday, May 23, 2008

UMNO oh UMNO

Salam bloggers....NST hari ini memaparkan konflik antara pemimpin dan bekas pemimpin. 'Front page'. Pada saya ia sesuatu yang amat tidak sihat untuk dijadikan teladan kepada generasi pelapis. Apakata kalau isu isu berkaitan keluarga UMNO ini diselesaikan secara keluarga dan musyawarah kerana pada saya menang atau kalah tidak memberi apa maknapun kepada perjuangan ini. Menang jadi arang, kalah jadi abu.

UMNO bukan sahaja satu parti yang teragung di bumi Melayu ini malah ia lebih daripada itu. Ia adalah airmata, budi dan jiwa, darah dan daging orang Melayu. Perjuangan untuk mengangkat martabat Melayu sejak 62 tahun lalu dimakbulkan oleh Allah swt. Terima kasih UMNO. Setuju atau tidak kita terpaksa terima bahawa UMNO telah banyak berbudi dan berbakti kepada orang Melayu. Setuju atau tidak kita terpaksa terima bahawa apa yang kita miliki hari ini sedikit sebanyak hasil sumbangan parti keramayt ini....Lantaran itu bersyukurlah kepada Allah dan berterima kasihlah kepada pemimpin yang telah berbudi dan berjasa...

Saya bangga menjadi MELAYU kerana UMNO. Saya yakin semua ini telah menjadi ketentuan Allah dan tersurat di Luh Mahfuz bahawa UMNO ditakdirkan mencemerlangkan MELAYU....Kepada generasi muda jadikanlah polemik kepemimpinan yang melanda sekarang sebagai satu sempadan yang tidak mungkin akan berulang pada masa mendatang InsyaAllah. Hidup Melayu. Hidup UMNO. Fikir fikirkanlah

Thursday, May 22, 2008

BERSATU DAN BERPADU

Salam bloggers...terima kasih lilin api yang prihatin dan cakna...bersatu pada saya bermula dari diri masing-masing. Kita jangan harap orang lain memulakannya kita yang sewajar memulakannya.Isu dan masalah JKKK yang pilih kasih...saya tidak mahu menyebelahi mana mana pihak tetapi jangan menggigit tangan yang menyuap nasi...Kerana pulut santan binasa.

Satu pengalaman saya....Satu ketika dahulu saya membantu seorang hamba Allah... Malangnya apabila hamba Allah tersebut dapat apa yang diinginkan dia mula bercakap dengan kata kata yang tidak sewajarnya. Bercakap di kedai kopi, di wakaf di mana sahaja bahawa ''Aku walaupun kuat membangkang tetapi mendapat lebih daripada penyokong kerajaan". Ini mengguris hati dan perasaan penyokong penyokong saya. Jadi tidak hairanlah jika JKKK bertindak demikian.

Sebab itu saya sering mengatakan kita perlu bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit, bunga dipetik perdu ditendang itu tandanya bangsa yang malang... Berdosakah kita jika kita bersyukur?...fikir fikirkan....

Pemimpin Oh Pemimpin

Salam bloggers...terima aksih kepada kekawan yang masih setia dengan blog ini.Pandangan dan luahan rasa abgmie dan kulaan amat disanjungi. Yang baik saya jadikan teladan dan sebaliknya saya akan jadikan sempadan dalam meneruskan perjuangan agama bangsa dan negara.

Betul kata pujangga... pemimpin silih berganti...patah kan tumbuh, hilang akan berganti.. Tetapi yang tumbuh itu adakah sama dengan yang patah? Begitu juga halnya dengan yang berganti. Kalau sama nilai dan kualitinya...Alhamdulillah... Kalau tak sama... Nauzubillah.

Isu Dr M keluar UMNO adalah isu yang besar. Isu yang menjadi polemik sama ada di kalangan orang politik atau rakyat biasa. Persoalannya sampai bila kita harus berpolemik tentang isu ini sehingga kita lupa tugas dan agenda umat yang lebih besar. Kita lupa status dan kedudukan umat kita berbanding dengan umat lain di bumi bertuah ini.

Lantaran itu, saya berpendapat pemimpin di peringkat mana sekalipun perlu tahu hal-hal keutamaan... paling utama, utama dan kurang utama. Mengetahui 'PRIORITY'...
PRU 12... Pernah terfikirkah kepada kita bahawa bukan Melayu tidak memberi undi kepada BN? Mustahilkah satu ketika nanti 'mereka' akan cipta satu parti baru gabungan sesama mereka? Its not imposible...kerana bagi mereka bangsa adalah segala galanya.

Pemimpin Melayu bersatulah,Ikhlaslah dalam tindakan bertawakkallah dan saya yakin jika kita ikhlas dan luhur dalam perjuangan ini pasti kita diberi petunjuk dan hidayah olehNYA. Sebagai pemimpin atau ketua kita jangan jadi Kakaktua.... yang hanya pandai berkata-kata sahaja...Fikir fikirkan...

Tuesday, May 20, 2008

Apakah UMNO masih relevan

Sebagaimana yang saya jangkakan, bahawa tragedi yang menimpa UMNO telah dilihat dari pelbagai perspektif...Ada yang menyokong dan tidak kurang yang kecewa. Tetapi yang pasti saya berpandangan keputusan yang dibuat oleh mantan Presiden itu sedikit sebanyak menggoyahkan UMNO.

Kenapa saya beranggapan demikian? Jawabnya ialah alasan dan ulasan yang diberikan oleh Dr M ada logik dan boleh diterima oleh khalayak. Cuma yang saya bimbang, apakah keputusan Dr M itu kerana cabaran daripada floor speaker atau lahir dari hatinya yang ikhlas untuk melihat bangsa dan negara ini lebih cemerlang. Hanya Allah saja yang tahu.

Kalaulah tindakan keluar parti dibuat dek kerana cabaran seseorang, saya rasa ia satu tindakan yang tidak bijak tetapi jika lahir dari hatinya yang luhur maka ia adalah tindakan yang tepat. Masalahnya ialah kita tidak pernah tahu nawaitu seseorang.

Walau apapun pandangan...yang penting kedudukan dan perpaduan Melayu perlu diutamakan.Apa yang pasti sehingga saat dan detik ini orang Melayu terutama di luar bandar masih mengharap parti keramat ini untuk perjuangan ke arah kecemerlangan. Dengan kata lain parti ini masih tetap relevan dengan mereka.

UMNO tidak pernah berdosa, tetapi pelaku-pelaku UMNO perlu muhasabah kendiri...Pemimpin perlu akan pendirian dan ketegasan serta keberanian dalam tindakan demi agama, bangsa dan negara. Rakyat dan masyarakat hari ini cukup bijak menilai dan mentafsir perlakuan pemimpin, sama ada pemimpin bawahan atau atasan.Mereka boleh bezakan antara realiti dan fantasi.

Pemimpin kuat rakyat hebat; Pemimpin lemah rakyat musnah. Fikir fikirkanlah....

Monday, May 19, 2008

Dr M dan UMNO

Berita yang menggemparkan...tetapi itulah hakikat yang kita kena terima.Kenapa dan mengapa terjadi demikian hanya Dr M sahaja yang tahu. Beliau berhak memilih jalan yang pada pandangan beliau jalan terbaik.

Saya yakin, tragedi ini (kalau boleh saya istilahkan demikian) akan membuatkan parti pembangkang tersenyum senang. Walaupun begitu saya yakin Dr M tidak akan dipergunakan oleh mana mana pihak kerana beliau seorang yang berpendirian.

Mungkin sehari dua lagi kita akan dapat jawaban yang tepat mengapa Dr M mengambil tindakan sedemikian rupa. Pun begitu akan timbul pelbagai spekulasi dan tanggapan positif mahupun negatif. Memang lumrah alam.

Kepada pucuk pimpinan, terima lah apa yang berlaku ini sebagai Qada dan Qadar Allah. Pasti ada hikmat. Sebagai pemimpin parti terbesar kita perlu muhasabah di dalam diri kita sendiri. Saya bimbang nasib parti besar yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara akan berkubur seperti LDP di Jepun dan Kuomintang di China. Nauzubillah...

Moga ALLAH selamatkan UMNO... Amin

Saturday, May 17, 2008

SEKALI CIKGU SELAMANYA CIKGU.

SELAMAT HARI GURU...Rakan bloggers sekalian, terima kasih kerana masih setia dengan blog saya. Saya amat menghargainya. Khilaf akan membawa kepada rahmat. Kita tidak mahu kekhilafan membawa kepada kemudaratan...Sebab itu dalam Islam ada mazhab.. Mereka saling hormat menghormati. Kata pendita...'Kerja paling senang ialah menyalahkan orang lain sebagai alasan untuk menyelamatkan diri'.

Setiap 16 Mei, kita akan menyambut hari guru. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik sama ada di bandar atau di mana sahaja..Jasa Kalilan terlalu agung, budi kalian tak terhitung bakti kalian sentiasa disanjung.

Kemerdekaan bumi bertuah ini terhasil dari titik peluh guru yang berada di ceruk rantau Tanah Melayu menanam rasa patriotik dan nasionalis Melayu kepada anak anak sekolah hingga kepada seluruh Masyarakat. Mereka menggunakan Parti keramat Melayu iaitu UMNO. Alhamdulillah... berkat usaha, doa dan tawakkal mereka maka 1957 kita merdeka dan guru mendapat tempat di dalam UMNO. Mereka menjadi ketua cawangan dan ketua kaum ibu di kampung-kampung. Mereka dihormati kerana ilmu dan keikhlasan. Mereka mampu mengetuai mesyuarat, menyelesai maslah orang kampung, menaip surat dan segala-galanya. Semuanya bergantung kepada cikgu....ertinya... kata orang Terengganu'....'ATAS CIKGU BELAKE'...

Saya bangkitkan nostalgia ini bukan di sebabkan saya bekas guru, tetapi hakikatnya, Guru adalah mereka yang ikhlas dalam tindakan, prihatin ketika kesukaran,dan matang dalam tindakan. Mereka tidak mengharap pujian tetapi kejayaan cemerlang anak didik adalah hadiah yang tidak terhitungkan...

Ketika UMNO telah establish...dan ramai yang menggerumuni UMNO, UMNO telah menjadi seperti 'gula'....banyak semut datang menghurungi...ketika itu guru dikesampingkan... Ditambah lagi untuk memegang jawatan, kepandaian dan keikhlasan bukan ukuran...Kerana Ikhlas tak nampak dipandang...maka terjadilah politik wang...Alhamdulillah, di Terengganu UMNO cuba untuk memberi ruang untuk guru...Nampaknya rakyat Terengganu pandai memilih...Cuma calon Bukit Tunggal sahaja yang masih belum menang....Allhamdulillah.

Politik cantas bukan cara politik seorang guru. Falsafah guru yang utama ialah gembira melihat muridnya berjaya. Ada rakan bloggers yang tuduh saya mengamalkan politik corak tersebut kerana saya ingin menjadi EXCO kanan, saya rasa satu tanggapan yang kurang tepat. Kerana pada saya tiada istimewanya EXCO kanan atau tidak kanan. Yang penting anda YB ...Yang Bekhidmat...Dan jawatan exco kanan tidak wujudpun dalam enakmen negeri. Tidak pernah ada sifat seorang guru untuk naik memijak kepala lawan... kalaupun wujud...Ia bukan cikgu sejati..... SELAMAT HARI GURU...

Friday, May 16, 2008

Royalti.

Saya ingin memberi respon berkaitan dengan wang royalti petronas sebanyak 5% kepada Kerajaan Negeri Terengganu 2004 - 2008.Walaupun isu tersebut bukan dibawah bidang kuasa saya selaku exco Islam Hadari.Setelah Terengganu berjaya merampas balik daripada pemerintahan PAS 1999-2004, Kerajaan Persekutuan telah memberi balik wang royalti kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran Dato Seri Idris Jusoh.

Namun begitu,kerajaan negeri juga tidak pernah diberi sebarang maklumat mengenai baki atau jumlah sebenar wang ehsan yang dibelanjakan untuk pelbagai pembangunan projek di negeri ini.Walaupun 80 peratus bajet kerajaan negeri adalah daripada wang ehsan ini, jumlah sebenar perbelanjaan di luar pengetahuan kita. Kenyataan perbelanjaan seperti yang diumumkan juga di luar pengetahuan kerajaan negeri.Pada 2004 sebanyak RM285 juta wang royalti dimasukkan ke dalam bajet, 2005 (RM1.14 bilion), 2006 (RM1.41 bilion), 2007 (RM1 bilion) dan 2008 (RM500 juta).

Saya berharap saudara bloggers tidak perlu membuat sebarang spekulasi yang tidak betul dan menyalahkan 100% kepada YB Dato Seri Idris Jusoh sewaktu beliau menjadi Menteri Besar.Mengenai tuntutan YAB Dato Ahmad Said yang agar pengurusan wang royalti diuruskan oleh kerajaan negeri, saya tidak dapat memberi sebarang komen dan ia masih menjadi kes mahkamah.Saya turut bersetuju agar wang tersebut dapat diurus tadbir sendiri oleh kerajaan negeri demi masa depan & pembangunan akan datang di negeri Terengganu.

Apa yang menarik perhatian saudara sekalian, kerajaan pusat juga memberi RM 432juta semasa pemerintahan PAS 1999-2004 dan ditarik balik ekoran kegagalan PAS mentadbir urus wang tersebut.Namun, RM432 juta tidak tahu dibelanja ke arah mana.Sejak mentadbir terengganu, tiada pembangunan yang dibuat sehinggalah BN mengambil alih semula mentadbir terengganu.Banyak anak-anak syarikat kerajaan yang wujud semasa Tan Sri Wan Mohktar Ahmad memerintah terpaksa ditutup.Persoalannya, adakah PAS berjaya mentadbir ?Jangan kita memberi alasan kerana wang royalti ditarik balik walhal kerajaan Kelantan boleh kekal sehingga hari ini tanpa royalti minyak.Tetapi sedikit sebanyak kerajaan pusat jugak menghulur bantuan dlm mengurus tadbir negeri.Banyak jugak projek2 dlm RMK 9 dikhususkan di negeri Kelantan walaupun berlainan ideologi.

Saya rasa ini sahaja yang dapat memberi respon.Jika tersalah mohon maaf.

Wednesday, May 14, 2008

Pengumuman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat bloggers

Saya ingin mengucap terima kasih kepada sahabat-sahabt bloggers yang tidak jemu-jemu untuk menjenguk blog ini.Apa yang ini saya maklumkan bahwa saya akan menyiarkan semua komen-komen yang sahabat tuliskan kecuali komen yang maki hamun dan keterlaluan.
Gunalah peluang yang diberi ini sebaik-baiknya.Anda dapat menilai setiap komen yang dibuat oleh sahabat-sahabat bloggers.

Berkaitan dengan komen serta cadangan sahabat bloggers akan saya jawab mengikut kesesuaian masa dan dibawah bidang kuasa yang diperuntukan kepada saya selaku YB.Namun begitu, saya akan memastikan setiap permasalahan rakyat akan dapat diselesaikan dengan seberapa segera yang mungkin.

Monday, May 12, 2008

Bersyukur dan Berterima Kasih

Salam bloggers....semalam atau kelamrin kita telah menyambut ulangtahun UMNO ke 62 tahun...Alhamdulillah... sambutan sederhana tetapi meriah. Sambutan sebagai tanda syukur kepada Allah yang telah melimpahkan segala rahmat dan nikmatnya kepada kita khususnya Melayu dan rakyat Malaysia. Rahmat dan nikmat yang disalurkan melalui UMNO parti keramat Melayu..

Rasa syukur dan terima kasih ini sewajarnya perlu disuburkan pada genarasi akan datang agar mereka tahu mengenang budi dan menyanjung bakti mereka yang terdahulu. Mereka yang telah banyak berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Dan inilah ajaran agama kita yang maha suci... Sepanjang yang saya tahu tiada sebarang nas qat'ie yang menyuruh kita dan umat Islam agar jangan bersyukur dan berterima kasih...Apa yang wujud ialah ayat Qur'an dan hadis hadis sahih mengajar umat agar bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada makhluk.

Saya tidak pasti mungkin penawarrinduku memiliki nas nas yang mengharamkan umat agar tidak berterima kasih atau bersyukur. Saya penuh yakin sdri telah mendapat nikmat daripada Allah melalui UMNO dan kerajaan BN. Maafkan saya kalau saya silap...Mungkin jawapan sdri bahawa duit yang sdri terima ketika belajar dan sekarang menjawat jawatan tinggi adalah duit kerajaan. Jawapan sdri adalah tepat, tetapi kerajaan inilah yang merancang dan melaksana DEB utk orang Melayu...Begitu juga penubuhan UKM, di mana Sdri mendapat ijazah...diusahakan oleh pemimpin Melayu UMNO...

Malang nasib UMNO, habis madu sepah dibuang, bunga dipetik perdu ditendang; Itu sifat mereka yang jalang...Jangan kita menjadi manusia yang menggigit jari yang menyuap kita...

Berdosakah kita sekiranya kita berterima kasih sesama kita?... Fikir fikirkanlah...Wallahu a'lam.

Sunday, May 11, 2008

Pembohongan Harakah Lagi.

Rosol kata isu Monsoon Cup dan TTI lapuk?
SM Noor
Sun | May 11, 08 | 7:29:04 am MYT

Setelah tiga tahun dianjurkan dan berulang kali dipersoalkan oleh rakyat, Mad said telah memecahkan kebuntuan dengan membuat kenyataan bahawa kedua-dua projek mega tersebut perlu dikaji semula.

Kenyataan tersebut tidak pernah dibuat oleh kerajaan sebelum ini yang diketuai oleh Idris Jusoh, dan yang paling memeranjatkan Mad Said mengaku walaupun beliau sebagai Exco kerajaan, beliau sendiri tidak tahu berapakah sebenarnya kos yang dibelanjakan terhadap kedua-dua projek tersebut.

Ekoran dari itu, wakil-wakil PAS telah membawa persoalan berkenaan perkara yang ditimbulkan oleh Mad Said ke dalam Sidang DUN baru-baru ini bagi mendapat jawapan secara rasmi kerajaan.

Setelah rumah siap, pahat pun berbunyi ! Setelah Sidang DUN tamat, barulah Rosol bekas Exco kerajaan lalu, yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu membuat kenyataan di luar Dewan dengan mengatakan isu Monsoon Cup dan TTI adalah isu lapuk !

Semasa di dalam Sidang DUN baru-baru ini, Rosol hanya mampu meneruskan sifat 'kebudak-budakannya' mengacau wakil-wakil PAS berucap dan memberikan saranan. Dia sebenarnya tidak mampu untuk berhujah panjang kerana terlalu banyak melakukan kesilapan, baik semasa menjadi Exco dan juga semasa krisis pelantikan Menteri Besar.

ADUN Ladang, YB Dato' Tengku Hasan Tengku Omar ketika dihubungi mengatakan bahawa isu Monsoon Cup dan TTI bukan isu yang lapuk malah ianya akan sentiasa dipersoalkan oleh rakyat kerana menjadi sejarah pemborosan dan pembaziran wang rakyat yang keterlaluan yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu.

Beliau berkata dengan beliau sendiri yang membawa beberapa isu berkaitan Monsoon Cup, rakyat dapat mengetahui beberapa fakta yang tidak diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

"Untuk menganjurkan Monsoon Cup, kerajaan telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 42 juta bagi mendalamkan 'basin' Pualau Duyong pada tahun 2005 dan 2006, �ditambah dengan RM 11 juta lagi pada tahun 2007, kesemuanya berjumlah RM 53 juta, bukan jumlah yang sedikit,"kata Dato' Tengku Hassan.

Beliau berkata kerajaan juga membelanjakan RM 100 juta lagi bagi mendalamkan muara sungai Terengganu bagi membolehkan kapal mewah Star Cruise berlabuh dan ia adalah berkaitan dengan isu penganjuran Monsoon Cup.

Menurutnya kedua-dua isu ini juga baru ditimbulkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Mad Said.

"Adakah Rosol juga menyifatkan Dato Mad Said sebagai menyuarakan isu yang lapuk apabila MB menyuarakan isu ini?

"Bagaimana pula isu TTI adalah satu isu yang lapuk, sedangkan TTI belum pun siap lagi!," tambah Dato' Tengku Hassan. - buletinonline.net

DIRGAHAYU UMNO

Alhamdulillah...syukur...pada hari ini 11 Mei kita menyambut ulang tahun UMNO yang ke 62 tahun. Marilah kita bertafakur sejenak dan membacakan Ummul Kitab(AlFatihah) untuk dihadiahkan kepada semua pejuang UMNO yang jasa mereka tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.Budi dan bakti mereka kepada umat, bangsa dan negara terlalu agung. Kerena mereka kita dapat menikmati apa yang dimiliki sekarang. Moga roh mereka ditempatkan bersama orang yang soleh InsyaAllah.

Setelah 62 tahun berlalu dan setelah lebih 50 tahun mengurus dan mentadbir negara, terbukti bahawa UMNO adalah parti yang hebat. Rakan rakan UMNO seperti GOLKAR, KONGRES dll lagi telah tidak relevan lagi pada hari ini. Saya dinasihati oleh seorang rakan dari luar negara yang sentiasa mengikuti perkembangan UMNO. Nasihat beliau ialah...'Jaga UMNO baik-baik. Kerana sehingga hari ini, UMNO sahajalah Parti yang masih relevan dan mampu mentadbir negara sejak merdeka'.

Persoalannya... bagaimana UMNO hari ini? Apakah ia masih relevan? Apakah UMNO hanya parti untuk orang kampung? Bagi mereka yang tinggal dibanglo besar dan kawasan mewah, apakah mereka berterima kasih kepada UMNO?

Persoalan ini saya timbulkan kerana sepanjang pemerhatian saya, saya dapati mereka yang menyokong dan begitu dahagi dengan perjuangan UMNO ialah orang kampung yang pendapatan tidak seberapa, kerja mereka sekadar petani, nelayan dan kerja kampung. Mereka lah yang bermatian-matian berkempen untuk UMNO terutama sepanjang pilihanraya.Mereka tidak utamakan wang ringgit. Mereka mahu agar bangsa,agama dan negara terus didaulatkan kerana maruah agama, bangsa dan negara adalah segala galanya bagi mereka. Terima kasih warga kampung yang tahu membalas budi....

Bagi warga kota, kedapatan mereka yang menganggap bahawa mereka telah memiliki segala galanya...segala infra tersedia lantas peranan parti dan kerajaan telah tidak relevan lagi. Sekali fikir... begitulah nasib UMNO.. parti keramat Melayu ini...

Apakah ini tandanya hari hari terakhir sebuah parti yang banyak berjasa...Marilah kita bermuhasabah diri sendiri... Fikir fikirkanlah...Wassalam

Saturday, May 10, 2008

Islam Hadhari

Salam bloggers...Islam Hadhari masih diperbahaskan lagi. Saya yakin ia bermotif politik. Yang menyedihkan ada pendapat yang mengatakan ia adalah fahaman baru atau ajaran baru. Dan yang lebih buruk apabila kata kata tersebut keluar daripada mereka yang dianggap Tuan Guru.

Saya tidak mahu berhujah panjang dalam hal ini. Cuma analogi saya ialah ...apabila PM memperkanalkan pendekatan islam hadhari, maka presiden PAS memperkenalkan 'HADHARAH ISLAMIYAH' Dan Presiden PAS mengeluarkan sebuah buku dengan tajuk tersebut. Saya telah membeli dan mambacanya...Adakah HADHARAH ISLAMIYAH juga terpesong? Begitu juga Sdr Anwar Ibrahim pernah memperkenalkan 'ISLAM MADANI'.

Pada saya ia sekadar bertukar nama tetapi asas aqidah dan substance Islam tetap tidak berubah. Kalau diingat kisah dulu dulu tentang nama. Apabila lahir sahaja seorang anak, maka si bapa akan daftarkan nama di Balai Polis. Selang beberapa hari, didapati bayi tersebut menimbulkan banyak masalah seperti selalu manangis, berkudis di kepala dll yang negatif... Lantas atas nasihat mereka yang alim bayi tersebut perlu ditukar dengan nama baru. Orang Terengganu kata...'NAMA DOK SEKUN'.Tetapi nama yang didaftar dalam Birth Cert tetap tidak berubah...cuma nama panggilan di rumah saja yang ditukar untuk lebih SEKUN...

Persoalan...kenapa kita hebohkan titik PERBEZAAN,sedangkan titik persamaan terlalu banyak antara kita... Fikir fikirkan, Wassalam

Friday, May 9, 2008

Sidang DUN Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan rakan bloggers sekalian....Syukur dan terima saya ucapkan kepada semua rakan dan sahabat yang tak jemu jemu menjenguk blog saya. Alhamdulillah sekarang tidak ada lagi kata kata kesat dan keji...Sebagaimana harapan saya dulu, saya berharap kata kata kesat dan keji itu adalah kata kata yang terakhir dihamburkan dan saya adalah mangsa terakhir.Moga selepas ini tiada lagi kata kata sebegitu sama ada kepada saya atau kepada makhluk yang lain daripada insan yang sama..InsyaAllah.

Sepanjang sidang DUN yang berlangsung selama 4 hari, banyak perkara yang dapat diperhatikan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Speaker baru YBM Dato Tg Putera yang mampu mengendalikan sidang dengan baik. Tiada suasana panas dan kata kata kesat dilontarkan..Alhamdulillah.

Pujian juga patut diberikan kepada DS Hj Hadi dengan pandangan membina kepada kerajaan dalam usaha membantu golongan petani dan nelayan.Satu pandangan yang baik.Cara dan penyampaian yang tak pernah saya lihat di dalam sidang sidang yang lalu. Terima kasih dan tahniah DS.

Tetapi kepada dua YB PAS yang baru iaitu wakil Bukit Payung dan Ladang,saya berpandangan mereka perlu banyak belajar. Wakil Ladang membangkitkan isu Kiblat Masjid Kristal yang dikatakan bercanggah dengan arah kiblat yang terdapat pada jam kawan beliau. Beliau lebih percaya dan yakin dengan arah kiblat jam tangan kawannya.
Rakan rakan bloggers boleh menilai sendiri YB Ladang dan tidak hairanlah beliau memilih untuk bersara awal.

Begitu juga halnya dengan YB Bukit Payung. Bercakap macam memberi kuliah di Masjid Telaga K Berang.Mungkin kerana kuliah beliaulah satu pasangan bercerai akibat isteri menyokong BN pada pilihanraya yang lalu. Beliau menyatakan seolah olah Islam Hadhari sesat dan menyesatkan dan membaca petikan kata kata Mufti Perlis. Kata kata tersebut dibaca sebahagian sahaja kerana keuntungan politik beliau. Saya ingin nasihatkan kepada YB Bukit Payung, kalau kita tak mampu untuk menjadi garam untuk mengawet ikan, jangan pula menjadi Langau yang merosakkan ikan tersebut. Fikir fikirkan

Wednesday, May 7, 2008

Perbahasan Sidang Dewan 1

Hari ini merupakan hari pertama bagi penggal ke 12 perbahasan sidang undangan negeri Terengganu.Persidangan negeri berjalan dengan lancar dan teratur seperti mana yang ditetapkan.Saya tidak mengambil bahagian dalam perbahasan ini, hanya memberi peluang kepada ahli-ahli YB baru samada dari pihak kerajaan mahupun dari pembangkang.

Saya ingin mengambil satu isu yang dibangkit oleh pihak pembangkang.Wakil Dun Bukit Payong membangkitkan mengenai Islam Hadari.Beliau menyatakan bahwa islam hadari adalah sesat dan agama baru.Sedangkan beliau sendiri tidak tahu apakah konsep islam hadari yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.Islam hadari bukan agama baru seperti mana yang dilaung-laungkan oleh Pembangkang.Ini adalah pendekatan.Kita tidak sesekali mengubah apa yang terkandung di dalam Al-Quran & Sunnah.Cuba anda perhatikan dimana salah silapnya konsep yang digunakan pakai?Saya berharap saudara-saudari perhati apa yang terkandung di dalam konsep islam hadari, bukan islam baru seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Sekiranya saudara masih ingat semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau juga memperkenalkan konsep iaitu Islam Madani.Adakah waktu itu konsep Islam Madani agama baru ?Cukuplah wahai kepimpinan pembangkang menipu rakyat.Janganlah menggunakan islam untuk meraih sokongan.Di sini saya sertakan isi Prinsip Islam Hadari.Baca dan fahamilah prinsip tersebut.CArilah dimana silapnya.

Prinsip 1 : KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH
i. Keimanan yang mantap
ii. Ketaqwaan yang menyeluruh
iii. Pegangan agama yang kukuh
iv. Pengalaman kolektif nilai-nilai murni
v. Masyarakat yang "beragama" berteraskan prinsip Rukun Negara

Prinsip 2 : KERAJAAN YANG ADIL DAN BERAMANAH
i. Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat
ii. Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan bertanggungjawab
iii. Kebajikan rakyat terpelihara
iv. Berjimat cermat - mengelak pembaziran

Prinsip 3 : RAKYAT BERJIWA MERDEKA
i. Semangat jati diri
ii. Berfikiran terbuka
iii. Tidak dibelenggu kesan penjajah
iv. Kreatif dan Inovatif
v. Mampu bersaing
vi. Berdaya maju
vii. Berdikari
viii. Berusaha menerima perubahan
ix. Tidak taksub dengan budaya lama yang melemahkan

Prinsip 4 : PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN
i. Umat yang cinta akan ilmu
ii. Menjadi bangsa peneroka ilmu
iii. Mendalami ilmu fardhu ain
iv. Menguasai semua bidang ilmu kifayah
v. Bersedia meninggalkan "ilmu-ilmu" negatif yang boleh merosakkan akidah dan membinasakan masyarakat
vi. Memantapkan integrasi ilmu

Prinsip 5 : PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF
i. Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah dalam bidang ekonomi
ii. Umat yang maju dalam bidang ekonomi
iii. Negara yang maju dan barakah
iv. Mengelakkan pembaziran dalam aktiviti ekonomi
v. Mengutamakan golongan kurang berkemampuan
vi. Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal
vii. Keseimbangan ekonomi antara bandar dan luar bandar
viii. Kerjasama kondusif antara sektor awam dan swasta
ix. Memberi keutamaan kepada ekonomi yang berkait dengan keperluan asasi rakyat
x. Mengelakkan penindasan dalam aktiviti ekonomi

Prinsip 6 : KEHIDUPAN BERKUALITI
i. Tempat tinggal yang selesa
ii. Persekitaran yang selamat
iii. Kehidupan yang sihat
iv. Keluarga yang harmoni
v. Pemakanan yang berkualiti
vi. Masyarakat yang penyayang
vii. Prasarana yang lengkap dan sempurna
viii. Menjadi ibadat asas kehidupan berkualiti

Prinsip 7 : PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA
i. Memberi perhatian kepada kumpulan etnik dan minoriti
ii. Memberi perhatian kepada bekas-bekas banduan, bekas penagih dadah, bekas tahanan rumah perlindungan akhlak dsb.
iii. Memberi keadilan yang sewajarnya kepada kaum wanita
iv. Memberi perhatian kepada ibu tunggal
v. Memberi perhatian kepada Orang Kurang Upaya (OKU)

Prinsip 8 : KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL
i. Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama
ii. Membangunkan moral masyarakat berdasarkan nilai-nilai murni
iii. Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat

Prinsip 9 : PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI
i. Kesedaran dan bertanggungjawab manusia sebagai khalifah
ii. Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan
iii. Pembangunan yang seimbang dan terancang
iv. Memanfaatkan sumber alam untuk perkara kebaikan
v. Mengelak pembaziran sumber alam
vi. Mengekalkan keindahan alam
vii. Memelihara sumber air dan udara yang berkualiti
viii. Melindungi habitat kehidupan fauna

Prinsip 10 : KEKUATAN PERTAHANAN
i. Membina ketahanan melalui modal insan (mental dan spiritual)
ii. Menyemarakkan semangat patriotik dan cinta akan negara
iii. Memiliki sistem pertahanan terbaik dan disegani
iv. Membangun kekuatan pertahanan berasaskan teknologi

Tidak dapat dinafikan bahwa kita selalu pandai mencari kesalahan dan kesilapan orang.Namun, kesilapan terhadap diri sendiri dinafikan.Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri adakah kita mampu membuat sesuatu lebih baik daripada orang yang kita cakap salah.?kalau tidak perbaiki dahulu diri sendiri sebelum mengkritik membuat tuli pada orang walaupun kita pandai membaca Al-Quran,Tafsir dan sebagai tapi kita tidak mengamalkan apa yg terkandung di dalamnya.

Fikirlah ...

Ulasan YB Dato Seri Mohd Khir Toyo - Mantan Menteri Besar Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit ulasan berkaitan dengan artikel yang dibuat oleh YB Dato Seri Mohd Khir Toyo yang bertajuk "Mudah Berjanji, Mudah Lagi Memungkirinya" di dalam blognya.Saya bersetuju 100% dengan kenyataan tersebut mengenai kerajaan Pembangkang terutama di Selangor yang diketuai oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang pandai berjanji dan tidak mampu melaksanakan.

Sebenarnya, Terengganu telah mengalami nasib yang sama lebih awal sebelum negeri Selangor dan negeri-negeri yang dikuasai oleh Pembangkang.Pada Pilihanraya Umum ke 10 1999,Terengganu telah jatuh ke tangan Parti Pembangkang iaitu PAS.Kemenangan PAS membentuk kerajaan pada tahun 1999 bukan disebabkan kekuatan PAS tetapi undi protes oleh Ahli-ahli UMNO sendiri yang marah terhadap pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.Isu tersebut sedikit sebanyak memberi kemenangan besar kepad a PAS dan rakyat beralih arah untuk menyokong pembangkang.Disini,saya tidak mahu membangkit isu pemencatan tersebut.Tetapi ingin berkongsi pengalaman semasa berada di bawah kepimpinan pembangkang.Manifesto tersebut seakan-akan sama dengan manifesto PAS pada tahun 1999 di Terengganu.Antaranya ialah ingin menghapuskan cukai pintu,menaikan bantuan kebajikan, MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD dan banyak lagi janji-jani manis yang telah dibuat sebelum pilihanraya ke 10 yang lalu.

Apa yang menarik perhatian saya, Pembangkang hanya mampu berjanji.Mereka seolah-olah cuba menipu rakyat dan mereka tahu rakyat tidak akan menyokongnya pada pilihanraya.Sebab itulah,mereka berjanji bermacam-macam yang boleh menarik minat rakyat untuk menyokongnya.Malangnya, rakyat termakan kata-kata manis pembangkang.Apa yang ketara di Terengganu, PAS hanya mampu menghapuskan tol di Jambatan Sultan Mahmud dan selebihnya hanya diatas kertas manifesto sahaja.Selain itu juga, PAS beria-ria menjelajah keseluruh pelusuk negeri Terengganu bahkan di luar negeri Terengganu yang mana mereka menyatakan apabila mereka dapat membentuk kerajaan, mereka ingin laksanakan HUKUM HUDUD.Saya tahu, rakyat juga menyokong penuh bila mana hukum-hukum Allah akan dilaksanakan oleh pemimpin terutama pemimpin yang beragama islam.Hukum Alah memang tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana individu, bangsa, adat dan ahli kitab.Ini kerana,hukum Allah mengatasi semua undang-undang yang dibuat oleh manusia.Saya sedar bahawa,di Malaysia memang kita tidak mampu untuk melaksanakan.Saya bukan menolak hukum Allah.Sekiranya PAS dapat melaksanakan hukum Allah pada masa pemerintahannya, maka saya sendiri menyokong penuh.Tetapi malangnya, PAS hanya berpura-pura semata-mata untuk mengaburi mata rakyat setelah mereka menjelajah keseluruh negeri untuk laksanakan hukum tersebut.Apabila berjaya membentuk kerajaan, mereka tidak dapat melaksanakan.Alasan yang diberikan hukum hudud hanya 0.01 dalam undang-undang islam dan akan membuat kajian dan penelitian dari negara-negara yang lain.Adakah ini penipuan ?

Begitu juga dengan isu menghapuskan cukai pintu rumah kediaman, kedai dan premis-premis. Mereka tidak menghapuskan pun, tetapi tidak mengutip hasilnya.Tetapi mereka berdalih pada persidangan dewan sewaktu saya selaku exco dahulu.Walhal, tiada pemansuhan yang dibuat oleh mereka pada ketika itu.Kepada Rakyat Selangor, percayalah kerajaan Selangor tidak mampu untuk menghapuskan atau mengurangkan cukai pintu tersebut.Sekarang, bukan masanya lagi untuk mengkaji, menganalisis dan sebagainya berkaitan perkara tersebut.Sekarang adalah masa untuk melaksana dan mengotakan janji-janji manis.Saya berharap dan menyokong YB Dato Seri Mohd Khir Toyo serta rakyat Selangor mendesak agar kerajaan Tan Sri Khalid mengotakan janji tersebut dengan secepat mungkin.Jangan ditangguh-tangguh atau untuk mengkaji dahulu.

Kepimpinan BN jauh berbeza dengan kepimpinan Pembangkang.Kerajaan BN akan berjanji apabila kerajaan BN yakin dan mampu melaksanakan segala janji-janji yang akan dibuat dan yang dibuat. Kita bukan berjanji mengikut situasi politik.Sebelum sesuatu dasar dibuat, perbincangan akan dibuat bagi mengkaji dan meneliti kesan kepada dasar yang akan dibuat.Kegagalan merancang dengan baik akan mengundang padah kepada kerajaan.

Saya juga berbangga dan gembira dengan YAB Dato Ahmad Said Menteri Besar diatas pengumuman bantuan kepada rakyat negeri Terengganu.

1.Memberi bantuan berupa atap rumah kepada rakyat yang layak menerima dan yang mengalami atap bocor serta rosak.

2.Memberi bantuan sebanyak rm2000 kepada pelajar sekolah menengah melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6.

3.Menghapuskan sewaan meter air.

Insya-allah, saya yakin dan percaya dari semasa ke semasa pengumuman yang lain akan dibuat oleh Menteri Besar demi kebajikan rakyat negeri Terengganu.Semua perkara yang disenaraikan di atas, tidak terkandung di dalam manifesto pilihanraya 12 BN yang lalu.Dengan kebijaksaan kepimpinan negeri, kita berjaya membuat diluar jangkaan.Apa yang salah, saya salah seorang YB yang mewakili UMNO akan memperbetulkan.Permuafakat dalam BN jelas utuh walaupun adakala mempunyai perbezaan pendapat.

Saya berterima kasih kepada penyokong yang parti pembangkang yang melayari blog ini. Saya tahu tulisan ini akan menimbulkan rasa marah kepada penyokong Pakatan Rakyat terutamanya penyokong-peyokong Pas dan PKR kerana mereka akan mengiyakan apa sahaja tindakan yang dibuat oleh pemimpin mereka.Sedarlah wahai saudara-saudara tentang kemampuan pakatan pembangkang bagi mentadbir negeri dan negara.Kita sayangkan negara Malaysia dari segala ancaman, musibah dan bala.

Saya juga sedar akan ada rakan-rakan bloggers yang akan menggunakan bahasa-bahasa kesat untuk menghentam saya. Malah akan ada yang memilih untuk mengalihkan isu dengan memfitnah dan membuat tuduhan melulu. Sebagai wakil rakyat Terengganu dan mempunyai pengalaman berkaitan kerajaan pakatan rakyat saya bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat terutama kepada Rakyat Selangor yang dipimpin oleh pakatan rakyat pembohongan yang berlaku dan akan berterusan di masa hadapan.

Saya juga bertanggungjawab untuk memastikan rakyat Selangor akan pentingnya menyokong kepimpinan kerajaan UMNO/BN menerajui negara dan negeri demi keselesaan rakyat amnya.Alangkah ruginya masa 5 tahun diberikan kepada pakatan rakyat untuk mentadbir negeri apabila ianya gagal dilaksanakan.Saya juga menyeru kepada rakyat malaysia walaupun kita marah akan sesuatu janganlah menghukum diri sendiri dengan menyokong pakatan pembangkang yang tidak terbukti memberi kebaikan kepadanya.Jika anda tidak berpuas hati dengan UMNO/BN salurkan kepada peringkat akar umbi bagi menyelesaikan masalah untuk dibawa keperingkat tertinggi. Oleh kerana itu, saya mengambil inisiatif ini mewujudkan blog dan laman web untuk berkongsi maklumat, pendapat, cadangan yang bernas demi kebaikan agama, bangsa dan negara.Cadangan yang bernas akan dibawa keperingkat atasan untuk dibincangkan.

Kenaikan Harga Beras

Salam bloggers...
Satu isu panas yang menjadi rungutan rakyat ialah kenaikan harga barang yang begitu ketara sekarang. Rata rata rakyat bercakap mengatakan bahawa kenaikan ini berpunca daripada kerajaan yang tidak mampu mengawalnya. Persoalannya ialah adakah ini fenomena lokal atau fenomena antarabangsa? Anadainya ia dalah fenomena antarabangsa, agak sukar untuk kita mengatasinya.tetapi jika ia merupakan fenomena biasa maka InsyaAllah kita akan perbaikinya bersama.

Saya bercakap dengan sorang rakan.Orang Kampung. Dia berpendapat harga beras wajar dinaikkan. Dan dia bersetuju dengan kenaikan tersebut. Pada mulanya saya agak terperanjat dengan pandangan tersebut. Tetapi setelah diberi beberapa alasan, maka saya terfikir ada benarnya. Antara alasan yang diberikan ialah dengan kenaikan ini maka tanah tanah terbiar akan dihidupkan semula.Hari ini kita dapat lihat betapa banyaknya tanah tanah sawah yang dibiarkan tumbuh dengan semak samun.Dari segi agama ia adalah satu dosa. Membazir namanya.

Alasan kedua ialah pegawai pertanian dan mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu memikirkan bagaimana menggalakkan petani dan orang kampung mengusahakan sawah sawah mereka. Antara masalah yang timbul sekarang ialah masalah air. Masalah jentera membajak dan masalah pemandu jentera membajak. Saya difahamkan sekarang para pemandu tidak gemar menjadi pemandu jentera tersebut kerana kerja bersama selut dan lumpur berbanding dengan menjadi pemandu pajero dll. Jadi saya cadangkan agar diwujudkan jawatan khusus pemandu jentera membajak di jabatan pertanian daerah daerah.

Saya teringat kenangan satu ketika dahulu ketika masih di sekolah rendah. Bagaimana kita menolong emak dan ayah menabur semai, mencabut semai, mengikat semai dengan tali kulit pokok bemban untuk dijadikan unting, memikul unting ke baruh, mencedong, menenggala menggunakan kerbau ... ca ca... ndur...ndur dll...nostalgia ini masih segar dalam ingatan saya dan saya yakin mereka yang sebaya dengan saya. Menunjukkan betapa sukarnya untuk makan nasi ketika itu berbanding sekarang. Apabila padi masak...ketam/pukul...Irik padi...jemur ... tumbuk...tanah...jadi nasi...... Alhamdulillah sekarang.....terlalu mudah... oleh itu bersyukurlah....Bersyukur kerana walaupun harganya agak mahal tetapi kita masih mampu untuk membelinya kerana kita berduit walaupun tidak banyak. Fikir-fikirkan...Wassalam.

Tuesday, May 6, 2008

Komen Membina-Alhamdulillah

Rakan-rakan bloggers, terutamanya Sri Buat dan Saidina...Terima kasih kerana sudi melayari blog saya.Komen dan kritik membina tersebuat akan saya jadikan panduan untuk memantapkan tulisan saya untuk tatapan rakan rakan sekalian.Haynya Allah sahaja yang akan membalas budi kalian. InsyaAllah

Saya bersetuju dengan pandangan saudara berkenaan media alternatif yang menjadi sumber maklumat terkini.Saya yakin rakyat Malaysia hari ini telah bijak dan mampu menilai serta membezakan antara intan dan kaca, antara batu dan permata dan antara beruk dengan kera. Kerana kita telah merdeka lebih 50 tahun. Rata-rata rakyat kita telah boleh membaca. Dan ramai yang mampu melayari laman web. Ini satu kebanggaan kepada saya sebagai rakyat di bumi bertuah ini.

Malangnya terdapat segelintir umat kita yang tidak mensyukuri nikmat yang berharga ini. Mereka merasakan nikmat ini datang begitu sahaja untuk sebuah negara merdeka. Ini satu pandangan yang silap. Walau pun negara ini merdeka tanpa pertumpahan darah tetapi kita bersyukur kerana kita mempunyai bekas-bekas pemimpin dan pemimpin yang membuat perancangan yang rapi dan berhikmah terhadap bangsa dan negaranya. Kesannya kita dapat nikmati hari ini. Alhamdulillah...

Saya mengakui oleh kerana pemimpin juga sebagai manusia biasa, mereka tidak dapat lari daripada salah dan silap. Dan terdapat juga mereka yang terlalu selfish. Sehingga sanggup melakukan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat peribadi. Itu lumrah alam. Moga Allah mengampuni dosa-dosa mereka.

Kerana itu saya sebagai manusia kerdil perlu tunjuk ajar dan panduan daripada rakan rakan agar saya tidak tergolong dalam golongan tersebut demi perjuangan agama bangsa dan negara. InsyaAllah. Terima kasih

Sunday, May 4, 2008

Masjid Tanpa Makmum

Assalamualikum dan salam sejahtera bloggers semua.Terima kasih wak hamad dari kelantan yang memahami erti sebuag perjuangan.Shukran...Juga penghargaan kepada Al Farabi tentang isu masjid yang berkualiti.Saya bersetuju dengan pandangan Al Farabi yang dapat saya simpulkan bahawa masjid sekarang tidak dimakmurkan oleh jemaah walaupun ianya kelihatan cantik dan canggih.

Apakah cadangan sdr untuk menarik minat masyarakat agar berduyun duyun ke masjid sebagaimana fenomena yang dimiliki oleh Masjidil Haram di Mekah. Di sana setiap kali masuk waktu sembahyang, para makmum berlari lari menuju ke Masjidilharam untuk menunaikan sembahyang.Alangkah bertuahnya kalaulah keadaan dan situasi sebegitu dapat diaplikasikan di masjid-masjid di negeri Darul iman ini.

Saya berpendapat tugas membina masjid adalah tanggungjawab kerajaan. Kerana kerajaan berkemampuan.Tetapi tugas mengimarahkan masjid tugas rakyat dan Ummah.Pemerintah telah melaksanakan pelbagai program untuk tujuan tersebut tetapi malangnya tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan.Antaranya elaun imam dan bilal telah dimartabatkan.Diwujudkan jawatan utk jurucuci masjid dll.

Marilah kita sama sama fikirkan cara dan jalan yang terbaik untuk mempastikan rumah Allah sentiasa dimakmurkan di negeri Darul Iman ini khususnya dan di Malaysia tercinta ini umumnya.Saya yakin jika majoriti ummah dapat mengamalkannya InsyaAllah negara ini akan lebih makmur,dan rezeki Allah akan melimpah dari sumber yang tidak pernah termimpi oleh kita. InsyaAllah.Terima kasih.Wassalam

Friday, May 2, 2008

KOD ETIKA AHLI PARLIMEN MALAYSIA

Kita pasti tertarik dengan gambar pelajar-pelajar sekolah yang begitu serius menonton siaran langsung Dewan Rakyat di muka utama Utusan Malaysia kelmarin (1hb Mei 2008)

Pastinya disepanjang lawatan sambil belajar tersebut mereka akan berasa terpegun dan kagum dengan bangunan Parlimen yang serba indah serta mempunyai infrastruktur kelas pertama.Aura bangunan Parlimen sebagai mercu tanda sistem terunggul negara Malaysia itu juga pastinya menimbulkan persepsi pelajar-pelajar tersebut bahawa wakil rakyat adalah seperti guru besar sekolah mereka iaitu seorang yang berdisiplin, dihormati, berhemah, tinggi budi bahasa dan perwatakannya.

Kita tentu tidak tahu apa yang terlintas di benak fikiran mereka itu tapi penulis tersenyum apabila membaca komentar daripada pelajar-pelajar sekolah yang innocent itu. Semua terkejut dan ada yang ketawa melihat tingkah laku ahli-ahli Parlimen.Bayangkan jika pelajar-pelajar yang masih mentah pengalaman mereka itu telah dapat menilai sikap-sikap orang-orang dewasa yang bergelar wakil rakyat.

Dan apabila Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek turut melahirkan rasa kecewa dan mengatakan tingkah laku ahli Parlimen, khususnya daripada parti pembangkang sebagai ahli Parlimen kelas ketiga, apakah kita, rakyat jelata akan berdiam diri sahaja dan tidak bersuara untuk turut melahirkan rasa kecewa terhadap sikap wakil-wakil kita itu?Realitinya, apakah wakil-wakil rakyat yang mempunyai sikap kelas ketiga ini layak untuk berada di bangunan Parlimen yang mempunyai prasarana kelas pertama?Ketika pelancaran Kod Etika Bagi Ahli Parlimen di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara pada 19hb April 2004, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahamd Badawi telah menggariskan tujuan, kewajipan serta tata laku yang perlu diikuti oleh setiap ahli parlimen.

Di antaranya :-

i) Ahli Parlimen hendaklah memahami dan mematuhi Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat atau Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dengan lebih berkesan dalam persidangan Parlimen;

ii) Ahli Parlimen hendaklah bertanggungjawab kepada Parlimen melalui peranan aktif, objektif, positif dan bijaksana dalam perbahasan di Parlimen;

iii) Ahli Parlimen hendaklah menghadiri setiap mesyuarat Parlimen yang diadakan pada waktu yang ditetapkan; dan

iv) Ahli Parlimen hendaklah pada setiap masa berkelakuan yang boleh meningkatkan kepercayaan rakyat kepada integriti Parlimen.

Dalam topik ‘Tata laku secara am’ pula, beliau menggariskan :-

i) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa adil, amanah dan bijaksana;

ii) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa berintegriti dan mempamerkan akhlak yang terpuji;

iii) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menghindar diri dari kegiatan yang boleh mendedahkan mereka kepada rasuah;

iv) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menunjukkan tata laku dan keperibadian yang terpuji dan boleh dicontohi baik dalam kapasiti rasmi mahupun dalam kapasiti persendirian;

v) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa bertanggungjawab (accountable) atas segala tindakannya; dan

vi) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa mengamalkan gaya hidup mengikut kemampuan masing-masing

Makanya, hari ini rakyat perlu bangkit untuk menilai dengan serius, bersuara dan menegur wakil-wakil rakyat yang sedia ada. Wakil-wakil rakyat perlu diingati bahawa mereka di pilih untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan bukannya berdebat mengenai perkara-perkara yang remeh temeh.Walau bagaimana pun, penulis tidak bersetuju jika slot siaran langsung sidang Dewan Rakyat diberhentikan. Tindakan memberhentikan siaran itu secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan kerajaan terhadap tahap intelektual rakyat.

Biarlah rakyat yang menilai keperibadian dan tahap profesionalisme wakil-wakil rakyat.
Jika kita dapati wakil-wakil rakyat itu tidak berhemah, kebudak-budakkan dan tidak menyumbang ke arah kesejahteraan dan kehendak rakyat, kita akan menempuh Pilihanraya umum ke-13 pada tahun 2012.Dan ketika itu, wakil-wakil rakyat yang tidak berkualiti, tidak berbudi bahasa, pandai memalukan serta menjatuhkan maruah orang lain di dalam dewan yang mulia itu akan menerima padahnya. Mereka pasti tidak akan diterima oleh rakyat, tidak kira pegangan politik mereka.

Alim Ulamak

Terima kasih sdr blogger esp ibnu wahab...Untuk makluman sdr, Masjid tidak semestinya berkubah dan Alim tidak semestinya berjubah,Kita sedia maklum bahawa mereka yang membuat masjid akan peroleh ganjaran InsyaAllah dan jangan lupa mereka yang membina jalan ke masjid juga akan mendapat ganjaran...Sebaik baik manusia di sisi ALLAH ialah mereka yang bertaqwa(maksud ayat).Dalam kehidupan umat Islam hari ini rata rata kita tidak samaratakan pemberatan dalam ilmu fardu dan dan fardhu kifayah..Lantaran itu kita terus menjadi bangsa pengguna daripada mencipta,menadah daripada menghulur...Fikir fikirkan..Moga kita terus dianugerahkan keberkatan oleh Yang Maha Esa..InsyaALLAH.Amin.

BN dan UMNO masih disayangi

Sdr bloggers.... especially Budakua, terima kasih kerana surfing blog saya. Saya yakin sdr adalah pengundi saya. Dan mungkin telah memberi satu undi penting untuk saya dalam 3 pilihanraya yang lalu.Saya yakin sdr akan terus menyokong dan mengundi BN untuk PRU 13 dan selama lamanya. Alasan saya mudah iaitu sepanjang 4 tahun PAS perintah Terengganu, berapa batang jalan dan berapa jambatan dibina di Kg Kua. Yang saya tahu satu jambatan rosak teruk kerana digunakan oleh treler ambik balak sehingga menyusahkan org kua utk keluarkan buah sawit.

Satu lagi...'Fitnah lebih bahaya daripada membunuh'....Dosa kita dengan Allah insyaAllah...Allah maha pemurah lagi pengasihani...Tetapi Dosa sesama insan, kita MESTI memohon kemaafan drp mereka...Fikir fikirkan...

Rakyat yang mengundi dan menyokong BN.Kemenangan saya dalam 3 piliharaya yang lalu bukan kerana kekuatan peribadi dan body saya tetapi;
1.Kekuatan UMNO dan BN di Hulu Terengganu
2.Rakyat dan pengundi di sini tahu bersyukur dan berterima kasih sbgmana disuruh oleh Islam
3.Kehebatan kepimpinan cawangan, peti undi dan bahagian.
4.Pengalaman 4 tahun di bawah PAS satu pengajaran penting.
5.Rakyat yakin dengan ketidakanmampuan pembangkang.'Cakap tidak serupa bikin'

Lantaran itu, saya yakin walau siapapun yang bertanding di Ajil, K berang dan Telemong dalam piliharaya akan datang, InsyaAllah akan mendapat kejayaan...Saya berjanji akan meninggalkan sebuah parti yang kuat kpd pengganti saya di DUN Ajil.

Terima kasih kerana mempastikan kesinambungan dan kekuatan UMNO dan BN H Terengganu terus cemerlang...
Terima kasih...wassalam.

Thursday, May 1, 2008

JANJI TINGGAL JANJI

Rakan rakan bloggers, Minta maaf saya tidak mahu komen secara detail apakah janji janji yang ditaburkan oleh kerajaan di lima buah negeri terhadap rakyat akan direalisasikan.Just wait n see.Tetapi Terengganu telah mangalaminya selama lebih kurang 4 tahun sejak 1999 hingga 2004.Walau bagaimanapun saya mendoakan agar segala janji tersebut akan dikotakan. InsyaAllah.Amin.