saya adalah pemimpin kecil di kalangan rakan taulan.Tugas dan tanggungjawab yang terpikul di bahu saya amat berat.Saya tahu saya dipertanggungjawabkan atas apa yang saya lakukan dan apa yang tidak saya laksanakan terhadap amanah ini.Lantaran itu saya sering mendoakan agar saya diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah dalam merealisasikan tanggungjawab ini.
Saya juga perlukan pandangan yang membina dan jitu utk tujuan dan matlamat tersebut. saya tidak mempunyai niat lain kecuali untuk melihat agama,bangsa dan negara tercinta ini berada dalam keadaan dan suasana yang dirahmatiNya.
Kita bersyukur kerana dilahirkan di bumi bertuah ini. Bertuah kerana kita disisihNya dari banjir besar,ribut taufan, gunung berapi dan bencana yang tak termampu utk kita elak.Syukur juga kita kerana kita masih mempunyai golongan alim yang ikhlas dan jujur.Di samping kita masih memiliki pemimpin yang menjadikan agenda rakyat diutamakan.
Oleh yang demikian.marilah kita sama sama jayakan hasrat murni ini.Kita ketepikan perbezaan antara kita...Kita fokus dan tumpukan perjuangan kita demi agama, bangsa dan tanah air...Apa yang baik utk rakyat,maka baiklah utk kita...Saya nasihati diri saya agar agenda rakyat diutamakan...Yang baik untuk rakyat,maka baiklah untuk saya. insyaAllah..
Thursday, April 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment