Monday, April 28, 2008

Kemaskini ........

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua

Sahabat-sahabat bloggers sekalian,disini ingin saya maklumkan bahawa blog ini akan dikemaskini balik.Sehubungan dengan itu,saudara-saudari tidak ada masalah untuk memberi komen,pendapat,cadangan dan aduan.

Wassalam

1 comment:

Yanaam said...

Tahniah Dato' kerana sudah mempunyai weblog sendiri. Saya harap blog ini dapat diisi dengan pandangan Dato' terhadap sesuatu isu nasional mahupun negeri disamping memaklumkan aktiviti terutama di dun Ajil.

Saya setuju Dato' berhak untuk menapis segala komen yang masuk kerana saya sendiri benci dengan komen yang tidak matang, merapu dan sekadar memuaskan nafsu amarah sendiri walhal ia bukan sunnah dan terkeluar daripada etika dakwah. Saya bukanlah ahli mana-mana parti, namun saya lebih condong kepada pembangkang :)

Walaupun saya bukan pengundi di Terengganu, namun saya adalah anak kelahiran Terengganu yang tetap sayangkan negeri tanah tumpah darah saya, di mana saya dibesarkan dan mendapat pendidikan. Arwah bapa saya pernah menjadi guru di Ajil, mungkin sekitar tahun 50an atau 60an, ketika saya sendiri belum dilahirkan.

Saya harap Dato' berjaya melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab seterusnya memajukan negeri dan rakyat. Membaca buku Muzakkirah karangan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, saya percaya masih ada di dalam UMNO pemimpin yang ikhlas dalam perjuangan. Semoga Dato' termasuk dalam kalangan mereka yang jujur dan ikhlas.