Monday, April 21, 2008

Program Pembudayaan Teknologi Pendidikan Peringkat Negeri Terengganu 2008

Perkembangan teknologi pendidikan khususnya ICT banyak membantu meningkatkan mutu pendidikan seiringan dengan pembangunan negara. Keupayaan ICT membolehkan transformasi dan penyebaran maklumat yang berupaya membawa kepada pembudayaan dan penggunaan di sekolah-sekolah. Selaras dengan visi yang dijana oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT), satu program ICT iaitu Program Pembudayaan Teknologi Pendidikan telah diadakan pada 12, 13 dan 14 April 2008 bertempat di Sekolah Kebangsaan Tok Randok, Hulu Terengganu.

Dengan tema ‘Jom Guna ICT’, program anjuran BTPNT ini bertujuan bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan, khususnya di sekolah-sekolah luar bandar dengan kegiatan yang berpusat kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berasaskan penggunaan teknologi pendidikan. Program ini juga antara lainnya bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan serta inovasi teknopen berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.


1 comment:

Anonymous said...

Tulisan artikel di blog Anda bagus-bagus. Agar lebih bermanfaat lagi, Anda bisa lebih mempromosikan dan mempopulerkan artikel Anda di infoGue.com ke semua pembaca di seluruh Indonesia. Salam Blogger!
http://www.infogue.com/
http://www.infogue.com/pendidikan/program_pembudayaan_teknologi_pendidikan_peringkat_negeri_terengganu_2008/