Wednesday, April 30, 2008

Isnin..Permulaan Persidangan Penggal ke 12

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Terlebih dahulu,saya ingin memaklumkan bahawa dewan undangan negeri Terengganu akan memulakan persidangan untuk penggal ke 12 bagi kali pertama bermula pada 5.05.2008 - 8.05.2008.Saya menyeru kepada rakyat dan rakan-rakan diluar sana sekiranya mempunyai kelapangan masa , bolehlah mengikuti secara langsung menggunakan laman web rasmi kerajaan negeri iaitu www.terengganu.gov.my dan ikuti arahan selanjutnya.

Bagi diri saya, ini adalah penggal ketiga menjadi wakil rakyat di adun ajil.Namun tahun 1999 adalah pengalaman yang cukup perit selaku pembangkang.Namun,ianya tidak mematahkan semangat ikhlas saya membawa isu dari rakyat untuk dibahaskan di dewan undangan negeri.Tahun 1999 saya menjadi wakil rakyat biasa dan mewakili 28 suara dewan undangan negeri UMNO yang terlepas kepada pembangkang.Biar pun mempunyai 4 orang wakil daripada UMNO, saya dan rakan seperjuagan dari UMNO dapat menyesuaikan diri bersama-sama 28 wakil dari PAS.Kritikan demi kritikan, makian yang saya terima serta beberapa kali diusir dari dewan undangan negeri.Saya tidak patah semangat untuk membawa suara rakyat khususnya di kawasan ajil.

Bagi saya,itulah titik permulaan saya menjadi wakil rakyat.Walaupun berat untuk menerima kekalahan yang teruk pada 1999, hati saya tetap bersama perjuagan tinggalan orang tua dahulu memperjuangkan tanah air ini.Tahun 2004,UMNO berjaya kembali mengambil alih daripada PAS sekaligus saya telah dilantik untuk menjadi salah seorang exco dalam Kerajaan Negeri Terengganu.Jawatan tersebut tidak pernah saya impikan selama ini, namun dengan kuasa Allah saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang exco.Walaupun sedap dengar gelaran exco, tetapi tugas dan tanggungjawab amat besar.Saya tidak nafikan bahawa,jawatan exco mempunyai kelebihan berbanding dengan YB biasa.

Tahun 2008,saya hanya menjadi wakil rakyat biasa.Jawatan exco tiada lagi.Tetapi, bukan itu yang saya kejar selama ini,saya masuk bidang politik adalah untuk membantu dan membawa suara rakyat di kawasan yang saya wakili.Saya telah menceritakan serba sedikit tentang pembangunan yang saya buat di kawasan saya.Walaupun,tidak menyeluruh tetapi hasilnya rakyat dapat merasai daripada kerajaan Barisan Nasional.Rutin harian saya setiap hari adalah cukup padat.Walaupun tidak menjadi exco,saya juga tidak terikat dengan kerajaan dan mempunyai masa untuk berada di kawasan bersama rakyat.Apa-apa pun,saya berterima kasih kepada rakyat di kawasan saya yang banyak memberi kerjasama sama sepanjang menjadi YB.Saya berjanji dengan amanah yang diberikan ini saya akan memastikan agenda kerajaan dapat dinikmati bersama.

No comments: