Saturday, April 26, 2008

Kongsi Pengalaman

Alhamdulillah...saya akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang masih saya miliki untuk menjadi panduan rakan rakan terutama di negeri yang di perintah oleh pembangkang.Saya akan ceritakan juga bagaimana saya dihalau oleh speaker DUN Terengganu sebanyak 2 kali. Saya akan kongsikan juga bagaimana janji janji yang ditabur oleh pembangkang dan bagaimana kesudahan janji janji tersebut.InsyaAllah saya akan kemukakan dengan penuh ikhlas tanpa prejudis.Semoga segala pengalaman ini akan memberi sedikit ilmu dan makluman kepada pejuang UMNO dan rakyat Malaysia untuk membuat peniliaian sendiri terhadap parti pembangkang.Terima kasih.

2 comments:

saidina said...

Tahniah YB. Baru pertama kali saya melayari blog YB. Sebelum ini saya melayari blog YB Dr Khir Toyo dan YB Mat Taib. Blog mereka lebih menarik dan banyak komen bagi setiap posting yang mereka buat.

Izinkan saya memberi komen membina kpd blog saudara. Blog saudara perlu mengikut konvensyen penulisan yang betul. Selepas noktah dan koma, perlu ada jarak sebelum menulis perkataan yang seterusnya. Sebagai bekas guru, tentu saudara faham konvensyen ini.

Bentuk penulisan saudara juga perlu lebih matang, bagi menggambarkan saudara seorang pemimpin. Sila lawati blog Dr Khir Toyo dan Mat Taib bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Bahasa mereka cukup enak, dan tiada unsur melepaskan dendam kesumat (seperti di blog saudara).

Saya akan ikuti perkembangan blog saudara. Jika ia tiada perkembangan yang baik, saya tidak akan mengunjungi blog ini lagi. Sebagai seorang profesional, saya mengharapkan blog saudara lebih baik dan matang.

Minta pandangan saudara tentang kenyataan terbaru Ku Li mengenai ahli parlimen sabah.

seazall.kampung said...

Meningkatkan pengeluaran padi Negara.

Hari ini isu beras menjadi hangat apabila seluruh dunia memperkatakan tentang kenaikan harga beras dan juga stok yang berkurangan. Langkah kerajaan mengumumkan pelan jangka panjang bagi memaksimumkan simpanan beras Negara adalah wajar. Antaranya ialah membuka kawasan baru penanaman padi di Sarawak. Walaubagaimanapun perlaksanaan tersebut haruslah dijalankan selepas mengambil kira faktor faktor dibawah.


Pertama:
Sebenarnya banyak sawah sawah terbiar di semenanjung Malaysia. Lebih malang lagi ada antara lembah jelapang padi yang dikategorikan sebagai sumber utama pengeluaran padi telah hilang fungsinya akibat dari keghairahan untuk melaksanakan transformasi pertanian. Dalam erti kata lain memodenkan sistem saliran dan pengairan. Antara yang di kenal pasti ialah lembah Setiu. Majoriti penduduk setempat telah hilang mata pencarian sejak beberapa tahun yang lalu hinggalah kini akibat dari pemodenan system pengairan yang berkesudahan dengan kegagalan dalam konteks penyediaan sistem perparitan yang sempurna. Petani petani merungut kerana tidak mendapat air yang mencukupi bagi sawah sawahnya. Ini berpunca dari kecuaian kontraktor yang tidak serius untuk melaksanakan projek tersebut. Antara faktor kesukaran mendapat sumber air ialah kerana kecerunan lonkang yang tidak sama. Yang lebin terkilan lagi adalah kerana kecerunan itu semakin menaik hinggakan aliran air terbantut untuk sampai ke penghujungnya. Ini jelas kesilapan kejuruteraan. Namun apakan daya, kesilapan ini masih lagi boleh ditutup mata kerana ianya tidak sehebat kejadian bumbung runtuh dan sebagainya. Bagi petani disini, membina sistem perparitan yang tidak mampu mengalirkan air kepada kawasan penanaman padi sama besarnya kesilapan kontraktor yang mendirikan struktur bangunan yang tidak kukuh sehingga menjadikan bumbung itu runtuh. Malahan dari segi kos dan penggunaan wang kerajaan, kos projek saliran dan perparitan adalah lebih besar nilainya dari kos sebuah bangunan. Difahamkan projek pengairan menelan belanja ratusan juta ringgit. Apakah kita perlu menutup mata untuk membaiki kesilapan ini. Apakah kita sanggup melihat petani petani tiadak mampu menanam padi kerana masalah pengairan yang faktor asasnya kesilapan manusia. Bolehkah kita samakan kerugian petani yang gagal menuai hasil padi akibat dari sistem perparitan dengan kegagalan petani menuai akibat dari bencana alam. Nyata dua perkara yang berbeza dan diharapkan agensi yang terlibat berusaha untuk memulihkannya secara serius. Kasihanilah nasib petani di lembah setiu. Memulihkan system perparitan di lembah setiu bererti berusaha menambahkan hasil pengeluaran padi Negara. Memulihkan kawasan yang memang sudah serasi dengan penanaman padi adalah lebih baik dari membuka kawasan hutan yang belum tentu menjamin hasilnya dalam erti kata mendapatkan final produk iaitu bekalan beras untuk Negara.

Kedua:
GLC boleh memainkan peranan yang aktif dengan membuat pelaburan besar besaran di Negara Negara yang dikenal pasti sebagai pengeluar utama seperti Thailand, Combodia dan sebagainya. Kalau kita berjaya dan berani melabur untuk membuka kawasan perladangan kelapa sawit dalam skala besar di luar Negara, kenapa tidak kepada tanaman padi. Konsep yang sama perlu dilaksanakan. Dengan itu pengeluaran padi sentiasa berada didalam keadaan yang mencukupi dan keuntungan GLC itu adalah keuntungan Negara. Maka jika usaha pengimportan beras bakal dibahaskan, saya yakin kita akan bersetuju mengimport beras dalam skala yang besar dari luar Negara. Apatah lagi beras yang dihasilkan itu adalah beras produk GLC Malaysia di luar Negara.