Friday, April 25, 2008

Janji Kosong & Angan-angan Mat Jenin Kerajaan Selangor

Sebelum Pilihanraya Umum 12 yang lalu,Parti Campuran Pembangkang iaitu PKR+PAS+DAP telah berjanji atau membuat manifesto yang cuba menawan hati rakyat Selangor apabila parti tersebut berjaya membentuk kerajaan baru maka ianya akan melaksanakan janji-janji tersebut.Antaranya memberi air percuma kepada seluruh rakyat Selangor untuk 20 meter padu yang pertama dan memberi hadiah rm1000 seorang kepada anak-anak Selangor yang cemerlang yang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.Tetapi apabila kita lihat sekarang, janji tersebut seolah-olah hanya tinggal janji sahaja.Menteri Besar, Tan Sri Khalid apabila beliau mengambil alih kuasa dari YB Dato Seri Mohd Khir Toyo mengumumkan bahawa pelaksanaan air percuma bermula pada 1 Mei.Tetapi,apabila kita mendengar penjelasan sendiri daripada Ketua Pembangkang di Selangor iaitu Dato Seri Mohd Khir Toyo, jelas menyatakan hasrat tersebut ditangguh kepada 1 Jun.Di mana janji-janji manis beliau?Saya bukan ingin membangkit isu tersebut,tetapi saya ingin menyedarkan kepada rakyat agar menuntut janji tersebut kepada kerajaan yang baru dan kerajaan baru perlu bertanggungjawab di atas janji-janji tersebut.Kita boleh mengambil iktibar dan pengajaran di Terengganu apabila peralihan kuasa pada tahun 1999-2004 BN-PAS.Banyak manifesto yang dibuat tidak dapat ditunaikan dan hanya yang dapat menghapusan kutipan bayaran tol di Jambatan Sultan Mahmud.

Selain itu juga,rakyat perlu mendesak kerajaan negeri segera perkenalkan skim hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti seperti yang dijanjikan pada pilihan raya lalu.Sesi kemasukan pelajar baru di universiti akan bermula Julai ini tetapi sehingga kini kerajaan gagal mengumumkan skim atau bantuan yang dijanjikan itu.Menurut Dato Seri Mohd Khir Toyo,Orang ramai sudah mula bising dan mengadu kepada saya serta Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) sedangkan kami tidak bertanggungjawab. Kerajaan negeri perlu segera mengumumkan skim untuk salurkan bantuan ini.

Kita juga terkejut apabila Kerajaan Selangor mengumumkan bahwa akan membangunkan tenakan babi yang bernilai 100 juta di Sepang.Walhal,projek tersebut tidak terkandung dalam manisfesto pilihanraya.Saya bukan membangkitkan isu perkauman tetapi perlu memikirkan altenatif yang baik bagi kepentingan kepada semua lapisan masyarakat dan bukan hanya tertumpu kepada satu-satu kumpulan sahaja.Jangan disebabkan kepentingan sesuatu kumpulan, maka yang satu kumpulan yang lain tergadai.Memang tidak dapat dinafikan bahwa dlm kerajaan campuran di selangor ada perbezaan pendapat mengenai isu ternakan babi ini.Tetapi malangnya dimana perjuangan PAS yang selama ini lantang untuk mewujudkan negara islam dan sanggup mengkafirkan UMNO semata-mata tidak bersefahaman dengan ideologinya.PAS diibaratkan sebagai hidup di dalam dua alam.Bila bersama ahli menolak sekeras-keras ideologi orang lain semata-mata untuk menyakinkan kepada rakyat bahawa perjuagannya berlandaskan kepada al-quran dan al-sunnah dan apabila bersama dengan kumpulan yang lain,PAS sanggup bersetuju dengan ideologi orang lain-lain walaupun jauh tersasar dari perjuangan asalnya semata-mata untuk menjaga periuk nasinya.Ini lah PAS.Dimana keikhlasan dalam perjuagannya?dimana visi dan misi serta halatuju sebenar PAS.Adakah PAS sanggup bergantung kepada ketagihan simpati parti pembangkang yang lain dan sanggup mengenepikan perjuagan asalnya?

Saya menyeru kepada semua rakyat,buka lah mata,bukalah telinga dan nilailah apa agenda sebenar Parti Pembangkan yang dinamakan Pakatan Rakyat serta hala tuju yang sebenar Pakatan Rakyat.Jangan pandai berjanji semasa manifesto sahaja dan sanggup menipu rakyat.

2 comments:

Unknown said...

Tahniah kepada YB Dato' telah berjaya mengadakan blog sendiri. Saya berharap YB Dato' boleh link dengan blog saya dan begitulah sebaliknya. Terima kasih.
https://suaraperpaduanmelayu.blogspot.com

smallville said...

Salam Dato,

Saya tak tahu dato berani tak publish komen saya tapi rasanya dato berani kot sebab kan dato orang yang berpegang pada prinsip. Cuma saya rasa dato agak prejudis dengan janji darpada PKR dalam isu pemberian hadiah, air percuma dan janji-janji ynag sememangnya belum tentu mereka tunaikan. Memang saya pun kurang yakin tentang itu tapi apa kata kita beri masa untuk mereka buat, kalau tak nanti kita hentam biar teruk, boleh dato.

Rasanya dato dah baca tentang BALKIS hari ni kan dalam BH, so kalau isteri-isteri YB pun boleh songlap, apakan pula YB, betul tak? Rasanya apa komen dato. Kalau pelbagai hadiah yang PKR janji nak bagi dato kata angan-angan, macam mana dengan duit RM9.9M yang tentunya dah hilang?

Andainya dato seorang yang masih teguh kerisnya (maruah), pasti dato akan komen, sebab dalam blog dato ni hanya beberapa orang saja yang masuk (termasuk saya) berbanding YB-YB lain.