Pilihanraya Umum ke 12 telah berlalu pergi.Namun, ada segelintir orang bercakap mengenai percaturan politik dalam UMNO.Bagi saya, UMNO sentiasa kukuh,kuat dan masih diterima oleh masyarakat di seluruh negara.Apa yang berlaku pada PRU 12 baru-baru ini, adalah peringatan rakyat kepada BN dan komponen BN agar memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing.Saya yakin semua itu ada hikmah yang bermakna kepada saya dan kepimpinan dalam UMNO.Bukan masa untuk kita menuding jari kepada sesiapa dan kepada Perdana Menteri.Anggota UMNO /BN harus bersatu padu untuk berkerjsama untuk memulih balik keyakinan rakyat.
Bagi saya sendiri selaku YB di kawasan Ajil, saya menegaskan bahawa perkhidmatan kepada rakyat adalah agenda utama yang dilakukan.Apa yang saya buat, bukan kerana terpaksa dan ingin mencari publics dari mana-mana media dan lain-lain.Sebelum saya menceburi dalam arena politik ini, saya mempunyai "target", matlamat dan visi untuk berkhidmat dengan cemerlang.
Saya juga sedih dengan apa yang berlaku ada segelinitir pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi isu-isu yang tidak sepatutnya berlaku.Semua agenda untuk rakyat dicemuh, dikeji malah ada juga yang menghasut rakyat agar menolak pembangunan dan sebagainya.Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih diterima oleh rakyat di kawasan saya.Amanah dan kepercayaan yang diberikan akan saya tunaikan dengan baik, adil dan saksama.
Disini, saya ingin jelaskan bahawa walaupun saya tidak dilantik semula sebagai anggota exco di bawah pentadbiran YAB Dato'Ahmad Said selaku Menteri Besar yang baru, tetapi hubungan saya dengan beliau adalah baik.Tiada masalah untuk saya berbincang , berjumpa dan sebagai.Saya akur, jawatan bukan impian saya selama ini apabila menjadi YB.Saya juga berjanji akan berkerjasama sepenuhnya dengan pentadbiran yang baru dan juga berjanji akan membantu Dato' Mohd Awang Tera selaku exco dan saya sebagai timbalan.Saya berharap, saudara-saudari tidak perlu memanipulasi isu-isu yang tidak berkait.
Saya juga telah menerima pelbagai fitnah mengenai isu perlantikan MB baru-baru ini.Semua perkara tersebut selesai dengan baik.Saya kesal dan kecewa ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan pelbagai tomahan-tomahan dan fitnah.Saya harap anda semua tidak mendengar berita tersebut tanpa diselidik dahulu.Saya memang tidak mampu untuk menutup mulut yang suka membuat fitnah, tetapi saya berserah kepada Allah s.w.t yang maha kuasa, maha adil dan maha bijaksana kepada mereka-mereka yang mencipta berita-berita yang tidak benar.
Saturday, April 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment