Wednesday, April 23, 2008

Pelawat..

Saya gembira kerana saudara-saudari sudi melayari blog ini.Tetapi malangnya, ada segelintir pelawat yang memberi komen-komen yang diluar kawalan masing dan menggunakan perkataan yang kurang elok dan tidak sopan.Saya mohon saudari-saudari memberi idea, komen serta cadangan yang baik, bukan menggunakan blog ini untuk dijadikan tempat maki hamun, lepas geram dan sebagai.Saya akui, ada yang memberi komen yang baik.Terima kasih dan saya hargai.

Mengenai dengan isu-isu pelantikan Menteri Besar, saya telah menerangkan serba sedikit dan perkara tersebut tidak perlu diungkit kembali.Yang penting sekarang, tugas dan tanggungjawab untuk memastikan agenda Kerajaan di bawah Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional berjalan dengan baik, lancar dan tidak ada sebarang kekurangan.Tugas YB ini bukan mudah apa yang disangkakan oleh mereka-mereka diluar sana.Saya menjalankan tugas dengan amanah, adil dan jujur, bukan seperti pihak pembangkang (PAS,DAP,PKR) yang sentiasa mencari salah dan silap serta tahu kritik.Yang baik pun dikatakan buruk dan kalau yang buruk lebih lagi.Pembangkang hanya pandai menganjurkan ceramah dan majlis maki hamun untuk menentang kerajaan terutama Barisan Nasional..Dan lepas itu, kutip duit dari rakyat yang hadir.Adakah saudara-saudari terpikir kemana duit tersebut dibelanjakan?

Saya akui, dalam media internet ini,banyak tomahan dan makian yg dilakukan kepada saya sendiri dan kepimpinan UMNO negeri Terengganu termasuk bekas-bekas pemimpin negeri.Saya tidak mampu untuk menutup mulut mereka-mereka yang suka maki,mengumpat dan menfitnah kepada kepimpinan negeri,tetapi hanya berserah kepada Allah s.w.t.Niat baik saya dan rakan-rakan yang lain, hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu menilai.

Saya berharap, saudara-saudari maanfaat lah blog ini dengan baik.Buang sifat buruk yang ada dalam hati.

No comments: