Thursday, April 24, 2008

Rapat Barisan, Kukuhkan Parti

Saya menyeru kepada seluruh kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional dan ahli-ahli agar bersatu padu dan berdiri teguh dibelakang kepimpinan Perdana Menteri.Desas desus menyatakan bahawa Anwar Ibrahim akan memujuk ahli parlimen Barisan Nasional di Sabah & Sarawak untuk menyertai Pakatan Pembangkang adalah tidak benar sama sekali.Ahli Parlimen tersebut dipilih di atas tiket Barisan Nasional dan bukan di atas kepentingan individu seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Saya percaya kesemua anggota parlimen di sabah dan sarawak tidak termakan pujuk rayu oleh Anwar Ibrahim.Rakyat berhak menilai dan memilih bukannya Anwar Ibrahim.Selepas pilihanraya ke 12 berlalu,Perdana Menteri berjaya membentuk balik kerajaan Barisan Nasional walaupun dengan majoriti mudah iaitu 140 dan hanya 8 kerusi sahaja lagi untuk mendapat majoriti 2/3.Ini bermakna Barisan Nasional masih diterima oleh rakyat dan masih kuat di parlimen.

Apabila kita melihat gelagat yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim seakan-akan beliau terlalu ghairah untuk merampas kuasa daripada kepimpinan yang sedia ada dan seolah-olah menafikan hak rakyat yang memilih parti keramat iaitu Barisan Nasional.Kita tidak perlu berasa takut dan risau dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan.Sebabnya, pembangkang akan hanya mencari kesalahan dan kesilapan yang ada pada kerajaan walaupun tidak ada cacat cela yang ketara.Saya yakin, rakyat malaysia pandai menilai yang mana intan dan yang mana kaca.

Malaysia telah ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Alhamdulillah,Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara yang membangun yang lain,malah lebih baik daripada itu lagi.Ini terbukti dimana,Barisan Nasional mempunyai pemimpin yang berkaliber untuk mentadbir negara.Ramai tokoh-tokoh terbilang negara yang dilahir dari Barisan Nasional.Tidak cukup dengan itu,Malaysia juga diiktiraf oleh dunia sebagai negara membangun yang berjaya dan kehadapan.Ini berkat usaha gigih kepimpinan negara yang tidak jemu untuk menjaga kepentingan,keharmonian rakyat.

Saya tidak yakin dengan agenda parti pembangkang yang mana pergabungan antara parti Keadilan Rakyat,PAS dan DAP akan membawa kesejahteraan kepada rakyat.Ini terbukti dimana,Kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat tidak mengambil sensitivity rakyat yang mana rakyat menolak hasrat kerajaan selangor untuk membuka ladang ternakan babi yang berharga 100 juta.Adakah ini hadiah untuk rakyat yang menyokong pakatan pembangkang pada PRU 12 yang lalu?Apabila kita meneliti hala tuju perjuagan pakatan rakyat,adakah gabungan tersebut memberi keselesaan kepada rakyat?Cuba lah saudara/saudari berfikir dan mengkaji apa hala tuju perjuagan pakatan rakyat dan cuba bandingkan dengan Barisan Nasional yang ternyata memberi keselesaan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum,agama dan adat resam.

Barisan Nasional mempunyai track rekod perkhidmatan yang cemerlang mentadbir negara.Dari Perdana Menteri yang pertama sehingga kepada YAB Dato Seri Abdullah.Setiap Perdana Menteri mempunyai hala tuju dan perancangan yang jelas.

No comments: