Sunday, April 13, 2008

Gunakanlah wadah ini dengan niat untuk melontar idea yang bernas demi kemakmuran negara dan kesejahteraan umat.Umat yang cemerlang ialah umat yang mampu menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi.Sokongan rakan taulan amat di hargai dalam perjuangan ini.

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah buat Dato' kerana berjaya menghasilkan blog. Semoga blog in benar-benar mengandungi bahan yag konstruktif ke arah penyatuan umat Melayu di Malaysia. Harapan saya, jangan terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang menghasilkan blog semata-mata untuk menyerang dan mengaibkan. Sila berkunjung ke Blog saya Panduan Guru-Guru Malaysia di http://gurubashid.com/blog. Mungkin idea-idea saya boleh dimanfaatkan untuk tujuan pemulihan krisis kepemimpinan UMNO.Salam hormat daripada saya untuk YB Dato.

zammil said...

assalammualaikum datuk

semoga kita berpesan pesan dengan kebenaran kerana itu sahaja akan menjadi bekalan kepada kita nanti.allah taala telah menjadikan hati kecil kita sebagai benteng terakhir didalam membuat keputusan.nasihat saya tanya kepada hati kita sebelum membuat sebarang keputusan. teruk dihari ini tidak bermakna teruk selama lamanya. berjaya dihari ini tidak semestinya juga selama lamanya

Anonymous said...

salam dato'

moga ramai lagi yb BN ada blog...
dan harap update selalu..


pemuda umno cawangan jalan enggang
bahagian ampang

Anonymous said...

KETIKA kerajaan sedang rancak membangunkan koridor pembangunan ekonomi di seluruh negara, dan ketika negara dikatakan berada pada tahap pertumbuhan ekonomi yang kukuh, melalui petunjuk indeks komposit yang sentiasa berada pada paras tertinggi, negara dilanda kejutan apabila Barisan Nasional selaku peneraju kerajaan menang tipis dengan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang.

Kemerosotan besar undi Barisan Nasional kali ini menyebabkan ramai orang yang meletakkan kesalahan itu kepada Pak Lah seorang seolah-olah seorang beliau begitu berkuasa sekali sehingga boleh menjadikan keadaan negara sebegini.

Walaupun kita meramal ada beberapa kawasan sahaja yang akan jatuh ke tangan pembangkang dan kerajaan memenangi PRU12 dengan mengekalkan 2/3 majoriti dengan sedikit kemerosotan, namun tidak ada sesiapa yang menduga keadaan ini boleh berlaku.

Tetapi keadaan ini tidak sedikit pun melemahkan para pemimpin negara ini, terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Perdana Menteri menerima keadaan ini dengan tenang sambil mencari punca masalahnya. Kenyataan beliau bahawa Barisan Nasional masih menang dan boleh memerintah walaupun tidak mendapat undi 2/3 meyakinkan rakyat bahawa negara ini patut terus ditadbir oleh Barisan Nasional.

Jika ada kekurangan di sana sini, mandat rakyat yang sedikit merosot kali ini patut dijadikan petunjuk bahawa rakyat masih meletakkan harapan kepada UMNO dan BN yang akan membetulkannya, bukannya orang lain.

Kalau kita lihat vote yang dimuatkan dalam beberapa blog ternyata perpecahan dalam partilah yang menjadi penyumbang besar kepada kekalahan UMNO/BN dalam pilihan raya baru-baru ini, bukannya faktor-faktor lain seperti yang didakwa oleh parti pembangkang.

Jadi kalau begitulah keadaannya mengapa kita tidak memperkukuhkan semula barisan kita dan memenangi semula keyakinan rakyat.Mengapa kita turut-turut terikut-ikut dengan rentak parti pembangkang yang telah tersohor dengan sikap suka melaga-lagakan dan menangguk dia air yang keruh.

Kita tidak patut terpengaruh dengan suara pembangkang yang menyalahkan Pak Lah dan meminta Pak Lah berundur kerana pembangkang tidak pernah membeza-bezakan antara kita ini siapa musuh mereka sama ada yang menjadi Perdana menteri itu adalah Pak Lah atau bukan. Ahli UMNO dan pencionta BN hendaklah bijak menghidu permainan pembangkang yang sebenarnya hanya mahu kita berpecah agar perpecahan itu memberi kelebihan kepada mereka. Itu sahaja, tidak lebih dari itu.

Bukanlah masa yang sesuai sekarang ini untuk mencari siapa yang lebih bersalah atau siapa yang lebih benar dalam hal ini. Tiada yang lebih benar selain mereka yang ingin memperkukuhkan semula parti dan kerajaan, dan tiada yang lebih bersalah kecuali mereka yang terus menerus mencari siapa yang lebih bersalah dalam hal ini.

Jika anda di pihak yang benar marilah bersama-sama mengembleng seluruh tenaga dan idea untuk memperkukuhkan semula perpaduan umat Melayu dan menarik semula keyakinan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional dan parti UMNO.

Pengalaman negara ini dilanda kemelesetan ekonomi yang menyebabkan nilai saham jatuh dan mata wang ringgit merudum dan kemudian diikuti dengan masalah politik yang akhirnya menyaksikan penyingkiran Anwar daripada parti dan kerajaan sepatutnya sudah cukup menjadi pengajaran kepada semua yang cintakan UMNO dan negara bahawa kita tidak boleh berpecah lagi.

Meskipun masalah kali ini berbeza sedikit keadaannya,namun apa yang terjadi ini mengajar setiap pemimpin di Malaysia di segenap peringkat dan parti agar lebih bersedia menghadapi saat-saat kritikal dan sentiasa sedar bahawa betapa kukuh sekalipun negara itu ia tetap terdedah kepada kejatuhan. Kita hanya boleh berusaha segigih yang mungkin, tetapi kita tidak boleh mengambil alih kerja Tuhan.

Jika kita percaya kepada ketentuan Tuhan dan berkeyakinan Dialah Tuhan kita yang Maha berkuasa tidak akan ada yang berani meletakkan kesalahan hanya di bahu Pak Lah seorang. Kita bukan sahaja menafikan kekuasaan-Nya malah kita seolah-olah menolak banyak lagi faktor yang turut menyumbang kepada kemerosotan undi BN itu.

Dalam keadaan tertekan seperti ini, kita menyaksikan ada pemimpin yang akan mengambil jalan pintas seperti berundur diri, atau meletakkan jawatan. Inilah cara berfikir kebanyakan orang, tetapi tidak Dr Mahathir dan tidak juga PakLah. Berundur ketika negara dilanda kemelut(baik politik mahupun ekonomi) seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin dunia sebenarnya satu keputusan yang kurang bijaksana, apatah lagi ketika kita mengharapkan usaha pemulihan ini dilakukan berterusan.

Apalah dosa seorang Perdana Menteri yang selama ini telah bekerja keras untuk kita dan untuk negara, tetapi kerana kekurangan majority di Parlimen yang di luar daripada kawalan kita, jasa beliau hendak dilupakan begitu sahaja. Kita bukanlah satu bangsa yang tidak bersyukur dan mengenang budi. Kita bukanlah seorang yang tidak bertanggungjawab yang marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Kemerosotan undi Barisan Nasional di Parlimen dan kejatuhan di lima buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke tangan pembangkang bukanlah satu dosa dan bukan juga kesalahan Pak Lah per se, sebab keadaan politik yang hampir serupa sedang berlaku di beberapa buah negara di dunia.

Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi bukanlah seorang pemimpin yang ingin lari daripada tanggungjawab ini, sebab itu berundur diri pada waktu kritikal seperti sekarang bukanlah cara yang terbaik.

Malahan jika beliau meletakkan jawatan pada saat ini,lebih melebarlah fitnah bukan sahaja ke atas diri beliau, malahan ke atas penggantinya, parti dan kerajaan . Dan jika itulah yang menjadi pilihan akan adalah yang mengatakan betapa dayusnya Perdana Menteri sehingga sanggup meninggalkan negara dalam keadaan tidak terurus atau berkata begitu zalim PM sehingga sanggup meletakkan masalah itu kepada penggantinya.

Tetapi saya berkeyakinan bukan itu yang menjadi pertimbangan Pak Lah. Pendirian pak Lah bukanlah bergantung kepada apa yang orang akan kata tentangnya. Sebaliknya pendirian Pak lah seperti juga pendirian Perdana Menteri sebelumnya tetap memberi keutamaan kepada kestabilan dan keamanan negara, kekuatan kerajaan dan kesejahteraan rakyat.

Meskipun ada sebahagian pemimpin dan bekas pemimpin UMNO mendesak agar beliau mengundurkan diri, namun ini dilihat sebagai pendapat peribadi yang tidak patut dijadikan formula terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang melanda.

Mereka berhak mengeluarkan apa jua pandangan,namun usaha untuk memperkukuhkan parti dan kerajaan dilihat lebih afdal dilakukan sekarang daripada melayan semua keluhan itu. Tunduk kepada desakan pembangkang hanya akan memuaskan pembangkang tetapi bukan rakyat seluruhnya.

Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi hanya mempunyai dua perkiraan sama ada hendak memuaskan sebilangan kecil orang atau menyelamatkan kerajaan dan parti daripada perangkap kejatuhan.

Bagi sebahagian besar rakyat, mereka sedar bahawa kunci penyelesaian itu ada pada Pak Lah. Sebagai seorang ketua nombor satu negara, hanya beliau yang mengetahui jawapan sebenar daripada apa yang telah melanda.

Alasannya mudah oleh kerana pada zaman Pak Lah yang bertanggungjawab membawa negara ini ke tahap kepercayaan yang tertinggi oleh rakyat seperti yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum 2004, maka beliau tetap dilihat sebagai tokoh yang berupaya memulihkan situasi politik seperti yang ada sekarang.

Nampaknya Pak Lah mengambil kira semua faktor ini dan akhirnya merumuskan bahawa kepentingan negara yang dilanda masalah politik mesti diberikan keutamaan daripada kepentingannya sendiri. Melalui kesimpulan itu beliau mengambil keputusan untuk kekal sebagai Perdana Menteri kerana dengan itu sahajalah beliau boleh berusaha menyelamatkan kerajaan dan parti daripada terus dilanda kemelut dan krisis keyakinan.

Bagi beliau pertukaran pemimpin sekiranya perlu biarlah berlaku dalam keadaan baik, aman dan setelah UMNO dan kerajaan berada di puncaknya kembali. Beliau berulang kali menyatakan pucuk pimpinan parti dan kerajaan hanya akan diserahkan apabila semuanya berada dalam keadaan stabil bagi memudahkan tugas orang yang akan mengambil alih.

Inilah yang dilakukan oleh kepemimpinan sebelum ini dan Pak Lah hanya ingin mencontohinya. Tentulah itu tidak salah.Ketika beliau mengambil alih jawatan daripada Perdana menteri sebelumnya, keadaan negara stabil, tentunya beliau ingin menyerahkan kepimpinan yang sedia ada dalam keadaan yang serupa juga, walaupun hasilnya mungkin tidaklah sebaik daripada sebelumnya.

Saya kira Datuk Seri Najib pun inginkan peralihan kuasa ke tangan beliau dalam keadaan yang stabil supaya beliau yang ketika itu baru menggantikan Pak Lah tidak teraba-raba mencari arah. Kesedaran beliau tentang pendekatan bosnya itulah yang nampaknya menyebabkan beliau lebih tenang dan yakin tanpa paksaan untuk memberikan kesetiaan tidak berbelah-bahagi kepada Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Inilah yang patut dilakukan oleh mana-mana Timbalan Menteri kepada ketuanya; dan nampaknya Datuk Seri Najib dapat melakukannya dengan baik berbanding mantan Timbalan-timbalan Menteri sebelumnya

Hakcipta Abd Bashid Harun