Wednesday, April 30, 2008
Isnin..Permulaan Persidangan Penggal ke 12
Terlebih dahulu,saya ingin memaklumkan bahawa dewan undangan negeri Terengganu akan memulakan persidangan untuk penggal ke 12 bagi kali pertama bermula pada 5.05.2008 - 8.05.2008.Saya menyeru kepada rakyat dan rakan-rakan diluar sana sekiranya mempunyai kelapangan masa , bolehlah mengikuti secara langsung menggunakan laman web rasmi kerajaan negeri iaitu www.terengganu.gov.my dan ikuti arahan selanjutnya.
Bagi diri saya, ini adalah penggal ketiga menjadi wakil rakyat di adun ajil.Namun tahun 1999 adalah pengalaman yang cukup perit selaku pembangkang.Namun,ianya tidak mematahkan semangat ikhlas saya membawa isu dari rakyat untuk dibahaskan di dewan undangan negeri.Tahun 1999 saya menjadi wakil rakyat biasa dan mewakili 28 suara dewan undangan negeri UMNO yang terlepas kepada pembangkang.Biar pun mempunyai 4 orang wakil daripada UMNO, saya dan rakan seperjuagan dari UMNO dapat menyesuaikan diri bersama-sama 28 wakil dari PAS.Kritikan demi kritikan, makian yang saya terima serta beberapa kali diusir dari dewan undangan negeri.Saya tidak patah semangat untuk membawa suara rakyat khususnya di kawasan ajil.
Bagi saya,itulah titik permulaan saya menjadi wakil rakyat.Walaupun berat untuk menerima kekalahan yang teruk pada 1999, hati saya tetap bersama perjuagan tinggalan orang tua dahulu memperjuangkan tanah air ini.Tahun 2004,UMNO berjaya kembali mengambil alih daripada PAS sekaligus saya telah dilantik untuk menjadi salah seorang exco dalam Kerajaan Negeri Terengganu.Jawatan tersebut tidak pernah saya impikan selama ini, namun dengan kuasa Allah saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang exco.Walaupun sedap dengar gelaran exco, tetapi tugas dan tanggungjawab amat besar.Saya tidak nafikan bahawa,jawatan exco mempunyai kelebihan berbanding dengan YB biasa.
Tahun 2008,saya hanya menjadi wakil rakyat biasa.Jawatan exco tiada lagi.Tetapi, bukan itu yang saya kejar selama ini,saya masuk bidang politik adalah untuk membantu dan membawa suara rakyat di kawasan yang saya wakili.Saya telah menceritakan serba sedikit tentang pembangunan yang saya buat di kawasan saya.Walaupun,tidak menyeluruh tetapi hasilnya rakyat dapat merasai daripada kerajaan Barisan Nasional.Rutin harian saya setiap hari adalah cukup padat.Walaupun tidak menjadi exco,saya juga tidak terikat dengan kerajaan dan mempunyai masa untuk berada di kawasan bersama rakyat.Apa-apa pun,saya berterima kasih kepada rakyat di kawasan saya yang banyak memberi kerjasama sama sepanjang menjadi YB.Saya berjanji dengan amanah yang diberikan ini saya akan memastikan agenda kerajaan dapat dinikmati bersama.
PERSIDANGAN DUN
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Penggal ke 12 akan diadakan seperti berikut
Tarikh : 5 Mei 2008 - 8 Mei 2008
Aturcara Majlis :
Isnin 05 Mei 2008(mula : 9.30 pagi)
Majlis Perlantikan Yang Dipertua Dewan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri
Selasa 06 Mei 2008(mula : 9.30 pagi)
Istiadat Perasmian oleh yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja mewakili Kebawah DYMM Pemangku Raja
Rabu 07 Mei 2008 - 8 Mei 2008
Dewan Bersidang
Mesej Syuk n Zue
Untuk makluman blogers sekalian,setelah BN Terengganu mengambil alih pemerintahan dari PAS sejak 2004, kadar kemiskinan di Terengganu telah menurun sebanyak 9 peratus.Alhamdulillah, satu kejayaan yang amat membanggakan.Apakah itu bukan satu kejayaan?akan tetapi saya masih belum berpuashati lagi dengan pencapaian tersebut.Perjuangan untuk membasmi kemiskinan akan terus dilaksanakan.Malah di DUN Ajil,kita telah memperkenalkan satu tanaman jagung hybrid yang mana ianya mendapat sambutan yang menggalakan daripada rakyat di kawasan saya.Kita juga memperkenalkan juga satu ladang fertigasi rock melon di kg Pela,ladang limau yang menggunakan teknologi baru di Lubuk Periuk.Kita mempunyai tokoh pertanian yang dahagi di Kg Sg Binjai.Walaupun beliau seorang yang buta huruf dan tidak tahu membaca serta menulis tetapi beliau amat berjaya dalam penternakan lembu dan tanaman nenas serta jagung sehinggakan beliau menjadi pakar rujuk dalam bidang haiwan dan pertanian.Ini aset yang bernilai dan dimiliki oleh penduduk di kawasan Ajil terutama bangsa Melayu.Saya berbangga dengan pencapaian ini.Pun begitu masih terlalu jauh lagi perjalanan ini.Cuma apa yang saya minta dengan rendah hati, berilah cadangan dan pandangan yang membina agar kita mampu utk melahirkan generasi khairu Ummah.Moga kita dihormati oleh kawan dan ditakuti oleh lawan.Sekarang kita berhadapan dengan mereka yang bukan satu kepercayaan dengan kita.
Terima kasih kerana melayari blog saya.Moga kita sama sama mendapat kebajikan di sisi ALLAH swt. InsyaAllah.Terima kasih sahabat...Wassalam...
Monday, April 28, 2008
Kemaskini ........
Sahabat-sahabat bloggers sekalian,disini ingin saya maklumkan bahawa blog ini akan dikemaskini balik.Sehubungan dengan itu,saudara-saudari tidak ada masalah untuk memberi komen,pendapat,cadangan dan aduan.
Wassalam
Saturday, April 26, 2008
Kongsi Pengalaman
Friday, April 25, 2008
Tiada Ahli Parlimen Sabah sertai pembangkang – Musa
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, tindakan itu bukan sahaja mengelirukan rakyat malah menjejaskan tumpuan kerajaan negeri dalam usaha membawa lebih banyak pembangunan ke negeri ini.
Beliau berkata, PKR sengaja menyebarkan khabar angin negatif itu kerana mereka tidak mempunyai gerak kerja untuk membela nasib rakyat selepas gagal menguasai Parlimen pada pilihan raya lalu.
– Utusan.
Janji Kosong & Angan-angan Mat Jenin Kerajaan Selangor
Selain itu juga,rakyat perlu mendesak kerajaan negeri segera perkenalkan skim hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti seperti yang dijanjikan pada pilihan raya lalu.Sesi kemasukan pelajar baru di universiti akan bermula Julai ini tetapi sehingga kini kerajaan gagal mengumumkan skim atau bantuan yang dijanjikan itu.Menurut Dato Seri Mohd Khir Toyo,Orang ramai sudah mula bising dan mengadu kepada saya serta Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) sedangkan kami tidak bertanggungjawab. Kerajaan negeri perlu segera mengumumkan skim untuk salurkan bantuan ini.
Kita juga terkejut apabila Kerajaan Selangor mengumumkan bahwa akan membangunkan tenakan babi yang bernilai 100 juta di Sepang.Walhal,projek tersebut tidak terkandung dalam manisfesto pilihanraya.Saya bukan membangkitkan isu perkauman tetapi perlu memikirkan altenatif yang baik bagi kepentingan kepada semua lapisan masyarakat dan bukan hanya tertumpu kepada satu-satu kumpulan sahaja.Jangan disebabkan kepentingan sesuatu kumpulan, maka yang satu kumpulan yang lain tergadai.Memang tidak dapat dinafikan bahwa dlm kerajaan campuran di selangor ada perbezaan pendapat mengenai isu ternakan babi ini.Tetapi malangnya dimana perjuangan PAS yang selama ini lantang untuk mewujudkan negara islam dan sanggup mengkafirkan UMNO semata-mata tidak bersefahaman dengan ideologinya.PAS diibaratkan sebagai hidup di dalam dua alam.Bila bersama ahli menolak sekeras-keras ideologi orang lain semata-mata untuk menyakinkan kepada rakyat bahawa perjuagannya berlandaskan kepada al-quran dan al-sunnah dan apabila bersama dengan kumpulan yang lain,PAS sanggup bersetuju dengan ideologi orang lain-lain walaupun jauh tersasar dari perjuangan asalnya semata-mata untuk menjaga periuk nasinya.Ini lah PAS.Dimana keikhlasan dalam perjuagannya?dimana visi dan misi serta halatuju sebenar PAS.Adakah PAS sanggup bergantung kepada ketagihan simpati parti pembangkang yang lain dan sanggup mengenepikan perjuagan asalnya?
Saya menyeru kepada semua rakyat,buka lah mata,bukalah telinga dan nilailah apa agenda sebenar Parti Pembangkan yang dinamakan Pakatan Rakyat serta hala tuju yang sebenar Pakatan Rakyat.Jangan pandai berjanji semasa manifesto sahaja dan sanggup menipu rakyat.
Thursday, April 24, 2008
Rapat Barisan, Kukuhkan Parti
Saya percaya kesemua anggota parlimen di sabah dan sarawak tidak termakan pujuk rayu oleh Anwar Ibrahim.Rakyat berhak menilai dan memilih bukannya Anwar Ibrahim.Selepas pilihanraya ke 12 berlalu,Perdana Menteri berjaya membentuk balik kerajaan Barisan Nasional walaupun dengan majoriti mudah iaitu 140 dan hanya 8 kerusi sahaja lagi untuk mendapat majoriti 2/3.Ini bermakna Barisan Nasional masih diterima oleh rakyat dan masih kuat di parlimen.
Apabila kita melihat gelagat yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim seakan-akan beliau terlalu ghairah untuk merampas kuasa daripada kepimpinan yang sedia ada dan seolah-olah menafikan hak rakyat yang memilih parti keramat iaitu Barisan Nasional.Kita tidak perlu berasa takut dan risau dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan.Sebabnya, pembangkang akan hanya mencari kesalahan dan kesilapan yang ada pada kerajaan walaupun tidak ada cacat cela yang ketara.Saya yakin, rakyat malaysia pandai menilai yang mana intan dan yang mana kaca.
Malaysia telah ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Alhamdulillah,Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara yang membangun yang lain,malah lebih baik daripada itu lagi.Ini terbukti dimana,Barisan Nasional mempunyai pemimpin yang berkaliber untuk mentadbir negara.Ramai tokoh-tokoh terbilang negara yang dilahir dari Barisan Nasional.Tidak cukup dengan itu,Malaysia juga diiktiraf oleh dunia sebagai negara membangun yang berjaya dan kehadapan.Ini berkat usaha gigih kepimpinan negara yang tidak jemu untuk menjaga kepentingan,keharmonian rakyat.
Saya tidak yakin dengan agenda parti pembangkang yang mana pergabungan antara parti Keadilan Rakyat,PAS dan DAP akan membawa kesejahteraan kepada rakyat.Ini terbukti dimana,Kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat tidak mengambil sensitivity rakyat yang mana rakyat menolak hasrat kerajaan selangor untuk membuka ladang ternakan babi yang berharga 100 juta.Adakah ini hadiah untuk rakyat yang menyokong pakatan pembangkang pada PRU 12 yang lalu?Apabila kita meneliti hala tuju perjuagan pakatan rakyat,adakah gabungan tersebut memberi keselesaan kepada rakyat?Cuba lah saudara/saudari berfikir dan mengkaji apa hala tuju perjuagan pakatan rakyat dan cuba bandingkan dengan Barisan Nasional yang ternyata memberi keselesaan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum,agama dan adat resam.
Barisan Nasional mempunyai track rekod perkhidmatan yang cemerlang mentadbir negara.Dari Perdana Menteri yang pertama sehingga kepada YAB Dato Seri Abdullah.Setiap Perdana Menteri mempunyai hala tuju dan perancangan yang jelas.
Yang Baik Untuk Rakyat,Baik Untuk Saya
Saya juga perlukan pandangan yang membina dan jitu utk tujuan dan matlamat tersebut. saya tidak mempunyai niat lain kecuali untuk melihat agama,bangsa dan negara tercinta ini berada dalam keadaan dan suasana yang dirahmatiNya.
Kita bersyukur kerana dilahirkan di bumi bertuah ini. Bertuah kerana kita disisihNya dari banjir besar,ribut taufan, gunung berapi dan bencana yang tak termampu utk kita elak.Syukur juga kita kerana kita masih mempunyai golongan alim yang ikhlas dan jujur.Di samping kita masih memiliki pemimpin yang menjadikan agenda rakyat diutamakan.
Oleh yang demikian.marilah kita sama sama jayakan hasrat murni ini.Kita ketepikan perbezaan antara kita...Kita fokus dan tumpukan perjuangan kita demi agama, bangsa dan tanah air...Apa yang baik utk rakyat,maka baiklah utk kita...Saya nasihati diri saya agar agenda rakyat diutamakan...Yang baik untuk rakyat,maka baiklah untuk saya. insyaAllah..
Wednesday, April 23, 2008
Pelawat..
Mengenai dengan isu-isu pelantikan Menteri Besar, saya telah menerangkan serba sedikit dan perkara tersebut tidak perlu diungkit kembali.Yang penting sekarang, tugas dan tanggungjawab untuk memastikan agenda Kerajaan di bawah Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional berjalan dengan baik, lancar dan tidak ada sebarang kekurangan.Tugas YB ini bukan mudah apa yang disangkakan oleh mereka-mereka diluar sana.Saya menjalankan tugas dengan amanah, adil dan jujur, bukan seperti pihak pembangkang (PAS,DAP,PKR) yang sentiasa mencari salah dan silap serta tahu kritik.Yang baik pun dikatakan buruk dan kalau yang buruk lebih lagi.Pembangkang hanya pandai menganjurkan ceramah dan majlis maki hamun untuk menentang kerajaan terutama Barisan Nasional..Dan lepas itu, kutip duit dari rakyat yang hadir.Adakah saudara-saudari terpikir kemana duit tersebut dibelanjakan?
Saya akui, dalam media internet ini,banyak tomahan dan makian yg dilakukan kepada saya sendiri dan kepimpinan UMNO negeri Terengganu termasuk bekas-bekas pemimpin negeri.Saya tidak mampu untuk menutup mulut mereka-mereka yang suka maki,mengumpat dan menfitnah kepada kepimpinan negeri,tetapi hanya berserah kepada Allah s.w.t.Niat baik saya dan rakan-rakan yang lain, hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu menilai.
Saya berharap, saudara-saudari maanfaat lah blog ini dengan baik.Buang sifat buruk yang ada dalam hati.
Tuesday, April 22, 2008
PERLU SOKONGAN BERTERUSAN
Dalam dunia serba mencabar ini, segalanya mungkin.Tiada yang mustahil.Kita sebagai bangsa yang berdaulat di bumi bertuah ini,perlu meneruskan perjuangan agar bangsa yang kita bangunkan sejak sekian lama oleh pemimpin terdahulu menjadi khairu ummah.Kita bukan sahaja menjadi global players tetapi berusaha untuk menjadi global leaders.Ini Tidak mustahil."'Hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih''.
Dalam hal ini kita harus melupakan hal hal titik bengit yang membawa kapada perpecahan ummah.Sejarah membuktikan perpecahan dan perbalahan berlaku di sebabkan perkara perkara kecil dan furu'"....sehingga menjadi satu peperangan yang besar.Kita tidak tahu keutamaan/priority dalam tindakan dan kerja buat kita.
Lantaran itu marilah kita sama sama berniat dengan seikhlas mungkin untuk melihat bangsa, agama dan tanah air kita ini menjadi "baldatun tayyibatun dan mendapat keampunan Allah".Marilah kita buka fikiran dan berlapang dada serta berusaha menjadi warga yang berjiwa besar di bumi bertuah Malaysia ini. InsyaAllah. Shukran.
Monday, April 21, 2008
Program Pembudayaan Teknologi Pendidikan Peringkat Negeri Terengganu 2008
Dengan tema ‘Jom Guna ICT’, program anjuran BTPNT ini bertujuan bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan, khususnya di sekolah-sekolah luar bandar dengan kegiatan yang berpusat kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berasaskan penggunaan teknologi pendidikan. Program ini juga antara lainnya bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan serta inovasi teknopen berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Saturday, April 19, 2008
Masa untuk bersama Rakyat.
Bagi saya sendiri selaku YB di kawasan Ajil, saya menegaskan bahawa perkhidmatan kepada rakyat adalah agenda utama yang dilakukan.Apa yang saya buat, bukan kerana terpaksa dan ingin mencari publics dari mana-mana media dan lain-lain.Sebelum saya menceburi dalam arena politik ini, saya mempunyai "target", matlamat dan visi untuk berkhidmat dengan cemerlang.
Saya juga sedih dengan apa yang berlaku ada segelinitir pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi isu-isu yang tidak sepatutnya berlaku.Semua agenda untuk rakyat dicemuh, dikeji malah ada juga yang menghasut rakyat agar menolak pembangunan dan sebagainya.Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih diterima oleh rakyat di kawasan saya.Amanah dan kepercayaan yang diberikan akan saya tunaikan dengan baik, adil dan saksama.
Disini, saya ingin jelaskan bahawa walaupun saya tidak dilantik semula sebagai anggota exco di bawah pentadbiran YAB Dato'Ahmad Said selaku Menteri Besar yang baru, tetapi hubungan saya dengan beliau adalah baik.Tiada masalah untuk saya berbincang , berjumpa dan sebagai.Saya akur, jawatan bukan impian saya selama ini apabila menjadi YB.Saya juga berjanji akan berkerjasama sepenuhnya dengan pentadbiran yang baru dan juga berjanji akan membantu Dato' Mohd Awang Tera selaku exco dan saya sebagai timbalan.Saya berharap, saudara-saudari tidak perlu memanipulasi isu-isu yang tidak berkait.
Saya juga telah menerima pelbagai fitnah mengenai isu perlantikan MB baru-baru ini.Semua perkara tersebut selesai dengan baik.Saya kesal dan kecewa ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan pelbagai tomahan-tomahan dan fitnah.Saya harap anda semua tidak mendengar berita tersebut tanpa diselidik dahulu.Saya memang tidak mampu untuk menutup mulut yang suka membuat fitnah, tetapi saya berserah kepada Allah s.w.t yang maha kuasa, maha adil dan maha bijaksana kepada mereka-mereka yang mencipta berita-berita yang tidak benar.
Thursday, April 17, 2008
Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah s.w.t kerana saya masih diberi peluang oleh Allah s.w.t bersama-sama dengan saudara-saudari yang melayari blog ini.Hit blog ini hampir mencecah 900 pengunjung.Terima kasih juga kepada saudara-saudari yang memberi cadangan, pandangan serta teguran yang membina agar saya menjadi wakil rakyat yang amanah, bertanggungjawab, adil dan saksama pada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa,agama dan adat.
Selaku wakil rakyat, saya akan tunaikan dengan sebaik-baik mungkin.Saya juga mohon maaf kerana lambat kemaskini blog ini, kadang-kadang sibuk bertugas diluar kawasan dan sebagai.Insya-allah, saya akan sentiasa mengambil perhatian terhadap apa saudara-saudari usulkan kepada saya.Apa yang boleh saya jawab, saya akan rumuskan.
Saya juga berharap kepada saudara-saudari , yakinlah dengan kepimpinan negara yang ada.Tidak perlu anda semua menuduh, menuding jari tanpa sebarang fakta yang munasabah.Kita berdoa kepada Allah s.w.t, agar memberi hidayah dan pertunjuk kepada Pemimpin yang telah diberi tanggungjawab oleh rakyat.Dan jadikan blog ini sebagai wadah perhubungan antara rakyat dan pemimpin dengan sebaik-baiknya.
Kerajaan Terengganu luluskan Pelaburan Bernilai RM485 Juta
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan yang berjumlah RM 200 ribu dengan serta merta kepada semua wakil rakyat untuk membaiki atap rumah bagi keluarga miskin di seluruh negeri.
Ini menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional tidak mempolitikan agenda untuk membantu rakyat serta mesra rakyat.Saya yakin, dengan bantuan yang akan diberi ini, Terengganu dapat mengurangkan jurang kemiskinan terutama di kawasan-kawasan luar Bandar.Sebenarnya, bantuan tersebut telah diperkenalkan sejak bekas Menteri Besar ,YB Dato Seri Idris B Jusoh lagi.Cuma hari ini, Menteri Besar Terengganu ingin menwar-warkan agenda Kerajaan yang seterusnya.
Marilah kita sama-sama berganding bahu untuk memajukan negeri Terengganu untuk mara kehadapan lagi seperti mana impian setiap warganya untuk melihat Terengganu adalah sebuah negeri yang maju ,makmur, aman dan bahagia.
Wednesday, April 16, 2008
Bantu Dato Seri Abdullah penuhi segala janji kepada rakyat
SELEPAS lima minggu Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima negeri dikuasai pembangkang, pemimpin BN terutama dari Umno masih lagi saling menuding jari. Dengan mandat yang diberi untuk kembali berkhidmat kepada rakyat � walaupun kurang lapan kerusi daripada majoriti dihajati � BN seharusnya sudah mengorak langkah untuk memenuhi segala janji pilihan raya dengan matlamat menarik semula sokongan mereka lima tahun lagi. Malangnya, apa yang berlaku sejak 8 Mac lalu ialah pemimpin BN, khususnya di kalangan Umno, bercakaran sesama sendiri. Saban hari kedengaran tuduh menuduh di kalangan pemimpin Umno dan masing-masing cuba menyalahkan orang lain sebagai punca kemerosotan teruk BN pada pilihan raya umum lalu. Ada yang mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang saja bertanggungjawab atas kekalahan itu sedangkan mereka terlepas daripada tanggungjawab itu. Mereka seolah-olah cuba menafikan hakikat bahawa kebencian sebahagian pengundi kepada BN dan Umno yang berputik sejak sekian lama, disuburkan oleh tindak-tanduk mereka sendiri sehingga menghasilkan buah busuk pada pilihan raya umum lalu.
Sebab-musababnya, seperti diketahui ramai, adalah pelbagai. Antaranya, tindakan menghunus keris oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno mengguris hati masyarakat bukan Melayu sehingga pengundi Cina tidak mengundi BN. Masyarakat India, khususnya di Selangor, marah kepada kerajaan berikutan tindakan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, meroboh kuil di penempatan Rimba Jaya sebelum pilihan raya umum lalu. Tindakan Dr Khir menghadiahkan penyapu kepada kakitangan awam, yang turut dijadikan isu dalam pilihan raya baru-baru ini, menyebabkan ramai kakitangan awam dan pengundi Melayu mengundi pembangkang sehingga negeri itu kini bertukar kerajaan. Sabotaj di kalangan pemimpin Umno sendiri turut mengubah keputusan pilihan raya umum lalu. Berapa ramai ketua bahagian dan bekas wakil rakyat yang tidak terpilih semula sebagai calon, dilaporkan berkempen untuk mengalahkan calon parti sendiri. Malah ada ketua bahagian yang tidak mengagihkan peruntukan kempen pilihan raya kepada jentera parti kerana mahu menyimpannya untuk kempen pemilihan Umno, menyebabkan penyokong akar umbi marah sehingga berlaku sabotaj.
Memang Abdullah sebagai ketua, harus bertanggungjawab atas kemerosotan BN. Bagaimanapun, adalah tidak adil untuk menyalahkan beliau semata-mata. Perdana Menteri memang mempunyai kelemahan dan kita juga akui beberapa janji BN pada pilihan raya umum 2004, tidak beliau penuhi. Sehingga kini pun, beliau tidak pernah menafikan bertanggungjawab. Lebih daripada itu, hampir selang sehari beliau terpaksa menidakkan khabar angin meletak jawatan sambil berikrar untuk melakukan perubahan sehingga tiba waktunya untuk berundur menerusi proses peralihan kuasa yang tersusun dan terancang. Tetapi apakah barisan kepemimpinan Umno seluruhnya harus bebas daripada turut sama dipertanggungjawabkan? Bukankah mereka juga sebelumnya tidak melakukan apa-apa terhadap keterlanjuran beberapa pemimpin dalam Majlis Tertinggi Umno? Jawapannya ialah mereka bersama-sama bertanggungjawab tetapi memilih untuk Abdullah seorang dipersalahkan.
Apapun rentetannya nanti, pengunduran Abdullah tidak mungkin dapat menyelesaikan semua masalah. Segala-galanya tidak akan menjadi serba harum dengan hanya seorang dijadikan korban. Sama ada disukai atau tidak, ahli Umno di segenap peringkat harus sama-sama memikul tanggung jawab di atas apa saja daripada kekurangan, kelemahan, keangkuhan mahupun keterlanjuran yang membuat pengundi menolak mereka. Rakyat sebenarnya mengharapkan perubahan dan tindakan, bukannya keasyikan Umno untuk terus berbalah sesama sendiri. Segenap usaha kini harus ditumpukan untuk menghadapi cabaran lebih besar daripada kegagalan BN meraih majoriti dua pertiga. Krisis pemakanan global dan kenaikan harga minyak memerlukan perhatian serius kerajaan kerana kesannya sudah mula dirasai rakyat. Rakyat, selepas mereka 'mengajar' BN pada 8 Mac lalu, dengan penuh minat memerhatikan sama ada gabungan 14 parti dokongan Umno itu belajar daripada kesilapan lalu. Lantaran itu, Abdullah harus diberi sokongan untuk memperbetulkan keadaan dengan mengotakan segala janji memimpin dengan berwibawa.
Sunday, April 13, 2008
Saturday, April 12, 2008
e-Aduan Dun Ajil
Disini, saya telah membangunkan satu sistem yang dinamakan e-Aduan Pengguna.Saudara-saudari dapat melayari http://adunajil.zxq.net/ untuk membuat aduan, cadangan dan apa yang berkaitan dengan bidang kuasa saya sebagai wakil rakyat di kawasan Dun Ajil.Sistem ini dalam proses kemaskini lagi.Oleh itu, saudara-saudari dapat bersabar.
Monday, April 7, 2008
Mohon Cadangan & Komen Yang Membina Dari Bloggers
Marilah sama-sama kita berganding bahu untuk memulihkan kekuatan dalam perjuagan kita selama ini yang diwarisi sejak kemerdekaan sehingga sekarang di bawah pentadbiran YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.Saya akan teruskan perjuangan ini selagi agama, bangsa dan negara saya belum mencapai tahap kemajuan seperti yang kita cita-citakan bersama
Kepada sahabat bloggers diluar sana, manfaatlah blog ini dengan baik serta mengelakkan dari menggunakan pendekatan kritikan yang kurang menyenangkan saya untuk membaca dan meneliti apa cadangan,kiritikan serta pandangan dari sahabat-sahabat.
Hanya, saya berserah kepada Allah s.w.t.Apa niat ikhlas saya adalah untuk melihat rakyat Malaysia hidup dalam keadaan baik, aman dan sejahtera serta dapat menjalani kehidupan dengan baik.Akhir kata, saya perlukan kerjasama yang baik dari semua lapisan masyarakat agar menyalurkan maklumat dalam apa jua keadaan sekali.Saya juga mengucap ribuan terima kasih kepada mereka-meraka yang sudi melayari blog saya ini.Harapan saya, gunakan ianya dengan baik.
Sekian, terima kasih.
Sunday, April 6, 2008
Wadah Perjuangan Melayu
"Selamat Datang" ke blog ini. Insya-Allah, ia akan menjadi wadah untuk saya berkomunikasi dengan pembaca khusus dalam isu-isu politik dan sosial. Saya akan memanfaatkan blog ini untuk berbicara mengenai masa depan negara dan perjuangan UMNO sebagai wadah politik kita.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat negeri terengganu yang masih menyokong dan memberi peluang kepada kepimpinan UMNO/BN untuk mentadbir negeri Terengganu Darul.Saya berjanji akan menunaikan tanggungjawab ini dengan baik,amanah,jujur dan bertanggungjawab demi memastikan perjuagan dan prinsip dalam UMNO dapat diteruskan.
Kepada semua, terima kasih kerana membaca blog ini. Saya amat menghargai pandangan dan sumbangan idea yang bernas.
Yang Benar,
-Dato'Rosol Wahid-
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
Dun Ajil,Hulu Terengganu
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu.