Saturday, May 24, 2008

PUTERI PERAK

Sekalung tahniah diucapkan kepada Puteri Negeri Perak yang telah melaksanakan satu program bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu. Slogannya sungguh 'catchy'...Welcome to Revolution....Heart and Mind...Mereka mahu mendengar dan berkongsi pengalaman dengan UMNO Terengganu yang berpengalaman semasa di bawah pembangkang. Diharap sekelumit pengalaman Terengganu dapat dikongsikan dan diaplikasikan di Darul Ridzuan InsyaAllah.

Dua hari lepas saya dan kawan kawan ke negeri yang dikuasai pembangkang. Bermula di WP, Selangor, Perak dan kelantan. Terasa hiba dihati. Kekadang terfikir oleh saya apakah tindakan rakyat menyokong pembangkang adalah sesuatu yang tepat? Ada rakan rakan di Perak mengatakan bahawa rakyat bukan benci kepada BN tetapi mereka tidak sayang kepada pemimpin BN. Ada yang berkata PRU 12 Non Malay tidak bersama BN... Ada juga suara yang berpendapat bahawa mereka sekadar mahu mengajar BN dengan mengurangkan majoriti tetapi ibarat brek di atas salji...Brek tak 'makan'...kereta mengelunsur akibatnya.... 6 negeri lingkup. Dan ada rakan pembangkang katakan kepada saya bahawa mereka sendiripun tak sangka dengan kemenangan ini sebab itu mereka letakkan calon terdiri daripada 'penjual bundle' dan 'posman'...

Walau apapun andaian dan tanggapan...semua telah ditakdirkan Ilahi.Terimalah dengan Redha dan hati terbuka. Saya yakin Perak akan buat come back kerana kami di Terengganu hanya menang 4 daripada 32 kerusi DUN pada tahun 1999 berbanding Perak 28 daripada 59 kerusi. Yang penting nawaitu kena nbetul, strategi kena tepat, kemaskan ikatan perpaduan, ketepikan kepentingan diri dan utamakan parti dalam setiap tindakan, berdoa dan bertawakkal... InsyaAllah kemenangan akan menjadi kenyataan.

Saya tertarik dengan ucapan aluan DS Utama Tajol Rosli Ghazali Pengerusi perhubungan Perak. Beliau mengatakan bahawa selepas lebih 50tahun merdeka generasi sekarang berada dalam keadaan cukup selesa.. ibarat berada di dalam suasana cahaya yang terang benderang. Tiba-tiba lampu yang terang itu terpadam dalam PRU12 yang lalu...beliau berkata siapa yang padamkan lampu tak penting yang lebih penting dan utama ialah bagaimana untuk menghidupkan semula lampu tersebut dan langkah Puteri di bawah YB Dr Wan Norasyikin telah memulakan usaha untuk menghidupkan semula lampu yang terpadam... sekali lagi syabas dan tahniah kepada YB dan anak buah Puteri Perak.

UMNO Terengganu akan sentiasa bersama dalam usaha untuk memantapkan perjuangan Melayu di bumi bertuah ini.

7 comments:

YB Dr. Wan Norashikin Wan Noordin said...

Tahniah kepada Dato' Seri Idris Jusoh yang telah sudi datang dari jauh untuk memberi kata-kata semangat Gelombang Biru kepada puteri perak. Tahniah juga kepada Dato Rosol bersama rombongan Terengganu yang turut mrnjayakan program. Diharap berkat UMNO Terengganu menewaskan PAS dahulu diulangi tetapi di Perak pula.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Dato
Bila lagi UMNO Trg Nak Bersatu.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu sepatutnya dipegang oleh MB,tak kira siapa Dia .
Dato Idris Jusuh tak sepatutnya buat kenyataan spt ini demi perpaduan UMNO
Harap Dato Beri Penjelasan

Kenyataan Dato Idris Dlm Utusan Hari ini

Idris tidak akan letak jawatan
IPOH 24 Mei - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, walaupun tindakan tersebut boleh menyebabkan kebuntuan politik di negeri tersebut.
Katanya, beliau menerima hakikat bahawa Datuk Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu mempunyai para penyokongnya sendiri, tetapi beliau (Idris) juga mendapat sokongan besar ahli-ahli kerana berjaya memimpin UMNO Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008.
"Saya bukannya orang kalah. Saya menerajui parti dan memenangi pilihan raya dengan majoriti lebih dua pertiga. Pada asasnya, anggota UMNO masih bersatu, cuma sekarang ini ada kebuntuan daripada segi perasaan di kalangan anggota," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Misi Puteri 2013 di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri Selasa lepas bahawa UMNO Terengganu kini berpecah dua dengan satu kumpulan menyokong Idris, manakala kumpulan yang lain menyokong Ahmad sehingga menimbulkan kekeliruan di negeri itu.
Menurut Idris, penyokong UMNO di Terengganu kini masih di peringkat penyesuaian berikutan perubahan pucuk pimpinan pentadbiran negeri sedangkan 23 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu masih lagi menyokong beliau.
Katanya beliau akan terus aktif dalam politik termasuk mempertahan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Besut jika mendapat sokongan di peringkat cawangan.
- Bernama

Hamdillah said...

Parti UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu...bukannya kerajaan tempat untuk menurut perintah,
pepatah melayu ada mengatakan "Raja yg baik raja yang di sembah!Raja yang zalim,Raja yg di sanggah"
Pendapat saya ialah kebanyakkan pemimpin2 Umno hari ini telah lupakan untuk apa UMNO ini!bila perjuangan di isbatkan kepada selain daripada ALLAH maka tunggulah wahai pemimpin2 haq akan datang menhancurkan kebatilan!
fikir - fikirkan. - perjuangan yang ditakdirkan

Sang Pemantau said...

UMNO macam sarkis.....
Dato' tolong la jelaskan duit royalti yang hilang RM3 billion tu kat rakyat Tganu....
jangan duk berjuang je....tapi makan duit rakyat....sori le dato kalau rase nak marah.....
hanya pandangan rakyat marhaen je....

Mat Yie said...

Dato;

Tahniah di atas kesungguhan dato' dan dato seri idris kerana sudah memulakan langkah untuk berkongsi keperitan berada dibawah pemerintahan pembangkang. Teruskan dato,ceritakan kepada mereka keperitan,ketidakselarasan,ketidakselesaan kita dulu sewaktu dipimpin oleh golongan yg kononya mengaku ulamak. khabarkan kepada mereka agar mereka ingat,mereka tahu dan mereka sedar akan kesilapan mereka di PRU 12 baru ini.kongsikan segala-galanya. biar mereka sedar langkah mereka untuk menunjukkan protes dgn mempertaruhkan kepimpinan kerajaan bukan suatu jalan yg tepat dan bijak.

amir3333 said...

Dato, jangan tengok kat Perak je kat Terengganu pun UMNO pecah juga. Dengar semua jawatan akan ditandingi, tak de kompromi ke??? MASIH TAK BELAJAR DARI PENGALAMAN 1999 ???

Ganda-Ganda said...

Dato' seri idris sepatutnya letak jawatan sbg pengerusi UMNO TRG....jgn lah tunjuk kpd rakyat yg pemimpin UMNO ni gila kuasa...walaupun anda berjaya mempertahankan terengganu di bwh BN tapi org lain dah jadi MB...bagilah jawatan tu kpd MB baru...saya sayangkan UMNO... jika dato' berdegil jugak..saya rasa UMNO terengganu akan hilang taringnya.....yg benar....INSAN YG SAYANGKAN UMNO