Monday, May 12, 2008

Bersyukur dan Berterima Kasih

Salam bloggers....semalam atau kelamrin kita telah menyambut ulangtahun UMNO ke 62 tahun...Alhamdulillah... sambutan sederhana tetapi meriah. Sambutan sebagai tanda syukur kepada Allah yang telah melimpahkan segala rahmat dan nikmatnya kepada kita khususnya Melayu dan rakyat Malaysia. Rahmat dan nikmat yang disalurkan melalui UMNO parti keramat Melayu..

Rasa syukur dan terima kasih ini sewajarnya perlu disuburkan pada genarasi akan datang agar mereka tahu mengenang budi dan menyanjung bakti mereka yang terdahulu. Mereka yang telah banyak berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Dan inilah ajaran agama kita yang maha suci... Sepanjang yang saya tahu tiada sebarang nas qat'ie yang menyuruh kita dan umat Islam agar jangan bersyukur dan berterima kasih...Apa yang wujud ialah ayat Qur'an dan hadis hadis sahih mengajar umat agar bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada makhluk.

Saya tidak pasti mungkin penawarrinduku memiliki nas nas yang mengharamkan umat agar tidak berterima kasih atau bersyukur. Saya penuh yakin sdri telah mendapat nikmat daripada Allah melalui UMNO dan kerajaan BN. Maafkan saya kalau saya silap...Mungkin jawapan sdri bahawa duit yang sdri terima ketika belajar dan sekarang menjawat jawatan tinggi adalah duit kerajaan. Jawapan sdri adalah tepat, tetapi kerajaan inilah yang merancang dan melaksana DEB utk orang Melayu...Begitu juga penubuhan UKM, di mana Sdri mendapat ijazah...diusahakan oleh pemimpin Melayu UMNO...

Malang nasib UMNO, habis madu sepah dibuang, bunga dipetik perdu ditendang; Itu sifat mereka yang jalang...Jangan kita menjadi manusia yang menggigit jari yang menyuap kita...

Berdosakah kita sekiranya kita berterima kasih sesama kita?... Fikir fikirkanlah...Wallahu a'lam.

7 comments:

Unknown said...

Betul kata Dato', Penawarrindu bersekolah di sekolah kerajaan UMNO bina, KUSZA adalah cetusan idea MB UMNO, UKM cetusan UMNO. Semua kemudahan yg awak guna adalah disediakan oleh Kerajaan BN. Sehingga awak guna internet utk berkarya adalah hasil daya usaha Tun Mahathir.Fikirlah sebelum kita kata seseorang tak betul.

MaMiN said...

Assalamualaikum.
Antara sebab kekalahan UMNO di beberapa kerusi di Terengganu adalah disebabkan pemilihan calon. Pucuk pimpinan UMNO tidak berhati-hati memilih calon-calon yang benar-benar dapat memenuhi aspirasi rakyat. Wakil-wakil Rakyat yang diakui terbaik oleh rakyat dicantas dan digantikan dengan calon muda yang sememangnya langsung tidak berdaya untuk mengambil alih. Dato' bayangkan, bagaimana seorang wakil rakyat yang sangat disayangi rakyat(dibenci musuh-musuh politik yang sentiasa dengkikannya) digugurkan dengan begitu sahaja tanpa sebarang sebab dan digantikan dengan calon muda yang entah siapa dan turut diakui oleh DS Idris yang beliau juga tidak kenal siapa calon muda ini. Mungkin Dato' perasan atau tidak, calon baru ini dijanjikan bahawa beliau pasti menang dengan majoriti melebihi 2000 undi oleh seorang pemimpin UMNO negeri. Tapi Dato' tengoklah sendiri, beliau ditolak oleh rakyat. Ini satu contoh yang amat ketara dan saya yakin rakyat Terengganu yang tidak buta kepada kuasa, tidak buta kepada wang tapi hanya peka kepada kebajikan dan pembangunan negeri, dapat melihat siapa yang dimaksudkan. Dan, hanya Allah jua yang membalasnya apabila DS Idris tidak diperkenankan untuk menjadi MB sekali lagi walaupun menang dengan majoriti yang lebih tinggi lagi. Semuanya ketentuan Allah. Semoga pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu insaf dan sedar atas apa yang terjadi. Janganlah berdengki sesama sendiri, janganlah jika kita seorang EXCO, nak menjadi EXCO yang lebih kanan, sanggup menjatuhkan orang lain, orang yang tidak bersalah lagi. INGATLAH Balasan ALLAH.

Mat Yie said...

Dato'
Saya tidak dapat membaca tulisan penawar rindu dan tidak tahu apa ketidakpuasan hati beliau tentang pentadbiran negara di bawah kepimpinan melayu UMNO. Kepada penawar rindu,jika anda membaca komen ini,sila nyatakan sekali lagi,apa yg menjadi tanda tanya kepada saudari tentang ketelusan UMNO untuk memartabatkan Islam dan bangsa MELAYU,mungkin kita boleh berkongsi pendapat. Jangan perli2 org,tak profesional. kalau pandai sgt knp tak jd calon PAS? mmg ramai anak melayu yg lupe diri dan lupe jasa pemimpin negara. yg mereka asyik tanya,mana hak mereka sebagai rakyat di bumi tercinta ini yg kononnya mahukan lebih bantuan,subsidi,barang murah,minyak murah dan sebagainya. tapi tak pernah tanya APA JASA MEREKA UNTUK NEGARA DAN MELAYU KHUSUSNYA???. Lemah sungguh jiwa-jiwa melayu ini,tidak mempunyai semangat persaingan,tidak tahulah kalau mereka ini di lahirkan di bumi afghan,iraq,somalia,africa.. kalau perkara seperti kenaikan harga barangan pun tidak mampu kita harungi,janganlah kita bercakap untuk meredah lautan api, mendaki gunung yang tinggi untuk mempertahankan maruah melayu dan islam khususnya. cuba renungkah prinsip yg menjadi pegangan saya ini " UNTUK MENJADI SESEORANG YG BERJAYA DI MUKA BUMI INI,KITA TIDAK SEHARUSNYA MENGURANGKAN PERBELANJAAN SEBALIKNYA BERFIKIRLAH UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN "

wallahualam.

Telage Gurl said...

Assalamualaikum..
Saya setuju dengan Dato' walaupun tak dapat baca apa yang ditulis oleh penawarrindu. Lumrah manusia.. bila susah, sanggup tebalkan muka jumpa wakil rakyat.. bila dah dapat, hentam abis2 dan buat2 lupa jasa baik & pertolongan orang lain.. kalau betul2 nak bangkang, jangan guna @ terima langsung sumbangan drp k'jaan BN walaupun 1 sen.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam....

dato' saya ada satu permintaan...boleh tunaikan tak?

saya inginkan dato' bezakan antara politik UMNO di Kelantan dengan terengganu. kedua-duanya mempunyai konflik tapi di kelantan, UMNO tak dapat direalisasikan sehingga sekarang.

http://pkrpasdap.blogspot.com

Ahmadi Abdul Latif said...

Dato'
banyak ahli-ahli PAS tidak menyedari yg nikmat yg mereka dapat pada hari ini adalah kerana perjuangan para pejuang UMNO. Berapi-api mereka menyatakan yg DEB adalah assobiah tetapi pada masa yg sama mereka juga meminta bantuan dr kerajaan dgn alasan kerajaan mestilah menolong org melayu.

toyo mat jenin said...

"Isu Karpal adalah isu pelarian dari masalah besar negara seperti kemelut dalaman Umno dan kegelisahan rakyat berhubung kenaikan harga barang yang tak terkawal. Lihat juga di sini dan di sini
Tindakan pemimpin-pemimpin Umno yang menggunakan media arus perdana cuba mengheret PAS dan PKR berhubung isu Karpal ini.

Karpal di serang dan di politikkan kerana Isu ini menyentuh hak dan imuniti raja serta orang melayu amat sensitif berhubung sentimen ini.

Persoalannya :

1. Presiden MCA, Ong Kah Ting juga mempersoalkan kenyataan Raja muda Kelantan yang membuat kenyataan berhubung kesetiaan orang bukan melayu kepada institusi raja di negara ini.


2. Ketua Pemuda MCA, Ong Tee Kiat juga membuat kenyataan mempertikaikan persoalan ketuanan melayu dan menganggap orang melayu sebagai tuan dan orang bukan melayu sebagai hamba.



Mengapa Presiden Umno merangkap PM bersikap 'double standard' dengan tidak menggesa membuat lapuran polis sebagaimana di lakukan ke atas Karpal? Bacalah selanjutnya di blog baru Ustaz Ahmad Awang disini



Sementara itu, Wakil Parlimen Klang Charles Santiago meminta PM Abdullah Badawi dan para editor media perdana supaya menghentikan putar belit mereka terhadap kenyataan Karpal di sini



Sambil mengingatkan kepada satu kenyataan Peguam Negara Abdul Ghani Patail dua bulan lepas yang menegaskan bahawa proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh undang-undang sebagaimana termaktub di dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu bahawa :


Sultan tiada punya
kuasa untuk menentukan Mentri Besar Terengganu



Ghani Patail dalam kenyataannya di sini antara lainnya telah menyebut bahawa :


``Oleh itu mana-mana orang yang dilantik sebagai Menteri Besar bukanlah calon Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja atau sesiapa jua tetapi seseorang yang dilantik menurut Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu,’’



Jelas sikap double standard Abdullah Badawi dan puak-puak Umno yang hanya semata-mata mahu mengeksploitasikan isu tersebut demi kepentingan politik Umno yang kini semakin terhakis dan pupus di bumi Malaysia."


Sumber: rosul talam 2 muke