Sunday, May 11, 2008

Pembohongan Harakah Lagi.

Rosol kata isu Monsoon Cup dan TTI lapuk?
SM Noor
Sun | May 11, 08 | 7:29:04 am MYT

Setelah tiga tahun dianjurkan dan berulang kali dipersoalkan oleh rakyat, Mad said telah memecahkan kebuntuan dengan membuat kenyataan bahawa kedua-dua projek mega tersebut perlu dikaji semula.

Kenyataan tersebut tidak pernah dibuat oleh kerajaan sebelum ini yang diketuai oleh Idris Jusoh, dan yang paling memeranjatkan Mad Said mengaku walaupun beliau sebagai Exco kerajaan, beliau sendiri tidak tahu berapakah sebenarnya kos yang dibelanjakan terhadap kedua-dua projek tersebut.

Ekoran dari itu, wakil-wakil PAS telah membawa persoalan berkenaan perkara yang ditimbulkan oleh Mad Said ke dalam Sidang DUN baru-baru ini bagi mendapat jawapan secara rasmi kerajaan.

Setelah rumah siap, pahat pun berbunyi ! Setelah Sidang DUN tamat, barulah Rosol bekas Exco kerajaan lalu, yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu membuat kenyataan di luar Dewan dengan mengatakan isu Monsoon Cup dan TTI adalah isu lapuk !

Semasa di dalam Sidang DUN baru-baru ini, Rosol hanya mampu meneruskan sifat 'kebudak-budakannya' mengacau wakil-wakil PAS berucap dan memberikan saranan. Dia sebenarnya tidak mampu untuk berhujah panjang kerana terlalu banyak melakukan kesilapan, baik semasa menjadi Exco dan juga semasa krisis pelantikan Menteri Besar.

ADUN Ladang, YB Dato' Tengku Hasan Tengku Omar ketika dihubungi mengatakan bahawa isu Monsoon Cup dan TTI bukan isu yang lapuk malah ianya akan sentiasa dipersoalkan oleh rakyat kerana menjadi sejarah pemborosan dan pembaziran wang rakyat yang keterlaluan yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu.

Beliau berkata dengan beliau sendiri yang membawa beberapa isu berkaitan Monsoon Cup, rakyat dapat mengetahui beberapa fakta yang tidak diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

"Untuk menganjurkan Monsoon Cup, kerajaan telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 42 juta bagi mendalamkan 'basin' Pualau Duyong pada tahun 2005 dan 2006, �ditambah dengan RM 11 juta lagi pada tahun 2007, kesemuanya berjumlah RM 53 juta, bukan jumlah yang sedikit,"kata Dato' Tengku Hassan.

Beliau berkata kerajaan juga membelanjakan RM 100 juta lagi bagi mendalamkan muara sungai Terengganu bagi membolehkan kapal mewah Star Cruise berlabuh dan ia adalah berkaitan dengan isu penganjuran Monsoon Cup.

Menurutnya kedua-dua isu ini juga baru ditimbulkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Mad Said.

"Adakah Rosol juga menyifatkan Dato Mad Said sebagai menyuarakan isu yang lapuk apabila MB menyuarakan isu ini?

"Bagaimana pula isu TTI adalah satu isu yang lapuk, sedangkan TTI belum pun siap lagi!," tambah Dato' Tengku Hassan. - buletinonline.net

2 comments:

Mat Yie said...

Assalamualaikum..

Isu TTI dan Monsoon Cup! saya sebenarnya dah jelak dengan isu yg pembangkang asyik perbesarkan ini. Pada saya,2 projek ini benar2 melonjak nama Terengganu di mata dunia.Ramai pelancong yg datang semata-mata mahu melihat sendiri keindahan dan " KEAJAIBAN " negeri Terengganu dan TTI khususnya.
1 ) Fakta: Saya sendiri pernah terserempak dengan sebuah van pelancong yang datang dari China dan New Zealand selepas saya menunaikan solat zohor di Masjid Kristal. Saya menghampiri mereka dan bertanya apa yang membuatkan mereke tertarik untuk datang di negeri terengganu? Jelas mereka menyatakan mereke tertarik untuk datang ke terengganu kerana tertarik dengan keindahan negeri ini yang mereka dapati dari internet lebih-lebih lagi apabila melihat keunikan Masjid Kristal dan mereka benar-benar mahu melihat masjid ini dari dekat. bukankah ini memberi satu impak besar bg negeri terengganu dan saya percaya setelah siap sepenuhnya projek mega ini lebih banyak peluang perniagaan dan kerja yang akan wujud di sekitar TTI.
2 )Monsoon Cup
Ayuhlah sahabat - sahabat melayu,soal pembaziran janganlah dipersoalkan. kita harus memikirkan benefit yg mampu kita perolehi sepanjang berlansungnya kejohanan ini. dan saya percaya ramai peniaga yg mengaut keuntungan menjual makanan,minuman dan bermacam-macam lagi di sepanjang Monsoon cup dan semestinya ada juga golongan yg kononnya menyokong pembangkang mendapat keuntungan sepanjang kejohanan ini. selain dari memberi banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak terangganu saya kira projek seperti in mampu menarik ramai lagi pelabur untuk terus membangunkan negeri tercinta ini.kalaulah kejohan seperti ni mendapat perhatian dari Gergasi TV sukan dunia (ESPN),siapalah kita untuk menilai tahap pembaziran projek ini. saya pasti ESPN mesti membayar hak penyiaran yg berlipat kali ganda. ayuh kita fikirkan ini secara positif,jgn taksub dengan dakyah2 yang kita sendiri tidak tahu kebenarannya. Jika benar terdapat penyelewengan dalam kerajaan negeri yg dipimpin oleh Dato'Idris,saya kira biarlah Tuhan yg Maha Esa Menentukan Kebenarannya. Jika benar pasti Tuhan akan membalasnya. Jika tidak, percayalah kita antara org yg tergolong dalam umat yg menganiaya. sekurang-kurangnya berterima kasihlah kpd mantan MB itu yg memberi seribu perubahan kpd negeri Terengganu. antara maksud Kalam Allah " Barang siapa yg tidak berterima kasih sesama manusia sesungguhnya dia tidak berterima kasih kepadaKU".

Kesimpulannya :Monsoon Cup Dan TTI adalah relevan dan pasti akan membawa beribu lagi kemajuan di negeri Terengganu di bawah pimpinan MB yg baru.

Unknown said...

Begitu sikap PAS, semua orang buat tidak betul. Yang betul hanya PAS sahaja kerana semasa dibawah pemerentahannya tidak buat apa yang betul. Alasannya kerana duit royalti ditahan kerajaan pusat. Kenapa Nik Aziz pandai cari duit? seterus dapat mentadbir kelantan walaupun Nik Aziz tidak dapat kewangan daripada Kerajaan Pusat.

Kerana ada Moonson CUP & TTI, Terengganu telah memintas negeri-negeri lain & melonjak tinggi dari segi kehadiran pelancongan. Sekarang rakyat Malaysia menjadi Terengganu destinasi pecutian utama semata-mata hendak bersolat di masjid kristal.