Saturday, May 10, 2008

Islam Hadhari

Salam bloggers...Islam Hadhari masih diperbahaskan lagi. Saya yakin ia bermotif politik. Yang menyedihkan ada pendapat yang mengatakan ia adalah fahaman baru atau ajaran baru. Dan yang lebih buruk apabila kata kata tersebut keluar daripada mereka yang dianggap Tuan Guru.

Saya tidak mahu berhujah panjang dalam hal ini. Cuma analogi saya ialah ...apabila PM memperkanalkan pendekatan islam hadhari, maka presiden PAS memperkenalkan 'HADHARAH ISLAMIYAH' Dan Presiden PAS mengeluarkan sebuah buku dengan tajuk tersebut. Saya telah membeli dan mambacanya...Adakah HADHARAH ISLAMIYAH juga terpesong? Begitu juga Sdr Anwar Ibrahim pernah memperkenalkan 'ISLAM MADANI'.

Pada saya ia sekadar bertukar nama tetapi asas aqidah dan substance Islam tetap tidak berubah. Kalau diingat kisah dulu dulu tentang nama. Apabila lahir sahaja seorang anak, maka si bapa akan daftarkan nama di Balai Polis. Selang beberapa hari, didapati bayi tersebut menimbulkan banyak masalah seperti selalu manangis, berkudis di kepala dll yang negatif... Lantas atas nasihat mereka yang alim bayi tersebut perlu ditukar dengan nama baru. Orang Terengganu kata...'NAMA DOK SEKUN'.Tetapi nama yang didaftar dalam Birth Cert tetap tidak berubah...cuma nama panggilan di rumah saja yang ditukar untuk lebih SEKUN...

Persoalan...kenapa kita hebohkan titik PERBEZAAN,sedangkan titik persamaan terlalu banyak antara kita... Fikir fikirkan, Wassalam

1 comment:

H Liam said...

Assalamualaikum DR

Dok soh duk tebeng layang sangat gok doh feel deme2 tu gitu sokmo doh. Wi kuasa sikit besor pala selalu! Wat pon salah dok wat lagi lah salah. Cari salah orang lain nombor wahid.