Wednesday, May 14, 2008

Pengumuman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat bloggers

Saya ingin mengucap terima kasih kepada sahabat-sahabt bloggers yang tidak jemu-jemu untuk menjenguk blog ini.Apa yang ini saya maklumkan bahwa saya akan menyiarkan semua komen-komen yang sahabat tuliskan kecuali komen yang maki hamun dan keterlaluan.
Gunalah peluang yang diberi ini sebaik-baiknya.Anda dapat menilai setiap komen yang dibuat oleh sahabat-sahabat bloggers.

Berkaitan dengan komen serta cadangan sahabat bloggers akan saya jawab mengikut kesesuaian masa dan dibawah bidang kuasa yang diperuntukan kepada saya selaku YB.Namun begitu, saya akan memastikan setiap permasalahan rakyat akan dapat diselesaikan dengan seberapa segera yang mungkin.

6 comments:

Mat Yie said...

Salam Dato'
Tahniah atas kesabaran Dato' menangani mulut-mulut celupar ini yg kononnya mengaku antara umat yg memperjuangkan islam. saya sungguh terkilan dgn sikap mereka ini sebanarnya..cukup terkilan,tiada langsung kewarasan apabila meraka benci akan seseorang,saya mengaku saya bukan pengikut setia TUAN GURU HJ ABD HADI BIN AWANG,tapi saya tidak pernah mengata dan mengumpat keji beliau,malah kita berbangga mempunyai pembangkang seperti beliau,secara jujurnya dato',saya ingin berkongsi satu pengalaman,semasa saya membaca sebuah akhbar di pejabat dan saya terbaca artikel yg di tulis oleh pengikut beliau,antara isi kandungunnya adalah janji-janji manis kerajaan PAS yg akan direalisasikan apabila berkuasa kelak,lantas terpancul dari mulut saya " alah,cakap bolehlah,buat tak tahu lagi". kebetulan pada waktu itu ada seorang pekerja bawahan saya menegur saya dengan berkata, "Encik tak baik menghina Tuan Guru,beliau adalah alim ulamak dan tidak sewajarnya encik berkata begitu,beristighfarlah encik". Apa yg ingin saya bawakan disini adalah contoh ketaksuban pengikut seorang pemimpin yg menggelarkan diri mereka sebagai alim ulamak ini. cukup kuat pegangan mereka,tapi apabila pemimpin berlawanan parti mereka hentam sehentamnya.tidak puas bercakap di ofis,di blog seperti ini pun meraka berbuat demikian. Apakah ini sunnah yang di bawa Rasulullah? sama juga seperti kejadian membaling batu dan mencederakan pengundi baru-baru ini. saya cukup kesal dengan tindakan mereka itu. Dizaman Rasulullah,kita mendengar baginda di baling dengan batu,hari ini kita mendengar umat-umat yg mengaku mengikut sunnah baginda membaling batu sesama Islam. Dikesempatan ini juga saya ingin mengabil peluang untuk memberi sedikit komen terhadap tulisan bloggers yg menggelarkan diri sebagai abe mie kalau tak silap berkenan konflik UMNO TRG dan KLTN.
Untuk Abe mie,UMNO Kelantan sudah lama direalisasikan,cuma tinggal segelintir lagi rakyat yg tidak sedar akan kewujudan UMNO di saat mereka kesusahan.
Keduanya,jika bercakap soal realisasi.. cukup saya gambarkan di sini, antara PAKATAN RAKYAT DAN BN,pada setiap pilihan raya BN bertanding dalam satu tiket atau bendera iaitu BARISAN NASIONAL, berlawanan dgn PR yg sehingga hari ini tidak pernah bertanding dalam satu tiket, calon PAS dgn tiket PAS,calon KEADILAN dgn tiket KEADILAN,calon DAP dgn tiket DAP dan calon BEBAS dgn tiket BEBAS. Bukan dengan tiket PAKATAN RAKYAT ATAU BARISAN ALTERNATIF. Dan kononya jika PR menang dalam PRU akan datang Anwar Ibrahim yg akan memegang tapuk pemerintahan,harus diingat Karpal Singh hari ini telah menegaskan pendirian beliau terhadap BANGSA MELAYU,dan juga harus diingat ini bukan bukan kali pertama DAP berpendirian sebegini.


wallahualam.

smallville said...

Salam Dato,

Saya begitu terharu dengan peribadi Dato yang begitu menjunjung syiar Islam dengan kata-kata yang begitu zuhud dalam menjawab soalan-soalan bloggers sekalian. Dato seorang yang tentunya alim dan amanah dalam agama yang begitu bersyukur dengan nikmat kurniaan daripada kerajaan persekutuan dalam menjadikan Terengganu kaya. Tetapi ada pesoalan yang tidak dapat saya sembunyikan lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu bahawa kerajaan persekutuan bagi 7.4 BILLION kepada Terengganu tapi MB dan bekas MB cakap 4 Billion, mana lagi 3 BILLION. Tak kan kerajaan Persekutuan tipu, tak kan bekas MB ambil duit itu kan....tapi rakyat Terengganu tentunya tak kisah tentang itu semua...yang penting BN menang.

Mungkin Dato' tak akan siarkan pendapat saya tetapi andai dato' memang ikhlas dan amanah walaupun komen saya dato' tidak siarkan paling kurang pun dato jawab...

Ahmadi Abdul Latif said...

Dato'

Saya adalah rakyat Tranu yg bekerja di luar Tranu tetapi tetap balik mengundi pada pilihanraya yg lepas.Saya berharap Dato' dapat mengulas isu-isu sama ada isi nasional atau pun isu tempatan dari sudut kita sebagai rakyat Tranu. Contohnya seperti isu lompat parti dan isu royalti minyak yg dikatakan berjumlah 7 billion lebih. Dgn ini rakyat akan mendapat lebih jelas akan maklumat tentang isi-isu yg melinatkan kita sebagai rakyat Tranu.
terima kasih Dato'

Unknown said...

Bagi saya, apa yg PAS buat semuanya betul & benar.Apa UMNO buat semua tidak betul & salah walaupun membina sebuah masjid. Kerana setiap tindakan PAS berdasar Al Quran & Sunnah sebab itu PAS boleh mengeluar fatwa, menghalal maki hamun, sekali wanita tidak boleh bertanding pastu dibenar pulak, tidak boleh berpakat dgn orang kafir sperti UMNO dgn MCA & MIC dan banyak lagi. Satu lagi UMNO tidak mempunyai alim ulamak walaupun ramai pimpinan UMNO kelulusan agama. Saya pernah mengeluar pendapat dalam web site traningkite, selepas itu saya terus di ban & tidak boleh menulis terus. Satu lagi markas PAS dibujal, kijal dibina ditanah bukan hak milik PAS & kawasan itu dikeliling semak pokok kemunting, tiada penduduk dikatakan masjid. Menjaja isu itu & menuduh kerajaan zalim. Itu sikap PAS sebab itu tidak berminat untuk menjadi ahli PAS.

Unknown said...

rajasiber tidak perlu mempunyai minat untuk menjadi ahli pas...kerana saya nampak rajasiber ini juara jilat...saya baca komen rajasiber ni semuanya menjilat dato rosol...hehehe....ingin ditegaskan kepada rajasiber, membina masjid tidak salah jika ada keperluan...tapi kalau sampai rmratusjuta, membazir pulak namanya...lebih afdal kiranya dibuat penempatan untuk orang2 miskin yang tiada rumah di ajil atau kuala berang

Unknown said...

Tengku rizal, itulah sikap orang PAS & itulah yg merosak PAS sebab mengata orang sedap2 nombor satu, maki hamun, fitnah orang, menuduh orang memang sikap orang PAS yang dikatakan membangun bersama Islam. Awak kata saya juara jilat kemana dosanya akan pergi, jika saya tidak memaafkan tuduhan dilempar kepada saya, siapa menerima dosa ? awak je yg kata bina masjid membazir. Rumah orang miskin banyak telah dibina dengan percuma sahaja & dah tentu pemberian rumah mengikut giliran. Jika dibanding zaman kegelapan terengganu tiada rumah PPRT yang dibina cuma sebuah bangunan baru dibina ditepi pantai rusila. Tengku Rizal banyaklah berifthifar, jangan suka tuduh & mengatakan kat orang. dapat dosa kering.