Wednesday, April 30, 2008

Mesej Syuk n Zue

Maaf kerana saya tidak mampu untuk menjawab segala tulisan rakan rakan blogers semua.Cuma saya tertarik dengan beberapa andaian dan hear say dari syuk n zue.Apa yang sdr coretkan itu semuanya tak benar.Saya dikaitkan oleh sdr bahawa saya mempunyai agenda untuk menjatuhkan seseorang dan manaikkan seseorang.Itu pendapat sdr.Sdr berhak mengeluarkan sebarang pendapat kerana kita mengamalkan demokrasi yang penting Allah s.w.t tahu apa yang tersirat dalam hati saya.Apa yang pasti jawatan yang saya sandang ini terlalu tinggi untuk saya.Saya tidak pernah terfikir untuk menjawat jawatan ini. Ini anugerah Allah swt.Alhamdulillah.Selama ini saya hanya beranggapan bahawa saya akan menjadi cikgu sampai ke usia persaraan.Tetapi Allah maha mengetahui segala-galanya.Lantaran itu semasa kekalahan teruk pada tahun 1999,saya masih diberi peluang oleh Allah untuk menang dan 2004 jumlah undian rakyat Ajil terhadap saya meningkat beribu kali ganda.Begitu juga pada 2008,undian saya bertambah hampir 1000 walaupun 5 negeri telah di tawan pembangkang.Ini menunjukan pengundi DUN saya dapat menerima saya.Alhamdulillah syukur saya kepada Allah dan terima kasih saya kepada semua pengundi saya d DUN Ajil.Saya bukan riak,bangga diri dan sebagainya.Yakin dengan Allah s.w.t,yang baik akan dibalas dengan baik dan yang buruk dibalas dengan buruk.Saudara-saudari boleh komen apa sahaja.Saya tahu,diantara yang komen ini mempunyai perasaan hasad.Saya menerima apa sahaja tomahan,fitnah yang melampau serta buruk sangka terhadap saya.Tapi yang penting,Allah swt menilai seadil-adilnya pada diri saya serta saudara-saudari sekalian.

Untuk makluman blogers sekalian,setelah BN Terengganu mengambil alih pemerintahan dari PAS sejak 2004, kadar kemiskinan di Terengganu telah menurun sebanyak 9 peratus.Alhamdulillah, satu kejayaan yang amat membanggakan.Apakah itu bukan satu kejayaan?akan tetapi saya masih belum berpuashati lagi dengan pencapaian tersebut.Perjuangan untuk membasmi kemiskinan akan terus dilaksanakan.Malah di DUN Ajil,kita telah memperkenalkan satu tanaman jagung hybrid yang mana ianya mendapat sambutan yang menggalakan daripada rakyat di kawasan saya.Kita juga memperkenalkan juga satu ladang fertigasi rock melon di kg Pela,ladang limau yang menggunakan teknologi baru di Lubuk Periuk.Kita mempunyai tokoh pertanian yang dahagi di Kg Sg Binjai.Walaupun beliau seorang yang buta huruf dan tidak tahu membaca serta menulis tetapi beliau amat berjaya dalam penternakan lembu dan tanaman nenas serta jagung sehinggakan beliau menjadi pakar rujuk dalam bidang haiwan dan pertanian.Ini aset yang bernilai dan dimiliki oleh penduduk di kawasan Ajil terutama bangsa Melayu.Saya berbangga dengan pencapaian ini.Pun begitu masih terlalu jauh lagi perjalanan ini.Cuma apa yang saya minta dengan rendah hati, berilah cadangan dan pandangan yang membina agar kita mampu utk melahirkan generasi khairu Ummah.Moga kita dihormati oleh kawan dan ditakuti oleh lawan.Sekarang kita berhadapan dengan mereka yang bukan satu kepercayaan dengan kita.

Terima kasih kerana melayari blog saya.Moga kita sama sama mendapat kebajikan di sisi ALLAH swt. InsyaAllah.Terima kasih sahabat...Wassalam...

No comments: