Tuesday, April 22, 2008

PERLU SOKONGAN BERTERUSAN

Terima kasih kerana rakan taulan sudi megunjungi blog saya.Saya mengerti sebagai orang politik saya terpaksa menerima apa sahaja termasuk cercaan dan cemuhan. Saya tidak prejudis kerana saya menganggap itu adalah asam garam kehidupan sebagai orang politik dan pemimpin kecil.Apa yang penting agama, bangsa dan tenah air didaulatkan dan di martabatkan.Saya sentiasa mendoakan agar rakan rakan yang mengemukan idea yang bernas dan positif diberikan kekuatan, diluaskan rezeki dan dianugerahkan kesejahteraan selamanya.Sebaliknya yang mengutarakan idea yang negatif sama ada cercaan dan sebagainya saya juga mendoakan agar cercaan tersebut adalah yang terakhir daripada mereka.InsyaAllah

Dalam dunia serba mencabar ini, segalanya mungkin.Tiada yang mustahil.Kita sebagai bangsa yang berdaulat di bumi bertuah ini,perlu meneruskan perjuangan agar bangsa yang kita bangunkan sejak sekian lama oleh pemimpin terdahulu menjadi khairu ummah.Kita bukan sahaja menjadi global players tetapi berusaha untuk menjadi global leaders.Ini Tidak mustahil."'Hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih''.

Dalam hal ini kita harus melupakan hal hal titik bengit yang membawa kapada perpecahan ummah.Sejarah membuktikan perpecahan dan perbalahan berlaku di sebabkan perkara perkara kecil dan furu'"....sehingga menjadi satu peperangan yang besar.Kita tidak tahu keutamaan/priority dalam tindakan dan kerja buat kita.

Lantaran itu marilah kita sama sama berniat dengan seikhlas mungkin untuk melihat bangsa, agama dan tanah air kita ini menjadi "baldatun tayyibatun dan mendapat keampunan Allah".Marilah kita buka fikiran dan berlapang dada serta berusaha menjadi warga yang berjiwa besar di bumi bertuah Malaysia ini. InsyaAllah. Shukran.

1 comment:

Syuk & Zue said...

Salam YB...

Bravo dah ada blog sdiri..banyak YB UMNo skang ni dah mula bina blog sdiri...baguslah. Ni seolah satu pengiktirafan kepada segala penghuni media siber...

Satu nak tanya YB, skang ni MB dah tuntut balik royalti utk Ganu dah mengakui wang ehsan/dana p'skutuan banyak mslah...

Inilah yg PAS dah mintak selama memerintah Ganu dulu,skang MB Ganu(UMNO)pun tuntut...

YB tak cdg nak kumpul YB2 UMNo yang lain ker utk sokong tuntutan MB Ganu skang ni demi manfaat semua rakyat Ganu...

Kan ker YB dipilih oleh rakyat Ganu, jadi berkhidmatlah utk rakyat Ganu...

Rakyat sentiasa menilai prestasi dato' dan YB2 UMNO yg lain...