Thursday, April 17, 2008

Kerajaan Terengganu luluskan Pelaburan Bernilai RM485 Juta

Syukur alhamdulillah, Kerajaan Terengganu telah meluluskan permohonan syarikat fabrikasi yang berpengkalan di Pulau Pinang bagi melabur dalam kejuteraan besi di Teluk Kalong, Kemaman yang melibatkan pelaburan RM485 juta.Pelaburan tersebut yang melibatkan tiga fasa, bakal menyediakan 1,000 peluang pekerjaan dan dilihat sebagai usaha Kerajaan Negeri menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Saya berharap dengan perancangan yang strategik ini, dapat memberi kemudahan dan kenikmatan yang berpanjangan bukan sahaja kepada penduduk yang berhampiran dengan Telok Kalong malah kepada seluruh rakyat negeri Terengganu dapat merasai limpahan nikmat daripada pelaburan asing ini.Daerah Kemaman adalah pintu masuk utama negeri Terengganu.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan yang berjumlah RM 200 ribu dengan serta merta kepada semua wakil rakyat untuk membaiki atap rumah bagi keluarga miskin di seluruh negeri.Bantuan tersebut akan disalurkan melalui wakil rakyat dengan memberikan material bukannya wang dan kita akan gantikan atap yang rosak dengan atap asbestos oleh Menteri Besar serta menjelaskan bantuan tersebut akan disalurkan tanpa mengira idealogi fahaman politik rakyat tempatan.

Ini menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional tidak mempolitikan agenda untuk membantu rakyat serta mesra rakyat.Saya yakin, dengan bantuan yang akan diberi ini, Terengganu dapat mengurangkan jurang kemiskinan terutama di kawasan-kawasan luar Bandar.Sebenarnya, bantuan tersebut telah diperkenalkan sejak bekas Menteri Besar ,YB Dato Seri Idris B Jusoh lagi.Cuma hari ini, Menteri Besar Terengganu ingin menwar-warkan agenda Kerajaan yang seterusnya.

Marilah kita sama-sama berganding bahu untuk memajukan negeri Terengganu untuk mara kehadapan lagi seperti mana impian setiap warganya untuk melihat Terengganu adalah sebuah negeri yang maju ,makmur, aman dan bahagia.

No comments: